The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah Si Oyen yang merupakan kesatria unggul dan berani.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidenpearce2403, 2024-03-11 06:29:04

Kesatria kucing

Kisah Si Oyen yang merupakan kesatria unggul dan berani.

KESATRIA KUCING Disediakan Oleh : Ahmad Danial Hariz bin Asri Ahmad Danial Hariz bin Asri Tahap 2


Di kerajaan Pawlandia, sebuah kerajaan yang tersergam indah yang kaya dengan hasil pertanian dan hasil galian bumi serta hikayat-hikayat legenda dahulu kala, tinggal seekor kucing yang mempunyai sifat keperwiraan, keberanian dan belas kasihan yang tiada tandingannya. Si Oyen, kucing kesatria yang bulunya berkilauan seperti emas di bawah cahaya matahari dan matanya yang berwarna perang kehitaman serta berkilauan dengan kebijaksanaan. Si Oyen sangatlah dihormati seluruh rakyat Pawlandia kerana sifat keperibadian dan semangat pengembaraannya yang penuh dedikasi serta tidak pernah lelah untuk membantu mereka yang memerlukan. 1


Sejak kecil lagi, Si Oyen mempunyai sifat yang berani dan baik hati. Ketika kucing yang seusia dengannya bermainmain dengan penuh kegembiraan, dia berhasrat untuk meneroka dunia di sebalik tembok kerajaan untuk mencari pengembaraan yang mencabar dan mengujakan. 2


Setiap hari, Si Oyen mengasah kemahirannya dengan berlatih tanpa jemu di bawah pengawasan mentornya, Si Hitam. 3


Setelah tamat latihan, Si Oyen dan Si Hitam bersama-sama memulakan pengembaraan dan pencarian harta legenda yang tidak terkira banyaknya. Mereka juga sering menghadapi musuh yang gagah dan menggerunkan sepanjang pengembaraan. 4


Tetapi bukan hanya kemahiran Si Oyen dengan pedang sahaja yang disanjung masyrakat, sifat belas kasihannya yang tidak terhingga merupakan salah satu keperibadian terpuji yang ada dalam dirinya. Si Oyen berpegang teguh kepada kata-kata mentornya iaitu Si Hitam, “ kebaikan pasti akan menang dengan kejahatan “. Kebiasaanya, kesatriakesatria yang lain hanya melihat musuh untuk dikalahkan. Akan tetapi, Si Oyen melihat bahawa dalam diri musuhmusuh itu terdapat jiwa yang memerlukan pembebasan. 5


Pada suatu malam yang dingin, ketika bintang-bintang bersinar di langit dan bulan memancarkan cahayanya, Si Oyen menerima khabar berita tentang sebuah kampung yang sedang dilanda kesusahan. Khabar angin telah tersebar tentang sekumpulan perompak mengganas di kampung tersebut. Kumpulan perompak itu melakukan perkara yang tidak baik seperti merompak rumah orang-orang kampung dan melakukan kemusnahan di sana. “ Wahai Si Oyen yang gagah lagi berani, sudikah engkau menolong orang-orang kampung di luar tembok kerajaan kita ? “. ujar si Merpati kepada Si oyen. 6


Tanpa berfikir lama, Si Oyen terus bersetuju untuk membantu pergi membantu penduduk kampung yang berada dalam kesusahan, hatinya berat dengan memikirkan bahawa nyawa yang tidak bersalah diancam bahaya. “ Haih, apalah nasib orang-orang kampung itu, aku mesti segera pergi ke sana untuk membantu mereka ”, kata Si Oyen di dalam hatinya. 7


Sepanjang perjalanan, dia menghadapi pelbagai rintangan seperti cerun yang curam serta hutan tebal yang penuh dengan bahaya. Tetapi dengan setiap langkah yang diambilnya, tekadnya semakin kuat. Dia tidak merasa gentar walau sedikitpun. 8


Apabila sampai ke kampung tersebut, Si Oyen disambut dengan tangisan yang sangat pilu. Hampir semua rumah di kampung tersebut musnah manakala penghuninya berada dalam ketakutan kerana kumpulan perompak itu mungkin akan kembali. Tetapi Si Oyen tidak berasa menyesal dan takut. Dengan tenang dia bersuara kepada pendudukpenduduk kampung supaya tidak bimbang kerana dia akan membantu mereka menghalang dan mengahalau kumpulan perompak itu. “ Wahai orang-orang kampung, janganlah kamu berasa takut dan gentar. Aku disini akan sedaya-upaya membantu kamu semua “. Ujar Si Oyen kepada mereka. Dengan kehadiran Si Oyen yang merupakan kesatria unggul, tersemat sinar harapan dalam diri setiap penduduk kampung. 9


Keesokkan malamnya, kumpulan perompak kembali semula ke kawasan kampung tersebut. Tanpa membazir masa, si Oyen mula bertindak. Dengan raungan yang bergema di seluruh kampung, dia menyerbu pantas ke arah kumpulan perompak itu. Pedangnya bersinar-sinar di bawah cahaya bulan sambil menangkis serangan dengan penuh tepat dan tangkas. 10


Ketika bertarung, Si Oyen tidak melupakan tujuan sebenarnya. Di mana kebiasaannya orang lain ingin membalas dendam, dia ingin mencari jalan penyelesaian dengan cara yang lebih baik. Dengan menggunakan ketangkasan dan kelicikannya, dia berjaya mencari ketua kumpulan perompak itu. Seekor anjing kelabu yang mempunyai raut wajah bengis serta bertubuh sasa ditatap oleh Si Oyen. “ Aku pasti bahawa dia adalah ketua mereka “ kata si Oyen. 11


Dengan pandangan yang tajam dan suara yang sangat lantang tetapi penuh kelembutan, Si Oyen menawarkan anjing hitam itu peluang kedua untuk menebus segala kejahatan yang telah dilakukannya. Si Oyen juga menawarkan untuk mereka berdamai dan tidak perlu lagi berlawan di antara satu sama lain. 12


Alangkah terkejutnya Si Oyen apabila ketua perompak itu menerima apa yang telah dikatakannya. Walaupun dari luaran si anjing hitam itu kelihatan bengis, masih terdapat sedikit sifat kebaikkan di dalam dirinya. Tanpa disedari, air mata turut mengalir dari kelopak mata ketua perompak itu. Dia mengakui bahawa dia menyesal dan serik untuk melakukan lagi kejahatan. “ Sudah cukup aku melakukan perkara yang tidak baik sepanjang hidupku, kini aku berasa sangat menyesal dan ingin berubah “. Kata ketua perompak kepada Si Oyen. 13


Pada waktu itu, Si Oyen menyedari bahawa keberanian sebenar bukan terletak pada kekuatan semata-mata, tetapi ia terletak pada sifat belas kasihan dalam diri seseorang. Dengan kata-kata yang lembut dan baik, dia telah berjaya mengubah musuh menjadi kawan. 14


Ketika matahari menjelma menyinari kaki langit. Penduduk kampung bersorak gembira kerana dilema yang melanda mereka sudah tiada. Mereka juga turut gembira dengan kata sepakat serta kedamaian yang telah dicapai oleh Si Oyen. Si Oyen berdiri memandang matahari, hatinya dipenuhi dengan rasa bangga dan rendah diri. Walaupun pengembaraannya penuh dengan cabaran dan bahaya, dia tahu bahawa usaha terbesarnya adalah untuk menyebarkan kebaikan dan menunjukkan sifat belas kasihan walau di mana-mana sahaja dia berada. 15


PENGAJARAN Kita haruslah mempunyai sikap keberanian dan belas kasihan dalam diri kita agar dapat menjadi individu yang berjaya di dunia dan disenangi oleh orang sekeliling.


Glosari Tersergam : kelihatan tinggi dan besar Hikayat-hikayat : cerita (khasnya cerita-cerita lama) Berhasrat : sangat berharap Mentor : guru Legenda : cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah Rintangan : sesuatu yg merintangi, halangan atau gangguan Ujar : apa yg dikatakan Unggul : terbaik Tersemat : terletak Menangkis : menepiskan atau mengelak kan pukulan musuh


Click to View FlipBook Version