TRAGEDI OKTOBER
Bismilahhirohmanirohim….
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Zuhaira Zahra
dari Sekolah Kebangsaan Jerlun.
Berhati-hati pandu kereta,
Jangan terlanggar si anak angsa;
Tragedi Oktober tajuk cerita.
Menjadi ikhtibar sepanjang masa.
Tak sanggup lagi aku.
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku.
Biarkan ia pergi
Menjadi satu misteri.
Bagaikan tiada hati yang peduli.
Begitulah yang berlaku. Bait-bait lagu itu membuka satu
memori yang tertanam kukuh dalam ingatanku. Kejadian
malang itu berlaku pada satu malam tanggal 5 Oktober 2017.
Malam itu aku membonceng motosikal yang dipandu oleh
abangku. Perjalanan ke Daerah Kuala Nerang itu agak lewat.
Abang dan aku meneruskan perjalanan biarpun malam itu
bulan seolah-olah malu untuk menunjukkan wajahnya. Angin
malam menyapa aku dari kejauhan. Sayup-sayup aku
terdengar bunyi burung malam bersahut-sahutan.
( bunyi burung hantu. )
Bunyi unggas malam membuatkan aku gelisah. Namun
riak wajah abang yang tenang menyakinkan aku bahawa kami
akan selamat tiba ke destinasi . Abang sejak awal pagi lagi
sudah memeriksa keadaan motosikalnya.
Melodi lagu Cute
brek memang sudah mantap.
Lampu tip tap tip tap,
Tayar pun berkilat,……
Apa tunggu lagi kami pun pergi.
Brum brum brum brum brum
Semuanya berada dalam keadaan baik. Malah abang beria-ia
memakaikan aku topi keledar yang sesuai. Abang juga
mengenakan jaket pemantul cahaya . Ingat teman-teman.
Pastikan keadaan kenderaan mesti dalam keadaan baik
sebelum mereruskan perjalanan.
Maka, motosikal beroda dua milik abang pun meneruskan
perjalanan. Aku dapat melihat abang berhemah melalui
bonggol di kawasan tertentu. Berpandukan sorotan lampu
motosikal abang, kami dapat melihat garisan medium
berwarna putih yang membahagi jalan. Abang tenang
memandu.
Aku donggak ke langit. Masih tiada bintang
bergemerlapan. Aku leka melayan perasaan disapa bayu
malam. Tiba-tiba …..dalam gelap malam itu, satu lembaga
hitam melintas di hadapan kami. Abang masih berusaha
mengawal motosikalnya. Namun sebuah batu besar yang tiba-
tiba menjelma di tengah jalan itu muncul mendadak. Malah
juga bergerak. Abang tidak dapat lagi mengawal
motosikalnya. Kami tercampak.
Aduh! Luka dan sakit bersatu dalam badanku. Abang juga
terbaring di tengah jalan.
Satu suluhan cahaya terang menyambar mataku. Bunyi
hon kuat .Pon…pon…….. Aku juga melihat seekor lembu
tergolek luka tidak jauh daripada motosikal abang. Bingung
aku memikirkan bahawa kami telah terlibat dalam
kemalangan dengan seekor lembu pada malam itu.
“ Allah, ada kemalangan. Cepat kita bantu.” Suara itu
mencelah dipendengaranku.
“ Mujur saya tak rempuh. Saya dapat lihat pantulan
baju lut sinar yang budak ini pakai. Itulah kalau tidak saya
pun akan merempuhnya juga.” Itulah kata-kata yang aku
dengar sebelum aku tidak sedarkan diri.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana kemalangan ini terjadi,
Cuma yang pasti kelajuan motosikal yang dipandu abang
dibawa melebihi 100 km/j. Aku hanya membonceng di
belakang.
Menurut anggota polis yang menyiasat kemalangan itu, lembu
itu mati di tempat kejadian. Sementara aku pula dibawa ke
Hospital Kuala Nerang dengan trak polis yang kebetulan
melalui jalan tersebut. Aku hanya tersedar setelah diberi
rawatan kecemasan di Wad Kecemasan.
Kecederaan yang aku alami agak teruk, aku dipindahkan ke
Hospital Alor Setar. Tulang ulna dan radius tangan kananku
patah, 6 metacaple tangan kiri retak, bibir bawahku
menerima 3 jahitan dan jari kelingking tangan kiri menerima
5 jahitan kerana terkoyak.
Paling memilukan ada petugas wad tersebut menyebut, “Mat
Rempit, padan muka!” Aku ingin menjerit sekuat hati.
Abangku bukan Mat Rempit!....Abangku pemandu berhemah.
Malam itu adalah malam yang amat panjang dan
menyeksakan. Kesakitan yang dilalui amat perit sehingga
tidak tertanggung oleh badan.
Sepanjang berada di hospital selama sebulan sehingga
sembuh, Mak Som ibu angkatku yang memandikan,
membersihkan badan, memakaikan pakaian dan melakukan
segalanya kerana ketika itu aku umpama budak kecil yang
tidak mampu berdikari.
Walalupun peristiwa itu telah 3 tahun berlalu, tetapi
kesannya amat mendalam. Banyak kenangan lama telah hilang
dari ingatanku. Baru kutahu bahawa abangku telah meninggal
dalam kemalangan tersebut. Moga rohmu tenang di sana
duhai abang.
Ingat ye kawan-kawan. Malang tidak berbau, tetapi kita
perlulah beringat sebelum kena. Patuhilah peraturan jalan
raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Kini semuanya hampir beransur pulih. Aku jarang keluar
rumah pada waktu malam, malah sedaya upaya akan bersama
keluargaku. Sebagai seorang pengguna jalan raya aku
menjadi seorang yang terlalu berhati-hati.
Alhamdulillah umurku masih panjang, masih ada peluang
kedua buatku.
Sekian. Terima kasih.