Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Jerlun 1
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Jerlun 2
PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF
SK JERLUN (BKGS)
06150 ALOR SETAR, KEDAH.
PERKARA SATU
Nama dan Alamat :
1.1 Persatuan ini dinamakan Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS).
1.2 Alamat : SK Jerlun, Km 16 Jalan Putra, 06150 Alor Setar, Kedah.
PERKARA DUA
2.1 Badan ini ditubuhkan sebagai sebuah persatuan kebajikan, ukhwah dan riadah
untuk guru-guru dan staf SK Jerlun.
PERKARA TIGA
Tujuan :
3.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti ukhwah untuk memupuk semangat kebersamaan,
persefahaman dan persahabatan dalam kalangan ahli tanpa mengira pangkat,
bangsa dan agama seperti mana yang termaktub dalam Rukun Negara.
3.2 Sebagai perunding untuk menyelesaikan permasalahan guru dan staf secara adil dan
bijaksana.
3.3 Kebajikan ahli :
3.3.1 Bersama bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada ahli yang
ditimpa kesusahan atau musibah.
3.3.2 Membantu menyediakan kemudahan persekitaran kerja yang seronok dan
kondusif.
PERKARA EMPAT
Keahlian :
4.1 Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di SK Jerlun secara automatik WAJIB
menjadi ahli BKGS.
4.2 Keahlian akan terbatal apabila ahli bertukar tempat perkhidmatan, bersara atau
diberhentikan daripada perkhidmatan serta meninggal dunia.
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Jerlun 3
PERKARA LIMA
Kewangan :
5.1 Yuran BKGS :
5.1.1 Bayaran yuran secara bulanan ( RM15x10 ) = RM150
5.2 Sebarang pindaan yuran BKGS mesti diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
5.3 Pembayaran yuran hendaklah diserahkan kepada Bendahari BKGS atau wakil
yang dilantik oleh AJK BKGS.
5.4 Ahli yang tidak menjelaskan yuran selama 4 bulan berturut-turut tidak akan mendapat
apa-apa keistimewaan yang terdapat dalam perlembagaan.
PERKARA ENAM
Pentadbiran :
6.1 BKGS akan ditadbir oleh 14 orang AJK yang dipilih melalui undian.
6.2 BKGS yang dilantik akan meneraju selama dua penggal/tahun.
6.3 Ahli Jawatankuasa Induk dipilih dalam Mesyuarat Agung tahunan.
6.4 Kewajipan Ahli :
6.4.1 Setiap ahli wajib menjelaskan yuran bulanan.
6.4.2 Bekerjasama menjalankan semua aktiviti BKGS.
6.4.3 Memberi pandangan dan teguran terhadap perjalanan BKGS. Sebarang pindaan
perlembagaan hendaklah diputuskan dalam Mensyuarat AJK BKGS.
PERKARA TUJUH
Peraturan Kecil Peruntukan Kewangan :
7.1 Ahli-ahli berhak menerima sesuatu hadiah atau sumbangan daripada BKGS
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Jerlun 4
berdasarkan kedudukan kewangan semasa.
7.2 Hadiah atau sumbangan yang diterima adalah seperti berikut :
7.2.1 Perkahwinan :
Hadiah atau sumbangan RM50 untuk perkahwinan kali pertama semasa berkhidmat di
sekolah ini.
7.2.2 Kematian :
Sumbangan RM100 kepada ahli/keluarga ahli.
(kematian dalam kalangan keluarga terdekat seperti ibu/bapa/mertua/anak/suami/isteri).
7.2.3 Kelahiran :
Hadiah atau sumbangan RM50 ketika mendapat anak sepanjang berkhidmat di sekolah
semasa.
7.2.4 Masuk hospital :
Sumbangan RM50 jika dimasukkan ke wad selama 3 hari dan lebih sekali bagi tahun
semasa.
7.2.5 Sumbangan untuk ahli yang ditimpa kemalangan/bencana alam sebanyak RM 50 sekali
untuk tahun semasa.
7.2.6 Pertukaran/berhenti/bersara :
Hadiah atau sumbangan RM150 bagi yang bersara setelah berkhidmat lebih dari
5 tahun di sekolah semasa.
Hadiah persaraan ahli kurang dari 5 tahun sebanyak RM100.
Hadiah pertukaran ahli:
i) RM70 – kurang 5 tahun menjadi ahli.
ii) RM120 – lebih dari 5 tahun menjadi ahli.
7.2.7 Hadiah hari lahir kepada semua ahli – RM30/orang.
7.2.8 Hadiah pendidikan kepada anak-anak ahli yang berjaya dalam peperiksaan sebanyak
RM50:
SPM – 7A ke atas
STPM – GP 3.6 ke atas
STAM – Jayyid Jiddan
7.2.9 Hadiah untuk anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana
IPT Awam atau Swasta – RM 50. (sekali sahaja sepanjang pengajian)
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Jerlun 5
7.2.10 Kutipan tambahan : Sekiranya aktiviti memerlukan kutipan tambahan,bendahari
dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa dibenarkan mengutip bayaran tambahan
tersebut.
PERKARA LAPAN:
JAMUAN:
8.1 Mengadakan jamuan perpisahan bagi guru yang bertukar atau bersara.
8.2 Mengadakan majlis berbuka puasa dan juga jamuan akhir tahun.
PERKARA SEMBILAN:
PENGGUNAAN / PENGELUARAN
9.1 Pengeluaran/penggunaan/sumbangan wang kebajikan untuk tujuan/pihak tertentu
dibolehkan sekiranya ia digunakan dengan melibatkan semua ahli. (Cth – jamuan,
cenderahati )
Disediakan oleh: Disemak oleh:
Zabedah Zahima
(PN. ZABEDAH BINTI DAN) (PN. ZAHIMA BT HALIM)
SETIAUSAHA PENGERUSI
BADAN KEBAJIKAN GURU STAF SK JERLUN BADAN KEBAJIKAN GURU STAF SK JERLUN
Disahkan oleh:
Makhtar
( EN. MAKHTAR B. CHE ISMAIL )
PENASIHAT
BADAN KEBAJIKAN GURU STAF SK JERLUN