The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aininsyzn1, 2022-03-22 23:19:57

TUGASAN 1 BMMB1104 2021242310242

AININ SYAZANA BINTI TERMIZI X11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

(PENGHASILAN PRODUK)

Nama : AININ SYAZANA BINTI TERMIZI
020109020776
No. K/P : 2021242310242
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X11
Program : EN. SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR
14 MAC 2022
Ambilan :

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: ainin Tarikh : 14 Mac 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: ainin Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019

Penghargaan

Saya ingin memanjatkan kesyukuran dan segala pujian kepada Allah kerana dengan limpah
dan kurniaNya terutamanya dalam proses penyediaan tugasan penghasilan produk bagi
kursus ini iaitu Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu (BMMB1104). Alhamdulillah saya
telah diberikan kesihatan dan kelapangan masa yang baik bagi menyempurnakan tugasan
pada kali ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah banyak melancarkan proses penyediaan
pentaksiran berterusan ini, dari sesi taklimat hinggalah proses penghasilan produk. Terima
kasih juga kepada penyelaras kursus yang bertungkus lumus menyusun sesi taklimat serta
pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang telah menawarkan pakej menarik bagi membantu
pelajar mencari bahan rujukan.

Di samping itu, penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih turut saya ucapkan
kepada pensyarah kursus BMMB1104 bagi Unit X11 iaitu En. Shamsuddin bin Abu Bakar atas
segala tunjuk ajar yang diberikan sejak hari pertama saya dikenalkan dengan kursus ini.
Beliau telah membekalkan pelbagai info tentang kursus ini sebagai rujukan tambahan.

Akhir sekali, saya turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu
saya sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini, terutamanya rakan-rakan Unit X11.
Rakan-rakan amat membantu bagi menyelesaikan kemusykilan tentang soalan bagi tugasan
ini.

Saya berharap penghasilan tugasan ini dapat membantu saya bagi memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam kursus ini. Saya akan memperbaiki segala kelemahan yang
terdapat dalam tugasan ini bagi mendapatkan hasil yang lebih baik pada tugasan yang akan
datang.

I

KANDUNGAN MUKA SURAT

Soalan Tugasan ....................................................................................................III

1.0 Pengenalan ..................................................................................................... 1
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

2.1 Takrif ....................................................................................................... 1
2.2 Jenis-jenis ................................................................................................ 2
2.3 bentuk dan ciri .......................................................................................... 3
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
3.1 Hiburan .................................................................................................... 9
3.2 Pendidikan .............................................................................................. 10
3.3 Dakwah .................................................................................................... 10
3.4 Kritikan sosial .......................................................................................... 11
4.0 Manifestasi akal budi
4.1 Pantun .................................................................................................... 13
4.2 Syair ........................................................................................................ 14
4.3 Seloka .................................................................................................... 15
4.4 Gurindam ................................................................................................ 16
5.0 Rumusan ........................................................................................................ 18

Rujukan ….. ............................................................................................................IV

II

SOALAN TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang
ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya
rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi
dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

III

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu merupakan satu kebanggaan dan identiti orang Melayu. Hal ini
dapat dilihat dalam takrifan perkataan kesusasteraan dan juga Melayu itu sendiri.
Kesusasteraan atau sastera membawa maksud bahasa yang digunakan dalam hasil seni atau
karya tulisan yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Dalam kata lain, sastera juga merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui
bahasa tertentu (Hashim Awang, 1985). Selain itu, kesusasteraan secara harfiahnya juga
bermaksud kumpulan buku-buku yang mempunyai bahasa yang indah serta isi kandungan
yang baik. Melayu pula merujuk kepada sebuah bangsa yang berasal dari kepulauan Melayu,
bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya serta adat
Melayu. Oleh hal demikian gabungan perkataan iaitu kesusasteraan Melayu sudah mampu
memberikan gambaran awal iaitu tentang karya seni sama ada secara bertulis atau tidak
bertulis yang menggunakan bahasa Melayu serta menmpunyai elemen-elemen kebudayaan
dan kehidupan masyarakat Melayu serta mampu berfungsi sebagai medium komunikasi.
Selain itu, medium komunikasi ini juga terdapat dalam dalam dua bentuk iaitu sastera lisan
dan sastera bertulis (Muhd Norizam & Shaiful Bahri, 2015).

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
2.1 Takrif

Istilah kesusasteraan yang terkandung dan digunakan dalam bahasa Melayu telah
berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit. Perkataan pinjaman Sanskrit iaitu susastera ini
membawa maksud aksara atau buku yang indah (Siti Hajar, 2011). Perkara ini bertepatan
dengan karya-karya sastera Melayu yang berunsurkan keindahan dalam menyampaikan
sesuatu penceritaan.

Selain itu, istilah kesusasteraan ini juga dikatakan ini juga dikatakan berasal
daridaripada perkataan bahasa Sanskrit iaitu sastra yang terdiri daripada kata dasar sas dan
tra. Kata sas membawa maksud mengajar atau memberi petunjuk manakala tra pula merujuk
kepada istilah alat. Oleh hal demikian, sastera itu sendiri membawa maksud alat untuk
mengajar. Selain itu, su dalam perkataan kesusasteraan pula membawa erti baik atau indah.
Seterusnya, imbuhan ke dan an pula masing-masing membawa maksud menyeluruh yang
meliputi penulisan, nilai seni, nilai estetika serta panduan mahupun pedoman (Azman et al.,

1

2022). Secara tidak langsung, kesusasteraan itu murujuk kepada nilai-nilai positif yang ingin
disampaikan kepada masyarakat secara menyeruruh.

2.2 Jenis-jenis

Kesusasteraan Melayu meliputi dua elemen penting iaitu prosa dan puisi. Prosa ialah
karangan yang bertulis dengan bahasa yang biasa manakala puisi pula merujuk kepada
karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Walau bagaimanapun, kesusasteraan Melayu dapat dikategorikan dan diklasifikasikan
kepada beberapa jenis dan bentuk yang berbeza. Kategori tersebut adalah kesusasteraan
Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Kepelbagaian ini dapat menunjukkan
bahawa kesusasteraan Melayu sentiasa berkembang dan berevolusi mengikut peredaran
zaman.

Kategori pertama iaitu kesusasteraan Melayu tradisonal kebiasaannya akan
memberi tanggapan pertama kepada pembaca bahawa karya sastera jenis ini lebih bersifat
lama dan lapuk. Namun, perkataan tradisional itu sendiri membawa maksud nilai yang serius
dan abadi, bermutu tinggi serta menjadi standard kepada yang lain, bergaya sederhana,
mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa (Siti Hajar, 2011). Oleh hal
demikian, tidak hairanlah karya sastera tradisional masih kekal dan subur sehingga hari ini
iaitu tidak seperti sastera lama yang hanya bersifat sementara dan mudah lenyap apabila
diganti dengan karya sastera baharu. Dalam pada itu, kesusasteraan Melayu tradisional
semestinya dapat dikategorikan kepada prosa tradisional dan puisi tradisional. Prosa
tradisional meliputi sastera rakyat yang bersifat lisan mahupun bertulis manakala puisi
tradisional pula mengandungi unsur-unsur nyanyian dan lagu.

Kategori kesusasteraan Melayu yang kedua pula ialah kesusasteraan Melayu
moden. Sastera jenis ini merujuk kepada karya sastera yang lebih dekat dengan masyarakat
sekarang dan tercipta berdasarkan perkembangan zaman. Oleh hal demikian, karya sastera
jenis ini banyak menggambarkan kehidupan dan cara hidup masyarakat moden. Perkara ini
merujuk kepada hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi turut dikategorikan dalam
sastera moden (Annas, 1988). Dalam kata lain, sastera moden amat sesuai bagi proses
memahami bentuk dan unsur yang berubah mengikut ketetapan masa. Selain itu,
kesusasteraan Melayu moden juga dikategorikan kepada dua karya iaitu prosa moden dan
prosa. Prosa moden mengandungi penceritaan bertulis dan boleh diadaptasi dalam bentuk
yang lain manakal puisi moden pula hanya melibatkan genre sajak.

2

2.3 Bentuk dan ciri

Prosa tradisional pada awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha serta ditulis
dalam bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno. Walau bagaimanapun, sastera ini telah mengalami
perkembangan seiring dengan kedatangan Islam di tanah Melayu pada abad ke-14 dan terus
mengambil peranan agama terdahulu sehinggalah karya sastera Melayu tidak hanya
berpaksikan bidang kesusasteraan sahaja namun meliputi perihal agama, perubatan, sejarah
dan banyak lagi (Azman et al., 2022). Prosa tradisional boleh diklasifikasikan kepada dua
cabang iaitu sastera rakyat yang disampaikan secara lisan dan sastera istana yang berbentuk
tulisan.

Mitos

sastera Prosa legenda
istana tradisional

cerita
rakyat

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis prosa tradisional. Prosa tradisional pertama iaitu
mitos merujuk kepada cerita yang dianggap suci dan benar-benar berlaku oleh sesuatu
masyarakat. Mitos kebiasaannya berunsurkan kejadian alam, manusia, binatang, tumbuh-
tumbuhan dan bentuk muka bumi. Dalam pada itu, tokoh atau watak utama yang terlibat pula
sering dikaitkan dengan makhluk halus, dewa atau separah dewa. Selain itu, mitos juga
bercirikan peristiwa aneh, dianggap benar-benar berlaku, dianggap keramat, memberi impak
kepada masyarakat dan berlaku pada zaman dahulu. Contoh bagi cerita mitos pula dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal
usul menerangkan tentang asal usul sesuatu perkara dan mempengaruhi pemikiran
masyarakat dengan unsur mistik atau magis misalnya kisah Tasik Chini. Mitos institusi sosial
pula menceritakan tentang sejarah institusi sosial dalam masyarakat Melayu misalnya kisah
institusi adat. Jenis Mitos yang terakhir iaitu mitos politik pula mengisahkan struktur
pemerintahan atau pembentukan sesuatu kerajaan seperti kisah Penubuhan Melaka.

3

Sastera rakyat yang seterusnya ialah legenda. Legenda merupakan kisah yang juga
dianggap benar-benar terjadi namun tidak dianggap sebagai kisah yang suci oleh masyarakat.
Selain itu, kisah legenda juga kebiasaannya mempamerkan tokoh atau watak-watak manusia
atau tempat yang bersifat luar biasa dan hebat. Penceritaan kisah legenda boleh dikenal pasti
melalui ciri-ciri istimewa seperti bercorak cerita melalui komunikasi lisan, berkait rapat dengan
masa silam dan kisah yang dapat dikaitkan dengan perilaku manusia zaman sekarang. Selain
itu, terdapat juga pelbagai jenis kisah legenda dalam kesusasteraan Melayu. Antara legenda
tersebut ialah keagamaan yang merujuk kepada cerita orang alim atau penyebar sesuatu
agama seperti legenda Habib Noh. Selain itu, terdapat juga legenda perseorangan yang
merupakan spesifikasi peristiwa bagi sesuatu tokoh serta menggambarkan latar masa dan
tempat seakan-akan berada pada situasi sebenar. Contoh bagi legenda jenis ini ialah legenda
Hang Tuah dan Mahsuri. Akhir sekali ialah legenda tempat yang merupakan kisah tentang
asal usul sesuatu tempat sama ada berilhamkan nama seseorang atau binatang dan
berlandaskan fakta sejarah tempat.

Di samping itu, cerita rakyat turut tergolong dalam sastera rakyat. Cerita rakyat
merujuk kepada prosa yang tidak dianggap benar-benar berlaku tetapi mampu berperanan
sebagai hiburan, menegakkan kebenaran serta mengandungi pedoman. Cerita rakyat juga
terbahagi kepada beberapa jenis iaitu cerita binatang, cerita penglipur lara dan cerita teladan.
Cerita binatang kebiasaannya melibatkan watak binatang yang bertingkah laku seperti
manusia, cerdik dan pandai berkata-kata. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sang Kancil di
mana haiwan tersebut bijak memperdaya buaya yang lebih hebat darinya. Selain itu, cerita
penglipur lara pula merupakan penceritaan atau kisah yang disampaikan oleh penglipur lara
seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Kisah ini turut diwarisi daripada satu
generasi kepada generasi seterusnya serta kebiasaannya diceritakan secara lisan. Cerita
penglipur lara ini juga kebiasaannya mengandungi tema, plot dan amanat tersendiri yang ingin
disampaikan kepada masyarakat di samping berunsurkan magis dan kuasa sakti. Contoh
cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Akhir sekali, prosa tradisional turut mengandungi sastera istana yang berbentuk
tulisan. Sastera istana mula wujud sejak kedatangan Islam yang telah berkembang dalam
institusi istana. Sastera ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti sastera hikayat, sastera
undang-undang, sastera epik dan sastera agama. Dalam pada itu, sastera-sastera ini turut
ditulis dan dibukukan sebagai sastera agung. Sastera hikayat merujuk kepada karya yang
dipengaruhi oleh unsur keagamaan seperti Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh bagi karya
hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja pasai. Selain itu,
sastera undang-undang pula menjadi rujukan atau kajian tentang sistem pemerintahan,

4

pentadbiran dan susun lapis masyarakat terdahulu seperti mana yang terdapat dalam Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Pahang. Seterusnya, sastera epik pula merujuk kepada
sastera yang bersifat kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul serta mempamerkan
watak-watak yang sempurna kerana digambarkan secara berlebih-lebihan. Contoh bagi karya
jenis ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Amir Hamzah. Akhir sekali,
sastera istana turut melibatkan sastera agama yang banyak memfokuskan kepada kehebatan
Nabi Muhammad SAW yang menyebarkan agama Islam dengan baik walaupun perlu
menempuh pelbagai cabaran seperti mana yang terdapat dalam karya Hikayat Bulan Belah.

pantun

seloka Puisi gurindam
tradisonal

syair

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan puisi tradisional yang turut terkandung dalam Kesusasteraan
Melayu Tradisional. Puisi merupakan salah satu bentuk sastera tertua bukan sahaja di
Malaysia tetapi di seluruh dunia. Selain rajah 2, Harun (1989) turut berpendapat bahawa puisi
tradisional turut meliputi talibun, mantera, adat perbilangan, teka teki, peribahasa, rubai dan
masnawi. Walau bagaimanapun, perbincangan ini hanya menerangkan tentang empat puisi
tradisional utama seperti mana yang terdapat dalam rajah di atas kerana puisi ini lebih dan
sinonim dekat dengan masyarakat pada zaman sekarang.

Puisi tradisional pertama iaitu pantun merujuk kepada kaedah rangkapan tertua dan
berasal dari alam Melayu. Pantun terbentuk daripada bentuk luaran dan bentuk dalaman.
Bentuk dalaman dapat dilihat melalui unsur estetik dan mengandungi tema serta persoalan.
Unsur ini dapat diamati dalam pemilihan lambang yang tepat dan hubungan antara
pembayang dan makna dalam pantun. Bentuk luaran pantun pula dapat dilihat melalui
rangkapan yang terdiri daripada baris yang sejajar dan berpasangan misalnya 2,4,6 dan 12
dalam sesuatu rangkap pantun (Zainon, 1994). Hal ini dapat dilihat misalnya dalam pantun
empat kerat yang mempunyai dua pembayang dan dua maksud. Dalam pantun ini, baris

5

pertama akan berpasangan atau koheren dengan baris kedua manakala baris ketiga pula
akan berpasangan dengan baris keempat. Selain itu, pantun juga mementingkan bilangan
perkataan bagi setiap baris iaitu 4 hingga 6 patah perkataan atau 8 hingga 12 suku kata.
Seterusnya, rima atau bunyi akhir bagi pantun juga mestilah sejajar atau sama misalnya rima
a:a bagi pantun dua kerat dan rima a:b:a:b bagi pantun empat kerat.

Selain itu, gurindam pula merujuk kepada kalimat atau perkataan-perkataan yang
mempunyai dua baris yang bersajak pada bahagian akhir pasangannya atau kalimat-kalimat
yang mempunyai beberapa baris dalam satu rangkap (Zainon, 1994). Gurindam dapat dilihat
melalui bentuknya yang tersendiri iaitu berbentuk terikat misalnya terdiri daripada dua baris
dalam satu rangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan. Selain itu, rima
akhir bagi sesuatu rangkap juga perlulah bercorak a:a iaitu mengenakan bunyi yang sama.
Dalam pada itu, gurindam juga berbeza dengan puisi yang lain kerana memerlukan beberapa
rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea atau penceritaan. Ciri-ciri bagi isi gurindam
pula melibatkan baris pertama dan kedua dalam sesuatu rangkap yang tidak lengkap tetapi
mempunyai kesinambungan atau perkaitan. Baris yang pertama ini disebut sebagai syarat
manakala baris kedua pula disebut sebagai jawab (Zainon, 1994).

Seterusnya, syair Melayu pula merujuk kepada puisi tradisional yang mendapat
pengaruh dari Arab dan Parsi iaitu melalui perkataan syi’ir namun mempunyai bentuk yang
amat berbeza dengan syair kesusasteraan Arab (Mohd Yusuf, 2016). Hal ini dipercayai telah
dikembangkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 dengan tujuan mengajar agama Islam.
Selain itu, syair juga mempunyai ciri-ciri yang istimewa iaitu terdiri daripada empat baris dalam
satu rangkap seperti mana yang terdapat dalam pantun empat kerat. Walau bagaimanapun,
ciri ini tidak sama seperti pantun yang lebih bersifal terbuka iaitu membenarkan pantun selain
pantun empat kerat. Hal ini merujuk kepada ciri syair yang berbentuk tetap dengan empat
baris serangkap dan mempunyai rima akhir a:a:a:a dan rima tengah yang tidak begitu jelas.
Selain itu, setiap baris dalam sesuatu rangkap syair juga mengandungi empat hingga lima
patah perkataan dan lapan hingga sepuluh suku kata. Yang terakhir, syair Melayu juga
mempunyai unsur hentian (pause) seperti mana kolon dalam sebaris pantun. Contoh hentian
syair adalah seperti berikut:

Dewa Asmara / mendengarkan titah,

Tersenyum manis / seraya menyembah,

Patik ini / amba di bawah,

Sepatutnyalah sudah / menjunjung perintah.

6

Puisi tradisional terakhir iaitu seloka pula merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
shloka yang membawa maksud berseloroh, berjenaka atau menyindir (Harun, 1989). Dalam
kata lain, seloka juga merujuk kepada puisi Melayu berangkap dan berirama yang
mengandungi unsurgurau senda, jenaka ejekan dan sindiran. Ciri-ciri seloka dapat dilihat
pada strukturnya yang terikat iaitu mengandungi empat baris dalam satu rangkap seperti
pantun dan binaannya yang melibatkan bilangan patah perkataan dalam sesuatu baris juga
sama seperti pantun dan syair. Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak seloka yang
bersifat bebas di mana setiap barisnya akan berfungsi sebagai isi puisi tersebut misalnya
Seloka Pak Kaduk dan Seloka Pak Pandir.

Seterusnya, kesusasteraan Melayu moden pula mengandungi dua bahagian iaitu
prosa moden dan puisi moden. Prosa moden merupakan karya yang paling dekat dengan
masyarakat pada hari ni. Hal ini kerana prosa-prosa ini merupakan juadah tayangan di kaca
televisyen mahupun telefon pintar masyarakat pada era serba canggih ini.

Cerpen

Prosa
moden

Drama Novel

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan jenis-jenis prosa moden. Prosa moden iaitu cerpen dan novel
boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama namun dibatasi dengan kepanjangan
penulisan atau jalan cerita masing-masing. Cerpen merujuk kepada singkatan bagi dua
perkataan iaitu cerita pendek. Oleh hal demikian karya cerpen kebiasaannya lebih pendek
dan lebih nipis apabila dibukukan berbanding novel. Walau bagaimanapun, ciri-ciri lain yang
terdapat dalam kedua-dua prosa ini adalah hampir sama. Hal ini merujuk kepada kewujudan
tema, persoalan, perwatakan dan plot dalam sesuatu penceritaan (Azman et al., 2022).
Namun, cerpen yang bersifat pendek ini hanya terbatas kepada satu tema dan beberapa
waktak penting sahaja. Selain itu, cerpen juga mempunyai hanya satu plot cerita iaitu
melibatkan penceritaan yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit. Hal didapati
sedikit berbeza dengan novel yang mempunyai pelbagai tema dan persoalan, serta
melibatkan watak yang ramai dan pelbagai. Dalam pada itu, novel juga mempunyai binaan

7

plotnya yang tersendiri iaitu melibatkan permulaan diikuti dengan perkembangan, perumitan,
kemuncak dan akhir sekali, peleraian (Ilias, 1980).

Seterusnya, drama pula merujuk kepada cerita yang bersiri yang membenarkan
penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan dan dialog. Hal ini merujuk
kepada drama yang mempunyai nilai intrinsic atau kesatuan secara menyeluruh yang
menyebabkan penonton dapat bermain emosi ketika menonton sesuatu drama. Selain itu,
drama juga merupakan karya sastera yang mengandungi unsur skrip sebagai panduan
kepada pengarah, pengarah sebagai penyelaras pementasan dan pelakon yang menjayakan
sesuatu watak (Azman et al., 2022). Oleh hal demikian, tidak hairanlah kejayaan sesuatu
drama itu amat berkait rapat dengan nilai kerjasama berpasukan. Dalam pada itu, drama turut
mempunyai ciri-cirinya yang penting untuk bergelar drama yang baik. Perkara ini merujuk
kepada pencahayaan yang baik, bunyi yang jelas dan sesuai, pakaian atau kostum yang
menarik, tata rias yang indah dan daya tarikan penonton yang ramai.

Akhir sekali, sastera moden turut mengandungi puisi iaitu sajak. Sajak merupak satu-
satunya puisi moden dan bersifat lebih bebas berbanding puisi tradisional. Sajak lebih
mementingkan kepada penyampaian, pemilihan kata dan kkemampuan untuk menjenah
emosi pendenar. Hal ini turut diakui oleh Jassin(1993) yang mendefinisikan sajak sebagai
pengucapan penuh perasaan yang mengandungi fikiran dan tanggapan. Perkara ini juga
merujuk kepada sajak yang wujud atau lahir daripada jiwa dan perasaan dan bukannya
lakonan semata-mata. Dalam pada itu, sajak yang berbentuk lebih bebas ini turut terikat
dengan beberapa peraturan. Peraturan-peraturan tersebuat merujuk kepada pemilihan kata
atau diksi, pembentukan rangkap, baris dan pematuhan kepada skima rima akhir yang
selaras. Selain itu, Nama penulis sama ada nama sebenar atau nama pena juga perlu
disertakan dalam sajak. Hal ini bertujuan sebagai pengakuan hak ke atas sesuatu karya.
Perkara ini juga dapat dilihat bertentangan dengan puisi tradisonal yang tidak mewajibkan
penamaan nama penulis dan lebih bersifat kolektif atau hak milik bersama (Azman et al.,
(2022)

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu

Apabila disebut tentang kesusasteraan Melayu, semestinya perkara ini berkait rapat
dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Dengan adanya sastera Melayu,
setiap inci kehidupan dapat diceritakan atau digambarkan dengan baik iaitu dalam kata lain,
berada pada landasan yang betul. Perkara ini merujuk kepada sifat karya sastera yang
berbentuk bebas dan tidak boleh sewenang-wenangnya dicegah oleh orang lain. Selain itu,
karya sastera Melayu juga bertepatan dengan tingkah laku orang Melayu yang sopan dan

8

sentiasa menjaga perkataan dalam pelbagai situasi. Keindahan ini dapat dilihat pada gaya
bahasa, struktur cerita serta peranan didaktik atau pengajaran yang terdapat dalam sastera
itu sendiri (Azman et al., 2022). Sastera Melayu dilihat mampu berkembang dengan baik
sehinggalah masih relevan dengan pembacaan atau kehidupan masyarakat zaman sekarang.
Perkara ini semestinya berlaku disebabkan oleh sastera Melayu yang mempunyai fungsi yang
baik dan pelbagai.

3.1 Hiburan

Kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai hiburan bagi memenuhi keperluan
menghiburkan masyarakat sejak dahulu lagi. Masyarakat Melayu dahulu yang merupakan
sebahagian besar pesawah dan nelayan kebiasaannya dihiburkan dengan sastera Melayu
terutamanya ketika frasa rehat iaitu pada musim tengkujuh dan musim menuai padi. Unsur
hiburan dalam karya sastera Melayu dapat dilihat melalui penggunaan kata-kata yang indah,
irama yang tersusun, kemampuan bagi menyentuh emosi pendengar atau pembaca dan
mempunyai elemen kelakar atau lucu. Elemen kata-kata yang indah dan irama yang tersusun
ini dapat dilihat dalam karya sastera seperti pantun lama.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun ini mampu menghiburkan pendengar melalui kreativiti yang terdapat pada
rentak dan rima yang sekata bagi sesuatu baris dalam sesuatu rangkap. Selain itu, pantun ini
juga mempunyai unsur alam semula jadi yang seterusnya menjadikan pantun ini sesuai untuk
disajikan kepada masyarakat. Dalam pada itu, pantun juga bersifat fleksibel dan boleh
dilagukan dalam pelbagai variasi seperti dalam lirik dikir barat dan lirik lagu oleh penyanyi
terkenal.

Selain itu, karya sastera berunsur hiburan seperti menyentuh perasaan dan lucu pula
dapat dilihat dalam sastera rakyat seperti jenaka Pak Kaduk. Kisah ini menceritakan tentang
teletah Pak Kaduk yang gemar berlaga ayam sehingga akhirnya menggadaikan harta dan
maruah dirinya demi permainan judi tersebut. Selain itu, kisah ini turut menggambarkan sistem
pemerintahan feudal suatu ketika dahulu dimana raja sanggup menganiaya rakyat negaranya

9

sendiri demi kepuasan diri. Oleh hal demikian karya sastera Melayu dapat dilihat memberi
pengajaran kepada masyarakat di samping menjadi hiburan di kala bosan.

3.2 Pendidikan

Kesusasteraan Melayu mampu berperanan sebagai medium pendidikan. Perkara ini
dapat dilihat melalui kewujudan berbagai-bagai bidang ilmu misalnya ekonomi, politik dan
agama yang ditulis dalam karya sastera. Bidang ilmu ini kebiasaannya ditulis berdasarkan
pengalaman penulis namun secara tidak langsung dapat menyampaikan sedikit pengajaran
dan ilmu yang berguna kepada pembaca. Hal ini juga dapat dilihat melalui karya Sulat as-
Salatin oleh Tun Sri Lanang yang banyak menceritakan perihal agama serta pentadbiran
kerajaan Melayu Melaka. Melalui pembacaan karya ini, pembaca dapat mempelajari serba
sedikit tentang sistem pemerintahan, perkembangan agama Islam serta sebab-sebab yang
mendorong kepada kegemilangan pelabuhan dan ketenteraan Melaka pada suatu ketika
dahulu. Dalam pada itu, pembaca juga dapat mengambil iktibar daripada peristiwa kejatuhan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang berpunca daripada pemerintahan yang goyah dan
tidak telus.

Selain itu, sastera Melayu turut diangkat sebagai salah satu mata pelajaran di
institusi pendidikan di Malaysia pada hari ini (Azman et al., (2022). Perkara ini bertujuan bagi
membentuk sahsiah, rohani, kebudayaan serta nilai-nilai yang baik dalam diri pelajar. Apabila
anak muda mengamati dan memahami sesuatu karya sastera, mereka akan mengetahui
maksud-maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya tersebut. Hal ini
menyebabkan mereka lebih berminat untuk mengkaji sejarah terdahulu di samping
memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara. Dalam pada itu, pelajar juga dapat belajar
mendeklamasi dan menyanyikan sesuatu puisi secara bermakna iaitu dengan penuh
perasaan dan mampu menyampaikan mesej berbentuk pengajaran kepada pendengar. Hal
ini bertentangan dengan mereka yang tidak mempelajari sastera Melayu kerana mereka
mungkin mampu menyanyikan sesuatu puisi namun tidak dapat memahami maksud tersirat
yang terkandung dalam puisi tersebut.

3.3 Dakwah

Seiring dengan penyebaran Islam di Tanah Melayu, sastera Melayu turut
berperanan sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Perkara ini dapat dilihat dalam
gerakan Islamisasi yang telah memberi cahaya baru kepada kebudayaan Melayu di

10

Nusantara. Gerakan ini juga telah memulakan langkah baru dalam sejarah persuratan
Melayu-Islam dengan lahirnya umat, pandangan agama dan kebudayaan baharu yang
menjurus kepada nilai Islam (Siddiq Fadzil, 2012). Hal ini dapat dilihat dalam penulisan Siddiq
Fadzil (2012) yang membuktikan bahawa dunia Melayu diiktiraf sebagai zon tamadun Islam
yang bersifat Melayu-Islam seperti mana yang terdalam dalam peta tamadun Islam lakaran
Malik Bennabi. Oleh hal demikian, tidak hairanlah elemen Islam dapat diserap masuk ke
dalam sastera Melayu.

Selain itu, sastera Melayu juga dapat menyebarkan dakwah disebabkan oleh ciri-ciri
Islamiah yang terdapat dalam sesuatu karya sastera. Ciri-ciri ini merangkumi nilai positif,
realistik, bertujuan membimbing dan mendidik dalam sesuatu penulisan. Hal ini menyebabkan
karya sastera Melayu yang menjurus kepada dakwah ini lebih banyak menekankan tentang
amanat atau pengajaran kepada umat manusia agar sentiasa bertakwa dan beriman kepada
Allah SWT. Selain itu, pengarang bagi karya sebegini juga bebas menggunakan kreativiti
mereka namun mestilah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, Ismail
Hamid (1990) berpendapat bahawa penulis perlu menggambarkan manusia sebagai sosok
yang tidak sempurna namun sentiasa beriman kepada Allah dan berusaha untuk menjadi lebih
baik di samping menegakkan sesuatu perkara yang benar seperti mana yang dituntut dalam
Islam (Zahir, 2005). Dalam kata lain, ciri-ciri penulisan ini dapat menarik minat pembaca
kerana tidak mengandungi unsur berlebih-lebihan dan menggambarkan bahawa Islam
merupakan agama yang harmoni dan memberi pedoman yang baik.

Di samping itu, unsur dakwah Islam juga dapat dilihat dalam puisi seperti syair dan
gurindam yang diolah dari Arab dan Parsi. Puisi-puisi ini menekankan tentang pembentukan
akhlak atau sahsiah masyarakat. Hal ini merujuk kepada pengajaran dan nasihat yang
disampaikan secara nyanyian atau lagu dengan harapan dapat memberi impak kepada
kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, pengarang puisi terkenal iaitu Hamzah Fansuri
banyak memasukkan nilai kerohanian dalam syair-syairnya seperti Syair Perahu dan Syair
Fakir. Dalam syair ini, beliau telah memfokuskan kepada kematian dan seksaan Allah SWT
pada hari akhirat kelak serta keperluan memahami kedudukan manusia dan pencipta. Oleh
hal demikian, syair ini dapat dijadikan medium dakwah kerana mengandungi makna tersirat
yang mendalam dan dapat menghadirkan nilai keinsafan kepada masyarakat.

3.4 Kritikan sosial

Sastera sering dikaitkan dengan pengalaman seseorang dalam realiti kehidupan
iaitu merujuk kepada pengalaman penulis melalui sesuatu yang dilihat dan didengar oleh

11

pancainderanya serta sesuatu kisah yang dialami sendiri. Oleh hal demikian, tidak hairanlah
karya sastera mampu menceritakan tentang rakaman kehidupan sama ada dari sudut
kebaikan atau kelemahan sesuatu kelompok masyarakat. Hal ini menyebabkan, penjajah
barat suatu ketika dahulu berusaha untuk mengorek dan menyelongkar kisah hidup dan
ketamadunan masyarakat Melayu melalui karya sastera Melayu. Dalam karya sastera, susur
galur kehidupan dan susun lapis sosial masyarakat diceritakan dengan terperinci. Segala
ketidakadilan, penganiayaan dan ketidaktulusan pemerintah ditulis dengan jelas bagi tujuan
menegur dan menyampaikan mesej kepada pembaca.

Perkara ini merujuk kepada karya sastera Melayu juga boleh dijadikan sebagai
tempat untuk memprotes atau kritikan sosial. Hal ini kerana perkara ini merupakan laluan yang
betul bagi mengkritik sesuatu perkara tanpa menyebabkan berlakunya perbalahan. Istilah
kritikan atau kata kerja kerja kritik itu sendiri merupakan perlakuan menghakimi dan
memutuskan nilai baik atau buruk sesuatu karya. Dalam kata lain, pembaca dapat menilai
sesuatu karya itu dan boleh menangkis atau menidakkan sesuatu pernyataan yang dianggap
tidak tepat. Oleh hal demikian, terhasillah kritikan sastera yang membolehkan penulis
mengkritik sesuatu karya atau perlakuan sesuatu kelompok masyarakat. Walau
bagaimanapun, kritikan sosial ini perlulah bersifat teguran yang membina, mengandungi
saranan dan menggunakan pendekatan yang baik bagi membaiki dan meningkatkan lagi mutu
sesebuah karya sastera (Danziger & Johnson, (1983). Dalam pada itu, kritikan sosial ini juga
dapat dilihat dalam karya Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah oleh Abdullah
Munsyi pada penghujung abad ke-19. Dalam karya ini, Abdullah Munsyi telah mengkritik dan
menegur sikap orang melayu yang malas, kurang ilmu pengetahuan dan gaya hidup mereka
yang mendorong kepada perpecahan (Aziz, 2014). Walau bagaimanapun, beliau tidak hanya
memberikan kritikan yang pedas tetapi turut mencadangkan cara yang terbaik bagi membaiki
kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu.

4.0 Manifestasi akal budi

Puisi tradisional seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dapat mempamerkan
atau memanifestasikan akal budi masyarakat Melayu. Manifestasi merujuk kepada perbuat
atau ucapan yang memperlihatkan kepada sesuatu perkara (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Gabungan perkataan akal budi pula dapat dilihat dalam definisi perkataan akal dan
budi yang membawa maksud yang berbeza-beza. Akal didefinisikan sebagai pemikiran atau
proses menggunakan minda untuk memahami sesuatu perkara, membuat pertimbangan yang
wajar dan mencetus buah fikiran manakala budi pula membawa maksud tingkah laku, akhlak

12

dan keyakinan seseorang (Azman et al., 2022). Oleh hal demikian, akal budi dapat dilihat
dalam kehidupan masyarakat Melayu melalui puisi tradisional yang menggambarkan
kehalusan budi, ketinggian ilmu dan norma hidup yang dipengaruhi oleh adat dan budaya
Melayu.Manifestasi akal budi juga dapat dilihat dalam aspek-aspek utama iaitu pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.

4.1 Pantun

Aspek pertama iaitu pemikiran dapat dikenal pasti dalam karya pantun. Aspek ini
menerangkan tentang proses penggunaan minda untuk dikaitkan atau membuat sesuatu
pertimbangan yang wajar. Hal ini bersesuaian dengan pantun yang bertujuan untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun yang terdiri daripada pembayang dan
maksud dalam sesuatu rangkap itu dapat menggambar sesuatu perkara secara koheren atau
saling berkait. Hal ini dapat dilihat dalam pantun beriku:

Puasa sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;

Puasa sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran dapat dikenal pasti melalui pemilihan penggunaan kata yang tepat
pada pembayang dan berunsurkan alam yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu iaitu
nanas dan ubi. Dalam pantun ini, penulis telah menyamakan ubi dengan budi pekerti yang
baik manakala nanas pula disamakan dengan emas. Hal ini merujuk kepada sifat nanas yang
berwarna cerah, mempunyai rasa yang manis dan mempunyai daya tarikan yang tinggi sama
seperti nanas. Ubi pula digambarkan sebagai tumbuhan yang berwarna kusam dan tidak
menonjol kerana mempunyai isi tetapi tertanam di dalam tanah seperti mana seseorang yang
mempunyai budi pekerti yang mulia namun tidak mempamerkan kelebihan diri kepada orang
lain.

Selain itu, ketinggian akal budi dalam pantun ini juga dapat dilihat melalui nasihat
yang ingin disampaikan kepada masyarakat yang sering kali mengutamakan atau
mengangkat harta atau kekayaan lebih daripada budi pekerti yang baik. Perkara ini
dipamerkan melalui sifat nanas dan ubi yang boleh dimakan namun mempunyai manfaat yang
berbeza. Hal ini merujuk kepada nanas yang digemari masyarakat namun hanya berfungsi
sebagai makanan ringan dan tidak mampu mengenyangkan perut. Hal sebaliknya dapat

13

diamati pada ubi yang kurang menarik tetapi mampu berfungsi sebagai makanan rugi yang
merupakan keperluan bagi kehidupan manusia. Secara kesimpulannya, akal budi yang
terdapat dalam pantun ini amat mementingkan masyarakat untuk memandang tinggi nilai baik
yang terdapat dalam diri seseorang dan tidak hanya memandang pada harta yang dipunyai
olehnya.

4.2 Syair

Aspek seterusnya dalam manifestasi akal budi adalah pertuturan. Aspek ini
menerangkan tentang pertuturan masyarakat Melayu yang sopan santun dan merendah diri.
Hal ini dapat dilihat dalam syair Melayu yang menggunakan kata ganti nama yang baik serta
tidak mengagungkan diri sendiri. Antara contoh syair Melayu yang terkenal ialah Syair
Bidasari yang merupakan syair bercorak romantik. Syair yang merupakan karya asli Melayu
ini mengisahkan tentang puteri cantik bernama Bidasari yang dicemburui oleh ratu negeri
tersebut. Bidasari telah diarahkan untuk dibuang ke dalam hutan namun menemui jodohnya
di sana. Aspek pertuturan yang baik dapat dilihat dalam rangkap Syair Bidasari berikut:

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat

Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Rangkap tersebut memperlihatkan penyair yang bersifat rendah diri dengan
menggunakan kata ganti nama dirinya sebagai fakir. Secara umumnya, fakir merujuk kepada
perkataan Arab yang bermaksud miskin. Namun, fakir dikatakan sebagai tahap yang lebih
miskin daripada mereka yang sudah miskin. Dalam kata lain, fakir juga merujuk kepada
individu yang tidak mampu menampung kehidupannya sendiri dan kebiasaannya tidak
mempunyai pekerjaan tetap. Perbincangan ini menerangkan tentang akal budi masyarakat
Melayu yang sentiasa merendah diri apabila berhubung dengan lain seperti mana penyair
yang membahasakan dirinya sebagai fakir walaupun dia berkemungkinan bukanlah seorang
yang miskin. Dalam pada itu, penggunaan istilah sebegini juga bertujuan mengingatkan
masyarakat agar tidak mudah bangga diri dan tidak berasa riak dengan kelebihan sedia ada
sesuai dengan budaya masyarakat Melayu.

Selain itu, akal budi dalam syair Melayu juga dapat dilihat dalam bentuk nasihat agar
menghindari fitnah dalam sesuatu kelompok masyarakat. Hal ini dapat dilihat dalam syair

14

Bahaya Fitnah yang menceritakan tentang kejatuhan dan kemerosotan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka pada 1511 yang berlaku disebabkan oleh fitnah tanpa unsur periksa. Syair ini
mengisahkan tentang pembunuhan orang yang tidak bersalah disebabkan terlalu percaya
akan fitnah oleh mereka yang menyimpan dendam dan dengki. Kisah teladan ini telah ditulis
dengan jenis dan dapat dilihat dalam syair dibawah:

Sejarah Melayu teladan utama,
Bahaya fitnah sudah menjelma,

Si Kitol, Mendeliar turut sama,
Difitnah bendahara busuklah nama.

4.3 Seloka

Aspek manifestasi akal budi seterusnya iaitu perlakuan juga dapat dilihat dalam puisi
tradisional seperti seloka. Aspek ini mementingkan tingkah laku berhemah terutamanya ketika
melayan tetamu. Seloka yang bersifat seloroh, jenaka atau menyindir ini dapat dikaitkan
dengan aspek ini dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat. Namun bagi
seloka Pak Pandir, aspek tingkah laku yang baik terhadap tetamu tidak lagi perlu dibangga-
banggakan dan dijadikan pedoman namun perlu dihindari bagi menjamin kehidupan yang
lebih baik. Hal ini merujuk kepada seloka berikut:

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibelai
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung

15

Apa didengar gelagak dagang

Gelagak rambutan jantan:

Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram

Kilat memancar hujan tak jadi

Awak juga berkecundangan.

Akal budi yang terdapat dalam seloka ini adalah menyindir individu yang bersikap
mengutamakan orang lain lebih daripada keluarganya sendiri (Azman et. al., (2022).. Individu
tersebut merujuk kepada Pak Pandir yang mewakili sikap orang Melayu yang terlalu
mengutamakan dan meraikan orang luar sehingga mengabaikan keluarganya sendiri. Hal ini
dapat dilihat dalam frasa anak dipijak dan dagang dijinjing. Selain itu, teguran terhadap
perlakuan orang Melayu terdahulu yang gemar berfoya-foya, suka berjudi atau bertaruh dan
boros dalam berbelanja juga dapat dikenal pasti dalam frasa hartanya habis tergadai yang
menunjukkan bahawa Pak Pandir terpaksa menyerahkan hartanya disebabkan oleh sikapnya
sendiri yang tidak pandai menguruskan wang. Seterusya pengarang turut mengkritik sikap
masyarakat yang tidak sedar kelemahan diri sendiri dan sentiasa berpaksikan baying-bayang
orang lain. Perkara ini turut dijelaskan dalam frasa tak sedar bertelanjang yang merupakan
kritikan secara halus bagi sifat Pak Pandir yang tidak menyedari keaiban yang ada pada
dirinya lalu membiarkan sahaja dirinya berada dalam keadaan tanpa seurat benang.

Selain itu, pengarang turut menegur sikap masyarakat yang tidak tetap pendirian
dan terlalu mengikut kata-kata orang lain. Hal ini dinyatakan dalam frasa mendengar guruh di
langit, air di tempayan di curahkan yang merujuk kepada perlakuan yang sia-sia untuk sesuatu
perkara yang belum pasti berlaku. Di samping itu, pengarang juga menasihati masyarakat
agar berhati-hati dengan musuh yang berpura-pura baik di hadapan seseorang agar tidak
tersakiti dan terbeban kelak. Hal ini dinyatakan dalam frasa mulut kena suap pisang, buntut
kena cangkuk onak. Sesungguhnya, perkara ini akan menyebabkan seseorang itu terus
menanggung derita yang tidak berkesudahan disebabkan oleh kelemahan dirinya sendiri
sesuai dengan ayat Awak juga berkecundangan.

4.4 Gurindam

Aspek manifestasi akal budi yang terakhir iaitu gaya hidup pula menerangkan
tentang cara tertentu sesuatu masyarakat menjalani kehidupan. Aspek ini dapat dilihat dalam

16

Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji pada 1846 yang lebih berkisarkan gaya hidup sebagai
umat yang beragama Islam. Gurindam ini terut mengandungi nasihat dan pengajaran yang
berguna kepada anggota masyarakat. Contoh bagi akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat
dalam gurindam fasal pertama berikut:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Akal budi dalam fasal ini menerangkan bahawa seseorang yang mengamalkan
kehidupan tanpa agama akan menjurus kepada jalan hidup yang sia-sia tanpa tujuan hakiki.
Perkara akan menyebabkan seseorang itu sentiasa cemas dan gelisah apabila menghadapi
sesuatu kesukarran dalam hidup kerana tidak bergantung harap kepada pencipta. Selain itu,
empat perkara yang dinyatakan dalam gurindam ini pula merujuk kepada nilai-nilai Islamiah
iaitut syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih
mudah dan lancar (Azman et al., (2022).

Seterusnya, gurindam ini turut mempunyai elemen menasihati penganut Islam agar
melaksanakan perintah dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Hal ini
kerana dunia hanyalah bersifat sementara manakala alam akhirat akan kekal selamanya.
Oleh hal demikian, penulis turut menasihati pembaca untuk mengetahui hakikat diri mereka
sebagai hamba yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan Allah dalam mengejar
kehidupan abadi di akhirat kelak. Akhir sekali akal budi juga dapat dilihat melalui nukilan
penulis yang menggesa pembaca untuk tidak mudah terpedaya dengan godaan dunia dan
sentiasa ingat bahawa dunia yang didiami ini hanyalah bersifat fana atau tidak kekal. Oleh hal

17

demikian, umat Islam perlulah mendiami dunia dan meramal dengan sebaik mungkin sebagai
bekalan di alam akhirat yang kekal buat selama-lamanya.
5.0 Rumusan

Berdasarkan jenis, bentuk, ciri, fungsi serta manifestasi akal budi bagi sastera
Melayu, dapat disimpulkan bahawa sastera melayu merupakan sesuatu hasil seni yang
istimewa dan menjadi kebanggaan orang Melayu terutamanya di Malaysia. Karya sastera
Melayu telah mempamerkan keindahan dan budaya masyarakat Melayu yang bersopan
santun dan terpuji sejak dahulu lagi. Melalui karya ini juga, beberapa ilmuan dan ahli sastera
terkenal negara telah dapat dilahirkan seterusnya membuktikan bahawa orang Melayu
misalnya mampu menghasilkan karya agung seperti mana tokoh-tokoh barat yang terkenal
seperti William Shakespeare. Oleh hal demikian, tidak hairanlah penjajah barat pada suatu
ketika dahulu sanggup mempelajari bahasa Melayu bagi mentafsir dan merungkai makna-
makna tersirat disebalik karya sastera Melayu. Dalam pada itu, generasi muda pada hari ini
perlulah memelihara kesusasteraan Melayu dengan sebaik mungkin serta mempraktikkan
segala pengajaran yang terkandung dalam karya sastera ini bagi menjamin keharmonian dan
kesinambungan kesenian Melayu.

18

Rujukan

Annas, A., (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziz, H. (2014) Kritikan Abdullah Munsyi terhadap sosioekonomi penduduk Terengganu

melalui autobiografi “Hikayat Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Kelantan”.
In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27
August 2014.
Azman, R., Mohd Nazri, Z., Shamsudin, A. B., Abdul Rani, H., & Hasnah, A. (2022).
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Danziger, M. K. & Johnson, W. S. (1983). Pengenalan kritikan sastera. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Harun, M. P. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Fajar Bakti. Sdn.Bhd.
Ilias, H. Z. (1980). Kesusasteraan Melayu moden Jilid 1: Novel. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusuf, M. N. & Abd Rahman, K. (2016). Puisi Melayu tradisi. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Muhd Norizam, J., & Shaiful Bahri, M. R. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai
wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, 31(2), 183–194.

Siddiq, F. (2012). Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Akademi Kajian
Ketamadunan.

Siti Hajar, A. Z. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zahir, A. (2005). Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk Alam Melayu.
Jurnal Pengajian Melayu, 15, 254–265.

IV

Zainon, S. A. (19940. Mengenali dan menghayati puisi Melayu tradisi. Penerbit Elman (M)
Sdn. Bhd.

V


Click to View FlipBook Version