DR. HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN TIMBALAN KETUA JABATAN JABATAN PENGEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN IPG KAMPUS ILMU KHAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION 2022 ROHAYATI BINTI ABD HAMED Transformasi Pendidikan ke Arah Melahirkan Insan yang Sejahtera TEMA 11 FEBRUARI 2023 UCSI UNIVERSITY KUALA LUMPUR PUICE SABTU | 8:30 PAGI - 1:00 TENGAH HARI
KANDUNGAN 2 PERKARA MUKA SURAT Atur Cara 3 Kata Alu-aluan 4 Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Kata Alu-aluan 5 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Latar Belakang & Objektif 6 Jawatankuasa Pelaksana 7-8 Senarai Pembentang 9-10 Abstrak kajian Tindakan 11-24 Penghargaan 25 Autograf 26
3 8.30 Pagi Pendaftaran 9.00 Pagi Ucapan pembukaan (Pengacara Majlis) Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Bacaan doa Ucapan Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Ucapan Perasmian Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tayangan montaj Ucaptama PUICE 2022 Dr Hairul Faeizi bin Lokman Timbalan Ketua Jabatan Jabatan Pengembangan Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur Penyampaian sijil dan cenderamata Slot UCSI University Rehat dan kudapan Sesi Pembentangan : Bilik 1, Bilik 2 dan Bilik 3 Penyampaian sijil kepada pembentang dan hadirin 1.30 tengah hari Bersurai ATUR CARA
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmahtulahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, sekalung tahniah saya hulurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama atas inisiatif murni dan komitmen padu untuk menganjurkan Petaling Utama Innovative Conference On Education (PUICE) 2022 pada hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, PUICE 2022 ini bertemakan Transformasi Pendidikan ke Arah Melahirkan Insan yang Sejahtera. Tema ini amat menarik dan seiring dengan perkembangan dan kamajuan seantero dunia. Guru-guru selaku arkitek pembangunan intelek dan pembinaan sahsiah memainkan peranan yang amat penting sekali untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing di dunia serba baharu ini. Lantaran itu, saya amat mensyukuri usaha murni Sektor Pembelajaran PPD Petaling Utama untuk menganjurkan konferens ini supaya amalan terbaik guruguru dapat disebarluaskan untuk membawa manfaat kepada seluruh warga pendidikan lantas membawa kesejahteraan kepada segenap lapisan masyarakat. Transformasi atau inovasi didefinisikan sebagai pembaharuan. Guru-guru perlulah senantiasa mencabar diri agar memikirkan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik lantas mengimplementasikannya di dalam bilik darjah supaya ilmu dan kemahiran yang kurang dikuasai oleh anak-anak murid kita selama ini dapat difahami, dipelajari, dan dibina sehingga mengakar dalam minda dan jiwa murid-murid. Sehubungan dengan itu, keberanian untuk keluar daripada zon selesa, kesungguhan untuk memanfaatkan pelbagai sumber dan komitmen untuk terus mempelajari ilmu baharu merupakan syarat-syarat penting setiap insan bergelar guru pada zaman ini. Kreativiti dan inovasi begitu mustahak kerana kita berdepan dengan murid-murid yang berlatarbelakangkan tahap intelektual, tahap kecerdasan serta status sosioekonomi yang berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, pedagogi terbeza perlu menjadi pegangan setiap guru untuk memastikan perkembangan dan kemajuan akademik murid dapat ditaksir sepanjang masa. Kita perlu sentiasa beringat-ingat bahawa hasrat kita adalah untuk memastikan semua anak murid kita berjaya dan tiada sesiapa pun yang tercicir daripada sistem pendidikan kita. Guru-guru mestilah sedar bahawa andai kata pengajaran guru berjaya menarik minat murid-murid, isu ketidakhadiran mesti dapat diminimumkan. Oleh sebab itu, daripada kita asyik mempersalahkan murid-murid apabila mereka ponteng kelas, lebih berkesan dan bermakna lagi sekiranya guru-guru memikirkan cara untuk memikat hati murid-murid hadir ke sekolah. Oleh sebab itu, marilah kita menjalankan refleksi, membudayakan inovasi, dan akhirnya merealisasikan transformasi demi kesejahteraan seluruh nusa dan bangsa kita seiring dengan konsep masyarakat madani yang dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan syabas yang setinggitingginya kepada semua guru yang terlibat dalam pembentangan kertas ilmiah PUICE 2022. Perkongsian kalian pasti akan membawa manfaat yang tidak ternilai sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja di sekolah, malah di seluruh daerah Petaling Utama.. Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. ROHAYATI BINTI ABD HAMED Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 4
5 KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualalkum Warahmahtulahi Wabarakatuh. Syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnia-Nya, Petaling Utama Innovative Conference on Education atau lebih dikenali sebagai PUICE 2022 dapat dijayakan pada tahun ini. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih saya rakamkan kepada Yang Berusaha Puan Rohayati binti Abd Hamed, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kerana sudi melapangkan masa untuk memberikan sokongan padu kepada kami bagi menjayakan PUICE 2022. Sokongan padu ini akan mendorong lebih banyak guru di daerah ini untuk mengusahakan pelbagai inovasi ilmiah demi kecemerlangan anak didik kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh warga PPD Petaling Utama, khususnya Sektor Pembelajaran yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan PUICE 2022. Inisiatif ini amat murni kerana PUICE merupakan satu platform untuk membudayakan kajian tindakan yang akhirnya membawa pelbagai manfaat kepada kemenjadian murid kita dan keberhasilan KPI kita. Seterusnya, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para pembentang kertas ilmiah. Kesungguhan dan kegigihan kalian untuk menerokai pelbagai jalan penyelesaian bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid kita sesungguhnya merupakan usaha yang amat luhur dan murni. Oleh sebab itu, teruskanlah iltizam untuk mentransformasikan pedagogi supaya murid-murid kita beroleh peluang yang optimum untuk mengembangkan potensi maksimum mereka. PUICE 2022 bertemakan Transformasi Pendidikan ke Arah Melahirkan Insan yang Sejahtera. Kita harus memahami bahawa tanggungjawab kita sebagai pendidik pada hari ini ialah kita perlu senantiasa bersiap siaga untuk mendepani sebarang perubahan, pembaharuan dan perkembangan sedunia yang amat memerlukan kita menjalankan pelbagai penambahbaikan supaya modal insan yang kita lahirkan berupaya untuk mengecapi kesejahteraan dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini. Akhirulkalam, saya berharap semoga segala inisiatif untuk menjayakan konferens ini dapat memberikan motivasi dan membuka minda warga pendidik khususnya di daerah Petaling Utama untuk melakukan perubahan melalui kajian tindakan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, saya juga amat berharap agar konferens ini akan menjadi agenda tahunan secara berterusan dan dan menjadi platform transformasi yang maknawi. Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
LATAR BELAKANG Menurut Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menyatakan Transformasi sistem pendidikan sedia ada bertepatan waktunya dan diharapkan lebih tertumpu kepada konsep profesionalisme, kepakaran dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan segera. Norma baharu sudah dan sedang menjadikan murid, pendidik dan ibu bapa lebih kreatif dalam memastikan keseimbangan pendidikan dan memenuhi komponen pembelajaran semasa. Dalam sistem pendidikan negara, kemenjadian murid harus menjadi antara tonggak ke arah pembentukan individu dinamik dan inklusif merangkumi segala aspek sebenar asas pendidikan seimbang, termasuk pembangunan rohani dan sahsiah kendiri. Murid kini lebih kreatif dalam menghasilkan projek serta tugasan yang diberikan. Kaedah pembelajaran dalam talian menaikkan pendidikan Malaysia ke satu tahap yang lebih kompleks dan dinamik. Dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan sejahtera, pembangunan potensi diri murid diukur dalam pelbagai bidang bukan sahaja akademik yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, tetapi juga ditaksir dalam bidang kokurikulum seperti PAJSK dan psikometrik. Aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu fahami dan ia bukan bersifat statik, tetapi dinamik selaras ke arah pembentukan kerajaan pendidikan digital yang holistik dan seimbang. Oleh itu, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Kaedah ini dapat mencorakkan suasana pembelajaran dan meningkatkan tahap penguasaan pencapaian murid tentang sesuatu yang dipelajari. OBJEKTIF 6 Meningkatkan tahap pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan warga pendidik dalam memartabatkan pendidikan sebagai usaha ke arah melahirkan generasi yang berwawasan. Mempelbagaikan transformasi dalam PdPc berdasarkan situasi semasa dan keperluan perkembangan murid. Memberi galakan kepada pendidik membuat transformasi dan inovasi tentang teknik, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan pendidikan seterusnya membudayakan kajian tindakan dalam PdPc di peringkat sekolah. Meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru untuk menggunakan teknologi dalam penyampaian PdPc sebagai transformasi ke arah melahirkan insan yang sejahtera.
7 Pengerusi Haniza binti Mohd Jabar @ Ibrahim Pegawai Pendidikan Daerah Naib Pengerusi Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Penyelaras Suzila binti Said (Ketua) Normasitah binti Masri Pengurus Majlis (Floor Manager) Alex Leong Jun Wei Setiausaha 1 Nur Idayu binti Rosni Setiausaha 2 Noor Lizawati binti Ibrahim Bendahari Nurulhidayah binti Ramli Sambutan dan Protokol VIP Hilwana binti Ahmad Sha'ari Rosliza binti Basar Hanisah binti Mohd Ali Julia binti Hamzah Hj. Mohd Noh bin Murli Tajaan Nazri bin Mohammad Bibi Virdayanti binti Ilyas @ Alias Wan Aida Sabreena binti Che Wan Bakar Pendaftaran Wan Aida Sabreena binti Che Wan Bakar (K) Norhanim binti Zainudin Bibi Virdayanti binti Ilyas @ Alias Nurulhidayah binti Ramli Teks Ucapan Alex Leong Jun Wei Rosliza binti Basar Buku Abstrak/ Buku Program Sathiah a/p Shammugam Normawati binti Jasman Penyunting Alex Leong Jun Wei Normawati binti Jasman Hilwana binti Ahmad Sha’ari Antoinette Gerardine Maria Raj Pengacara Majlis Mohd. Shah Rizal bin Md Isa Bacaan Doa Ustaz Najamuddin bin Khalani JAWATANKUASA PELAKSANA
8 Penyelaras pembentangan Normasitah binti Masri (Ketua) Muhamad Zuraidi bin Md Nor Semua penyelaras bilik 1, bilik 2 dan bilik 3 Publisiti/Promosi Ustaz Najamuddin bin Khalani Norsilawa binti Bohari Latar Pentas/Back drop/Montaj Maria Farinna binti Zainal Abidin (Ketua) Badieah binti Mustakin Mohd Fazdli Zaman bin Othman Teknikal Wasilah Minda Badieah binti Mustakin (Ketua) Maria Farinna binti Zainal Abidin Nur Assyura binti Mohamad Mohd Razaki bin Mohamed Taraqallah bin Salleh@Kassim Muhammed Syahir bin Ali Ahmad Rusydi Yusri bin Mohd Asri Yahya bin Abdul Karim,SK (1) Petaling Jaya Azrul bin Ahmad, SK Sungai Way Iqbal Annam bin Zainal, SMK SAS Mohd Khairy Izzuan bin Mohd Yusof, SMK SAS Ahmad Iltizam Fahmi bin Ahmad Khalil ,SMK SAS Sijil & Cenderamata Nadiah binti Jahidin (Ketua) Nurhafizah binti Ismail Nur Syahieda binti Tajuddin Nur Zahera binti Ahmad Dokumentasi & Fotografi Zaharah binti Abdullah @ Sudi Maria Farinna binti Zainal Abidin Persediaan tempat Antoinette Gerardine Maria Raj (Ketua) dan Kebersihan Norhafizah binti Zaini Muhamaed Tasnim bin Hassan Nazri bin Mohammad Jamuan Rosliza binti Basar (Ketua) Zaharah binti Abdullah @ Sudi Nurulhidayah binti Ramli Nur Idayu binti Rosni Peralatan dan pengangkutan Ustaz Najamuddin bin Khalani Semua jawatankuasa yang berkaitan Kejurulatihan & Pembentangan SISC+ dan semua pegawai SPB JAWATANKUASA PELAKSANA
SENARAI PEMBENTANG 1. ENHANCING FORM 5 CHEMISTRY STUDENTS' LEARNING IN VOLTAIC CELL AND DISPLACEMENT REACTION USING ‘EVIL BOSS’ AS AN ANALOGY FOR SCAFFOLDING Ng Kong Joo , SMK Bandar Utama Damansara 4 , PPD Petaling Utama Kimia 2. KIT PANDUAN PENGURUSAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME : PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN BERKESAN DLP NEGERI SEMBILAN Shahrul Badriyah Binti Mohamed , Unit Sains dan Matematik , JPN Negeri Sembilan Dual Language Programme 3. ENHANCING THE SKILLS OF WRITING SIMPLE SENTENCES IN ENGLISH USING A MNEMONIC DEVICE “I PALM-SU-VE-2o” Wan Norul Addinie Binti Mohd Naser, SMK Saujana Utama , PPD Kuala Selangor Bahasa Inggeris 4. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENTAFSIR DAN MELAKAR GRAF GERAKAN LINEAR DALAM KALANGAN MURID 4 BERLIAN MENGGUNAKAN LIMOG INDICATOR Mohd. Azif Bin Shukor , SMK Paya Rumput , JPN Melaka Fizik 5. LET'S HI 5! Dr.Suguna Devi , SMK Putrajaya Presint 11 (1), JP Wilayah Persekutuan Putrajaya Bahasa Inggeris 6. THE USE OF E.D.E.C STRATEGY TO IMPROVE STUDENTS' KNOWLEDGE ABOUT BORNHABER CYCLE IN CHEMICAL ENERGETICS AMONG 10 FORM SIX STUDENTS AT KOLEJ TINGKATAN ENAM PETALING JAYA. Foh Meng Choo, Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya , PPD Petaling Utama Tingkatan Enam 7. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MELALUI AKTIVITI ‘KOMEN SELEPAS MENULIS’ MODEL HKT DALAM KALANGAN MURID 3P Tan Hong Sheng , SJKC Puay Chai , PPD Petaling Utama Bahasa Melayu 8. PENGGUNAAN KAEDAH LIPATAN PETAK UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 6 DALAM MENINGKATKAN PRESTASI KESENIAN Lim Jong Shin , SJKC Puay Chai , PPD Petaling Utama Pendidikan Seni Visual 9
10 SENARAI PEMBENTANG 9. THE USE OF FOE4.0 APPLICATION IN TEACHING VOCABULARY AND SPEAKING SKILLS FORM 4A PUPILS Vinothan a/l S.Ramayah, SMK Damansara Damai 1 , PPD Petaling Utama Bahasa Inggeris 10. MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID KELAS 3 DONOHUE MENJAWAB SOALAN ESEI BAHAGIAN C DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH 5W1H DAN MY DOLL Nur Hanisah Binti Che Yusoff & Carol Anak Bunyau ,SMK La Salle ,PPD Petaling Utama Sejarah 11. MENANGANI ISU 3M DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 Suriatey Binti Ramli , SK Damansara Utama, PPD Petaling Utama Pemulihan Khas 12. Teknik iTOS: MENINGKATKAN KEHADIRAN AHLI KELAB BOLA TAMPAR MENENGAH RENDAH SMK TAMAN SEA SECARA DALAM TALIAN Halimatonor Binti Sabran & Zaimah Binti Mohamad,SMK Taman Sea ,PPD Petaling Utama Kokurikulum 13. MENINGKATKAN BILANGAN MURID YANG MENDAPAT BETUL SEMUA BAGI SOALAN PEMFAKTORAN UNGKAPAN ALGEBRA BENTUK AX^2 + BX + C DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 2, SMK (P) SRI AMAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENDARABAN SILANG Ruazlina Binti Ahmad Rosdy , SMK (P) Sri Aman ,PPD Petaling Utama Matematik 14. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBATANGKAN SUKU KATA KV+KV+KV BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 2 CERDAS DI SJKC CHUNG HWA DAMANSARA MENGGUNAKAN TULISAN BERWARNA. Emmi Dayana Binti Abdul Manan , SJKC Chung Hwa Damansara , PPD Petaling Utama Pendidikan Khas
11 PEMBENTANG 1 ENHANCING FORM 5 CHEMISTRY STUDENTS' LEARNING IN VOLTAIC CELL AND DISPLACEMENT REACTION USING ‘EVIL BOSS’ AS AN ANALOGY FOR SCAFFOLDING NG KONG JOO SMK Bandar Utama Damansara 4 PPD Petaling Utama ABSTRACT This study describes an action research to enhance 14 Form 5 students’ learning in Voltaic Cell and Displacement Reaction using the “Evil Boss” analogy in an urban public school in Malaysia. Initial verbal survey with some of the students provided feedback that they do not understand the mechanism and concepts behind voltaic cell and displacement reaction, despite having learnt the topic a few months ago, before the researcher took over the class from a different Chemistry teacher. A pretest was conducted and further confirmed the issue on the lack of understanding by the pupils. Due to the closure of schools during the Covid-19 pandemic in the country, the delivery of how to use the “Evil Boss” as an analogy to scaffold students’ learning in analysing chemical reactions in voltaic cell as well as analysing the ability of a metal to displace another metal from its salt solution, a displacement reaction, was done online via 2 separate Google Meet sessions, each lasting 90 minutes. Post-test students’ average achievement score showed a moderate improvement score of 3.15 for the displacement reaction, whereas an improvement score of 3.20 was obtained for the voltaic cell. However, in both cases, more than 50% of the students still could not successfully score more than 5 out of maximum 10 in each test. The limitation of the use of analogy to scaffold students’ learning in analysing chemical reactions in voltaic cell as well as analysing the ability of a metal to displace another metal from its salt solution, was discussed. In a nutshell, the “Evil Boss” analogy provided scaffolding to some extent, but it is not a substitute for the chemistry knowledge required by students to successfully communicate the chemical concepts and operation within the context of displacement reaction as well as voltaic cell. Key words: SPM Chemistry, Voltaic cell, Displacement reaction, analogy
12 PEMBENTANG 2 KIT PANDUAN PENGURUSAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME : PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN BERKESAN DLP NEGERI SEMBILAN SHAHRUL BADRIYAH BINTI MOHAMED Unit Sains dan Matematik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ABSTRAK Dual Language Programme (DLP) merupakan salah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu serta memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberikan pilihan kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Antara objektif pelaksanaan DLP ialah peningkatan masa pendedahan murid kepada Bahasa Inggeris, meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing pada peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan. Tidak dinafikan pelaksanaan DLP di mana-mana negeri menghadapi pelbagai isu untuk memastikan kelancaran dan kelestarian hingga peringkat menengah atas. Kit Panduan Pengurusan DLP ini mengandungi panduan lengkap tadbir urus DLP yang dilaksanakan secara menyeluruh Sejumlah 50 buah sekolah menengah dan 66 sekolah rendah di negeri Sembilan.Pelaksanaan DLP berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan KPM sepenuhnya, namun dipermudah dalam bentuk 6 Prinsip Pelaksanaan DLP di peringkat negeri sebagai panduan kepada setiap peringkat pengurusan dalam negeri termasuk JPN, PPD dan sekolah.Panduan lengkap ini termasuklah pelbagai prosedur pengurusan DLP seperti Permohonan Sekolah DLP Baharu, Permohonan Masuk dan Keluar Murid DLP serta aktiviti-aktiviti sokongan bagi mempromosikan dan melestari DLP. Kejayaan DLP disukat menerusi pencapaian murid DLP dalam peperiksaan awam serta berkurangnya kes aduan berkaitan dengan DLP dari tahun ke tahun. Isu berkaitan dengan guru DLP dan buku teks DLP juga dapat diatasi berpandukan pematuhan Prinsip Pelaksanaan DLP yang diperkenalkan. Kata Kunci : Isu mengurus , cabaran melestari ,pencapaian prestasi
13 PEMBENTANG 3 ENHANCING THE SKILLS OF WRITING SIMPLE SENTENCES IN ENGLISH USING A MNEMONIC DEVICE “I PALM-SU-VE-2o” WAN NORUL ADDINIE BINTI MOHD NASER SMK Saujana Utama PPD Kuala Selangor ABSTRACT This research is based on the test performance of a select group of students in the lower form of a suburban school. The research focuses on constructing simple sentences by using innovative language devices. For three months, the researcher aimed to determine the effectiveness of using ‘I PALM SU VE O’, a mnemonic device, to help students construct progressive sentences. The researcher used the CEFR (Common European Framework of Reference) band descriptor to evaluate the students' writing skills before and after the assessment. The researcher trained the subjects with excersises on the usage of vocabulary, verbs, and grammar structure to amplify the process and embed good practices to construct sentences. The subjects were selected from a group of Form-2 students that had test scores between the low and intermediate category based on the A1-B1 CEFR band. The results prior to the use of the ‘I PALM SU VE O’ method showed poor sentence construction skills among the subjects. The researcher found that the subjects could not remember the structures. Therefore, she used a Mnemonic tool or device to help students retain specific formats such as pictures, objects, abbreviations, etc. Out of 20 students, 18 could use this tool with minimal guidance. Students also displayed their enjoyment in creating their tools by drawing or writing on their hands. Such methods helped to improve memory, as well as promote fun and creative learning, hence increasing the students' interest in the English Language. Based on the drastic improvement in the students' performance post-assessment, the researcher determined that ‘I PALM SU VE O’ method could be an effective tool in every class, especially for students with low to intermediate levels. Teaching the English Language as a foreign language may be challenging, but educators can change that with innovative and creative collaborations with their students. Keywords: writing skills, simple sentences, grammar structures, creative and innovative, mnemonic device, learning tools
14 PEMBENTANG 4 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENTAFSIR DAN MELAKAR GRAF GERAKAN LINEAR DALAM KALANGAN MURID 4 BERLIAN MENGGUNAKAN LIMOG INDICATOR MOHD. AZIF BIN SHUKOR SMK Paya Rumput Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ABSTRAK LiMoG Indicator merupakan satu bentuk Alat Bantu Mengajar (ABM) baharu yang membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mentafsir dan melakar jenis gerakan linear berdasarkan tiga jenis graf iaitu sesaran-masa, halaju-masa dan pecutan-masa melibatkan mata pelajaran Fizik tingkatan 4 silibus KSSM. Alat Bantu Mengajar (ABM) ini menerapkan pembelajaran inkuiri yang berpusatkan murid dan menggabungkan gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK) serta mengaplikasikan konsep warna yang membantu menguatkan daya ingatan murid-murid. Penggunaan warna yang diterapkan pada inovasi ini membantumurid-murid membayangkan secara visual setiap indikator berdasarkan kod-kod warna yang ditetapkan manakala penerapan gaya pembelajaran secara auditori dan kinestatik pula dapat dilihat pada aktiviti hands on yang dilaksanakan secara koperatif bersama rakan-rakan. Murid diajar cara-cara menggunakan ABM ini langkah demi langkah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 9 orang murid dari tingkatan 4 Berlian, SMK Paya Rumput, Melaka pada tahun 2021 yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen, temu bual dan ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif dan berbentuk naratif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu guru menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran dari aspek merancang, melaksanakan aktiviti, membuat penilaian dan merefleksi tanpa mengubah isi kandungan serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Kajian ini juga dapat membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. Kata kunci: Alat Bantu Mengajar, LiMoG Indicator, Graf Gerakan Linear, Fizik KSSM, Inkuiri
15 PEMBENTANG 5 LET'S HI 5! DR. SUGUNA DEVI SMK Putrajaya Presint 11 (1) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ABSTRACT The Malaysian Education Plan (PIPP) 2013-2025, highlights the vital need for every child to be bilingually proficient in Bahasa Malaysia as the national language and English as the international language of communication. To realize the government’s aspiration, the Ministry of Education (MOE) has adopted the Common European Framework of Reference (CEFR) into the education system. The CEFR is a universal and dynamic framework developed by the Council of Europe to be used as a reference by language learners, academics, textbook developers, and policymakers. The implementation of CEFR involves educational reforms at the national level which lead to major changes in the English Language syllabus. The MOE’s aspiration in the implementation of the CEFR framework in the English Language Syllabus is to ensure that every student is good at reading, writing, speaking, and listening. These are the four skills that any language learner needs to master in the current KSSM SPM English examination. These skills are assessed through four different papers: reading, writing, listening, and speaking which directly help in ensuring every child is proficient in the English language for communication worldwide. Many students however fear the writing component and they find it stressful and difficult to put their thoughts into words because of the lack of selfconfidence or feeling that their work isn't good enough. Hence, the graphic organizer Hi5 strategy. It is introduced in the English Language writing class to help students overcome their fear and improve their writing ability. Keywords: English language, graphic organizer, writing skills, strategy.
16 PEMBENTANG 6 THE USE OF E.D.E.C STRATEGY TO IMPROVE STUDENTS' KNOWLEDGE ABOUT BORNHABER CYCLE IN CHEMICAL ENERGETICS AMONG 10 FORM SIX STUDENTS AT KOLEJ TINGKATAN ENAM PETALING JAYA. FOH MENG CHOO Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya PPD Petaling Utama ABSTRACT Chemical Energetics is an important topic in Chemistry due to its wide application in everyday life. However Chemical Energetics has been regarded as one of the most difficult topics to learn in Chemistry. The aim of this action research was to determine the effectiveness of the E.D.E.C. strategy to improve students’ knowledge in Chemical Energetics, in term of their abilities to construct and apply the Born-Haber cycle. E.D.E.C. helps students to deal with the complexity of Born-Haber cycle by breaking it into smaller pieces and then putting everything back together. E.D.E.C consists of 4 main stages: (1) Engagement, (2) Decomposition, (3) Execution and (4) Composition. This research was conducted for 2 weeks and it involved ten Form Six Chemistry students. Questionnaires, worksheets and written tests were used to collect data for pre and post interventions. The results revealed that the students’ level of difficulties in Chemical Energetics has decreased from 3.22 to 2.90. Students’ average scores in the written test had increased from 45% to 56%. Students’ worksheets showed positive results with the majority managing to construct Born-Haber cycle successfully after implementing the E.D.E.C. strategy. Keywords: Form Six Chemistry, Chemical Energetics, Born-Haber cycle, E.D.E.C. strategy
17 PEMBENTANG 7 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MELALUI AKTIVITI ‘KOMEN SELEPAS MENULIS’ MODEL HKT DALAM KALANGAN MURID 3P TAN HONG SHENG SJKC Puay Chai PPD Petaling Utama ABSTRAK Murid-murid tahun 3 sepatutnya menguasai kemahiran menulis ayat dan perenggan. Namun begitu, penyelidik mendapati bahawa murid-muridnya tidak dapat menulis ayat dengan jelas, apatah lagi menulis perenggan. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cara guru menggunakan teknik “Komen Selepas Menulis Model HKT” untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid. Responden kajian ini terdiri daripada sembilan murid daripada kelas 3P yang mempunyai tahap penguasaan kosa kata yang memuaskan tetapi tahap menulis ayat yang kurang memuaskan. Selepas kajian, penyelidik mendapati bahawa seorang guru perlu sentiasa menghayati dan memberikan pujian tentang hasil kerja murid lalu memberikan peluang kepada murid untuk mencari kesalahan dalam ayat sendiri. Selain itu, guru juga tidak digalakkan untuk bersikap “tamak” untuk membetulkan semua kesalahan dalam satu sesi pengajaran dan pemudahcaraan.Penyelidik memberikan cadangan untuk menjalankan aktiviti galakan membaca kerana membaca bukan sahaja boleh membantu murid untuk meningkatkan kemahiran menulis , malah dapat merangsang pemikiran murid-murid. Kata kunci: kemahiran menulis ayat, komen selepas menulis
18 PEMBENTANG 8 PENGGUNAAN KAEDAH LIPATAN PETAK UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 6 DALAM MENINGKATKAN PRESTASI KESENIAN LIM JONG SHIN SJKC Puay Chai PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian tindakan ini berfokuskan pengajaran melukis bagi murid tahap tinggi. Penggunaan kaedah lipatan petak telah dicadangkan untuk membantu murid tahun lima dan tahun enam. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, item analisis berdasarkan keputusan ujian bulanan dan ujian diagnostik untuk mengetahui punca masalah nisbah atau saiz objek dalam melukis. Hasil kajian menunjukkan bahawa gred responden telah meningkat daripada gred TP3 kepada gred TP4 dan TP5. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan kaedah lipatan petak untuk membantu murid Tahun Enam meningkatkan prestasi dalam Kesenian merupakan satu kaedah yang berkesan. Kata Kunci:Melukis, Lipatan Petak, Nisbah, Ruangan
19 PEMBENTANG 9 THE USE OF FOE4.0 APPLICATION IN TEACHING VOCABULARY AND SPEAKING SKILLS FORM 4A PUPILS VINOTHAN A/L RAMAYAH SMK Damansara Damai 1 PPD Petaling Utama ABSTRACT This research reports on the result of a small-scale survey on the use of English for daily communication in one of the schools in Petaling Utama district. Thirty-two pupils and an English Language teacher were involved in this study. The objective of this research is to find out the effectiveness of using Friends of English 4.0 or known as “FOE4.0” app. The researcher used the descriptors for the speaking skills which is included in the Standards-Based Curriculum and Assessment Document to evaluate the pupils’ speaking skill before and after FOE4.0 app was used. The research findings show that the pupils’ speaking proficiency has shown improvement from performance level 3 to performance level 4 and 5. The app also encouraged active participation among pupils which resulted in a livelier learning environment. Out of 32 pupils, a total of 20 pupils are able to speak more confidently with the help of FOE4.0. Besides that, the app also promotes 21st. century learning elements, such as collaborative learning. It is hoped that other areas of using FOE4.0 app can be implemented by other researchers to have a better insight in the ways of motivating and boosting pupils’ interest to speak in English. Keywords: Speaking skills, collaborative learning, proficiency
PEMBENTANG 10 MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID KELAS 3 DONOHUE MENJAWAB SOALAN ESEI BAHAGIAN C DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH 5W1H DAN MY DOLL NUR HANISAH BINTI CHE YUSOFF & GAROL ANAK BUNYAU SMK La Salle PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menguasai fakta sejarah bagi menjawab soalan esei Bahagian C dengan menggunakan kaedah 5W+ 1H dan MYDOLL. Responden terdiri daripada murid kelas 3 Donohue. Penggumpulan data awal telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa murid-murid sukar untuk mengolah jawapan yang mempunyai kata tugas seperti huraikan, jelaskan dan terangkan. Bahkan terdapat murid daripada kumpulan HALUS tidak mendapat sebarang markah daripada ceraian soalan ini yang sekali gus menyumbang kepada kegagalan untuk memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan. Pengkaji telah menggunakan Kaedah 5W+ 1H dan MYDOLL dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan didapati bahawa kedua-dua kaedah ini sangat membantu murid untuk menguasai fakta dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, murid-murid berjaya memahami bagaimana cara mengolah jawapan bagi soalan yang mempunyai kata tugas huraikan, jelaskan dan terangkan. Keadaan ini sekali gus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang diberikan.Data kualitatif dikaji secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk huraian, jadual serta rajah. Analisis dokumen seperti lembaran kerja responden telah menyokong keputusan kajian ini. Kata kunci : HALUS (Harapan Lulus), 5W+ 1H , MYDOLL 20
21 PEMBENTANG 11 MENANGANI ISU 3M DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 SURIATEY BINTI RAMLI SK Damansara Utama PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian tindakan ini dibuat untuk menangani isu penguasaan 3M dalam kalangan murid pemulihan semasa pandemik COVID-19 di SK Bandar Sri Damansara (3). Situasi ini amat membimbangkan pihak sekolah dan Unit Pemulihan Khas kerana murid pemulihan merupakan kumpulan yang berisiko tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas faktor tersebut, pihak sekolah dan pengkaji telah membuat tinjauan awal untuk mengenal pasti kebenaran impak pandemik pada pembelajaran. Maka, dapatan daripada pemerhatian mendapati bahawa sembilan orang murid pemulihan terlibat dalam isu keciciran sepanjang PdPR. Maka, pengkaji mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat kajian, iaitu meningkatkan penguasaan mereka dengan penambahbaikan kaedah dan teknik pengajaran. Kajian ini melibatkan 43 orang responden yang terdiri daripada 24 orang murid pemulihan dan 19 orang ibu bapa murid pemulihan. Pengumpulan maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk analisis dokumen (data murid pemulihan Januari dan Julai, hasil kerja murid), temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan borang soal selidik. Tindakan yang diambil adalah dengan menambah baik teknik dan kaedah yang sedia ada dengan melaksanakan program Klinik Pemulihan Bahasa Melayu, penyediaan modul, program Guru Prihatin dan Program Guru Rumah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa berlaku peningkatan penguasaan 3M dalam kalangan murid pemulihan semasa pandemik COVID- 19. Daripada 24 orang responden tiga orang responden telah menguasai kesemua kemahiran Bahasa Melayu dan Matematik serta dilepaskan ke arus perdana. Di samping itu, lima daripada sembilan orang yang tercicir telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan. Kata kunci : 3M (Menulis, Membaca, Mengira), Murid Pemulihan, Pandemik COVID-19
22 PEMBENTANG 12 Teknik iTOS: MENINGKATKAN KEHADIRAN AHLI KELAB BOLA TAMPAR MENENGAH RENDAH SMK TAMAN SEA SECARA DALAM TALIAN HALIMATONOR BINTI SABRAN & ZAIMAH BINTI MOHAMAD SMK Taman Sea PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kehadiran ahli Kelab Bola Tampar menengah rendah secara dalam talian menggunakan teknik iTOS. Aktiviti kokurikulum bola tampar ini tetap penting walaupun dilaksanakan secara dalam talian bagi memberikan pendedahan permainan bola tampar kepada ahli kelab dan seterusnya membantu melahirkan atlet yang kompeten. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah soal selidik skala likert (5 mata). Sampel kajian terdiri daripada 95 ahli yang telah mendaftar dalam Kelab Bola Tampar sesi petang tahun 2021. Analisis awal menunjukkan kehadiran semakin merosot iaitu daripada 51 % pada minggu pertama ke 25% pada minggu kelima. Terdapat juga sedikit peningkatan dalam kehadiran pada minggu keenam iaitu sebanyak 34% .Pelaksanaan dan kajian keberkesanan teknik iTOS disasarkan dalam enam kali perjumpaan seterusnya.Hasil daripada pelaksanaan iTOS, didapati kehadiran ahli Kelab Bola Tampar meningkat ke 52% pada minggu ketujuh dan terus meningkat menjadi 69% pada minggu kelapan. Ini membuktikan teknik iTOS berjaya meningkatkan kehadiran ahli kelab bagi aktiviti kokurikulum secara dalam talian. Impak kajian ini boleh diguna pakai pada unit-unit kokurikulum yang lain untuk meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum dan secara tidak langsung ini dapat mencapai KPI pada kehadiran yang ditetapkan oleh sekolah. Kata kunci: Ahli Kelab Bola Tampar, Teknik iTOS, Kehadiran Ahli
23 PEMBENTANG 13 MENINGKATKAN BILANGAN MURID YANG MENDAPAT BETUL SEMUA BAGI SOALAN PEMFAKTORAN UNGKAPAN ALGEBRA BENTUK ax2+ bx + c DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 2, SMK (P) SRI AMAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENDARABAN SILANG RUAZLINA BINTI AHMAD ROSDY SMK (P) Sri Aman PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Pendaraban Silang dalam mengatasi masalah kesalahan memfaktor bagi ungkapan algebra berbentuk ax2 + bx + c .Kajian ini melibatkan saya sebagai guru dan 123 orang murid yang terdiri daripada 63 orang murid tingkatan 2 serta 60 orang murid tingkatan 3. Fokus kajian ini adalah memastikan murid-murid dapat memfaktorkan dengan betul dan tepat soalan berbentuk ax2 + bx + c. Tinjauan awal yang dibuat melalui Ujian Pra@Pre-test menunjukkanhampir separuh daripada murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul dan tepat soalan pemfaktoran ungkapan algebra berbentuk ax2 + bx + c yang diberikan. Oleh itu, saya menjalankan kajian dengan menekankan penggunaan Kaedah Pendaraban Silang dalam jangkamasa yang berturutan dan mencukupi. Dapatan kajian daripada Ujian Diagnostik menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam bilangan murid yang berjaya menjawab semua betul. Sehubungan dengan itu, saya berharap peratus murid mendapat A dalam subjek Matematik bagi Peperiksaan Akhir Tahun akan meningkat. Kata kunci : Pemfaktoran ax2+bx+c, Kaedah Pendaraban Silang
24 PEMBENTANG 14 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBATANGKAN SUKU KATA KV+KV+KV BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 2 CERDAS DI SJKC CHUNG HWA DAMANSARA MENGGUNAKAN TULISAN BERWARNA EMMI DAYANA BINTI ABDUL MANAN SJKC Chung Hwa Damansara PPD Petaling Utama ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid-murid di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran mengeja dan membatang suku kata KV + KV + KV dengan menggunakan kad perkataan yang mempunyai tulisan pelbagai warna. Kajian ini dilaksanakan dengan memberi fokus utama kepada lima orang murid tahun 2 di aliran PPKI yang menghadapi masalah pembelajaran dan sukar untuk menguasai kemahiran membaca terutamanya suku kata KV+KV+KV. Pengumpulan data telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, latihan asas bacaan dan analisis dokumen. Data telah dianalisis secara manual dengan kaedah tematik. Melalui analisis data yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa latihan asas bacaan dan penggunaan kad perkataan suku kata yang mengandungi tulisan berwarna yang berbeza mengikut suku kata sesuatu perkataan sedikit sebanyak telah dapat membantu murid tahun 2 kelas PPKI untuk menguasai kemahiran membaca berbanding sebelumnya . Kata kunci : Kemahiran mengeja dan membatangkan suku kata KV+KV+KV, tulisan pelbagai warna, murid tahun 2 PPKI bermasalah pembelajaran.
25 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan … PUICE PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION 2022
26 AUTOGRAF IKHLAS DARIPADA : WARGA PPD PETALING UTAMA