CADANGAN JAWAPAN MODUL KERJA PERNIAGAAN SPM
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 1 1. Maklumat berikut tentang dua orang pekerja disebuah syarikat pengiklanan. Encik Bob telah diberi surat amaran pertama setelah tiga kali datang lewat bekerja dalam tempoh seminggu. Puan Halimah pula telah diberi sijil Khidmat Cemerlang untuk perkhidmatan kepada syarikat pada tahun 2023. Bagaimana aspek pengelolaan sumber manusia telah membantu pengurusan syarikat tersebut? [ 6 markah ] 2. Maklumat berikut berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia di sebuah organisasi. (a) Jelaskan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Nurhuda. [ 2 markah ] (b) Jelaskan kesan negatif yang akan timbul akibat tindakan Puan Nurhuda. [ 6 markah ] 3. Situasi berikut berkaitan peranan Pengurus Sumber Manusia Syarikat Ashik Sendirian Berhad. Merujuk kepada situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Terangkan peranan Encik Azeem di Syarikat tersebut. [ 6 markah ] (b) Mengapakah proses semakan dan ujian pemilihan adalah penting ? [ 2 markah ] 4. Jelaskan definisi :- (a) Pengurusan Sumber Manusia. [ 2 markah ] (b) Kemahiran Kebolehkerjaan. [ 2 markah ] (c) Gaji [ 3 markah ] 5. Huraikan dua faedah dalam penggajian yang wajib disediakan oleh majikan untuk pekerjanya. [ 6 markah ] 6. Terangkan empat faktor yang menentukan sistem penggajian sesebuah organisasi. [ 6 markah ] Puan Nurhuda merupakan seorang pegawai yang bekerja di bawah penyeliaan Encik Khairul. Beliau bertanggungjawab ke atas pengrekrutan pekerja baharu. Puan Nurhuda sering mengamalkan sikap pilih kasih semasa proses pengambilan pekerja baharu dan kenaikan pangkat bagi sedia ada. Beliau memberi keutamaan kepada ahli keluarga sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan dan kenaikan pangkat, walaupun ada calon yang lebih berkelayakan dan kompeten. Encik Azeem merupakan Pengurus Sumber Manusia bagi Syarikat Ashik Sendirian Berhad. Beliau bercadang untuk mengambil 10 pekerja baharu menerusi iklan di media massa. Semasa proses mengenalpasti calon-calon yang sesuai, beliau dan pasukannya telah melakukan semakan, rujukan dan ujian pemilihan ke atas 50 orang calon yang berkelayakan dan berpotensi.
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 1 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 MKPms4 Penghargaan dan hukuman Pekerja yang berprestasi tinggi harus diberi penghargaan. Puan Halimah diberikan sijil khidmat cemerlang Pekerja yang berprestasi rendah dan bermasalah, akan dikenakan hukuman amaran lisan /bertulis,/potongan gaji / tiada kenaikan pangkat /tiada insentif diberikan /pemberhentian kerja. Encik Bob datang lewat dalam seminggu diberikan surat amaran Tujuan hukuman sebagai peringatan/ pengajaran pekerja lebih berdisiplin dapat meningkatkan prestasi. pekerja yang tidak mematuhi prosedur, peraturan dan polisi organisasi akan dikenakan hukuman. 2 MKPms4 (a) Jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Nurhuda tidak beretika tidak mematuhi prosedur, peraturan dan polisi organisasi mengamalkan sikap pilih kasih semasa proses pengambilan pekerja baharu /kenaikan pangkat Penempatan pekerja tidak mengikut aspek kemahiran/ kebolehan, minat kerjaya / pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan. memberi keutamaan kepada ahli keluarga sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan /kenaikan pangkat, walaupun ada calon yang lebih berkelayakan dan kompeten (b) Kesan negatif yang akan timbul akibat tindakan Puan Nurhuda. Perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja tidak dapat diwujudkan/ wujudnya konflik suasana tempat kerja tidak akan sejahtera./wujud suasana tegang Berlaku ketidakadilan kepada pekerja Pekerja akan hilang hormat kepada Puan Nurhuda Prestasi syarikat akan menurun Pengambilan pekerja yang tidak kompeten/ tidak berkelayakan Tidak dapat membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran Boleh menjejaskan kedudukan Encik Khairul
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 3 MKPms1&2 (a) Peranan yang dimainkan oleh Encik Azeem di syarikat tersebut. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni Mewujudkan persekitaran kerja yang baik/ kondusif supaya produktiviti/ motivasi /kepuasan kerja dapat ditingkatkan. Pekerja mampu menjana banyak idea baru / menjalin hubungan baik dengan pihak luar dalam jangkamasa panjang. Menggalakkan kreativiti dan inovasi Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja melalui pelbagai aktiviti Pekerja yang kreatif dan inovatif akan diberi ganjaran/penghargaan. Pemantapan budaya professional Mewujudkan dan memantapkan budaya professional di tempat kerja melalui amalan kerja berintegriti dan cemerlang. Prestasi pasukan Mewujudkan prestasi /motivasi pasukan melalui latihan /kursus yang intensif dapat meningkatkan produktiviti perniagaan. Pemberian insentif yang munasabah Memotivasi dan meningkatkan kesetiaan pekerja dengan memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja Ganjaran kepada pekerja dapat meningkatkan pencapaian prestasi perniagaan. Latihan peningkatan kemahiran Meningkatkan pengetahuan /kemahiran semasa bekerja Memberi latihan yang khusus serta mantap melalui program latihan dan pembangunan yang berterusan. Pemberhentian pekerja Ganjaran dan pampasan yang setimpal kepada pekerja yang ditamatkan perkhidmatan/diberhentikan kerja. Sistem pemberhentian yang sistematik mengelakkan pembaziran sumber manusia. Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskipsi tugas Mampu menarik calon yang berkelayakan dan cekap untuk menyertai organisasi dengan menawarkan kontrak yang menarik supaya pekerja setia kepada organisasi. Deskripsi tugas membantu pelajar menjalankan tugas dengan cekap. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran Mewujudkan semangat pasukan melalui perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan semua pekerja agar matlamat organisasi tercapai. Berusaha mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) organisasi.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN (b) Proses semakan dan ujian pemilihan adalah penting kerana; Supaya dapat melantik pekereja yang berkelayakan dan berpotensi. Untuk berlaku adil kepada semua pekerja Memastikan kerja dapat dilakukan dengan cepat dan cekap. 4 MKP – ms1 (a) Maksud Pengurusan Sumber Manusia satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi MKP – ms 5 (b) Maksud Kemahiran Kebolehkerjaan kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja. Hal ini membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Contoh kemahiran ialah kemahiran berkomunikasi /kerja berpasukan, /penyelesaian masalah, /perancangan dan pengurusan diri, /keupayaan pembelajaran, /penggunaan teknologi terkini, /berinisiatif /keusahawanan. MKP- ms 9 (c) Maksud gaji bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi. Penggajian merujuk kepada semua urusan berkaitan gaji pekerja. Tujuan penggajian adalah untuk menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan memotivasikan pekerja 5 MKP – ms 10&11 Dua faedah penggajian yang wajib disediakan oleh majikan. Kemudahan Penginapan Tempat tinggal untuk pekerja Kemudahan Perubatan Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai majikan Komisen - Ganjaran untuk pekerja yang melakukan aktiviti jualan - Dibayar mengikut jumlah jualan yang dilakukan Insurans berkelompok Melindungi majikan dan pekerja apabila berlaku risiko yang diinsuranskan semasa bekerja Bonus tunai Penghargaan secara bayaran tunai pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan Pinjaman Kewangan Pinjaman kewangan yang disediakan oleh perniagaan mengikut syarat-syarat tertentu Tempat Penjagaan Anak-anak Kemudahan menjaga anak-anak pekerja di tempat kerja Biasiswa Pendidikan Bantuan kewangan kepada pekerja yang akan melanjutkan pelajaran ataupun mengikuti latihan semasa bekerja
Kemudahan Cuti - Bilangan yang diberi mengikut tahun perkhidmatan pekerja -Terdiri daripada cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat dan cuti bersalin Kemudahan Keselamatan Terdapat alat keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat agar pekerja tidak terdedah kepada risiko tertentu Caruman KWSP Mengikut ketetapan Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)(1955) Caruman Perkeso Mengikut Akta Keselamatan Sosial (PERKESO)(1969) 6 MKP-ms11 Permintaan dan Penawaran buruh Permintaan dan penawaran tenaga buruh di pasaran akan menentukan kadar upah yang akan dibayar Undang-undang dan peraturan kerajaan Kerajaan akan menetapkan kadar ganjaran minimum yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja Bentuk dan jenis tugas Pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar akan memperolehi ganjaran yang lebih besar Faktor lokasi Kos sara hidup setempat,kedudukan geografi kawasan, risiko lokasi tempat kerja serta kemudahan infrastrktur yang sedia ada akan mempengaruhi sistem penggajian yang dibentuk oleh organisasi Kemampuan Organisasi Organisasi dengan kedudukan kewangan yang kukuh mampu membayar ganjaran yang lebih banyak kepada pekerja Ganjaran yang dibayar oleh pesaing Majikan akan memastikan ganjaran yang lebih tinggi atau setara dengan ganjaran yang ditawarkan oleh pesaingnya.
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 2 1. Situasi berikut berkaitan seorang usahawan produk pencuci. (a) Nyatakan dua sumber fizikal yang diperlukan oleh Encik Ilham. [ 2 markah ] (b) Jelaskan dua tujuan Encik Ilham mengurus sumber tersebut. [ 2 markah ] (c) Bagaimanakah prosedur mengurus sumber di 1(a). [ 6 markah ] 2. Maklumat berikut tentang seorang usahawan. (a) Terangkan dua sumber teknologi yang diperlukan untuk memulakan perniagaannya. [ 4 markah ] (b) (i) Apakah prosedur yang diperlukan untuk mengurus sumber teknologi tersebut. [ 1 markah ] (ii) Jelaskan prosedur di 2(b)(i). [ 4 markah ] 3. Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal yang terdapat dalam sesebuah perniagaan. [ 8 markah ] 4. Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi sesebuah organisasi. [ 8 markah ] 5 Terangkan tiga jenis sumber teknologi. [ 6 markah ] 6. Terangkan tiga jenis sumber fizikal. [ 6 markah ] Encik Ilham bercadang untuk mengeluarkan produk sabun pencuci berasaskan bahan semula jadi untuk kegunaan harian. Produk tersebut akan dijual di kedai runcit sekitar Negeri Johor. Beliau juga bercadang menjual produk tersebut secara dalam talian. Puan Lily merupakan seorang graduan Rekaan Hiasan Dalaman. Setelah tamat pengajian beliau bercadang untuk menjalankan perkhidmatan rekaan hiasan dalaman untuk bangunan pejabat dan rumah.
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 2 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 (a) Dua sumber fizikal yang diperlukan oleh Encik Ilham ialah : Bahan Mentah Produk Siap Stok Bangunan dan kemudahan Kilang dan mesin Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (b) Tujuan mengurus sumber tersebut. untuk memastikan semua jenis sumber fizikal dalam keadaan selamat, berfungsi boleh digunakan bagi memudahkan urusan penghasilan produk atau perkhidmatan. (c) Prosedur mengurus sumber fizikal ialah Perlindungan insurans dan keselamatan Mengambil insuran bagi melindungi dari risiko tertentu Insuran kebakaran/ insurans kecurian/ insurans kehilangan/ insurans kerosakan Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang Untuk mengekalkan sumber fizikal agar berfungsi dengan baik Menyediakan jadual pemeriksaan untuk mencegah kerosakan peralatan Membuat kerja-kerja pembaikan untuk membaiki peralatan yang bermasalah. 2 (a) Dua sumber teknologi yang diperlukan untuk memulakan perniagaan : Harta intelek Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan daya intelektual seseorang. Tujuan mengurus harta intelek adalah untuk menjaga perniagaan daripada ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran, dan sebagainya. Contoh harta intelek ialah reka bentuk, lukisan, muzik dan video. Lesen perisian Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian. Penggunaan perisian tanpa lesen adalah merupakan satu jenayah perdagangan. Usahawan boleh mendapatkan perisian tulen dan mengelakkan diri daripada dikenakan saman serta melindungi nama baik perniagaan.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Kemahiran dan pengalaman Kemahiran dan pengalaman pekerja penting dalam perniagaan supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin dan dapat mengelakkan pembaziran tenaga kerja. Pekerja yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi dapat mengelak berlaku sebarang kesilapan semasa menjalankan tugas. Pekerja yang mahir, cekap dan berpengalaman boleh meningkatkan produktiviti perniagaan dan mereka biasanya akan dibayar gaji yang tinggi. (b) Prosedur yang diperlukan untuk mengurus sumber tersebut. Paten (c) Prosedur tersebut adalah : Paten adalah hak eksklusif untuk suatu reka cipta, sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Semua reka cipta yang hendak dipatenkan mestilah yang belum dizahirkan oleh mana-mana syarikat. Pendaftaran paten penting kepada sesebuah syarikat kerana hak cipta mereka akan dilindungi undang-undang. Usahawan boleh mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pendaftaran paten di Malaysia hanya melayakkan perlindungan di Malaysia sahaja. 3 Prosedur mengurus sumber fizikal yang terdapat dalam sesebuah perniagaan Paten hak eksklusif untuk suatu reka cipta, sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Semua reka cipta yang hendak dipatenkan mestilah yang belum dizahirkan oleh mana-mana syarikat. Pendaftaran paten penting kepada sesebuah syarikat kerana hak cipta mereka akan dilindungi undang-undang. Usahawan boleh mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pendaftaran paten di Malaysia hanya melayakkan perlindungan di Malaysia sahaja. Hak Cipta Terpelihara Hak cipta adalah hak eksklusif kepada pencipta karya Berdasarkan kepada Akta Hak Cipta 1987 Hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea yang telah direkod atau telah dijadikan bahan dizahirkan Untuk melindungi hasil ciptaan supaya tidak disalah guna untuk kepentingan pihak lain.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 4 Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi sesebuah organisasi. Paten hak eksklusif untuk suatu reka cipta, sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Semua reka cipta yang hendak dipatenkan mestilah yang belum dizahirkan oleh mana-mana syarikat. Pendaftaran paten penting kepada sesebuah syarikat kerana hak cipta mereka akan dilindungi undang-undang. Usahawan boleh mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pendaftaran paten di Malaysia hanya melayakkan perlindungan di Malaysia sahaja. Hak Cipta Terpelihara Hak cipta adalah hak eksklusif kepada pencipta karya Berdasarkan kepada Akta Hak Cipta 1987 Hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea yang telah direkod atau telah dijadikan bahan dizahirkan Untuk melindungi hasil ciptaan supaya tidak disalah guna untuk kepentingan pihak lain. 5 Harta intelek Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan daya intelektual seseorang. Tujuan mengurus harta intelek adalah untuk menjaga perniagaan daripada ancaman cetaknrompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran, dan sebagainya. Contoh harta intelek ialah reka bentuk, lukisan, muzik dan video. Lesen perisian Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian. Penggunaan perisian tanpa lesen adalah merupakan satu jenayah perdagangan. Usahawan boleh mendapatkan perisian tulen dan mengelakkan diri daripada dikenakan saman serta melindungi nama baik perniagaan. Kemahiran dan pengalaman Kemahiran dan pengalaman pekerja penting dalam perniagaan supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin dan dapat mengelakkan pembaziran tenaga kerja. Pekerja yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi dapat mengelak berlaku sebarang kesilapan semasa menjalankan tugas. Pekerja yang mahir, cekap dan berpengalaman boleh meningkatkan produktiviti perniagaan dan mereka biasanya akan dibayar gaji yang tinggi.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 6 Tiga jenis sumber fizikal ialah: Bahan Mentah Bahan mentah digunakan dalam pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain atau barangsiap. Bahan mentah perlu diurus dengan teliti supaya tidak berlaku kerosakan pada bahan mentah sebelum diproses. Produk Siap Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual di pasaran. Barangan ini terdiri daripada barang keperluan dan barangan kehendak. Produk siap perlu diurus dengan sistematik bagi memastikan kualiti produk berada dalam keadaan yang baik. Stok Stok ialah barang siap atau barang dagangan yang sedia untuk dijual disimpan di dalam stor atau gudang. Stok hendaklah diperiksa secara berkala untuk memastikan stok sentiasa sedia ada apabila dikehendaki. Bangunan dan kemudahan Bangunan adalah tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. Kemudahan merujuk kepada kelengkapan infrastruktur yang boleh membantu pengurusan perniagaan. Keadaan bangunan yang selamat dan kelengkapan kemudahan dapat menjamin kelancaran sesebuah perniagaan. Kilang dan mesin Kilang adalah tempat memproses bahan mentah kepada produk siap. Mesin merupakan jentera pemprosesan bahan mentah. Penyelenggaraan kilang dan mesin amat penting untuk memastikan pengeluaran yang efektif bagi perniagaan yang mengeluarkan barang siap. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi Semua peralatan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan telefon, komputer, mesin cetak, dan telefon pintar perlu diurus dengan baik dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan.
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 3 1. Terangkan sumber pembiayaan dalaman yang boleh digunakan dalam perniagaan. [ 4 markah ] 2. Berikut adalah perbualan dua orang yang merancang untuk memulakan perniagaan (a) Jelaskan sumber pembiayaan yang akan digunakan oleh mereka? [ 2 markah ] (b) Terangkan dua kelebihan jenis pembiayaan yang dipilih di 2(a). [ 4 markah ] (c) Terangkan kelemahan sumber pembiayaan tersebut. [ 4 markah ] 3. Rajah berkaitan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan untuk sebuah perniagaan. Terangkan prosedur di A dan B. [ 4 markah ] 4. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan. Halim, selepas tamat SPM nanti, mahukah jika kita berniaga air? Bagus juga idea awak itu, Ali. Saya ada simpanan RM300. Bolehlah kita menjual air di pasar malam. Menyediakan Rancangan Perniagaan B A Pembiayaan Diluluskan Syarikat logistic Jono Sendirian Berhad bercadang untuk membeli 3 buah lori tambahan bernilai RM80 000 setelah mendapt kontrak daripada Rangkaian Pasaraya Murni untuk menghantar barangan ke setiap cawangannya di seluruh Malaysia yang berjumlah sebanyak 60 buah.
Jelaskan jenis sumber pembiayaan luaran yang sesuai untuk membeli lori tambahan berkenaan. [ 4 markah ] 5. Gambar menunjukkan logo sebuah agensi yang menawarkan sumber pembiayaan luaran. (i) Jelaskan sumber pembiayaan yang disediakan oleh agensi tersebut. [ 4 markah ] (ii) Jelaskan kelebihan pembiayaan daripada agensi di 5(i). [ 3 markah ] 6. Terangkan kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan. [ 6 markah ] 7. Jelaskan setiap yang berikut: (i) Pajakan [ 3 markah ] (ii) Overdraf [ 4 markah ] (iii) Pemfaktoran [ 4 markah ] (iv) Pinjaman Perniagaan gadaian / Ar Rahnu [ 3 markah ] 8. Jelaskan peranan setiap agensi yang berikut dalam memberi bantuan pembiayaan dan kewangan. (i) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) [ 4 markah ] (ii) Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) [ 4 markah ]
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 3 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 Simpanan Peribadi Simpanan peribadi merupakan sumber asas yang diperlukan oleh usahawan. Kebiasaannya, perniagaan dimulakan dengan menggunakan wang simpanan peribadi. Modal daripada keuntungan (rizab) keuntungan yang diperoleh daripada hasil pelaburan. digunakan sebagai pembiayaan semasa perniagaan dijalankan untuk modalpusingan 2 (a) - Sumber pembiayaan tersebut adalah simpanan peribadi - sumber asas yang diperlukan oleh usahawan. (b) Dua kelebihan jenis pembiayaan tersebut cepat dan ringkas usahawan dapat memulakan perniagaan dengan serta merta tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman usahawan hanya menggunakan wang peribadi sendiri untuk memulakan perniagaan tanpa bergantung kepada pembiayaan dari luar (c) Kelemahan sumber pembiayaan tersebut. Modal terhad. Usahawan hanya memiliki modal setakat yangada dalam simpanan peribadinya sahaja Sukar menambah modal dalam masa yang singkat Memerlukan masa yang lama untuk mengumpul modal tersebut 3 Prosedur di A Mendapatkan khidmat nasihat kewangan Semasa memhon pembiayaan usahawan boleh mendapatkan nasihat tentang kelayakan/ had pembiayaan/cagaran/ margin pembiayaan/ kadar bayaran balik Prosedur B Membuat permohonan Usahawan akan memohon pembiayaan daripada institusi kewangan atau agensi kerajaan yang dipilih dengan mematuhi segala prosedur dan syarat-syarat diberi. 4 Sewa beli Sewa beli ialah aktiviti menyewa aset dengan tujuan untuk membeli aset tersebut. Bank atau insitusi kewangan akan membeli aset tersebut dan menyewakannya kepada usahawan. Hak milik hanya akan berpindah kepada usahawan selepas semua ansuran dijelaskan. Contohnya, pembiayaan rumah kedai dan kenderaan.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 5 (i) Agensi tersebut ialah Majlis Amanah Rakyat atau MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif. MARA juga meyediakan kemudahan seperti ruang niaga, gerai,tapak kilang, dan arked di samping menawarkan kursus dan latihan keusahawanan (ii) Kelebihan agensi ini; Menggalakkan golongan bumiputra untuk menceburi dibidang perniagaan/ keusahawanan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh mendapatkan modal daripada MARA sama ada untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka Pembiayaan meliputi sektor perniagaan patuh syariah seperti pembuatan, peruncitan, kontraktor dan teknousahawan. Antara skim yang ditawarkan ialah: a) Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) b) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) c) Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) 6 Kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh agensi kewangan Bantuan modal Terdapat beberapa jenis pinjaman perniagaan oleh agensi kerajaan yang boleh digunakan dalam pembiayaan perniagaan. Pembiayaan daripada agensi kerajaan lebih mudah untuk diperoleh. Pinjaman ini ditadbir oleh institusi kewangan, bank atau agensi yang terlibat. Geran penyelidikan dan pembangunan Menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan teknologi Menyesuaikan teknologi yang sedia ada Mencipta teknologi dan produk baharu. Jaminan kredit Jaminan yang diberi kepada usahawan yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada bank kerana cagaran dan status kreditnya yang kurang baik 7 (i) Pajakan Skim pajakan membolehkan usahawan menggunakan sesebuah mesin atau jentera dengan cara menyewanya daripada bank atau institusi kewangan bagi tempoh tertentu. Bank, institusi kewangan atau syarikat pajakan mempunyai hak milik terhadap mesin atau jentera, manakala usahawan sebagai penyewa (ii) Overdraf Overdraf merupakan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan untuk pemegang akaun semasa.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Melalui kemudahan ini, pemegang akaun semasa boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah simpanan dalam akaun semasa mereka setakat had yang telah ditetapkan. Faedah hanya dikenakan ke atas jumlah overdraf yang digunakan mengikut kadar harian. Overdraf ini sesuai kepada usahawan yang kurang pasti tentang jumlah, masa dan tempoh pembiayaan yang diperlukan (iii) Pemfaktoran Pemfaktoran merupakan kemudahan pembelian akaun penghutang atau invois yang disediakan oleh bank dan institusi kewangan atau syarikat pemfaktoran untuk sesebuah perniagaan. Syarikat pemfaktoran akan membeli invois atau akaun belum terima pada harga diskaun. Melalui kemudahan ini, peniaga memindahkan tugas pengutipan hutang daripada pelanggannya kepada syarikat pemfaktoran. (iv) Pinjaman Perniagaan gadaian / Ar Rahnu Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga untuk dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman. Sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan, barang cagaran akan menjadi hak milik Ar-Rahnu. 8 (i) TEKUN mengamalkan konsep ‘pinjaman asas simpanan’ pinjaman yang diberi kepada peniaga akan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Objektif TEKUN adalah menawarkan modal tambahan kepada usahawan, menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga kecil, mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok dan membina kemahiran keusahawanan Antara skim yang ditawarkan oleh TEKUN ialah: Skim Pembiayaan Program Temannita /Skim Pembiayaan Kontrak–I/ Skim Pembiayaan Teman Tekun/ Skim Pembiayaan Tekun Niaga/ Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera/ Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM500 sehingga RM50,000 Manakala tempoh bayaran balik antara sebulan hingga lima tahun.
(ii) CGCC Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau dikenali sebagai Syarikat Jaminan Kredit Malaysia memainkan peranan pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan cara membantu usahawan PKS untuk berdaya maju dan tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. CGC berperanan sebagai pemberi jaminan kredit bagi memudahkan permohonan pinjaman atau pembiayaan usahawan diterima oleh pihak bank.
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 4 1. Jelaskan penyata kewangan yang berikut: (i) Penyata Pendapatan [ 3 markah ] (ii) Penyata Aliran Tunai [ 3 markah ] (iii) Kunci Kira-Kira [ 3 markah ] 2. Terangkan empat pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan. [ 8 markah ] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Pendapatan. Penyata Pendapatan ( Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 RM RM RM Jualan 300 250 Tolak : R: (1 500) Jualan Bersih ? Tolak : Inventori Awal 45 000 Belian 250 000 Tolak : Pulangan Belian (2 500) Belian Bersih 247 500 Tambah: Angkutan masuk 1 250 Upah atas belian 950 Insurans atas belian 2 000 Duit Import 500 S: 252 200 Kos barang untuk dijual ? Tolak : T: (42 500) Kos Jualan (254 700) U: ? Tambah : Hasil Komisen diterima 3 250 Faedah atas simpanan 3 100 ? Tolak: Belanja Sewa 23 500 Insurans 2 500 Gaji 11 000 ? Untung Bersih ?
(a) Nyatakan tiga kegunaan penyata tersebut kepada pihak pengurusan. [ 3 markah ] (b) Apakah butiran bertanda R, S, T, dan U? [ 4 markah ] (c) Hitungkan Jualan Bersih, Kos Barang Untuk Dijual, Untung Kasar, Jumlah Hasil, Jumlah Belanja dan Untung Bersih. [ 10 markah ] 4. Puan Nancy ialah pemilik Butik Anggun yang membuat pakaian pengantin. Pakaian tersebut dijual kepada pelanggan pada harga RM 300 sepasang. Kos Berubah yang diperlukan untuk menghasilkan sepasang pakaian ialah RM100. Puan Nancy membelanjakan RM16 000 untuk membeli peralatan menjahit. Hitungkan bilangan pakaian pengantin yang perlu dihasilakan untuk dijual supaya beliau tidak kerugian? [ 4 markah ] 5. Jelaskan kepentingan Kunci Kira-Kira. [ 4 markah ] 6. Jelaskan tentang Titik Pulang Modal (TPM) [ 4 markah ] 7. Berdasarkan maklumat Penyata Pendapatan di soalan 3 kirakan : (a) Margin Untung Kasar [ 4 markah ] (b) Margin Untung Bersih [ 4 markah ] (c) Peratusan Untung Tokokan [ 4 markah ] (d) Peratusan Pulangan Atas Modal [ 4 markah ] (e) Katakan Aset Semasa adalah RM 450.435 dan Liabiliti Semasa adalah RM 65 340 Kirakan Nisbah Semasanya. [ 4 markah ] (f) Nisbah Pusing Ganti Stok [ 4 markah ] (g) Katakan perniagaan di Soalan 3 mempunyai jumlah aset sebanyak RM 450 354. Kirakan Nisbah Pusing Ganti Aset. [ 4 markah ]
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 4 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 Jelaskan penyata kewangan yang berikut: (i) Penyata Pendapatan Penyata pendapatan terdiri daripada akaun perdagangan dan akaun untung rugi. Akaun perdagangan mengandungi jualan bersih dan kos jualan, akaun untung rugi mengandungi hasil dan belanja. Jelaskan penyata kewangan yang berikut: (ii) Penyata Aliran Tunai Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu. Penyata aliran tunai melaporkan kegiatan aliran tunai perniagaan, khususnya kegiatan operasi, pelaburan dan kewangan. Penyata ini menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja dalam perniagaan Jelaskan penyata kewangan yang berikut: (iii) Kunci Kira-Kira Penyata Kunci Kira-kira merupakan penyata kedudukan kewangan yang menunjukkan harta dan hutang perniagaan. Penyata Kunci Kira-kira mengandungi butiran tentang aset (aset bukan semasa dan aset semasa), liabiliti (liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa) dan ekuiti pemilik perniagaan. 2 Empat pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan ialah: Pemegang saham/pemilik Pemegang saham/pemilik boleh mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dan menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui keberuntungan perniagaan dan bakal pulangan yang akan diperoleh. Pelabur Penyata kewangan yang baik dapat meyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan. Pihak pengurusan Menilai prestasi perniagaan, Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran seperti bonus dan dividen, perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya, Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber dengan berkesan.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Pembiaya/Institusi Kewangan Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang dan kredit. Pembekal/vendor Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada perniagaan. 3 (a) Nyatakan tiga kegunaan penyata tersebut kepada pihak pengurusan. Menilai prestasi perniagaan, Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran Contohnya bonus dan dividen, perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya, Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber dengan berkesan. (b) Apakah butiran bertanda R = Pulangan Jualan S = Kos Belian T = Inventori Akhir / Stok Akhir U= Untung Kasar (c) Hitungkan Jualan Bersih, = Jualan – Pulangan Jualan = RM 300 250 - RM1 500 = RM298 750 Kos Barang Untuk Dijual, = Inventori Awal + Kos Belian = RM45 000 + RM252 200 Untung Kasar, = Jualan Bersih – Kos Jualan = RM298 750 - RM254 700 = RM44 050 Jumlah Hasil, = Komisen diterima + Faedah atas simpanan = RM3 250 + RM3 100 = RM6 350 Jumlah Belanja = Sewa+Insurans+Gaji = RM23 500 + RM2 500 + RM11 000 = RM37 000 Untung Bersih. = Untung Kasar + Jumlah Hasil – (Jumlah Belanja) = RM44 050 + RM6 350 – RM37 000 = RM5 400 – RM37 000 = RM13 400
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 4 Diberi : Harga = RM300 Kos Berubah = RM100 Kos Tetap = RM16 000 Titik Pulang Modal = Kos Tetap Harga – Kos Berubah = RM16 000 RM300 – RM100 = 80 unit 5 Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan khususnya aset perniagaan yang terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa. Mengetahui jumlah tanggungan perniagaan seperti ekuiti pemilik, liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa. Mengetahui tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar. Mengetahui komponen ekuiti pemilik menerusi modal yang disumbangkan atau untung bersih atau rugi bersih daripada kegiatan perniagaan. 6 TPM adalah satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos. TPM menunjukkan bahawa kuantiti pengeluaran tidak memberi sebarang untung atau rugi Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung jumlah kos. TPM menunjukkan tahap minimum jualan yang perlu diperoleh oleh perniagaan supaya tidak akan mengalami kerugian. 7 (a) Margin Untung Kasar = RM44 050 X 100% RM298 750 = 14.74% Bagi setiap RM1 jualan bersih, untung kasar yang diperoleh ialah 14.74 sen. (b) Margin Untung Bersih = RM13 400 RM298 750 = 4.49% Bagi setiap RM1 jualan bersih, untung bersih yang diperoleh ialah 4.49 sen. X 100%
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN (c) Peratusan Untung Tokokan = RM44 050 RM254 700 = 17.29% Harga jualan barang niaga diperoleh dengan menambahkan 17.29% pada kosnya. (d) Peratusan Pulangan Atas Modal (Ralat – Katakan Modal Awal adalah RM80 000 ) = RM13 400 RM80 000 = 16.75% Bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan, untung bersih yang diperoleh ialah 16.75 sen. (e) Katakan Aset Semasa adalah RM 450 435 dan Liabiliti Semasa adalah RM 65 340. Kirakan Nisbah Semasanya. = RM 450 435 RM 65 340 = 6.89:1 Setiap RM1 liabiliti semasa, perniagaan mempunyai aset semasa sebanyak RM6.89 untuk menjelaskannya. (f) Nisbah Pusing Ganti Stok Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir /2 = RM45 000 + RM42 500/ 2 = RM43 750 = RM254 700 RM43 750 = 5.82 Kadar pusing ganti stok menunjukkan perniagaan telah menggantikan atau membeli stok baharu sebanyak 5.82 kali dalam suatu tempoh perakaunan. X 100% X 100%
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN (g) Katakan perniagaan di Soalan 3 mempunyai jumlah aset sebanyak RM 450 354. Kirakan Nisbah Pusing Ganti Aset. = RM298 750 RM 450 354 = 0.66 Kadar pusing ganti aset menunjukkan perniagaan telah menunjukkan kecekapan dalam menguruskan aset sebanyak 0.66 kali dalam suatu tempoh perakaunan.
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 5 1. Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan. Jelaskan sumbangan Puan Nora kepada:- (i) Jirannya [ 4 markah ] (ii) Kerajaan Malaysia [ 4 markah ] 2. Gambar ini berkaitan dengan dua jenis stok. Jenis Stok I Jenis Stok II Terangkan mengenai kedua-dua jenis stok tersebut. [ 6 markah ] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan Restoran Satay Enak Sedap. Jelaskan ciri lokasi yang perlu dipertimbangkan oleh pengurusan Restoran Satay Enak Sedap dalam pemilihan lokasi restoran mereka. [ 4 markah ] 4. Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan. Huraikan tiga unsur dalam campuran pemasaran yang terlibat. [ 9 markah ] Puan Nora merupakan pemilik Kraf Klasik Nora. Dia telah menceburi bidang keusahawanan ini sejak tahun 2018. Semenjak menceburi bidang ini, Puan Nora telah Berjaya mengembangkan perniagaan kraftangannya ke peringkat antarabangsa. Puan Nora menerima tempahan dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. Restoran Satay Enak Sedap telah dibuka di Johor Bahru sejak tahun 2010. Restoran ini telah membuka lebih daripada 30 buah cawangan restoran di seluruh Malaysia. Pemilihan lokasi yang sesuai adalah faktor yang penting dalam membuka cawangan restoran ini. Encik Yusof pemilik sebuah kilang batik di Kuala Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai motif batik yang berkonsepkan flora dan fauna tempatan. Beliau mempamerkan hasil batiknya dibilik pameran yang terletak di kilang. Keluaran batiknya akan dijual kepada para penggemar kain batik tempatan dan luar negara yang mengunjungi bilik pameran tersebut. Pada minggu lepas, Encik Yusof mengambil keputusan mengadakan jualan penghabisan stok hujung tahun dengan memberi diskaun sehingga 70%. Kempen tersebut disiarkan melalui media massa.
5. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Rozita. Mengapakah Puan Rozita begitu berminat dan bersungguh-sungguh menjadikan perniagaan tersebut sebagai kerjaya? [ 5 markah ] 6. Huraikan bantuan professional yang boleh membantu seseorang usahawan di Malaysia. [ 8 markah ] 7. Mengapakah latihan sangat penting kepada usahawan? [ 6 markah ] 8. Jelaskan kekuatan diri yang perlu ada pada seorang usahawan. [ 5 markah ] Semenjak kecil lagi, Puan Rozita sudah berminat dengan bidang perniagaan. Selepas memperoleh ijazah, dia telah membuka perniagaan kosmetik di Banda Baru UDA. Setelah menjalankan perniagaan selama 10 tahun, Puan Rozita mempunyai dua cawangan perniagaan di Melaka dan Bangi.
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 5 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 Sumbangan Puan Nora kepada:- (i) Jirannya Memenuhi keperluan dan kehendak jirannya. Memberikan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada jirannya Membuka peluang pekerjaan kepada jirannya. Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan kadar jenayah. (ii) Kerajaan Malaysia Dapat memperkenalkan produk tempatan ke luar negara. Mewujudkan kerjasama serantau. Mewujudkan pengaliran masuk modal asing. 2 Stok 1- Stok bergerak pantas Stok yang dapat dijual dengan cepat. Contohnya, barang makanan, barang keperluan harian dan sebagainya. Stok ini berisiko rendah kerana kepantasan jualan dapat mengelakkan masalah stok luput, busuk atau usang. Stok 2 – Stok bergerak pelahan Merupakan stok yang mengambil masa lama untuk dijual. Contohnya, perabot dan kereta mewah. Stok bergerak perlahan berisiko tinggi kerana stok mudah menjadi rosak atau ketinggalan zaman sekiranya disimpan lama. 3 Tempat yang mempunyai tumpuan ramai. Berhampiran dengan pelanggan dan pembekal. Terdapat kemudahan infrastrukur. Mudah dikunjungi. 4 Produk Produk terdiri daripada barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. kain batik Tempat/ Agihan Strategi tempat dan saluran pengedaran untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Keluaran batiknya akan dijual kepada para penggemar kain batik tempatan dan luar negara Promosi Promosi merupakan bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu dan memujuk pengguna membeli produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan. mempamerkan hasil batiknya dibilik pameran yang terletak di kilang mengadakan jualan penghabisan stok hujung tahun Kempen tersebut disiarkan melalui media massa.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 5 Puan Rozita begitu berminat dan bersungguh-sungguh menjadikan perniagaan tersebut sebagai kerjaya kerana: Matlamat Peribadi untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan diri dan keluarganya. dapat membentuk personaliti seorang usahawan Sikap yakin diri, ketabahan mengharungi cabaran, berani mengambil risiko dan sikap optimistic Kejayaan perniagaan boleh mendatangkan kepuasan kepada usahawan Objektif Perniagaan menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti perkilangan, perdagangan, pembinaan, dan khidmat jualan langsung. kadar pengangguran dapat dikurangkan sekali gus meningkatkan pendapatan negara. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat melalui kepelbagaian produk atau perkhidmatan baharu. Keberuntungan Perniagaan Mendapat sumber manusia yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman Penggunaan peralatan dan teknologi terkini Meluaskan pasaran Melaksanakan tanggungjawab sosial Memantapkan imej perniagaan 6 Bantuan professional yang boleh membantu seseorang usahawan di Malaysia Bantuan kewangan yang diberikan kepada usahawan adalah dalam bentuk pinjaman modal dan subsidi Agensi Kerajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Badan Berkanun Majlis Amanah Rakyat (MARA) SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Bank Simpanan Nasional (BSN) Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) Bantuan khidmat nasihat dan rundingan juga disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MASMED, UiTM)
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) di Universiti Utara Malaysia (UUM) Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) Firma-firma swasta seperti firma konsultan dan firma guaman 7 kepentingan latihan kepada usahawan memberi dorongan supaya usahawan dapat mengemukakan rancangan dan tindakan untuk memulakan sesuatu projek, perniagaan dan perusahaan. membuat perancangan jangka masa Panjang untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. memberi motivasi kepada usahawan ke arah mencapai matlamat dalam memajukan perniagaannya. menerapkan etika perniagaan yang progresif dan sikap positif dalam diri usahawan. Membolehkan usahawan mengikuti perkembangan teknologi terkini, memperbaiki mutu atau kualiti produk supaya mampu bersaing di pasaran terbuka penggunaan kemudahan teknologi terkini boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran secara besar-besaran. 8 Kekuatan diri yang perlu ada pada seorang usahawan. Berani mengambil risiko Usahawan yang berani mengambil risiko mempunyai keyakinan untuk menghadapi keadaan ketidakpastian membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk memajukan perniagaannya Kreatif dan inovatif Usahawan yang kreatif boleh mencipta sesuatu yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang berbeza. Tabah Usahawan yang tabah, tidak akan jemu dan berputus asa menghadapi cabaran Yakin dan optimistic Usahawan perlu mempunyai sifat yakin dengan kebolehan diri untuk menghadapi cabaran dan sentiasa mempunyai pandangan yang terbuka terhadap kegagalan Berinisiatif dan bertanggungjawab Inisiatif bermaksud sikap seseorang yang melakukan sesuatu secara proaktif Komitmen yang tinggi Komitmen yang tinggi adalah suatu bentuk kesepakatan yang dibuat oleh seseorang terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Pandai mengambil peluang Usahawan akan sentiasa mencari dan pandai merebut peluang perniagaan yang wujud daripada perubahan dalam persekitaran perniagaan.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Berfikiran positif untuk Berjaya Usahawan yang berfikiran positif akan dapat menyelesaikan masalah dan halangan yang dihadapinya Kebolehan menentukan visi dan misi menentukan hala tuju perniagaan dan memberi panduan dalam merancang kejayaan perniagaan Berani untuk gagal bersikap berani menghadapi kegagalan dan menganggap kegagalan sebagai suatu pengajaran yang berharga kepadanya. Semangat sepasukan melibatkan kerjasama pihak yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mencapai matlamat yang sama. Berdikari Usahawan yang berdikari tidak bergantung kepada orang lain Fleksibel Usahawan perlu berkebolehan untuk menukar cara dan menyesuaikan pendekatan perniagaannya dengan situasi serta keadaan tertentu
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 6 1. Terangkan tiga akta yang berkaitan dengan penubuhan sesebuah entiti perniagaan. [ 9 markah ] 2. Encik Maniam bercadang untuk membuka sebuah kedai gunting rambut. Beliau perlu mendaftarkan perniagaannya secara sah disisi undang-undang. [ 6 markah ] 3. Encik Helmi dan Encik Harry akan menubuhkan perniagaan percetakan berbentuk syarikat persendirian. (i) Jelaskan prosedur pemerbadanan yang perlu mereka patuhi. [ 6 markah ] (ii) Jelaskan tanggungan yang perlu mereka patuhi setelah Berjaya mendaftarkan perniagaan tersebut. [ 6 markah ] 4. Jelaskan maksud setiap yang berikut :- (i) Pemasaran [ 2 markah ] (ii) Jualan [ 2 markah ] 5. Terangkan aspek-aspek yang terdapat dalam campuran pemasaran. [ 8 markah ] 6. Huraikan dua kaedah promosi yang boleh digunakan dalam perniagaan. [ 6 markah ] 7. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan urusniaga Kedai Nona yang berlaku sepanjang bulan Mac 2023. Tarikh Dokumen Perniagaan Urus Niaga 1 Mac Invois Beli perabot dengan Pembekal Lim secara kredit berharga RM 3 000 3 Mac Bil Tunai Jualan barang niaga secara tunai RM500 5 Mac Baucar Pembayaran Bayar belanja membaiki kenderaan RM900 dengan cek 8 Mac Bil Tunai Beli alat tulis sebanyak RM150 secara tunai 10 Mac Invois Beli barang niaga secara kredit RM 6 000 16 Mac Memo Pemilik membawa masuk komputer peribadi bernialai RM 2 500 ke dalam perniagaan 20 Mac Resit Bayar Pembekal Lim keseluruhan hutang dengan cek 25 Mac Memo Pemilik mengambil tunai pejabat bernilai RM700 untuk kegunaan peribadi. 28 Mac Bil Bayaran Bayar bil telefon RM300 secara tunai 30 Mac Baucar Pembayaran Bayar gaji pekerja dengan cek RM 1500
Kelaskan dokumen tersebut mengikut jenis rekod kewangan. Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul pada jadual yang diberikan. Dokumen Perniagaan Jenis Rekod Kewangan Rekod Transaksi Bank Rekod Pembelian Rekod Jualan Rekod Kos Operasi Rekod Ambilan dan Modal Invois Bil Tunai Baucar Pembayaran Bil Tunai Invois Memo Resit Memo Bil Bayaran Baucar Pembayaran 8. (a) Lengkapkan Penyata Aliran Tunai Perkilangan Murni yang disediakan di bawah ini. Butiran Tahun 1 RM (‘000) Tahun 2 RM (‘000) Tahun 3 RM (‘000) Baki b/b 2 800 (v) (x) Penerimaan Pinjaman 500 - - Jualan 40 000 45 000 55 000 Penerimaan daripada penghutang 10 000 - - Jumlah Penerimaan (i) (vi) (xi) Pembayaran Alat Kelengkapan 1 800 - - Bahan Langsung 1 000 1 100 1 400 Upah pekerja 1 200 1 200 1 300 Kadar bayaran 600 650 700 Pengangkutan 700 650 800 Belanja pembungkusan 650 670 900 Belanja lain 400 300 200 Jumlah Pembayaran (ii) (vii) (xii) Lebihan / (Kurangan) (iii) (viii) (xiii) Baki h/b (iv) (ix) (xiv) [ 13 markah ] (b) Jelaskan perkara-perkara yang berikut : (i) Penerimaan [ 2 markah ] (ii) Pembayaran [ 2 markah ] (iii) Baki h/b [ 2 markah ] (iv) Lebihan / Kurangan [ 2 markah
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 6 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 Tiga akta yang berkaitan dengan penubuhan sesebuah entiti perniagaan. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) Dua bentuk perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ialah: Perniagaan Milikan Tunggal i) Perniagaan dimiliki oleh seseorang pemilik perniagaan sahaja. Perniagaan Perkongsian ii) Bilangan pemilik perniagaan sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 orang. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang menggabungkan ciriciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional. memberi perlindungan liabiliti terhad untuk rakan-rakan kongsinya fleksibiliti peraturan perkongsian untuk pengurusan dalaman perniagaan. PLT memberikan fleksibiliti kepada usahawan dan pelabur untuk memilih model perniagaan terbaik serta keperluan untuk struktur perniagaan berkaitan. Akta Syarikat 2016 terdapat dua jenis syarikat berhad menurut syer yang boleh ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 iaitu: Syarikat Persendirian i) menggunakan perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. di hujung nama syarikat. ii) bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya seorang dan tidak melebihi 50 orang. iii) bilangan pengarah syarikat sekurang-kurangnya seorang dan tiada had maksimum. iv) contoh perniagaan ialah Wira Digital Sdn. Bhd. Syarikat Awam i) menggunakan perkataan Berhad atau Bhd di hujung nama syarikat. ii) bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya seorang dan tiada had maksimum. iii) bilangan pengarah syarikat sekurang-kurangnya dua orang dan tiada had maksimum. iv) contoh perniagaan ialah Air Asia Berhad.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 2 Prosedur pemasaran yang perlu dipatuhi oleh Encik Maniam. Mendapat kelulusan nama perniagaan yang akan digunakan. Lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan dengan tiga cadangan nama perniagaan. Bagi nama perniagaan yang mempunyai nama sendiri seperti nama di dalam kad pengenalan, adalah tidak perlu mendapat kelulusan nama dari SSM. Mengisi Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A) Pemilik perlu mengisi maklumat yang terdapat dalam borang tersebut. Pemilik perlu mengemukakan permohonan kepada SSM Menghantar borang tersebut bersama-sama dokumen sokongan beserta fi pendaftaran ke SSM. 3 (a) Prosedur memperbadankan syarikat persendirian: Permohonan Carian Nama Syarikat i) Pemohon perlu mengemukakan cadangan nama syarikat kepada SSM untuk melakukan carian nama. ii) Pemohon perlu mendapatkan kelulusan nama dari SSM. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat sama seperti yang telah berdaftar atau nama syarikat yang dikawal oleh SSM. Permohonan pemerbadanan syarikat menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran Sesebuah Syarikat (Seksyen 14) di bawah Akta Syarikat 2016. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah berikut: Nama syarikat yang dicadangkan/ Status syarikat/ Jenis perniagaan. Alamat pejabat berdaftar /Alamat pemegang saham/ Maklumat pemegang saham/Maklumat saham syarikat/Maklumat penyerahsimpan borang. Notis Pemerbadanan Syarikat akan dikeluarkan oleh SSM apabila dokumen yang telah dimajukan adalah sempurna dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Perlantikan setiausaha syarikat hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan sesebuah syarikat. 4 (b) Tanggungjawab yang perlu mereka patuhi setelah Berjaya mendaftarkan perniagaan tersebut. Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas. Mempamerkan papan tanda perniagaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Nama dan nombor pendaftaran perniagaan tertera pada dokumen rasmi perniagaan sepert resit, invois dan nota serahan. Memperbaharui sijil perakuan pendaftaran perniagaan bila-bila masa sebelum tempoh 30 hari selepas pemerbadanan sesebuah syarikat. Mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan dalam masa 30 hari dari tarikh perubahan (jika terdapat perubahan). Menamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan. 5 Maksud Pemasaran ialah: Pemasaran ialah strategi, proses atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Melalui aktiviti pemasaran, produk atau perkhidmatan dapat diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna untuk memberi kepuasan kepada pengguna dengan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Maksud Jualan ialah : Jualan adalah aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk antara pembeli dengan penjual. Jualan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Aspek-aspek yang terdapat dalam campuran pemasaran ialah : Produk/Perkhidmatan Bagi memasarkan dan menjual produk, usahawan perlu mengetahui ciri-ciri kekuatan dan bentuk fizikal bagi produk yang ditawarkan Bagi memasarkan perkhidmatan,usahawan perlu mengetahui berkaitan dengan pakej yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan, waktu operasi dan sebagainya. Agihan (Tempat dipasarkan) Usahawan perlu memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dengan berkesan. Pemilihan tempat yang sesuai akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan Usahawan perlu memilih saluran agihan yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN Harga ialah bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli untuk memiliki produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Penetapan harga yang berpatutan adalah penting kerana pelanggan biasanya bersikap sensitif terhadap harga sesuatu produk atau perkhidmatan Promosi Promosi adalah satu proses, cara atau kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan tersebut di pasaran. Usahawan perlu memilih media pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatannya 6 Dua kaedah promosi yang boleh digunakan dalam perniagaan. i. Pengiklanan Kaedah ini merupakan satu cara komunikasi pemasaran yang dirancang khas untuk memberitahu dan memujuk pengguna membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. ii. Jualan langsung Merupakan satu kaedah jualan yang melibatkan interaksi dan pertemuan secara peribadi antara jurujual dengan bakal pelanggan iii. Promosi jualan Promosi jualan melibatkan pelbagai jenis insentif untuk menarik minat pengguna agar menambahkan belian mereka bagi tempoh tertentu. iv. Publisiti Merupakan maklumat yang disalurkan melalui media massa mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Kos siaran biasanya ditanggung oleh pihak media massa. Mesej dalam publisiti mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana mendapat kepercayaan daripada pengguna
NO SOALA N CADANGAN JAWAPAN 7 Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul pada jadual yang diberikan. Dokumen Perniagaan Jenis Rekod Kewangan Rekod Transaksi Bank Rekod Pembelian Rekod Jualan Rekod Kos Operasi Rekod Ambilan dan Modal Invois Bil Tunai Baucar Pembayaran Bil Tunai Invois Memo Resit Memo Bil Bayaran Baucar Pembayaran 8 Butiran Tahun 1 RM (‘000) Tahun 2 RM (‘000) Tahun 3 RM (‘000) Baki b/b 2 800 (v) 51 450 (x) 91 880 Penerimaan Pinjaman 500 - - Jualan 40 000 45 000 55 000 Penerimaan daripada penghutang 10 000 - - Jumlah Penerimaan (i) 55 000 (vi) 45 000 (xi) 55 000 Pembayaran Alat Kelengkapan 1 800 - - Bahan Langsung 1 000 1 100 1 400 Upah pekerja 1 200 1 200 1 300 Kadar bayaran 600 650 700 Pengangkutan 700 650 800 Belanja pembungkusan 650 670 900 Belanja lain 400 300 200 Jumlah Pembayaran (ii) 6 350 (vii) 4 570 (xii) 5 300 Lebihan / (Kurangan) (iii) 48 650 (viii) 40 430 (xiii) 49 700 Baki h/b (iv) 51 450 (ix) 91 880 (xiv) 141 500
NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 8 (i) Penerimaan Merekodkan penerimaan wang daripada urus niaga perniagaan Contohnya Modal/ Jualan tunai/ Penerimaan daripada penghutang/ Komisen diterima (ii)Pembayaran Merekodkan perbelanjaan daripada urus niaga perniagaan Contohnya Gaji/ Belian tunai/ Bayaran kepada pemiutang /Iklan /Belanja utiliti (iii)Baki h/b Merekodkan baki tunai dari bulanbulan sebelumnya. Jumlah baki awal ditambah dengan lebihan/ ditolak dengan kurangan akan menjadi baki b/b bulan seterusnya (iv)Lebihan / Kurangan Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran. Kurangan berlaku apabila jumlah penerimaan kurang daripada jumlah pembayaran.
LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 7 1. Nyatakan maksud Rancangan Perniagaan. [ 3 markah ] 2. Berikut adalah kepentingan menyediakan Rancangan Perniagaan. Merancang keperluan sumber perniagaan. Meyakinkan pihak pelabur atau bank Terangkan tiga kepentingan lain menyediakan Rancangan Perniagaan. [ 6 markah ] 3. Sila scan QR Code di bawah untuk latihan menulis Rancangan Perniagaan dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. https://drive.google.com/file/d/17bWVWloFya1t-ictecnCHVYKPiFJjT5f/view?usp=sharing
CADANGAN JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN BAB 7 NO SOALAN CADANGAN JAWAPAN 1 Maksud Rancangan Perniagaan. Rancangan perniagaan merupakan dokumen bertulis menerangkan maklumat perniagaan /projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh /terperinci. Juga dikenali sebagai pelan induk perniagaan, kertas kerja atau kertas projek. 2 Tiga kepentingan lain menyediakan Rancangan Perniagaan. Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan Rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan. Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek perniagaan Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat dikurangkan. Semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan masalah serta berusaha menangani risiko dan masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau pembiayaan