The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZLINA ABDUL MUTTLIB, 2020-06-15 19:54:21

BAB 12 TENAGA NUKLEAR

BAB 12 TENAGA NUKLEAR

TENAGA
NUKLEAR

12.1 PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

 Tenaga nuclear memberikan manfaat kepada manusia apabila dijana dan dikawal dengan baik
 Lebih 30 buah negara yang menggunakan tenaga nuclear sebagai sumber tenaga di negara mereka. Contohnya

Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia dan Jepun.
 Tenaga nuclear ialah tenaga alternative yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau

mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu.
 Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien berbanding sumber tenaga yang lain.
 Tenaga nuclear menghasilkan sinar mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian

dan perindustrian.
 Penggunaan tenaga nuclear dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia
 Tenaga nuclear membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain.
 Kesan buruk tenaga nuclear ialah sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam

nyawa semua hidupan.
 Tenaga yang dihasilkan sangat besar dan jika disalahgunakan boleh menyebabkan kesan buruk kepada manusia.

12.2 Tenaga nuclear bermaksud tenaga
PENGHASILAN yang terhasil daripada tindak
TENAGA NUKLEAR balas di dalam nucleus atom.
Tenaga nuclear dihasilkan melalui
pembelahan nucleus dan
pelakuran nukleus

PEMBELAHAN NUKLEUS

 Pembelahan nucleus merupakan proses pemecahan satu nucleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih
nucleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.

 Pembelahan nucleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedill satu nucleus radioaktif yang berat
seperti uranium-235

 Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nucleus itu pecah kepada dua atau lebih nucleus yang lebih ringan dan
stabil

 Proses ini membebaskan lebih banyak tenaga
 Pembelahan nucleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan membelah nucleus yang

berjisim besar yang baharu. Tindak balas ini disebut sebagai tindak balas berantai.



PELAKURAN NUKLEUS

 Pelakuran nucleus merupakan satu proses percantuman atau penggabungan dua nucleus radioaktif yang ringan
membentuk satu nucleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga.

 Sebagai contoh, dua nucleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium (isotop hydrogen) bercantum dan
membentuk satu nucleus yang lebih besar dan berat.

 Proses ini berlaku pada suhu yang amat tingggi
 Proses ini membebaskan tenaga nuclear yang lebih banyak berbanding pembelahan nucleus.



PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DARIPADA TENAGA NUKLEAR

 Kegunaan utama tenaga nuclear adalah untuk menjana teaga elektrik
 Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuclear ini dilakukan di dalam stesen jana kuasa tenaga nuclear.
 Sebuah stesen jana kuasa nuclear terdiri daripada reactor nuclear dan penjana.
 Reaktor nuclear menghasilkan jumlah tenaga yang besar

Menara
penyejukan

PENGGUNAAN TENAGA NUCLEAR BAGI NEGARA YANG MENGGUNAKAN

Sebab kenapa negara memilih tenaga nuclear sebagai sumber tenaga negara mereka

Kurang sumber tenaga lain
❑ Kurang sumber tenaga lain seperti arang batu dan petroleum. Kos yang tinggi jika mengimport sumber tenaga ini dari negara lain.
Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi
❑ Negara cina adalah sangat besar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
❑ Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuclear cukup besar sehingga mampu untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh

negara mereka.
Sumber pendapatan negara
❑ Reaktor nuclear di Slovakia mampu menghasilkan tenaga elektrik yang melebihi keperluan negaranya.
❑ Mereka membekalkan tenaga elektrik kepada negara-negara jiran dan mampu mendapat keuntungan yang lumayan
Tenaga yang canggih
❑ Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara yang menggunakan tenaga nuclear.
❑ Mampu memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reactor nuclear
❑ Contohnya seperti pembinaan Makmal Nasional Argonne yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

12.3 IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUCLEAR

 Pada tahun 1940-an , penyelidikan awal tentang tenaga nuclear dijalankan
untuk menghasilkan bom.

 Plutonium digunakan untuk membuat bom atom.
 Dunia menyaksikan satu malapetaka yang amat dasyat apabila tenaga

nuclear digunakan untuk menghasilkan senjata nuclear.
 Senjata nuclear pernah digunakan semasa Perang Dunia kedua oleh

Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.
 Semua negara terikat dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear yang

mengawal dan tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan
senjata nuclear sewenang-wenangnya.





KESAN PENYEBARAN RADIASI DARIPADA UJIAN NUKLEAR

Kesan somatik Kesan genetik Kesan ujian nuklear di
▪ Keletihan ▪ Kecacatan pada bayi bawah tanah
▪ Loya ▪ Mutasi sel
▪ Katarak ▪ Kanser ▪ Kesan radiasi terhadap
▪ Leukemia tanah dan sumber air
▪ Keguguran rambut

12.4 TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA

Agensi Nuklear Malaysia dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia (MINT)
terletak di Bangi, Selangor untuk menyelaraskan aktiviti aktiviti sains dan teknologi nuclear.
Faktor yang diambil kira sebelum pelaksanaan stesen jana kuasa nuclear ialah
o Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan habis dan kosnya meningkat
o Kesan pencemaran lebih rendah berbanding dengan sumber bahan api fosil
o Kawasan haruslah strategic dan berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyejukan

dilakukan.
o Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh tenaga nuclear jauh lebih besar daripada sumber bahan api

fosil.


Click to View FlipBook Version