Unikl Malaysian Spanish Institude
Tugasan
MPU 3333
ISU-ISU kOntemporari Muslim di
Malaysia
Semester September 2022
Tajuk : IDEOLOGI SEKULARISME
DAN
IMPLIKASINYA TERHADAP
KEFAHAMAN
DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA
Ahli – Ahli Kumpulan
Nama : Luqman Haqeem Bin Zulkifli
No. ID : 54211222036
Kursus : Bachelor Of Engineering Technology (Hons.) In Mechanical
(Automotive)
Nama : Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Zamri
No. ID : 54211222015
Kursus : Bachelor Of Engineering Technology (Hons.) In Mechanical
(Automotive)
Nama : Firman Bin Osman
No. ID : 54211222065
Kursus : Bachelor Of Engineering Technology (Hons.) In Mechanical
(Automotive)
Nama : Muhammad Hamizan Bin Mohd Saad
No. ID : 54211222013
Kursus : Bachelor Of Engineering Technology (Hons.) In Mechanical
(Automotive)
Rubrik Penilaian Tugasan MPU3333 Semester September 2022
Kriteria Penilaian Format Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber Rujukan
Penulisan (Muka
Depan, Isi
Kandungan,
Muka Surat,
nombor muka
surat, format
APA dan lain-
lain/
Keselarasan
penulisan dalam
tugasan
Pemberat 1.5 4 1 1
Lemah
1 Terdapat banyak Maklumat sedikit dan Rumusan tidak Sebahagian sumber
format yang tidak berkaitan dengan dinyatakan rujukan tidak
Sederhana tidak tepat. didokumenkan
2 topik utama Rumusan
dinyatakan Semua sumber
Baik Terdapat sedikit Maklumat jelas dan dengan ringkas rujukan (maklumat
3 format yang berkaitan dengan topik
tidak tepat. dan grafik)
Cemerlang utama tetapi tidak didokumenkan tetapi
4 mempunyai maklumat banyak tidak mengikut
JUMLAH dan contoh format sebenar
Kebanyakan Maklumat jelas dan Rumusan yang Semua sumber
format yang berkaitan dengan topik baik tetapi rujukan (maklumat
digunakan tepat. utama dan mempunyai kurang
menyeluruh dan grafik)
1-2 maklumat dan didokumenkan tetapi
contoh sedikit tidak mengikut
format sebenar
Semua format Maklumat jelas dan Rumusan Semua sumber
tepat. berkaitan dengan topik dinyatakan rujukan (maklumat
utama termasuk secara dan grafik)
beberapa contoh yang menyeluruh dan didokumenkan dan
menyokong maklumat mengikut format
tepat
sebenar
/6 /16 /4 /4
JUMLAH BESAR
/30
Isi kandungan 1
2
1. Pendahuluan 3-4
2. Definisi 4-5
3. Sejarah/Latarbelakang 5-6
4. Ciri-Ciri Ideologi Sekularisme 6-7
5. Kesan Negatif Kepada Kefahaman Dan Amalan Islam 7
6. Kaedah Menangani Ideologi Sekularisme 8
7. Kesimpulan
8. Bibliografi
1. Pendahuluan
Fahaman sekularisme yang membawa erti zaman. Kemunculan ideologi ini adalah pada
akhir zaman pertengahan.Mengikut Al Attas, saeculum yang berasal dari bahasa latin bererti
zaman kini atau masa kini manakala proses menjadi sekular pula disebut sekularisasi iaitu
pembebasan manusia dari konhkongan spiritual dan metafizik.
Sekularisme merupakan sebuah ideologi yang ditakuti oleh ahli agamawan kerana
dasar sekularisme yang membawa kepada proses penghapusan fahaman atau pegangan
agama dan kepercayaan . Dr. Safar bin Abdurrahman Al Hawali mengeluarkan makna
ilmaniyyah dari bahasa arab yang merupakan terjemahan terus kepada perkataan
sekularisme. Beliau memecahkan struktur perkataan terbabit daripada perkataan ‘ilm’
bermaksud ilmu dan Sains kepada scientisme iaitu golongan yang memegang Mazhab Al-Ilm.
Oleh kerana Islam mempunyai signifikan dengan perkataan Ilmu, maka beliau memilih
perkatan alladiniyyah iaitu Tiada Pegangan Agama atau addunyawiyah iaitu Ahli Dunia yang
yang lebih sesuai berbanding almaniyyah yang diguna pakai oleh golongan sekularis
Penggunaan perkataan sekularisme berbeza mengikut zaman dan situasi. Ianya
merujuk kepada zaman terebut serta pergolakan yang dialamani ketika itu. Perkataan sekular
menunjukkan perbezaan ketika pemerintahan teokrasi dan pembebasan dari hegemoni
pemerintahan tersebut tetapi fahaman sekular pada dunia moden merujuk kepada
kebangkitan sains dan teknologi dan sekularisme pula merujuk kepada pembebasan negeri
ekonomi dan pendidikan dari tangan gereja atau agama.
Ideologi sekularisme bermula daripada idea modenisasi. Sekularisme menjadi prinsip
pemodenan bagi barat dan diaptasi oleh negara timur dengan meletakkan kepercayaan
agama jauh dari kehidupan norma masyarakat dan mengeluarkan ideologi ini sebegai
pemberontakan kepada agama yang dilihat cuba untuk menjauhkan agama. Konsep
sekularisme adalah untuk membawa negara, masyarakat atau individu yang berlainan
kepercayaan dan pegangan untuk membincangkan hal ehwal kepentingan awan yang lebih
umu dan tanpa ada mana-mana pihak terkena tempias.
1
2. Definisi
Sekularisme adalah ideologi yang memisahkan urusan duniawi dengan urusan agama
darisegi politik, pentadbiran dan undang-undang. Dalam pada itu, sekularisme didefinisikan
sebagai pemikiran bebas tanpa dipengaruhi unsur-unsur luar yang telah sedia ada oleh
masyarakat seperti autoriti, tradisi atau sistem kepercayaan terutamanya perkara-perkara
yang bersangkutan dengan agama paling dielakkan.
Manakala pergertian sekularisme dalam bahasa Arab ialah “al-Ilmaniyyah” atau “al-
maniyyah” yang sangat diperhatikan oleh dua ilmuwan iaitu Al-Attas dan Al-Qaradawi diambil
dari perkataan dalam bahasa Arab iaitu ‘ain’, ‘lam’ dan mim yang bermaksud meninggikan
aspek ilmu, yang tidak bercanggah daripada fahaman Islam. Di samping itu, pentafsiran
perkataan “al-Ilmaniyyah” sudah disalah tafsirkan sebagai datu tipu daya yang berselindung
dibalik slogan ilmu, jikalau diperhatikan lebih dekat makna tersirat bagi sekular ialah “al-
Ladiniyyah” iaitu tanpa ilmu. Kedua ilmuwan ini menjelaskan bahawa sekularisme bersifat
kepada fahaman yang lebih dekat dengan positivisme yang bermaksud mendakyahkan
bahawa yang wujud hanyalah fakta dan benda semata-mata dan tidak memiliki makna rohani
dibalik fakta dan benda, sedangkan bagi pandangan Islam fakta dunia tidak dapat menandingi
konsep Tuhan dan cintaanNya seperti alam ruhani dan alam ukhrawi.
Sebahagian istilah sekularisme yang didefinisikan oleh Barat adalah satu pemisahan
agama dalam kehidupan dari segi masyarakat, politik, pendidikan dan lain-lain. Menurut
beberapa ilmuwan berpendapat sekuralisme dalam bahasa Latin iaitu ‘saeculum’ yang
memakna kepada masa dan tempat, maksudnya ialah tertuju kepada masa kehidupan
sekarang tanpa memikirkan kehidupan setelah mati manakala tempat merujuk kepada sifat
duniawi yang kita hadapi sekarang.
2
3. Sejarah
Asal usul sekuralisme ini bermula pada zaman kegelapan di benua Eropah akibat
daripada kemunduran setelah kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 masihi. Pada abad ke-5
masihi sehingga abad ke-15 masihi di Rom Barat ketinggalan dalam pelbagai aspek yang
menyebabkan kejatuhan drastik di kawasan itu, tetapi perkara ini tidak berlaku di Timur
(wilayah islam) kerana ketika itu dunia Islam sedang maju dengan pesat. Justeru itu,
sesetangah masyarakat Barat mulai belajar dari ilmuwan Islam untuk mempelajari ilmu
tentang sains, perubatan, geografi dan sebagainya di Timur seperti Cordova, Sepanyol
Andaluisa dan negara-negara lainnya. Seorang tokoh bernama Safar ibn Abdurrahman Al-
Khuwaily mengatakan sekularisme di Barat terjadi akibat penguasaan gereja terhadap
kehidupan masyarakat dalam semua aspek. Pada zaman kegelapan itu gereja katolik
merupakan satu kuasa yang besar dan paling berpengaruh pada saat itu kerana pihak gereja
menguasai sistem pemerintahan lalu membentuk satu mahkamah penyiasatan yang
berfungsi untuk menghapuskan atau menghukum siapa sahaja yang tidak bersefahaman
dengan pihak gereja, Sehingga apapun yang bertentangan dengan kebijaksana pendeta,
dianggap bertentangan dengan agama.
Seorang tokoh bernama Safar ibn Abdurrahman Al-Khuwaily mengatakan sekularisme
di Barat terjadi akibat penguasaan gereja terhadap kehidupan masyarakat dalam semua
aspek. Dalam pada itu, para gerejawan menghalalkan pertumpahan darah untuk
melaksanakan kemahuan mereka agar kepentingan mereka terwujud. Selain itu, kehidupan
masyarakat ditekan oleh pihak gereja untuk mempelajari ilmu agama dan akhirat sahaja tanpa
membaca kitab Bible manakala kesemua ilmuwan diarahkan secara paksa tunduk kepada
anggota gereja. Sesiapa yang mempelajari ilmu sains akan menerima hukuman bunuh
sebabnya pendeta gereja menganggap bahawa ilmu sains adalah ilmu Islam. Dalam pada itu,
berlakunya juga amalan suap-menyuap, pentingkan diri dan kemegahan dalam kalangan
pendeta gereja mengakibatkan terjadinya Zaman Renaissance (kelahiran semula) pada abad
pertengahan ke 14 sehingga abad ke 17 dan berkembangnya tamadun Barat dari zaman
3
kegelapan ini. Seterusnya, muncul pula Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan revolusi-
revolusi yang lain yang merupakan satu revolusi politik dan sosial yang menyebabkan sistem
monarki mutlak bertukar kepada sistem republik demokrasi lalu menghadkan pengaruh
agama secara langsung dalam pentadbiran dan persoalan tentang kehidupan seperti seni,
hiburan dan lain-lain. Hal ini menyebabkan agama telah dipisahkan dari semua jenis urusan
dunia akibat perubahan yang telah dibuat oleh Barat sehingga mereka berpendirian bahawa
untuk memajukan diri perlu singkirkan agama dalam kehidupan seharian. Bermula dari sinilah
fahaman sekularisme tumbuh dalam pemikiran manusia termasuk masyarakat Islam sehingga
sekarang.
4. Ciri-Ciri Ideologi Sekuralisme
1. Bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Ini bermaksud sekularime mendokong
teori yang pernah diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas
pentadbiran diserahkan kepada Kaisar dan membiarkan tugas-tugas agama
dikendalikan oleh paderi-paderi di gereja. Selain itu, penyisihan agama daripada
aspek kehidupan yang lain boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini yang
menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin ataupun aspek yang setaraf
dengan sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya.
2. Ciri yang kedua ialah mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak langsung
supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Urusan akhirat bagi mereka adalah
perkara kedua yang akan difikirkan di dunia Akhirat nanti. Lantaran itu, sekularisme
biasanya akan mebawa penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang
mementingkan kehidupan dunia dengan mengenepikan unsur kehidupan agama
sebagai masalah individu.
4
3. Sekularisme juga memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, dan
kebahagiaan. Maksud kebebasan itu merujuk kepada kebebasan yang terlebih dan
tiada sempadan. Teori Machievelli merupakan dasar yang dipegang oleh ideologi ini,
iaitu Ends Justify The Means.
4. Sekularisme juga menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak.
Perundangan dan pemerintahan secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap
dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan semasa tanpa
ada sebarang garis panduan yang mutlak.
5. Kesan Negatif Kepada Kefahaman Dan Amalan Islam
Salah satu fahaman yang sejak sekian lama telah merosakkan keimanan umat Islam
ialah sekularisme. Sekularisme merupakan fahaman yang selalu dikaitkan dengan kehidupan
duniawi. Fahaman ini menyusup masuk dengan cukup halus ke dalam ruang kehidupan umat
Islam dengan cara menciptakan pelbagai masalah kepada masyarakat Islam. Secara tidak
langsung masalah-masalah tersebut akhirnya telah merosakkan pemikiran dan akhlak umat
Islam. Sebagai contoh, golongan sekularisme telah memisahkan hal agama dari sudut
ekonomi dan akhirnya berlakulah amalan riba yang mana umat Islam sendiri telah tertindas.
Selain itu, ia juga memisahkan Islam dan politik. Fahaman ini mendakwa bahawa
Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak
boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam
membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah, toleransi,
telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran,
penindasan dan sebarang bentuk penipuan.
5
Seterusnya, sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan
Islam atau syarie dengan alasan tidak sesuai pada masa kini. Agama hanyalah untuk
penjagaan diri masing-masing. Pemikiran ini juga memfitnahkan umat Islam dengan pelbagai
supaya pemikiran umat Islam dibayangi ketakutan.
6. Kaedah Menangani Ideologi Sekularisme
Antara cara yang perlu dilakukan untuk menangani ideologi sekularisme ini ialah
Ulama Islam perlulah mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan berusaha memberi
gambaran sebenar kepada umat Islam dalam pelbagai cara seperti penulisan ilmiah,
ceramah, katalog dan sebagainya tentang bahayanya sekularisme ini dan mengajar mereka
agar dapat menguasai segala ilmu dan prinsip-prinsip Islam supaya mereka tidak jahil tentang
ilmu agama Islam. Ulama Islam mestilah menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan
menzahirkan keunggulan Islam, bersatu menolak dan mengkritik para intelektual sekular agar
fahaman mereka tidak menular dalam fikiran umat Islam.
Selain itu, pihak kerajaan atau NGO perlu mengadakan ceramah motivasi untuk
semua umat Islam mahupun agama lain tanpa mengira darjat, bangsa, umur dan sebagainya.
Mereka yang berkelulusan agama perlulah memperuntukkan masa untuk umat Islam agar
mereka dapat lebih mendalami dan cuba mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar
berdasarkan panduan al-Quran. Umat Islam juga hendaklah meninggalkan sikap mengagung-
agungkan ketamadunan barat yang dikatakan membawa kemajuan dan kemodenan. Oleh itu,
umat Islam mestilah menyanjungi kegemilangan tamadun Islam agar dapat mengembalikan
kegemilangan Islam.
6
Di samping itu, pihak berkuasa mestilah mengharamkan segala media yang boleh
merosakkan nilai murni masyarakat Malaysia dengan menukarkan kepada alternatif yang
bermanfaat agar dapat mendidik dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang berpekerti
mulia agar dapat melahirkan masyarakat yang maju berdasarkan syariat Islam. Media-media
yang berunsur hiburan semata-mata dan yang merosakkan akidah seperti konsert atau
rancangan televisyen yang tidak bermanfaat hendaklah disekat agar masyarakat Malaysia
tidak terpengaruh dengan perkara-perkara tersebut. Hiburan barat seperti filem yang berunsur
lucah juga hendaklah ditapis agar masyarakat Malaysia bebas daripada maksiat tersebut dan
perbuatan lucah tidak dinormalisasikan di Malaysia. Isu sekularisme boleh dibanteras melalui
pelbagai cara dari segala perspektif dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak.
Oleh itu, pelbagai pihak hendaklah bersatu agar dapat menangani elemen-elemen
sekular daripada pemikiran masyarakat Malaysia. Malah tanggungjawab pemerintah lebih
besar terutamanya menegakkan sebuah negara yang benar-benar menjalani hukum-hukum
syariat yang ditetapkan Allah.
7. Kesimpulan
Islamisasi ilmu perlu diterapkan supaya dualisme dalam pendidikan dapat
dihapuskanseterusnya melahirkan teori sistem pendidikan yang lebih baik serta mempunyai
disiplin yangsesuai dengan disiplin Ilmu Islam. Faktor yang disenaraikan merupakan senarai
pendek yangdiketengahkan. Masyarakat dan pelajar khususnya di dalam aliran pendidikan
Islam perlu didedahkan dengan bahaya sekularisme sejak dari zaman persekolahan supaya
mereka mampu menghadapi serangan pemikiran yang lahir dari cabang sekularisme seperti
liberalisme dan pluralisme.
7
Bibliografi
1. Hidayat, A. (2021). Tujuan Pendidikan: Tinjauan Filosofis Syed Muhammad Naquib al-
Attas Dalam Buku Islam Dan Sekularisme. El Banar : Jurnal Pendidikan Dan
Pengajaran.
2. Haji Yusoff, A. M., Yaacob, M. N., & Mohamed Hussin, N. (2021). The awareness of
the Muslims towards threats of modern ideology: A stipulation. International Journal of
Modern Trends in Social Sciences.
3. Scribd. (n.d.). Maksud Sekularisme. Scribd. Retrieved November 23, 2022, from
https://id.scribd.com/doc/207122162/Maksud-Sekularisme
4. Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan langkah Mengatasinya Dari SUDUT (n.d.).
Retrieved November 23, 2022, from http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-
15.pdf
5. Ciri-Ciri Sekularisme. stopviolent. (n.d.). Retrieved November 23, 2022, from
https://stopviolent.blogspot.com/2008/10/ciri-ciri-sekularisme.html
6. Free summaries, past exams & lecture notes. StuDocu. (n.d.). Retrieved November
23, 2022, from https://www.studocu.com/my
7. Sekularisme Pertentangan Dengan Keilmuan Islam – Cik Puan Hanani - penulis
Jalanan Sitinorhanani. StuDocu. (n.d.). Retrieved November 23, 2022,
fromhttps://www.studocu.com/my/document/universititeknologimara/business-in-
marketing/sekularisme-pertentangan
8