The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inskefi_iptho, 2021-07-20 02:21:53

Tadabbur Surah Al Fatihah

Tadabbur Surah Al Fatihah

Tadabbur

Surah Al-Fatihah

Baca, Faham dan Amal

MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB





TADABBUR SURAH AL-FATIHAH

Hakcipta terpelihara. PENULIS:
Cetakan Pertama 2021 MUHAMMAD HANIS

ABDUL MUTALIB

ISBN : xxxxx-xxxx-xxxxx EDITOR:
HAWA JAMILAH

BINTI HASANI

MUKA DEPAN:
A MOHD HAMDAN

ATUR HURUF:
MUHAMMAD ASLAM

ABDUL MUTALIB

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan GRAFIK:
mengeluarkan mana-mana bahagian NUR HUDA HANISAH
rencana, ilustrasi dan isi kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan ABDUL MUTALIB
dengan apa juga cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman Dicetak oleh :
atau cara lain sebelum mendapat keizinan REDOX RX Enterprise
bertulis daripada penulis.

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR
1

TADABBUR SURAH AL-FATIHAH
3

PENGENALAN
5

NAMA LAIN SURAH AL-FATIHAH
6

KANDUNGAN SURAH AL-FATIHAH
7

MEMBACA TA’AWWUZ
9

AYAT 1
13

 Tajwid 13
 Fokus Kalimah 13
 Fiqh Ibadah 15
 Hadis 17
 Huraian Ayat 19
 Ibrah 21

 Tajwid AYAT 2 23
 Fokus Kalimah 23 23
 Hadis 25
 Huraian Ayat AYAT 3 27
 Ibrah 33 31

 Tajwid AYAT 4 33
 Qiraat 38 33
 Huraian Ayat 34
 Ibrah AYAT 5 36
45
 Tajwid 38
 Qiraat AYAT 6 38
 Fokus Kalimah 51 39
 Hadis 40
 Huraian Ayat 41
 Ibrah 43

 Tajwid 45
 Fokus Kalimah 45
 Hadis 46
 Huraian Ayat 47
 Ibrah 49

 Tajwid 51
 Qiraat 51
 Fokus Kalimah 52

 Hadis AYAT 7 52
 Huraian Ayat 58 54
 Ibrah 56
RUJUKAN
 Tajwid 68 58
 Qiraat 59
 Fokus Kalimah 59
 Hadis 61
 Huraian Ayat 62
 Ibrah 65

KATA PENGANTAR

Solat adalah “Mikraj” bagi umat Islam. Sebagaimana
maklum, dalam peristiwa “Mikraj”, Nabi Muhammad s.a.w. telah
diberi peluang menghadap Tuhan secara peribadi. Meskipun
secara fizikalnya kita tidak tahu bagaimana ia berlaku namun
secara spiritualnya kita memahami. Ia merupakan suatu
pertemuan secara berhadapan atau “Face-to-face” antara
“Khaliq”, iaitu Allah swt dan “Makhluk”-Nya iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.
Dalam peristiwa itu juga disyariatkan “Solat Lima Waktu”. Lalu
Nabi s.a.w. memberitahu, ia merupakan peluang untuk kita
menghadap Allah s.w.t. secara berdepan. Bermunajat dengan-
Nya secara bersemuka. Sercara spiritual, lagaknya sama
dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. pada malam
itu. Cuma bezanya Rasulullah s.a.w. mengalaminya di “Sidratul-
Muntaha” iaitu alam paling puncak. Sementara kita pula di alam
nyata yang paling rendah ini. Namun secara spiritualnya sama
sahaja, iaitu berhubung secara terus, atau bermunajat.

Maka apabila kita bersolat ertinya kita berada dalam suasana
menghadap secara terus berhadapan dengan Allah. Paling
sedikit lima kali sehari kita mendapat peluang seperti ini.
Selebihnya atas pilihan kita sendiri. Semakin kerap kita bersolat
semakin banyak peluang kita berdua-duaan dengan “Khaliq” kita
iaitu Allah s.w.t.

1

Untuk bersolat kita diberi panduan bagaimana munajat itu secara
fizikalnya perlu berlaku. Antara yang paling penting ialah
membaca Surah Al-Fatihah, iaitu suara hati sendiri dalam
berhadapan dengan Allah s.w.t. meminta supaya kita diberi
petunjuk oleh-Nya. Paling kurang, kita perlu tahu apa maksud
suara hati ini secara umum. Kerana itu sama ada kita faham atau
sebaliknya apa yang kita baca itu solat berkenaan dikira sudah
berlaku secara betul dan tepat. Namun paling baik sekali kita
benar-benar memahami secara terperinci apa yang kita
perkatakan dalam munajat itu. Di sinilah terletaknya rahsia besar
keperluan kita memahaminya secara sebenarnya. Dan di sinilah
juga terdapat rahsia besar kepentingan buku yang telah
dipersembahkan oleh penulis ini.

Secara umum, saya telah menyemak buku ini dan mendapatinya
sangat baik. Ia boleh membantu anda memahami apa isi munajat
anda dengan Allah Azza Wajalla dalam solat yang anda lakukan
itu. Agar anda mampu merapatkan diri dengan-Nya dan
merasakan seolah-olah melihat-Nya secara peribadi, atau paling
kurang dilihat oleh-Nya.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan syabas kepada penulis buku ini, saudara
Muhammad Hanis atas kemampuan beliau mempersembahkan
hasil usahanya yang bermutu tinggi. Juga kepada editor, saudari
Hawa Jamilah yang telah berjaya melaksanakan kerja
pengeditan dengan baik. Saya mendoakan agar hasil usaha
murni ini diterima oleh Allah s.w.t. sebagai sebahagian daripada
amal jariah yang pahalanya berkekalan sampai ke akhirat.

Wassalam.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pengurusi Majlis Dakwah Negara (MDN).
Petaling Jaya: Jumaat 16 Julai 2021

2

TADABBUR
SURAH AL-FATIHAH

( Ayat 1 – 7 )



PENGENALAN

Surah Al-Fatihah merupakan surah yang istimewa di dalam Islam
sehingga ditempatkan dalam urutan pertama dalam Al-Quran.
Al-Fatihah bermaksud pembukaan dan menjadi induk kepada Al-
Quran. Walaupun ayat 1 hingga 5 dari Surat Al-‘Alaq merupakan
wahyu pertama diturunkan, namun Surah Al-‘Alaq dan Surah Al-
Fatihah mempunyai hubungan yang erat khususnya pada ayat
pertama Surah Al-Fatihah dan Surah Al-‘Alaq.

MENGANDUNGI 7 AYAT

DITURUNKAN DI MAKKAH (SURAH MAKKIYYAH)

HADIAH DARIPADA ALLAH SWT

MENGHUBUNGKAN ANTARA HAMBA
DENGAN TUHAN

MENJADI RUKUN DALAM SOLAT

DITURUNKAN SELEPAS SURAH AL-MUDDASSIR

5

NAMA LAIN SURAH AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah mempunyai banyak nama sebagaimana yang
disebut dalam Al-Quran dan hadis sesuai dengan peranan dan
sifat Al-Fatihah itu sendiri.

UMMUL
KITAB

FATIHATIL AS-SAB'UL
KITAB MATHANI

AL-AZHIM NAMA LAIN UMMUL
SURAH QURAN

AL-FATIHAH

AL-HAMDU AR-RUQYAH

6

KANDUNGAN SURAH AL-FATIHAH

Setiap surah yang terkandung di dalam Al-Quran mengandungi
tema-tema tertentu. Para ulama membahagikan tema pada
setiap ayat sesuai dengan sebab ayat itu diturunkan. Begitu juga
dengan Surah Al-Fatihah.
Apabila kita membaca Surah Al-Fatihah, kita akan dapati dalam
surah ini terdapat 3 tema utama iaitu :

AYAT 1-4 • PUJIAN KEPADA ALLAH SWT

AYAT 5 • PENGABDIAN DAN HAJAT
SEORANG HAMBA

AYAT 6-7 • DOA MEMOHON JALAN YANG
LURUS

Apabila kita mengetahui tema yang terkandung dalam Surah Al-
Fatihah, maka ia dapat membantu kita untuk memahami dengan
baik tujuan Surah Al-Fatihah diturunkan sehinggakan surah ini
menjadi induk kepada Al-Quran.
Berpandukan kepada susunan tema dalam Surah Al-Fatihah,
Allah swt juga mengajarkan kita dengan suatu adab atau
tatacara ketika kita berhubung langsung dengan Allah swt iaitu
adab ketika berdoa. Bagi seorang mukmin, kita akan mengulangi
sebanyak 17 kali Surah Al-Fatihah dengan disusuli adab-adab
yang agung ini. Dalam Surah Al-Fatihah, adab berdoa dapat kita
hayati sebagaimana berikut.

7

ADAB BERDOA BERPANDUKAN
SURAH AL-FATIHAH

Dimulakan dengan menyebut nama Allah swt yang
mulia. (Ayat 1)

Dibuka dengan memuji Allah swt. (Ayat 2)

Menggunakan asmaul husna yang bersesuaian.
(Ayat 3 dan 4)

Merendahkan diri di hadapan Allah swt dengan
menyebut kelemahan diri. (Ayat 5)

Memohon kepada Allah swt setiap hajat. (Ayat 6)

Meminta dijauhkan daripada golongan yang
dimurkai dan sesat. (Ayat 7)

8

MEMBACA TA’AWWUZ

Memulakan setiap pekerjaan dengan membaca Basmalah
adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan
membaca Ta’awwuz atau juga dikenali Isti’azah. Ia adalah
sunnah yang dianjurkan dalam keadaan tertentu sebagaimana
dengan membaca Basmalah.

Jumhur ulama sepakat menyatakan bahawa sunnah membaca
Ta’awwuz ketika permulaan membaca Al-Quran sebagaimana
yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nahl ayat
98.
Selain itu, kita juga dianjurkan untuk membaca Ta’awwuz sesuai
dengan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
sebagaimana disebut dalam banyak hadis sahih.

Permulaan dan selepas membaca Al-Quran. (Surah An-Nahl :
98)
Memasuki tandas. [Bukhari (142) : Sahih]

Ketika bersuci. [Ibnu Hajar Al-Asqalani (3:640) Dhaif]

Sebelum membaca Al-Fatihah di dalam solat.

Sebelum memulakan khutbah. [Al-Baihaqi (7/3292) : Sahih]

Masuk dan keluar masjid [An-Nawawi : (Al-Khulasah 1/314) :
Hasan]
Ketika marah. [Syuib Al-Arnauth (Takhrij Al-Musnad 22111) :
Sahih]

Semasa mengerjakan solat, baik solat fardhu mahu pun solat
sunat, ulama di kalangan mazhab Syafie dan Hanafi menyatakan

9

hukumnya sunat. Berbeza dengan mazhab Ahmad bin Hanbal
menyatakan wajib. Manakala pada mazhab Maliki menyatakan
membaca Ta’awwuz adalah harus dalam solat sunat dan makruh
dalam solat fardhu. Namun begitu, pandangan pertama adalah
lebih kuat untuk diamalkan.

Bacaan Ta’awwuz adalah :

ُ‫أَ ُعو ُذُُُباللهُم َنُال َّشيْ َطانُال َّرجيم‬

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang

direjam”

Daripada hadis Abu Sa’id Al-Khudri menyatakan bahawa ketika
Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakan solat baginda membaca;

ُ‫أَ ُعو ُذُُُباللهُال َّسميعُالْ َعليمُم َنُال َّشيْ َطانُال َّرجيم‬

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui daripada Syaitan yang direjam”

[Abu Daud (1/181) : Dhaif]

Daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah saw
bersabda:

‫ال َّله َّمُإِ يّنُأعو ُذُبكُمنُال َّشيطانُال َّرجيمُونفخهُوهمزهُونفث ُه‬

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
daripada Syaitan yang direjam, dan hembusan, bisikan dan

daya tarikannya”

[Ibnu Khuzaimah (472) : Dhaif]

Dalam kitab Mughnil Muntaj, yang dimaksudkan dengan
“direjam” dalam bacaan Ta’awwuz adalah Syaitan yang direjam
dengan percikan api neraka.

10

Menurut mazhab Syafie, membaca Ta’awwuz di dalam solat
boleh berlaku dalam situasi berikut;

Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3

Membaca Tertinggal pada Membaca hanya
Ta'awwuz setiap rakaat pertama, sekali sahaja
maka hendaklah
rakaat. dibaca Ta'awwuz Ta'awwuz dalam
solat
Lebih utama pada rakaat
berbanding kedua. Tidak digalakkan
dengan situasi jika disengajakan.
yang lain.

Menjadi pemutus
antara rakaat
pertama dan

kedua, seterusnya.

Maka, membaca Ta’awwuz tidak boleh dipandang enteng
memandangkan Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa membacanya
baik ketika mengerjakan solat mahu pun diluar solat. Penulis
hanya membawakan beberapa bentuk bacaan yang pelbagai
sebagai bekal amalan kita seharian.

11

RENUNG DIRI

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

12

AYAT 1

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.

TAJWID

ُ‫ِمْسِب اّ َّلُل ال َّرْْ َحنُ ال َّرحيم‬

6-2ُ‫همس مد‬ ‫همس‬

FOKUS KALIMAH

‫( اّ َلله‬Allah)

Allah swt memperkenalkan nama-Nya yang mulia pada ayat
pertama di dalam Al-Quran iaitu ayat 1 Surah Al-Fatihah dengan
nama Allah. Kemudian diikuti dengan nama-Nya yang mulia
sekali gus dengan sifat-Nya iaitu Ar-Rahman (Yang Maha
Pemurah) dan Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani).

13

Perkataan Allah membawa erti Zat yang disembah dengan
sebenar-benarnya. Berbeza pula dengan kalimah Al-Ilah yang
bererti Zat yang disembah secara benar atau pun batil.

‫( ال َر مْ َحن‬Ar-Rahman)

Nama ini khusus bagi Allah swt dan ia tidak digunakan pada
mana-mana sembahan yang lain. Nama Allah swt ini telah
disebut berulang-ulang sebanyak 113 kali di awal surah di dalam
Al-Quran (kecuali surah At-Taubah) dan di dalam Surah An-Naml
ayat 30. Nama yang mulia ini juga menggambarkan sifat yang
hakiki yang ada pada Allah swt. Kemuliaan dan keagungan Allah
swt Yang Maha Pemurah ini digandingkan dengan sifat
mengasihani iaitu Ar-Rahim.

‫( ال َر ِحيم‬Ar-Rahim)

Nama Allah swt – Ar-Rahim yang membawa erti Allah Tuhan
Yang Maha Mengasihani merupakan sambungan kepada sifat
Allah Yang Maha Pemurah. Allah swt bersifat pemurah kepada
hamba-hamba-Nya sesuai dengan ayat kedua iaitu Dia-lah
Tuhan yang menguasai, mentadbir, memberikan segala
keperluan dan menetapkan hukum hakam terhadap sekalian
alam. Sifat mengasihani Tuhan pula khusus kepada hamba-
hamba-Nya yang beriman. Sifat ini dapat difahami menerusi
hadis Nabi Muhammad s.a.w.

14

FIQH IBADAH

Di dalam Al-Quran terdapat 113 rangkai kata Basmalah yang
terletak di awal surah dan hanya satu ayat sahaja yang terletak
di dalam Al-Quran iaitu pada Surah An-Naml ayat 30. Manakala,
pada awal Surah At-Taubah tidak terdapat Basmalah. Ulama
bersepakat bahawa Basmalah adalah sebahagian daripada ayat
Al-Quran sebagaimana yang tertera pada Surah An-Naml ayat
30.

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan
kandungannya (seperti berikut): “Dengan nama Allah, Yang

Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah An-Naml : 30)

Jumhur ulama menyatakan bahawa Basmalah hendaklah dibaca
ketika mengerjakan solat fardhu mahu pun solat sunat kecuali
pada pandangan mazhab Maliki. Para ulama mazhab Syafie
mewajibkan bacaan Basmalah berpandukan kepada hadis yang
diriwayatkan oleh Ummu Salamah.

ُ،ُ‫ُِمْسِبُاّ َّللُال َّرْْ َحنُال َّرحيم‬:ُ‫أَ َّنُال َّنِ َّبُ َصَ َّّلُاّ َّل ُلُ َعلَيْهُ َو َس َّل َمُقَ َرأَُِفُال َّصلاة‬
‫َف َع َّد َهاُآيَ ًةُمنْ َها‬

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca di dalam solat :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani”
[An-Nawawi (Majmu’ 3/333) : Sahih ]

15

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w.
bersabda;

ُ‫يقولُ{ُالحمدُللهُربُالعالمينُ}ُسبعُأياتُإحداهنُبسمُاللهُالرْحنُالرحيم‬

‫وهيُالسبعُالمثاِّنُوالقرءانُالعظيمُوهيُأمُالقرآنُوهيُفاتحةُالكتاب‬

“}ُ‫ {ُالحمدُللهُربُالعالمين‬mengandungi tujuh ayat, yang salah satu
daripadanya Basmalah. Dan ia Sab’ul Mathani, Al-Quran Al-

Adzim, ia Ummul Quran dan Fatihatil Kitab”
[At-Tabrani (5/208)]

Pandangan mazhab Syafie yang mewajibkan Basmalah dibaca
ketika solat disebabkan keyakinan bahawa Basmalah itu terdiri
daripada salah satu ayat di dalam Surah Al-Fatihah itu sendiri.

Manakala, ulama daripada mazhab Hanbali, Hanafi dan Maliki
pula berpandangan Basmalah bukan sebahagian ayat daripada
Surah Al-Fatihah berpandukan kepada hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Muslim nombor 395.

Ulama mazhab Hanbali dan Hanafi menyatakan bahawa hukum
membaca Basmalah hanyalah sunat sahaja dan dibaca secara
perlahan di dalam solat fardhu dan solat sunat.

Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pandangan mengenai
Basmalah, sama ada ayat atau pun tidak di dalam Surah Al-
Fatihah, para ulama di kalangan empat mazhab bersepakat
bahawa mereka yang tidak mempercayai Basmalah sebahagian
daripada Surah Al-Fatihah tidak dihukumkan murtad atau kafir.
Ia hanya perkara cabang dan perselisihan dalam memahami
hadis Nabi s.a.w.

16

HADIS

1. Apabila melakukan sesuatu urusan, jangan lupa membaca

Basmalah supaya urusan kita diberkati oleh Allah swt. Jika

tidak menyebut nama Allah swt, urusan kita terputus dari

keberkatan dan tidak memperoleh pahala. Sabda Nabi

Muhammad s.a.w.: ‫اللُه‬ ‫ك ُّلُأم ٍرُذيُبا ٍلُلاُيُب َدأُُفيهُببس ُم‬

ُ‫الرْحنُُالرحيمُفهوُأ ْق َط ُع‬

Setiap perkara yang tidak dimulai “Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”, maka

amalan tersebut akan terputus.

[Ibnu Majah (1894) : Dhaif]

2. Melakukan sesuatu pekerjaan perlu diniatkan di dalam hati
ikhlas semata-mata kerana Allah sesuai dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

‫الأ ْع َما ُلُبالني َّية‬

Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya
[Bukhari (45) dan Muslim (7091) : Sahih]

Maka, ucapkanlah di dalam hati “Aku melakukan urusan ini
kerana Allah swt”.

3. Terdapat banyak hadis yang menganjurkan kita supaya
melakukan sesuatu pekerjaan dimulakan dengan membaca
Basmalah. Perkara ini telah disyariatkan dalam Islam.

17

Membaca Basmalah di dalam solat.
Ketika memasuk tandas. [Bukhari (1/242) : Sahih]
Makan dan minum. [Bukhari (5376) dan Muslim (2022) :
Sahih]
Menutup pintu rumah. [Bukhari (3280) : Sahih]
Membuka pakaian. (At-Thabrani : 7062)
Menyembelih haiwan. (Surah Al-An'aam : 121)
Menaiki kenderaan. (Surah Hud : 41)
Menulis surat. (Surah An-Naml : 30)
Ketika menyembelih haiwan (Sura Al-An'aam : 121)
Mengambil wuduk. [An-Nawawi (Al-Khulasah 1/103] : Dhaif]
Bertayammum.

18

HURAIAN AYAT

Allah swt memperkenalkan diri-Nya di dalam Al-Quran dengan
kalimah Allah. Allah swt juga telah menghebahkan kepada kita
dengan pelbagai nama-Nya yang baik, yang dikenali sebagai
Asmaul Husna sebagaimana di sebut dalam Surah Al-‘Araaf ayat
180.

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia),
maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan

menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan
nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai

apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah Al-‘Araaf : 180)

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w.
direkodkan telah bersabda :

Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Barang siapa yang
menghitungnya, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.

[Bukhari dan Muslim : Sahih]

Tuntutan kita untuk membaca Basmalah disebut secara jelas di
dalam banyak hadis. Allah swt juga mengajar kita supaya
memulakan sesuatu urusan dengan mengingati Allah swt
terlebih dahulu.

Allah swt merakamkan di dalam Surah An-Naml berkenaan
dengan surat yang dihantar oleh Nabi Sulaiman alaihissalam
kepada seorang ratu di negeri Saba’ melalui seekor burung hud-
hud.

19

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan
kandungannya (seperti berikut): “Dengan nama Allah Yang

Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”.
(Surah An-Naml : 30)

Nabi Sulaiman alaihissalam telah menulis pada lembaran surat
yang dihantarnya dengan ungkapan Basmalah.
Begitu juga di dalam Surah Hud, ayat 41, Allah swt turut
merakamkan doa Nabi Nuh alaihissalam ketika baginda menaiki
bahtera takala banjir besar sedang melanda.

“Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-
pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu
sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan

berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Hud : 41)

20

IBRAH

Memulakan Setiap urusan Membaca
pekerjaan yang dilakukan Basmalah di
dengan dalam solat
membaca perlu
Basmalah. disandarkan adalah
kepada niat sebahagian
yang ikhlas daripada rukun
semata-mata solat. (disisi Mazhab
kerana Allah
Syafie)
swt.

21

RENUNG DIRI
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

22

AYAT 2

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.

TAJWID

ُ‫ال ْحَ ْم ُُد ّ َّللُ َر يُب الْ َعالَمي َن‬

6-2ُ‫مد‬

FOKUS KALIMAH

‫( الم َح مم هد‬Al-Hamd)

Perkataan Al-hamd merupakan suatu pujian yang tinggi
melangkaui perkataan ‫( الشكر‬Asy-Syukr). Apabila seorang hamba
menyebut ‫ال ْحَ ْم ُدُّ َّللُ َر يبُالْ َعالَمي َُن‬, ianya sebagai perasaan gembira dan
kesenangan yang memenuhi hatinya sehingga tiada yang layak
menerima pujian melainkan Allah swt. Pujian ini khusus dan

23








































Click to View FlipBook Version