The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 BMMB1134: KETERAMPILAN BERBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM20623 Muhammad Azfar Izhan Bin Baharuddin, 2023-03-25 03:56:20

TUGASAN 3 BMMB1134: KETERAMPILAN BERBAHASA

TUGASAN 3 BMMB1134: KETERAMPILAN BERBAHASA

HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU KETERAMPILAN BERBAHASA TUGASAN 3 BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA MUHAMMAD AZFAR IZHAN BIN BAHARUDDIN


Kandungan Maklum balas Komunikasi Sehala Gangguan Saraf Penerima Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Gangguan Emosi Gangguan Luaran Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial Penghargaan Pengenalan Halangan Komunikasi Isu Keterampilan Berbahasa Rumusan Rujukan


PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus BMMB1134 Keterampilan Berbahasa dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Norrudin bin Abdul Aziz, pensyarah yang mengajar bagi subjek ini atas segala perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah.


PENGENALAN Keterampilan semasa berkomunikasi merupakan salah satu aspek yang penting MenurutDunn and Goodnight(2011), komunikasi adalah satu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan pemahaman mesej. menurutHaslinaHalim (2018),ramai beranggapan bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang mudah dilakukan tetapi proses komunikasisangatsukar. Hal demikian terjadi kerana kesantunan dan keterampilan berbahasa tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesedaran tentang pengetahuan dan kemahiran dalam berkomunikasi adalah aset yang amat penting dan kompetensi dalam komunikasi amat berguna dalam hubungan interpersonal,sosial ataupun professional. Pemilihan bahasa penting bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan yang diakibatkan oleh salah faham. ketika bercakap.


Maklum Balas Gangguan Saraf Penerima Komunikasi Sehala Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Gangguan Emosi Gangguan Luaran Halangan komunikasi


Maklum balas- tindak balas yang dilakukan oleh penerima terhadap maklumat yang disapaikan oleh pengirim Jika maklum balas positif, pengirim mungkin akan meneruskan komunikasi. Jika maklum balas negatif, mungkin perbualan akan berhenti di situ. MAKLUM BALAS Penerima yang tidak memberi maklum balas akan mengakibatkan pengirim tidak tahu sama ada penerima memahami mesej atau tidak. Penerima mungkin menghadapi masalah untuk memahami mesej. Hal ini mengakibatkan komunikasi satu hala berlaku


KOMUNIKASI SEHALA Pengirim menyampaikan mesej kepada penerima tanpa menerima sebarang tindak balas. Contoh : wartawan menyampaikan info di televisyen, DJ berkomunikasi di radio. dan banyak lagi.


GANGGUAN SARAF PENERIMA Gangguan ini menyebabkan penerima menghadapi kesukaran untuk menerima maklumat Jenis gangguan saraf penerima yang paling banyak menghalang penerima mendapatkan mesej - gangguan pendengaran Gangguan pendengaran - penyakit atau keadaan fizikal telinga yang buruk menyebabkan gangguan berlaku ketika proses mendengar. Gangguan ini terjadi daripada pelbagai faktor. Contohnya, terdedah kepada bunyi yang kuat untuk masa yang lama hinggan menyebabkan gangguan pada sistem saraf pendengaran berlaku. Kesan - komunikasi tidak berlaku akibat masalah daripada penerima.


Sekiranya emosi pengirim/penerima terganggu, proses komunikasi antara pengirim dan penerima tidak berfungsi. Contoh : GANGGUAN EMOSI Gangguan emosi - gangguan dalaman yang disebabkan oleh psikologi yang tidak stabil dan terganggu Pengirim - emosi pengirim tidak stabil disebabkan oleh masalah peribadi yang terjadi kepadanya. Kesukaran mengawal emosi boleh mengakibatkan perselisihan faham antara pengirim dan penerima berlaku. Penerima - penerima berada dalaam keadaan marah atau sedih


bunyibising objekfizikal jaraklokasi kerosakanperalatan persekitaranyangbising Jenis-jenis gangguanluar: GANGGUAN LUARAN Merupakan gangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas. Gangguan luaran boleh berlaku berpunca daripada keadaan sekeliiling atau persekitaran Contoh : Guru mengajar murid di dalam kelas dan gangguan daripada bunyi kenderaan luar yang menghalang guru menyampaikan ilmu. Kesan : murid tidak dapat memberi perhatian dan memahami pembelajaran yang disampaikan oleh gurunya.


Isu Keterampilan Berbahasa Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial


ISU BAHASA Bahasa rojak - bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa yang dapat dinilai dari dua sudut pandang. Bahasa initelah digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Bahasa initelah memusnahkan BahasaMelayu dan jiwa orangMalaysia secara tidak langsung kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Rajah disebelah menunjukkan contoh penggunaan bahasa rojak dan punca bahasa initerjadi. Sila Imbas ^-^


ISU BUDAYA Komunikasi silang budaya - komunikasi melibatkan individu daripada latar belakang berbeza (bangsa, etnik, budaya, agama, bahasa) Kemahiran komunikasi ini penting - memudahkan komunikasi dengan orang berbangsa lain dan sentiasa mengawal bahasa. Amalan hidup berkelompok dan menjauhi kaum lain perlu dielakkan dalam komunikasi harian agar penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam komunikasi dapat dielakkan.


ISU MEDIA SOSIAL Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, forum dan dunia virtual Dapat dilihat di mana para pengguna di media sosial telah melakukan pelbagai penyalahgunaan bahasa di media sosial. Contoh aplikasi media sosial yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia


Bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Lucah Bahasa ini kerap digunakan di sosial oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah orang orang muda mahupun tua. Bahasa ini digunakan keran lebih cepat, ringkas dan mesra pengguna. Bahasa ini bukan sahaja bahasa yang memusnahkan bahasa Melayu, malah bahasa ini telah mencemarkan martabat bahasa kebangsaan itu sendiri. Bahasa ini sering digunakan di media sosial. Bahasa ini membuatkan semua orang malu untuk membaca setiap penulisan yang dimuat naik di media sosial.


Bahasa Slanga Bahasa ini ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh dikatakan sebagai halus (Asmah Haji Omar, 2015). Perkembangan bahasa ini telah mencemarkan bahasa Melayu Standard. Banyak remaja menggunakan bahasa ini di media sosial sehingga tidak sedar bahawa mereka telah mengembangkan bahasa ini. Dapat dilihat bahawa golongan remaja tidak mengambil berat lagi tentang penggunaan bahasa yang sopan di media sosial. Malahan, mereka beranggapan bahawa selagi mereka dapat memahami bahasa yang digunakan di antara mereka, ia sudah cukup memadai. Konklusinya, penggunaan bahasa yang sopan dan bahasa yang kasar telah mempengaruhi dan memberi kesan kepada bahasa Melayu. Penggunaan bahasa kasar akan merosakkan bahasa kebangsaan. Oleh itu, semua orang perlu menggunakan bahasa yang sopan agar martabat bahasa Melayu kekal terpelihara. Imbaslah Saya !! ( ^ _ ^ )


RUMUSAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai halangan dalam komunikasi yang boleh menyebabkan komunikasi tidak berlaku dan timbul pelbagai isu keterampilan bahasa yang boleh merosakkan bahasa Melayu. Pengguna media sosial seharusnya menjaga tutur kata dan bersikap sopan agar tidak menyakiti perasaan orang lain. Pelbagai pihak perlu mencari solusi kepada isu yang sedang terjadi sebelum isu-isu lain timbul. Bak kata pepatah mencegah lebik baik daripada merawat. Oleh itu, komunikasi yang baik dapat diperolehi oleh semua pihak, jika segala halangan dan isu dapat di atasi.


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version