1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 1 Warisan Negara Bangsa BAB Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat • Sebelum kedatangan Barat telah wujud asas kerajaan Alam Melayu yang masyhur. • Terdapat beberapa buah kerajaan Alam Melayu yang agung seperti Kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit. • Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada di negara Barat. Ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu • Raja – Menjadi tonggak utama kerajaan. – Dianggap suci dan sentiasa ditaati. – Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai Dewa Siva. • Undang-undang – Dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. – Menjadi panduan pentadbiran kerajaan termasuk di wilayah pengaruh. – Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa. • Wilayah pengaruh – Merujuk kawasan yang rakyat menerima dan memperakui kekuasaan seseorang raja. – Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh meliputi dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. • Rakyat – Merujuk penduduk dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka. Nota SMART – Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya melakukan upacara persetiaan dan meminum air sumpah sebagai bukti kesetiaan. Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politik yang tersendiri. • Kerajaan – Muncul kerana adanya raja. – Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. • Rakyat – Menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka serta mematuhi undang-undang. – Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan. • Kedaulatan – Melambangkan kekuasaan tertinggi seseorang sultan. – Merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. • Wilayah pengaruh – Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diakui oleh rakyat. – Wilayah pengarah Kesultanan Melayu Melaka diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan. • Undang-undang – Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka merupakan undangundang bertulis zaman Kesultanan Melayu Melaka. – Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 1 Warisan Negara Bangsa • Lambang kebesaran – Merupakan identiti kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. – Menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah. Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undangundang • Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun. • Sistem pentadbiran – Terbahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan. – Pentadbiran pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat. – Bendahara sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. – Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur. – Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di pelabuhan. – Pembesar lain memungut cukai di kawasan pegangan. – Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka. – Laksamana sebagai panglima Angkatan Laut Melaka. – Pada peringkat jajahan, pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Sultan Bendahara Penghulu bendahari Laksamana Temenggung • Undang-undang – Terdapat dua jenis undang-undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka. – Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Antaranya berkaitan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi. – Undang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. – Sultan Mahmud Shah memperkenan undang-undang ini dan mengandungi perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian. Peranan Pemerintah dan Rakyat • Hubungan antara pemerintah dan rakyat selaras dengan konsep waadat, iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat. • Peranan Sultan: – Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat. – Mewujudkan perpaduan rakyat. – Memastikan kemakmuran dan kestabilan kerajaan. – Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat. • Peranan pembesar: – Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat kawasan pegangan. – Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. – Mengutip hasil melalui sistem serah. – Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah. • Peranan rakyat: – Taat setia kepada pemerintah dan mematuhi arahan pemerintah. – Tidak akan menderhaka kerana bimbang ditimpa tulah, iaitu kecelekaan yang boleh menimpa seseorang kerana melanggar perintah raja. – Menghadiri majlis umum seperti gotongroyong. – Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. – Menjalankan aktiviti kerahan seperti membina istana atau jalan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme 2 Kebangkitan Nasionalisme BAB Maksud Nasionalisme • Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. • Boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan. • Menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. • Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Pendapat Tokoh • Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran mereka tentang nasionalisme. • Hans Kohn – Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang kepada negara atau bangsanya. • Profesor William R. Roff – Ketegasan orang Melayu disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. – Timbul disebabkan kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat di Tanah Melayu. • Dato’ Onn Jaafar – Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdikari dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu. • Dr. Burhanuddin al-Helmi – Perjuangan perlu ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts. • Dr. R. Suntharalingam – Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negara sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. • Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid – Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. – Orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan”. • Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim – Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri. Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat • Berkembang hasil daripada penentangan terhadap raja yang menindas dan menggugat hak serta kebebasan rakyat. • Idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. Perkembangan Nasionalisme di Asia • Perkembangan nasionalisme di Asia adalah kesan daripada idea nasionalisme di Barat. • Penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun. Nota SMART
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme Nasionalisme di India • Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap imperialisme British. • Bermula dengan kebangkitan rakyat tempatan Dahagi India 1857. Nasionalisme di China • Nasionalisme bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir • Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Nasionalisme di Jepun • Digerakkan oleh pemerintah Jepun untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. • Semasa era Pemulihan Meiji, prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara • Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berasaskan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia. • Namun begitu, gerakan nasionalisme di Thailand lebih bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan daripada ancaman imperialisme. Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita • Perkembangan nasionalisme di negara kita berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan. Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme • Pada abad ke-20, kemunculan nasionalisme disebabkan oleh peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. • Golongan intelektual dan pengaruh luar serta serantau lahir daripada perkembangan sistem pendidikan bagi menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah. Perkembangan Nasionalisme • Perkembangan nasionalisme dapat dilihat melalui: – Perkembangan nasionalisme yang dipelopori oleh golongan intelektual. – Perkembangan nasionalisme ditinjau melalui penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya seperti akhbar, majalah, novel, cerpen serta puisi. – Perkembangan nasionalisme melalui kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik. Kesan Perkembangan Nasionalisme • Dalam bidang politik, perjuangan KMS berjaya meningkatkan jumlah orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) daripada tujuh orang kepada 20 orang pada tahun 1937. • Masyarakat Cina di Tanah Melayu turut menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama bertujuan menyebarkan berita yang berlaku di negara China. Menjelang tahun 1921, banyak sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin untuk menggantikan dialek lain di sekolah Cina. • Masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu lebih gemar dikenali sebagai “the Strait born people” telah berusaha membentuk identiti tersendiri yang mementingkan perpaduan serta mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 3 Konfl ik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 3 Konfl ik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita BAB Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia • Kebangkitan orang Melayu menentang campur tangan British mencetuskan nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia. British menentang keras gerakan awal tersebut. • Kesedaran awal nasionalisme – British membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah sejak awal abad ke-20. – Enakmen Undang-Undang Islam 1904 diperkenalkan dengan persetujuan British dan Raja-raja Melayu bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara. – Badan penyiasat ditubuhkan, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Deparment) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau) bertujuan mengawal gerakan Islah Islamiah. Latar Belakang Perang Dunia • Perang Dunia Pertama – Peperangan berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa kepada persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. • Faktor-faktor Perang Dunia Pertama – Persaingan kuasa imperialis berikutan perkembangan Revolusi Industri. Nota SMART – Pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga akibat daripada permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah. – Krisis rantau Balkan yang membawa kepada pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya, Sophie oleh seorang pemuda Serbia. • Penglibatan Amerika Syarikat membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918. – Persidangan Damai Paris (18 Januari 1919) Membincangkan syarat perdamaian selepas perang agar Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian. – Perjanjian Versailles (28 Jun 1919) mamutuskan Jerman dikehendaki Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang. Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga. Mengehadkan saiz angkatan tentera. Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga. Kesan Perang Dunia Pertama • Keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah. • Kemunculan negara baharu berikutan keruntuhan Austria-Hungary, perpecahan empayar Rusia dan empayar Uthmaniyah.
37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 3 Konfl ik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita • Kesan terhadap negara kita – Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British. Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) • Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran: – Pertempuran di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika. – Pertempuran di Asia Pasifik tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. • Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu: – Kuasa Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan Jepun. – Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Rusia dan kemudian disertai oleh Amerika Syarikat. • Faktor-faktor Perang Dunia Kedua di Eropah: – Kemunculan ideologi baharu di Itali dan Jerman. – Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles. – Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama. Perang Dunia di Asia Pasifik (1941 – 1945) • Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik juga dikenali sebagai Perang Pasifik. • Pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. • Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera yang melaksanakan imperialisme di rantau Asia Pasifik. • Peluasan Kuasa Jepun – Dasar peluasan kuasa Jepun berikutan kejayaan dasar pembaharuan Meiji membawa pemodenan di Jepun. – Sekatan ekonomi terhadap Jepun setelah Jepun menduduki Korea (1910), Manchuria (1932) dan China (1937). – Rancangan penaklukan wilayah di selatan untuk menguasai bijih timah, getah, bauksit dan petroleum. Faktor kedatangan Jepun ke Negara Kita • Faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita: – Eksploitasi sumber bahan mentah. – Kepentingan strategik ketenteraan. Dasar pendudukan Jepun di negara kita • Dasar pentadbiran – Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. – Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu. – Memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi. • Dasar ekonomi – Melaksanakan sistem ekonomi kawalan. – Mata wang Jepun (wang pokok pisang) dicetak tanpa kawalan. • Dasar sosial – Menutup semua sekolah Inggeris dan sekolah Cina dan memperkenalkan sistem persekolahan Jepun. – Menghormati agama Islam dan adat Melayu. – Memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan. – Memberikan layanan yang berbeza kepada penduduk.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 52 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita BAB British Military Administration • Pada 12 September 1945, British Military Administration (BMA) diisytiharkan setelah tentera Jepun menyerah kalah. • BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943–1946). • Tugas BMA ialah: – Mengembalikan kestabilan. – Memulihkan kepercayaan rakyat. • Mengembalikan kestabilan – Pada 1 Disember 1945, BMA membubarkan pasukan MPAJA bertujuan memulihkan keamanan dan kestabilan negara. – BMA mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan. – Namun, BMA gagal dalam usaha mengumpulkan semula senjata tersebut dan membanteras jenayah, keganasan, kongsi gelap serta masalah ketegangan kaum. • Memulihkan kepercayaan rakyat – Semasa pemerintahan Jepun, rakyat mengalami kesukaran hidup. Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar didapati, sekiranya ada bekalan, harganya terlalu tinggi. – Rakyat berharap pentadbiran BMA dapat memulihkan kesengsaraan hidup mereka. Oleh itu, BMA telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu bertujuan mengembalikan kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini. Nota SMART – BMA juga berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan. Gagasan Malayan Union • Ciri-ciri Malayan Union – Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran. – Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. – Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif Malayan Union dibentuk di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British. – Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. – Kewarganegaraan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli. Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union • Penentangan Raja-raja Melayu Terhadap Malayan Union – Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. – Menghantar surat bantahan ke London. – Menyokong Kongres Melayu. – Permaisuri Perak memimpin Gerakan menentang Malayan Union. – Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.
53 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita • Penentangan rakyat terhadap Malayan Union: – Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Malaya (Pulau Pinang) menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu. – Cendekiawan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan orang Melayu untuk menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi. – Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah gagasan Malayan Union. – Di negeri Kelantan, Kedah dan Johor orang ramai berhimpun semasa kehadiran MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan. – Mengadakan Kongres Melayu – Menubuhkan UMNO yang menganjurkan bantahan secara besar-besaran Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British • Faktor penyerahan Sarawak kepada British: – Masalah pewarisan takhta. – Desakan kerajaan British. – Masalah kewangan. • Faktor penentangan penyerahan Sarawak: – Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941. – Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke – Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat untuk mendapatkan tandatangan ketua tempatan. • Bentuk penentangan penduduk tempatan – Mengadakan persidangan bagi merancang demonstrasi. – Mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk dan poster dengan kata-kata “Kami membantah dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada colonial Inggeris”, “Sarawak adalah hak kami”, “Leburkan colonial” dan “No Cession”. – Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai membantah Pekeliling No. 9. – Kaum wanita mengadakan bantahan. – Menggunakan akhbar seperti Utusan Sarawak. – Menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penjajahan Sarawak. – Menubuhkan Kumpulan Rukun 13 untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. Penyerahan Sabah Kepada Kerajaan British • Faktor penyerahan Sabah kepada British: – Memenuhi kepentingan British. – Meneruskan dasar British dalam hubungan luar. – Masalah kewangan SBUB. Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sabah • Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak menimbulkan penentangan daripada penduduk tempatan disebabkan: – Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan serta mengehadkan peluang penduduk tempatan dalam pentadbiran. – Kesedaran penduduk tempatan melihat penyerahan Sabah sebagai langkah membangunkan negeri Sabah selepas perang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 68 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 5 Persekutuan Tanah Melayu BAB Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. • Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. • Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bertujuan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Terdapat golongan yang mencadangkan perlembangan alternatif yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. • Pegawai pemerhati dan Penasihat Undangundang dalam Jawatankusa Kerja diwujudkan. • Ahli Jawatankuasa Kerja: – Wakil kerajaan British A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union) K.K. O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union) W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan) Dr. W. Linehan (MCS) A. Williams (MCS) D.C. Watherston (Setiausaha) – Wakil UMNO Dato’ Onn Jaafar Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin Haji Megat Yunus – Wakil Raja-raja Melayu Raja Kamaralzaman Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak) Dato’ Hamzah Abdullah (Orang Kaya Menteri Besar Selangor) Nota SMART Haji Mohamad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah) Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan) • Cadangan Jawatankuasa Kerja – Menyatukan semua negeri Melayu dan dua buah Negeri-Negeri Selat dalam satu pentadbiran. – Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu. – Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. – Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri. – Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat. • Pakatan PUTERA-AMCJA – Pada bulan Julai 1947, PUTERAAMCJA mengadakan pertemuan untuk mengemukakan draf Perlembagaan Rakyat. – British menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja. – Pada 20 September 1947, PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai sebagai bantahan. – Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu.
69 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948: – Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. – Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO. – Sokongan pentadbir British. Ciri-Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Masa lima bulan diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi menyelesaikan kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO menghadiri persidangan pembentangan rangka Perjanjian Persekutuan pada 20 November 1946. • Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah: • Pentadbiran: – Pentadbiran melibatkan gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka). – Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan. – Seorang Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa eksekutif. • Kuasa Raja-raja Melayu – Majlis Raja-Raja dibentuk bertujuan membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pendapat dalam perkara tertentu. – Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. – Perundangan – Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan. – Majlis ini merangkumi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian. – Kewarganegaraan – Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. – Kewarganegaraan secara pendaftaran. Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu – Persekutuan tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula. – Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. • Membuka ruang kewarganegaraan – Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara. – Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal. • Mewujudkan kerjasama kaum – Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. – Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. – Merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.
83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat BAB Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita • Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara kita melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China. • Pada tahun 1920, fahaman komunis cuba dibawa masuk oleh beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh melalui Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah. • Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina dan kemudian menyusup dalam Kesatuan Sekerja. – Pada zaman pendudukan Jepun (1941 – 1945), PKM menentang Jepun melalui kerjasama dengan British serta pembentukan Malayan People’s AntiJapanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga. – Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk meluaskan pengaruhnya. Ancaman Komunis di Negara Kita • Perisytiharan Darurat – Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948. – Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu. • Tindakan Komunis – Melumpuhkan ekonomi dengan mencetuskan huru-hara di seluruh negara supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British. – Menyasarkan lombong bijih timah dan ladang getah. – Merosakkan infrastruktur dan melakukan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, khususnya sistem pengangkutan dan perhubungan. – Mengancam keselamatan rakyat dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. – Mengancam pasukan keselamatan dengan menyerang balai polis dan membunuh pegawai tinggi kerajaan British. Usaha Menangani Ancaman Komunis • Menguatkuasakan Undang-Undang Darurat – Menahan mereka yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa perbicaraan. – Mengharamkan pertubuhan radikal dan menangkap pemimpinnya. • Memperkasakan Pasukan Keselamatan – Menubuhkan Cawangan Khas, Special Constables (SC), Polis Hutan, Polis Wanita, Senoi Praaq (Urang Perang) dan Auxiliary Police (AP). Nota SMART
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat – Memperkasakan pasukan tentera melalui pasukan Askar Melayu, pasukan Askar Komanwel dan Sarawak Rangers. – Mewujudkan pasukan sukarelawan seperti Home Guard. • Memperkenalkan Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan – Pada 23 Julai 1948, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan. – Langkah tersebut bertujuan memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis. – Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa dan dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-amana sahaja. • Melaksanakan Rancangan Briggs – Memindahkan penduduk setinggan di pinggir hutan ke Kampung Baru bagi memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen. • Menawarkan Pengampunan – Maklumat dilakukan melalui siaran radio dan pengedaran risalah dari udara ke dalam hutan. – Iklan dan wayang gambar juga digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri. • Menjalankan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat – Penduduk berbilang kaum diseru untuk mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa secara sukarela. – Menggalakkan interaksi antara penduduk pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan. • Mengenakan Perintah Berkurung – Melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. – Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan. • Melancarkan Perang Saraf – Rancangan menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat tempatan. – Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman komunis. • Mengadakan Rundingan Baling – Tunku meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri. – Chin Peng menetapkan syarat kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yang sah. – Rundingan gagal kerana Tunku enggan menerima syarat yang ditetapkan oleh PKM. Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita • Aspek Politik – Kelonggaran syarat kewarganegaraan menyebabkan jumlah warganegara meningkat. – Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur untuk meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis. – Mempercepat kemerdekaan melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). • Aspek Sosioekonomi – Perkembangan ekonomi terjejas kerana British terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dalam menangani ancaman komunis. – Rakyat mengalami penderitaan • Penamatan Darurat – Pada 31 Julai 1960, zaman darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita tamat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 100 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan Latar Belakang Idea Negara Merdeka • Pertubuhan yang mencetuskan idea negara merdeka: – Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1938 – Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 – Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946 – Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak 1946 – Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) 1946 – United Malays National Organisation (UMNO) 1946 – Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) 1946 – Malayan Indian Congress (MIC) 1946 – Hizbul Muslimin 1947 – Malayan Chinese Association (MCA) 1949 – Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 1951 – Independence of Malayan Party (IMP) 1951 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) • Objektif CLC: – Mengkaji hubungan kaum secara mendalam. – Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti. – Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk. Sistem Ahli • Ciri-ciri Sistem Ahli – Satu sistem kabinet bayangan. – Ahli bertaraf “Menteri“ dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan. – Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. – Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. – Setiap Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi. • Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan – Menyediakan asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. – Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan. – Memupuk perpaduan kaum melalui kerjasama pemimpin pelbagai kaum. – Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan daripada seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Sistem Pendidikan Kebangsaan • Usaha ke Arah Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan Melalui Penubuhan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah – Laporan Barnes 1951 – Laporan Fenn-Wu 1951 – Ordinan Pelajaran 1952 – Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955 – Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 Nota SMART 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan BAB
101 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan Penubuhan Parti Politik Parti Politik Tarikh penubuhan Pemimpin Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Oktober 1945 • Dr. Burhanuddin alHelmi • Ishak Haji Muhammad • Ahmad Boestaman • Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. • Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) 1946 • Abang Haji Zaini • Abang Haji Openg • Datu Patinggi Abang Haji Abdillah • Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak. • Menentang penyerahan Sarawak kepada British. Angkatan Pemuda Insaf (API) Februari 1946 • Ahmad Boestaman • Menggembleng tenaga pemuda sebagai penggerak untuk membuat perubahan politik. Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) Mac 1946 • Mohamad Sirat Yaman • Awang Rambli • Rosli Dhoby • Morshidi Sidek • Menentang penjajahan British. • Menuntut kemerdekaan Sarawak. United Malays National Organisation (UMNO) Mei 1946 • Dato’ Onn Jaafar • Tunku Abdul Rahman • Menentang Malayan Union. • Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan. Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Jun 1946 • Tengku Noordin • Zakaria Gunn • Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi. • Menuntut agar Sabah dimerdekakan daripada pentadbiran British. Malayan Indian Congress (MIC) Ogos 1946 • John Thivy • K.L. Devasar • Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. • Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain. Barisan Pemuda (BARIP) Disember 1946 (Jesselton dan Labuan) • Mandur Syarif • Imam Suhaili Yaakub • Pengiran Ahmad • Menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik. Barisan Pemuda Sarawab Jun 1947 • Abang Mohd. Kassim Taha • Ahmad Zaidi Adruce • Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri. • Menentang penyerahan Sarawak kepada British. Malayan Chinese Association (MCA) Februari 1949 • Tan Cheng Lock • Yong Shook Lin • H. S. Lee • Memelihara kepentingan kaum Cina. • Bekerjasama menentang komunis di Tanah Melayu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 8 Pilihan Raya Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu • Pilihan raya merupakan asas kepada pembentukan kerajaan sendiri. • Pilihan raya memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan. • Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu diadakan selaras dengan peruntukan dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Di negara kita, pilihan raya diadakan dari peringkat majlis perbandaran, diikuti peringkat negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. • Pilihan raya pada peringkat awal berjaya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi. Proses Pilihan Raya Umum Pertama • Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP): 26 April 1954 – Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya. 15 Jun 1954 – Penamaan calon diadakan. Kempen pilihan raya diadakan selama 45 hari. Keputusan pengundian diumumkan. Ogos 1954 – Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. 18 Oktober 1954 – Pendaftaran pengundi dimulakan di seluruh Tanah Melayu. Di Terengganu bermula pada 29 Oktober 1954. 27 Julai 1955 – Masyarakat keluar mengundi. Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi dijalankan. Nota SMART 8 Pilihan Raya BAB
117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 8 Pilihan Raya Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan Majlis Perundangan Persekutuan 1948 Majlis Perundangan Persekutuan 1955 Komposisi ahli MPP 1948 • 52 orang ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu. • 3 orang ex officio yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan. • 9 orang Residen British yang mewakili sembilan buah Majlis Negeri. • 2 orang wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. • 11 orang ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan. Komposisi ahli MPP 1955 • 52 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya umum. • 35 orang ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian. • 2 orang wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. • 11 orang Menteri Besar yang mewakili negeri masing-masing. Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British. • Proses pertukaran dan pembaharuan mengambil masa dan berlaku secara berperingkat. • Kuasa pegawai British dipindahkan kepada rakyat tempatan secara beransur-ansur dan Sistem Ahli dimansuhkan. • Rakyat mula memainkan peranan dalam pentadbiran negara. Kerajaan dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat. Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu • Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam. • Menyambung model Westminster, iaitu sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan Tanah Melayu. • Mengurangkan kuasa pentadbiran British. • Meminta kuasa veto (hak atau kuasa pembatalan yang diberikan kepada pihak tertentu) Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan. • Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu Nama Jawatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haji Ketua Menteri Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Pelajaran Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar Dr. Ismail Abdul Rahman Menteri Tanah dan Galian H.S. Lee Menteri Pengangkutan Sardon Jubir Menteri Kerja Raya V.T. Sambanthan Menteri Buruh Leong Yew Koh Menteri Kesihatan Ong Yoke Lin Menteri Pos dan Telekom Abdul Aziz Ishak Menteri Pertanian
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 132 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 BAB Usaha Rundingan Kemerdekaan • Dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan negara kita, beberapa rundingan antara Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British telah diadakan. • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu serta wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan. • Pihak yang menyokong rundingan ini ialah E.E.C. Thuraisingham, iaitu wakil orang Ceylon, ketua Parti Rakyat, iaitu Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani. Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato’ Haji Wahab Abd Aziz Tunku Abdul Rahman Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said H.S. Lee Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood Dr. Ismail Abdul Rahman • Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London: Tunku Abdul Rahman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura. Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956. Rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M.V. Asia pada 1 Januari 1956 berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Rombongan ini singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang menuju ke London. Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu • Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. • Keanggotaan Suruhanjaya Reid: – Lord Reid (Britain) – Pengerusi – Sir William Ivor Jennings (Britain) – Sir William Mckell (Australia) – Hakim B. Malik (India) – Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Nota SMART
133 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 • Gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu: – Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan. – Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri serta bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. – Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu, mengkaji serta membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka. Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka • Suruhanjaya Perlembagaan mendapatkan memorandum dari seluruh Tanah Melayu untuk dirujuk. Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima. • Suruhanjaya Perlembagaan mengeluarkan draf perlembagaan. • Pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan sekali lagi berlepas ke London untuk berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu lain yang belum muktamad. • Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan dan hasil pindaan tersebut disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja. • Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf perlembagaan dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan. • Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. • Rang undang-undang diluluskan dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Inti pati Huraian Pengamalan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen Seorang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan Raja-raja Melayu setiap lima tahun sekali. Kewarganegaraan Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara. Kewarganegaraan diberikan melalui penguatkuasaan undangundang, permohonan untuk didaftarkan dan permohonan untuk menukar kewarganegaraan atau naturalisasi. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Hak untuk masyarakat lain turut dipelihara dan dilindungi. Kedudukan agama Islam Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita. Kedudukan bahasa Melayu Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa pengantar serta bahasa komunikasi. Suruhanjaya Reid INFO
149 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan 10 Pemasyhuran Kemerdekaan BAB Pengertian Kemerdekaan • Menurut Kamus Dewan, kemerdekaan ialah bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. • Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi. • Berikut merupakan tokoh yang telah memberikan takrif kemerdekaan: Tokoh Takrif kemerdekaan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Rashid Rida, tokoh gerakan PanIslamisme di Mesir Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman. Mahatma Gandhi, tokoh pejuang kemerdekaan India Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Nelson Rolihlahla Mandela, tokoh pejuang kemanusiaan yang membebaskan rakyat Afrika Selatan daripada dasar aparteid. Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Soekarno, Presiden Indonesia Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya yang merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Tun Temenggong Jugah anak Barieng, pemimpin Parti PESAKA Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Merdeka bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara dengan apa-apa cara sekalipun. Nota SMART
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 150 Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara • Jawatankuasa Persediaan Fizikal – Tunku Abdul Rahman mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan). – Lagu Negaraku, iaitu lagu kebangsaan berasal daripada lagu Terang Bulan, iaitu lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari. – Mohamed Hamzah mencipta reka bentuk bendera. • Jawatankuasa Sambutan – Jawatankuasa ini berperanan memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri. – Pakaian khas disediakan untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri. – Kursus khas dianjurkan oleh kerajaan berkaitan dengan protokol. Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara • Jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan menjelang tengah malam 30 Ogos 1957. • Pada pukul 10.00 malam, wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat duduk. • Pada pukul 10.30 malam, sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat. • Pada pukul 11.58 malam, semua lampu dipadamkan. • Pada pukul 12.00 malam, lampu dipasang dan diikuti dengan laungan “Merdeka’ oleh orang ramai. • Pada pukul 12.10 malam, Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat. • Pada pukul 12.25 tengah malam, Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan. • Pada pukul 12.55 malam, majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati. Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita • Peringkat negara – Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan. – Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen. – Pentadbiran negara oleh kabinet. – Cabaran kerajaan Persekutuan untuk menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan dalam bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan. • Peringkat antarabangsa – Mengukuhkan Kementerian Luar. – Menganggotai Komanwel. – Mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel untuk pertahanan. – Penyertaan dalam blok sterling. – Mendapat pengiktirafan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). – Melibatkan diri dalam misi Pengaman PBB di Congo. • Ekonomi – Rancangan Malaya Pertama 1956 – 1960 meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi tujuan pertanian dan penempatan semula masyarakat. – Institusi Kewangan Tempatan ditubuhkan. – Pembangunan Luar Bandar diberikan tumpuan. – Rancangan Buku Merah yang mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas dilancarkan. • Sosial – Sistem pendidikan kebangsaan diusahakan. – Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. – Jabatan Penerangan ditubuhkan. – Penubuhan pusat kesihatan dan hospital. – Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur diberikan perhatian. Hari Kemerdekaan Negara VIDEO