The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 427-12-nabila, 2022-09-05 09:45:40

FOLIO PANDU PUTERI KADET SEMESTER 4

FOLIO PANDU PUTERI KADET

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’
lagu kumpulan “na na na na……”, ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling
penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.
Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan
besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli
sekali lagi “humming lagu kumpulan.

Setelai selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli
pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan
menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.
Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti,
lepaskan tangan dan berdiri tegak.
Pemimpin: akan sebut perkataan “T.O.S” tiga kali.
Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali
Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti
menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat
kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna
dalam ladam kuda.

Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu
 Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu

akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.
 Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang

tangan dan menyanyikan lagu baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip
ke kumpulan berenam mereka.
 Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.

Penutupan Perjumpaan Mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan
lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup
perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar.
Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari
lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar
baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga
secara rekaan.

Istiadat Pow Wow
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi,
membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin.

Cara melaksanakan
 Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan
respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali.
 Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut.
 Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan
pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari).
 Semasa ahli inginn memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat
seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh
bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wow
semua ahli boleh berdiri dan bersurai.



LEMBARAN KERJA-ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh ___________ (kakak setia / Siti Setia)
setiap kali terdapat perjumpaan __________. Peralatan yang diperlukan ialah __________
Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk __________ adalah secara rekaan iaitu
menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri
Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan
_______________ Pandu Puteri Tunas.

Lagu Pandu Puteri Tunas
Puteri Tunas bertujuan
____________________

Lagu kumpulan

Siantan _____________
Berani macam pahlawan

Melor taat dan setia
___________________

______________ Kenanga
Berjasa ___________

Cempaka bersuka ria
_____________ duka

Bunga Teratai ___________
___________ setiap hari

Kami Kesidang ________
__________ pagi petang.

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi
V untuk Pandu Puteri Renjer

 Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja

Arahan:

Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada
bilangan ahli yang ada.

1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadan
berSEDIA)

Pasukan Panji-panji, masuk baris! (Pasukan Panji-panji berdiri 4
langkah sebaris di hadapadan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten
kemudian bergerak ke tiang bendera dan memuding ke belakang semula
untuk menghadap pasukan)
2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus berada dalam keadaan senang
diri)

Pasukan, sedia!

3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk Pasukan yang
belum mahir berkawad)

4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju
ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda
terbentuk dengan baik)

5. Kapten: Pasukan berhenti!
6. Kapten: Ke dalam, pusing!
7. Kapten: Pasukan Panji-panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-panji

yang ditengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan
kanan secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-panji sahaja)

Pembawa Panji-panji: Pasukan panji-panji, cepat jalan. (Mereka bertiga
berjalan terus ke tiang bendera)

Berhenti!

Ketua Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan
bendera, ahli memberi Isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan.

Perhatian: Pasukan Panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak
menyanyi.

8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan
panji-panji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke
belakang dan memberi arahan.

Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat!

Ketua PP memberi arahan. Ketua PP:Pasukan Panji-panji belakang
pusing!
Cepat jalan! (pasukan panji-panji balik ke tempat asal masing-masing)
Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing

Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang
ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata
hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh
memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya.

Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan
mengambil langkah ke hadapan semula dengan kaki kiri, rapatkan kaki,
pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) * Sekiranya hendak
bersurai.

 Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer
Kapten berdiri dengan bendera di sebalah kanannya. Jaraknya bergantung
kepada bilangan ahli Pandu Puteri.

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten,

selari dengan tiang bendera)
3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris

mengambil tempar, seorang di depan penanda dan seorang lagi
dibelakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah
kiri dan terus berdiri SENANG DIRI). *Kedua-dua Renjer Puteri di depan
dan dibelakang Penanda, juga berada dalam keadaan SENANG DIRI.

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan

seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal
menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang
menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadaoan. Kapten
bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera.

Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!

Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Outeri bergerak
mengikut hitungan langkah)
Arahan: Unit ke dalam,pusing

Arahan: Pasukan panji-panji jalangkan tugas. (Pasukan panji-panji terdiri
daripada penanda dan dua ahli Renjer uteri di sebelah kiri dan kanannya akan
menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.

Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji,
cepat jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti!

Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera
berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyayikan
kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri
tegak memegang tali bendera. Selepas nyayian, dia melilitkan tali bendera. Ia
mengambil satu langkah ke belakang, beri Arahan :
Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat
Ke belakang pusing
Cepat jalan
Berhenti (apabila telah tiba di kedudukan ahli)
Ke belakang, pusing
Pemeriksaan boleh dijalankan.
PASUKAN, BERSURAI (semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke
hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan,
pusing ke kanan dan terus beredar dari situ).

NAMA :
KELAS:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Ladam Kuda Lagu Dunia belakang Formasi V 4 1 hadapan
atau seorang doa istiadat
dan hikmat dua orang

1. ______________ digunakan untuk Pandu Puteri manakala ________________ untuk
Pandu Puteri Renjer.

2. Ketua Panji-panji mengambil __________ langkah ke ____________ untuk
mengibarkan bendera, ahli memberi Isyarat Kepanduan dan _______________
dinyanyikan.

3. Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil _____________ ahli untuk
membaca ____________ dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata
_____________.

4. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke ________________ dan
memberi arahan.

5. Penanda berdiri __________ langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang
bendera.

6. Pasukan panji-panji terdiri daripada penanda ___________ dua ahli Renjer Puteri di
sebelah kiri dan kanannya.

ISTIADAT BENDERA

Naik/Turun Bendera

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan
memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki
kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda).

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk
Pandu
Puteri Ranjer

Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis )

Kapten akan memberikan arahan seperti berikut:

Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !

Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !
Cara melipat Bendera

Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan

Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Penjagaan bendera

● Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah
ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

● Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat
yang tertentu.

● Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.
● Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan

tidak sepatutnya dikibarkan.
● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak

untuk dibersarakan dengan penuh hormat.

Pelupusan Bendera

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana
dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada
bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah
sebaliknya perlu

dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan
di tempat-tempat awam.

Nama: ____________________________
Kelas:_____________________________
Rajah di bawah menunjukkan cara melipat bendera pandu puteri. Label setiap rajah dengan turutan
melipat bendera dengan betul.

1

Ikatan dan Simpulan

Jenis – jenis simpulan:
1. Simpulan Manuk

 Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula
mengikat ada kayu atau sebagainya.

 Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.

Teknik simpul manuk:
I. Mulakan simpul pada kayu.
II. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

III. Tarik hujung tali

2. Simpul Buku sila
 Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kaun oembalut luka atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan.
 Ikatan ini direka agar kedua – dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

Teknik Simpul Buku Sila:

I. Letakkan hujung A di atas hujung B.
II. Masukkan hujung A dibawah B.
III. Kemudian lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

3. Simpul Tindih Kasih.

 Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut
atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.

 Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja – kerja menyelamat seperti menyelamatkan
mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Teknik Simpul Tindih Kasih:

 Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
 Kemudian masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
 Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan

tersebut.

4. Simpul Bunga Geti.
 Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Sebagai contohnya, menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
 Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.

Teknik Simpul Bunga Geti:
 Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul.
 Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Balak
 Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban
seperti tongkol kayu dan sebagainya.

Teknik Simpul Balak
I. Menggunakan tali mengelilingi kayu.
II. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

6. Simpul Belit.
 Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang
kerana cara begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal ikatannya.
Teknik Simpul Belit:

Jenis – jenis ikatan:
1. Ikatan Seraya:

 Digunakan untuk mengikat kayu, atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang bendera dan lain – lain.

2. Ikatan Serong
 Untuk merapatkan dan mengikut dua batang kayu bersilang.

3. Ikatan Lilit Kacang.

 Digunakan untuk mengikat batang – batang kayu atau bukuh bagi membuat lantai
untuk sesuatu projek.

 Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga.

Padankan ikatan dan simpulan berikut berdasarkan gambar yang disediakan.

Ikatan dan Simpulan Gambar

1. Simpul Manuk

2. Simpul Buku Sila

3. Ikatan Seraya
4. ikatan Serong

TAJUK: PERKHEMAHAN
1.0 KONSEP

Aktiviti bagi memenuhi
masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran

Aktiviti yang PERKHEMAHAN Penghidupan
boleh dilakukan diluar sama ada di
seperti mendaki
gunung, berbasikal, hutan, pantai
bukit, gunung dan
berkayak,
bersampan dan sebagainya.
berakit di sungai

Berkait rapat dengan ikhtiar
hidup secara individu atau

berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

3.0 JENIS KHEMAH
1. Ridge Tent

2. Dome Tent

3. Frame Tent

4. Bell Tent

5. A-Frame
6. Hoop
7. Khemah Awan
8. Wedge
9. Pyramid

4.0 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

5.0 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

a. Tapak atau tanah rata.
b. Berhampiran punca air.
c. Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hamper dengan punca air.
d. Mudah mendapat bahan bakar.
e. Keselamatan kawasan.
f. Sesuai dengan bilangan peserta.
g. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
h. Jauh daripada dahan mati.
i. Terlindung daripada angin.
j. Pandangan persekitaran menarik.
k. Mendapat sumber cahaya matahari.
l. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan

kecemasan.

6.0 KEMUDAHAN KECEMASAN

a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas.
c. Dapur.
d. Pelita.
e. Bahan penyala api
f. Kotak pertolongan cemas.
g. Lain-lain.

7.0 GAJET PERKHEMAHAN



1. Sila tandakan (/) jawapan yang betul dalam pemilihan kawasan perkhemahan.

Tapak rata Jauh daripada Mudah
punca air mendapat
bahan bakar

Dikelilingi Mendapat Pandangan
dahan-dahan sumber cahaya persekitaran

mati matahari menarik

2. Selain itu, tapak perkhemahan juga perlulah sesuai.
Apakah sebab bagi pernyataan ini?

________________________________________________________

GEJET
1.Gejet Dapur

=-
Rajah 1.0 Gejet Meja Makan

Rajah 2.0 Gajet Dapur Pelbagai

2.Gejet Pertolongan Cemas
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:
1. plaster - berbagai saiz dan bentuk
2. dressing sterill - berbagai saiz
3. kapas
4. kasa sterill serta swab kasa
5.dressing khas untuk kes terbakar
6. bandage 3 segi
7. bandage crepe penggulung
8. pita lekat
9. pad mata
10. termometer
11. gunting hujung tumpul
12. penyepit
13. pin penyelamat
14. kertas tisu
15. losyen antiseptik
16. losyen kalamin
17. beberapa jenis bat seperti panadol, pil-pil rawatan
18. lampu suluh
19. pensil dan kertas

3.Gejet Perkhemahan

LEMBARAN KERJA GAJET
1. Namakan jenis gajet di bawah.

2. Apakah fungsi gajet di bawah?

3. Berikan tiga jenis gajet selain di atas.
4. Senaraikan lima gajet alatan dalam peti pertolongan cemas.

KRAF GAJET
Bahan yang diperlukan semasa Membina Gajet

- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripada bahan-
bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan.

- Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan
sebagainya.

- Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah dan
meraut bahan-bahan di atas.

- Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali.
- Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
- Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-bahan

semula jadi tersebut menjadi gajet.

Bahan-bahan Semula Jadi

Buluh

Bemban
Rotan
Bertam

Nibong

Enau
Alatan untuk Memotong, Membelah dan Meraut

Parang

Pisau
Gergaji
Bahan Pengikat

Tali Rotan

Jenis Ikatan yang Digunakan pada Gajet

Simpulan buku sila
- Untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang.

Simpul manuk
- Digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
- Untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.

Ikatan seraya
- Untuk mengaitkan kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, menara,
gajet, tiang bendera dan lain-lain.

Ikatan serong
- Untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang dan juga berguna untuk
membuat jambatan, menara dan lain-lain.

Lilik balak
- Merupakan ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu atau papan
dan juga boleh digunakan untuk mengikat kayu bulat atau papan.

Ikatan bunga keti
- Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama saiznya.

Jawab soalan-soalan berikut (Kraf Gajet):

1. Di manakah bahan yang diperlukan untuk membina gajet dapat diperolehi?

2. Nyatakan 3 bahan yang digunakan untuk membina gajet.
-
-
-

3. Nyatakan 3 alatan untuk memotong, membelah dan meraut.
-
-
-

4. Nyatakan 3 jenis ikatan yang digunakan pada gajet.
-
-
-

Permainan Pandu Puteri
Permainan Luas

Cara Pelaksanaan
● Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
● Aktiviti permainan berstesen (station game)
● Mengandungi jalan cerita yang menarik
● Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan

Kebaikan
● Mempelajari ilmu yang baharu
● Meningkatkan ilmu pengetahuan Pandu Puteri
● Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Permainan Kim

Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’
Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu yang dilihatnya. Kepandaian
beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk
melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh badan manusia. Permainan Kim ini melatih
seseorang menggunakan semua pancaindera sepeti mata dan ingatan, telinga dan
pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-cara permainan

1) Stesen satu: Deria mata dan ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, botol minyak
dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat
barang-barang tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat barang-barang
tersebut. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan
menulis semua barang-barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingat
barang-barang dikira sebagai pemenang.

2) Stesen dua: Deria sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh
barang. Contohnya jam, lilin, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa
dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan

kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan barang
dengan tepat dikira pemenang.

3) Stesen tiga: Deria rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain
dikehendaki menutup

mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasainya. Pemain yang
paling banyak menyenaraikan larutan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

4) Stesen 4: Deria bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang
putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini
dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, mereka perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain yang dapat
menyenaraikan dengan banyak serta tepat dikira sebagai pemenang.

5) Stesen 5: Deria mata dan ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap
kumpulan diberi masa satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set
daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang berjaya
membawa daun-daun yang tepat dikira sebagai pemenang.

LK PERMAINAN . DERIA BAU
GARISKAN . DERIA RASA
ASAL USUL . . DERIA MATA&INGATAN
STESEN SATU . . DERIA SENTUH
STESEN DUA . . KIMBALL O’HARA
STESEN TIGA .
STESEN EMPAT .
STESEN LIMA .

NYANYIAN PANDU PUTERI

1. LAGU DUNIA

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

2. LAGU TAPS SIANG

Kami puji
Nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi, Hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and prise
For the day
Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky
As we go
This we know
God is nigh

3. LAGU TAPS MALAM

Malam datang
Siang hilang
Dari laut, dari gunung dari langit
Semua selamat
Sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done
Gone the sun
From the sea
From the hills
From the sky
All is well
Safely rest
God is nigh

Nama: Kelas:

LENGKAPKAN LAGU DUNIA PANDU PUTERI DI BAWAH

LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke _________

Bendera berkibar
Tidak __________ di dunia

Harapan abadi
Bersatu untuk ___________

Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan _______ lagu ini (2x)

Kawad Istiadat Ladam Kuda
Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang :

1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)
Pasukan!
Pasukan
panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
Ke belakang / dalam pusing !

2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !


Click to View FlipBook Version