BAHAGIAN A MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM TEMA: ADAB TOPIK: BERJUAL BELI DENGAN BERHEMAH KELAS: 5 ALBUKHARI MASA: 9.00 PAGI - 10.00 PAGI TARIKH: 6 SEPTEMBER 2023 HARI: RABU STANDARD KANDUNGAN: 6.2. Merumus konsep adab jual beli yang menepati syarak dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. 7.2. Mengenal dan menulis khat nasakh dengan betul. STANDARD PEMBELAJARAN: 6.2.1. Menyatakan pengertian dan hukum jual beli berdasarkan dalil naqli. 6.2.2. Menerangkan adab berjual beli. 6.2.3. Mengaplikasi adab berjual beli. 7.2.5. Menulis ayat mudah mengikut kaedah khat nasakh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan pengertian dan hukum jual beli berdasarkan dalil naqli dengan betul. 2. Menerangkan adab berjual beli dengan betul. 3. Mengaplikasi tatacara adab berjual beli dengan betul. 4. Menulis ayat dalil naqli berkaitan jual beli mengikut kaedah khat nasakh yang betul. KRITERIA KEJAYAAN: Murid akan berjaya jika mereka dapat: 1. Menyatakan pengertian dan hukum jual beli berdasarkan dalil naqli dengan tepat. 2. Menjelaskan sekurang-kurangnya 5 adab berjual beli dengan betul. 3. Mengaplikasikan adab berjual beli dalam kehidupan seharian dengan betul. 4. Menulis mengikut kaedah khat nasakh yang betul. STANDARD PRESTASI: TP 6: Merumus konsep adab jual beli serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. PENTAKSIRAN: 1. Pentaksiran secara lisan. - Melalui idea yang diberikan murid dalam menjawab soalan guru. 2. Pentaksiran secara pemerhatian. - Guru akan melakukan senarai semak bagi simulasi murid dalam melakonkan adab-adab berjual beli.
3. Pentaksiran rakan sebaya. - Melalui komen dan soal jawab hasil kerja perbincangan dalam kumpulan. KONSEP UTAMA: Adab berjual beli bagi penganut agama Islam. BAHAN BANTU MENGAJAR: 1. Aplikasi Youtube 2. Kad imbasan 3. Slaid Powerpoint
2.2 BAHAGIAN B ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN INDUKSI (10 MINIT) 1. Bacaan doa. 2. Guru menayangkan video berkaitan adab berjual beli kepada murid-murid. 1. Seorang murid disuruh oleh guru untuk mengetuai bacaan doa sebelum memulakan kelas. 2. Murid-murid lain disuruh mengikut bacaan doa dan mengaminkannya bersamasama. 3. Murid diminta untuk menonton sebuah video animasi di Youtube. 4. Murid bersoal jawab tentang adab jual beli yang terdapat dalam video animasi tersebut. PENDEKATAN: Induktif STRATEGI: Pemusatan bahan KAEDAH: 1. Sumbang saran 2. Soal jawab EMK: 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 2. Nilai murni: Rasional KPPB: Model Reka Bentuk Pembelajaran 1. Pemanfaatan Digital Kompetensi Global 6C 1. Komunikasi (Communication) 2. Pemikiran kritis (Critical thinking)
LANGKAH 1 (15 MINIT) Penerangan daripada Guru 1. Guru menayangkan kad imbasan yang menunjukkan pengertian dan hukum berjual beli kepada muridmurid. 2. Guru membimbing muridmurid membaca ayat dalil naqli berkaitan jual beli. 3. Guru menunjukkan caracara menulis ayat dalil naqli mengikut kaedah khat nasakh. 1. Murid mendengar penerangan oleh guru mengenai pengertian dan hukum berjual beli. 2. Murid membaca beramairamai ayat dalil naqli berkaitan jual beli dengan bimbingan daripada guru. 3. Murid menulis ayat dalil naqli mengikut kaedah khat nasakh pada kertas warna yang telah diberikan. STRATEGI: Pemusatan guru KAEDAH: 1. Penerangan 2. Demonstrasi EMK: Nilai murni: Tekun KPPB: Kompetensi Global 6C 1. Sahsiah (Character) 2. Kreativiti (Creativity)
LANGKAH 2 (10 MINIT) Think-Pair-Share Guru meminta murid-murid secara berpasangan untuk berbincang mengenai adab berjual beli. Aplikasi Wheel of Names 1. Murid berfikir dan berbincang secara berpasangan mengenai adab berjual beli. 2. Murid perlu berkongsi dan memikirkan jawapan bagi soalan tersebut. 3. Guru akan menggunakan aplikasi Wheel of Names untuk memilih beberapa orang murid bagi berkongsi hasil perbincangan mereka. STRATEGI: Pemusatan murid KAEDAH: 1. Perbincangan 2. Sumbang saran EMK: 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 2. Nilai murni: Kerjasama KPPB: Kompetensi Global 6C 1. Pemikiran kritis (Critical thinking) 2. Komunikasi (Communication)
LANGKAH 3 (20 MINIT) Role Play 1. Guru memberikan tanggungjawab kepada murid-murid untuk memegang peranan atau watak sebagai penjual dan pembeli. Murid-murid akan melaksanakan simulasi mengenai adab-adab berjual beli. 2. Guru menayangkan slaid Powerpoint yang menunjukkan situasi berjual beli di sesuatu tempat. Di kantin Di kedai makan Di pasar jualan Di kedai barangan harian 1. Murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan melaksanakan simulasi berkaitan adab berjual beli di sesuatu tempat. Kumpulan 1: Di kantin Kumpulan 2: Di kedai makan Kumpulan 3: Di pasar jualan Kumpulan 4: Di kedai barangan harian 2. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan. 3. Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan. STRATEGI: Pemusatan murid KAEDAH: 1. Main Peranan 2. Simulasi EMK: 1. Kreativiti dan Inovasi 2. Nilai Murni: Bertanggungjawab KPPB: Model Reka Bentuk Pembelajaran 1. Rakan Pembelajaran 2. Pemanfaatan Digital Kompetensi Global 6C 1. Kolaboratif (Collaborative) 2. Kreativiti (Creativity)
PENUTUP (5 MINIT) 1. Soal jawab bersama guru. 2. Guru meminta murid untuk membuat rumusan selepas sesi pembelajaran. 3. Guru memberi tugasan kepada murid untuk dilaksanakan di rumah mereka. 1. Murid bersoal jawab bersama guru mengenai isi dan aktiviti pembelajaran yang telah dijalankan. 2. Setiap murid akan membuat rumusan berkaitan topik pembelajaran iaitu adab berjual beli. 3. Murid yang menawarkan diri untuk menyatakan pendapatnya akan diberikan hadiah sebagai tanda motivasi kepada mereka. 4. Murid perlu menjawab soalan berkaitan adab berjual beli yang terdapat dalam aplikasi Quizizz di rumah masing-masing. STRATEGI: Pemusatan murid KAEDAH: 1. Sumbang saran 2. Soal Jawab EMK: Nilai murni: Berani KPPB: Kompetensi Global 6C 1. Pemikiran kritis (Critical thinking) REFLEKSI: Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 80% daripada mereka mencapai target. TINDAKAN SUSULAN: Guru menyenaraikan tindakan yang patut diambil untuk memperbaiki dan mengukuhkan pembelajaran murid. PEMULIHAN PENGUKUHAN PENGGAYAAN 1. Murid perlu membuat latihan dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul mengenai pengertian, dalil dan hukum jual beli. Murid mencatat amalan adab-adab berjual beli selama seminggu di kantin sekolah menggunakan senarai semak yang diberikan. Soalan KBAT: Sekiranya seseorang individu tidak mengamalkan adab-adab berjual beli dengan betul maka apakah kesan yang akan timbul pada kehidupan individu tersebut? Huraikan. *Link Quizizz: https://quizizz.com/admin/quiz/5e7ca599bb13ec001cb8cf39/akhlakadab-berjual-beli-tahun-5