The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noranirahmad, 2021-06-24 23:16:50

Malaysia Maju dan Sejahtera

WAWASAN 2020

Diisitiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28
Terdapat 9 cabaran bagi menjayakan Wawasan 2020
Intipati Wawasan 2020 meliputi pembangunan bagi mencapai
sebuah negara maju menjelang 2020

Apa itu Wawasan 2020

 Wawasan 2020 adalah satu pemikiran dan rangka kerja
mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020.

 Satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang
berlaku diperingkat nasional dan kebangsaan.

Mengapa tahun 2020

 Satu jangkamasa yang munasabah dan praktikal.
 Bersama dalam “megatrend”
 Satu era pamisah pembangunan perindustrian dunia.
 Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan

yang pesat.

Matlamat Wawasan 2020.

 Menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar
maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian
dan kebudayaan mengikut acuannya sendiri menjelang
tahun 2020.

Pengisian Penting Wawasan 2020

 Kualiti sumber manusia/ modal insan yang dihasilkan oleh
sistem pendidikan/ tenaga kerja.

 Perubahan sikap dan nilai – menjana pemikiran berkelas
dunia

 Penekanan kepada Sains dan Teknologi
 Peranan Sektor Swasta yang lebih dinamik

Ciri Masyarakat Tahun 2020

 Masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang
kukuh

 Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
 Masyarakat penyayang
 Masyarakat adil dan saksama
 Masyarakat progresif dan makmur

Cabaran-cabaran

Matlamat di atas hanya boleh dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran:-
(9 Cabaran)

Cabaran 1

6.1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa
dan dikongsi bersama-sama.

- Sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong
oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran 2

6.2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
tenteram dan maju dan yakin pada diri
sendiri (jati diri)
- Tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa
yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah
menghadapi pelbagai masalah

Cabaran 3

6.3. Mewujudkan masyarakat demokratik yang
matang.
- Demokrasi Malaysia yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.

Cabaran 4

6.4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
beretika tinggi dari kepercayaan beragama.
- Kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika yang tinggi.

Cabaran 5

6.5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan
bertolak ansur dalam konteks pelbagai kaum.
- Masyarakat pelbagai kaum di Malayasia bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara.

Cabaran 6

6.6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif dalam menyumbang kemajuan sains
dan teknologi.
-Masyarakat yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan mendatang ke hadapan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun sainifik dan
teknologi masa depan.

Cabaran 7

6.7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi terhadap orang lain.
- Satu sistem sosial yang mana kepenting
masyarakat adalah lebih utama daripada diri
sendiri , yang mana kebajikan insan tidak akan
berkisar kepada orang perseorangan tetapi
disekelilingi system keluarga yang kukuh.

Cabaran 8

6.8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sanggup berkongsi kekayaan tanpa
mengira kaum.

- Masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama, yang mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi

- Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan
kemundaran ekonomi berdasarkan kaum

Cabaran 9

6.9. Mewujukan masyarakat makmur, dinamik,
kental menghadapi cabaran mendatang.
-Masyarakat mempunyai ekonomi yang boleh
bersiang, dinamik , giat dan berdaya tahan

Isu-Isu

 Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
 Mewujudkan sebuah negara perindustrian
 Keadilan Ekonomi dan Sosial
 Moral dan Etika
 Pembangunan Masyarakat berdasarkan

Sistem Kekeluargaan.

Isu yang berbangkit untuk Malaysia
mencapai taraf negara maju

1. Pembentukan satu negara Bangsa Malaysia
Rakyat tidak diidentifikasikan melalui kaum atau keturunan.
Rakyat mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan
bangsa.

2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian
Mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada
perindustrian dan
melahirkan masyarakat pencipta.

3. Mewujudkan Keadilan ekonomi dan sosial
memastikan setiap golongan masyarakat menerima bantuan dan
tidak tercicir.

Isu yang berbangkit untuk Malaysia mencapai
taraf negara maju

4. Pengamalan Moral dan etika
Menekankan nilai-nilai moral dan etika untuk menjamin kesejahteraan /
keharmonian. Pengamalan nilai-nilai murni menjadi faktor penghalang
penyalahgunaan kemahiran dan kekayaan yang dimiliki.

5. Pembangunan masyarakat berasaskan sistem kekeluargaan
Kekuatan dan kemajuan bermula dalam institusi keluarga dan
masyarakat kerana keluarga dan masyarakat adalah asas pembinaan
negara.

Tonggak Utama Dalam Transformasi Negara
Bagi Mencapai Wawasan 2020

1. 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.

2. Program Transformasi Kerajaan.
3. Program Transformasi Ekonomi.
4. Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan

Malaysia Ke-11.

Pendekatan Kerajaan untuk mencapai
Wawasan 2020

 Melahirkan modal insan kelas pertama
 Menjadikan Malaysia destinasi pelaburan antarabangsa
 Memperkasa sistem pengangkutan awam dan

perhubungan domestik dan antarabangsa
 Menwujudkan persekitaran kondusif bagi

menggerakkan pertumbuhan ekonomi
 Membentuk negara peraindustrian
 Membentuk sebuah negara bangsa
 Keadilan ekonomi dan sosial

Langkah kerajaan bagi memastikan wawasan
2020 dapat dicapai.

1. Menyediakan biasiswa pendidikan
untuk menggalakkan rakyat melanjutkan pelajaran dalam bidang-
bidang saintifik dan teknikal Seperti: Bidang teknologi maklumat,
kejuruteraan, bioteknologi

2. Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam pelbagai bidang
R & D telah banyak memberi sumbangan terhadap hasil
pengeluaran terutama tanaman komoditi
Mengalakkan institusi penyelidikan menjalankan kajian dalam
pelbagai bidang

Langkah kerajaan bagi memastikan wawasan
2020 dapat dicapai.

3. Membangunkan infrastruktur berteknologi tinggi
Contoh: Putrajaya yang dilengkapi teknologi komunikasi dan insfrastruktur
maklumat terkini, Sistem pengangkutan moden seperti monorel, komuter,
ERT
Menwujudkan MEASAT dan Terowong SMART dan menghantar Angkasawan
Pertama Negara
Semua usaha ini dapat memprcepatkan dan menjadi pemangkin
pembangunan negara ke arah wawasan 2020.

Langkah kerajaan bagi memastikan wawasan
2020 dapat dicapai.

4. Membangunkan modal insan berkemahiran tinggi
Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling
penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah
Negara Bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang
Negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa
yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,
termasuk sains dan teknologi

Langkah kerajaan bagi memastikan wawasan
2020 dapat dicapai.

5. Meningkatkan pelaburan dalam negara.
6. Reformasi pendidikan
Pendidikan yang beretika yang berasaskan nilai-nilai sejagat
harus disuburkan dalam sistem pendidikan negara.

Strategi untuk mencapai Wawasan 2020

 Koridor Raya Multimedia (MSC), Sekolah Bestari,
Matapelajaran Teknologi Maklumat dan komunikasi dan

 Membugarkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
 Memperkenalkan “ Malaysia Boleh” dan “Program

1Malaysia”
 Mewujudkan Sekolah Wawasan dan Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN)
 Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan

Prindustrian Bumiputera (MPPB)

Faktor penyumbang untuk mencapai
Wawasan 2020

 Gagasan 1Malaysia
 Pembangunan modal insan
 Pembangunan teknologi
 Ekonomi yang mantap dan adil
 Kedaulatan negara di pelihara
 Berpegang kepada moral dan etika

"Stop wishing. Start doing."
(Berhenti berharap, mulalah

bertindak.)


Click to View FlipBook Version