The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raizal0507, 2019-05-17 09:23:40

Testing flip surau

test

SUDUT AL-BATUTTA

OBJEKTIF

1. Menambah ilmu pengetahuan kepada murid.
2. Menggalakkan dan memupuk murid berfikir.

SUDUT GENIUS MATH

Sudut Genius Math merupakan sudut matematik yang diadaptasikan oleh Panitia Matematik
SK Bukit Mentok. Ianya diwujudkan adalah sebagai tempat rujukan kepada murid-murid. Ianya
merupakan inovasi aktiviti yang diwujudkan untuk murid mempelajari asas matematik bukan
sahaja di dalam bilik darjah tetapi di semua kawasan di dalam sekolah.

SUDUT GENIUS MATH

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kemahiran menaakul murid .
2. Membina kebolehan murid mengira secara mental.
3. Membina kebolehan mengira secara pantas.
4. Mempelajari matematik di semua tempat termasuk surau.

SUDUT GENIUS MATH

LANGKAH-LANGKAH @ CARA PENGGUNAAN SUDUT GENIUS MATH

BACAAN •Murid mengambil kad soalan sifir. SOALAN •Murid mengambil kad soalan di
SIFIR UJI dalam kotak soalan.
•Murid memilih kad jawapan di
spider-web. MINDA •Murid menjawab soalan.

•Jawapan tersebut di gantung •Murid menghantar jawapan
pada spider-web. kepada guru matapelajaran untuk
disemak.
•Jawapan akan disemak oleh guru.

MEJA •Murid mengambil kad
KOORDINAT soalan di dalam kotak.

•Murid meletakkan jawapan
pada koordinat tersebut.

•Jawapan akan disemak oleh
guru.

•Aktiviti ini boleh di
laksanakan secara individu
atau berpasangan.

CELIK LINGUA FRANCA

Sahibba adalah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang.

Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan
menggunakan Jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan
dalam kedudukan yang menguntungkan.

Objektifnya adalah untuk mendapat markah yang tertinggi.

CELIK LINGUA FRANCA

OBJEKTIF

1. Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dala Bahasa Melayu di kalangan murid.
2. Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam Bahasa

Melayu.
3. Meningkatkan penguasaan dan pengembangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

CELIK LINGUA FRANCA

CARA-CARA PERMAINAN SAHIBA

1. Dimainkan oleh 4 orang pemain. 5. Tiada peruntukan masa setiap pusingan.

2. Menggunakan Jubin dan papan sahiba. 6. Pusingan akhir dikira apabila semua Jubin
habis dalam uncang.
3. Perkataan yang dibenarkan ialah kata dasar
sahaja. 7. Mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

4. Seorang murid akan membentuk perkataan 8. Seorang hakim dan penjaga masa
dalam masa 30 saat. diperlukan.

SUDUT TMK

Aplikasi frogvle juga diintegrasikan pada Surau At-Taqwa. Ia dilakukan dengan memuat laman-
laman sosial kelolaan Surau At-Taqwa di dalam dashboard sekolah. Blog Surau At-Taqwa dan
laman Facebook merupakan dua laman sosial berkenaan yang diletakkan di dalam laman
Frogvle agar murid dapat mengakses aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Surau At-
Taqwa dan mengambil bahagian aktif di dalamnya.

Memandangkan aplikasi 1bestarinet melalui Frogvle menjadi kewajipan pelajar sekolah untuk
aktif mengaksesnya maka laman-laman kelolaan Surau A-Taqwa telah dikolaborasikan agar
pelajar dapat mengimbangi subjek teras dan juga pendidikan islam melalui teknologi ICT.

SUDUT TMK

OBJEKTIF

1. Menghasilkan murid yang peka dengan maklumat sekolah.
2. Menggalakkan pencarian ilmu islam melalui internet dengan cara yang betul.

INOVASI FIZIKAL

LALUAN KEINSAFAN

Definisi laluan keinsafan ialah laluan yang akan dilalui oleh setiap manusia
yang hidup akan berakhir juga. Laluan ini menceritakan tentang perjalanan
hidup manusia iaitu setiap yang hidup akan mati jua. Laluan keinsafan ini
berada di sebelah tepi bahagian surau dan terdapat pintu keluar murid yang
mana di seberangnya terdapat tanah perkuburan. Laluan ini dicat dengan
mural jalan raya yang sangat menarik dan di sepanjang laluan keinsafan
terdapat nama-nama syurga dan nama-nama neraka. Di samping itu juga,
di sebeleh kiri laluan ini terdapat mural tentang perjalanan hidup manusia
yang begitu menarik dan meinsafkan kita apabila menghayatinya

TAMAN AT-TAQWA

Taman At-Taqwa telah memberi peluang kepada murid-murid
SK Bukit Mentok mendekati dan melihat secara dekat spesis-spesis

pokok sayur dan herba serta mempelajari rahsia kegunaannya
sejak turun temurun sama ada untuk tujuan perubatan atau
masakan, seterusnya menjadikan pelajar lebih memahami serta

menghargai tumbuhan sayuran dan herba ini.

DRIVE THRU

Inovasi yang diadaptasi daripada drive thru makanan segera
yang dijual di seluruh negara seperti Mc Donald, KFC dan

sebagainya. Berhubung dengan itu, kami ciptakan satu inovasi
yang boleh diaplikasikan oleh murid dengan mencipta drive thru

berbentuk kotak yang menggunakan papan kayu.
Terdapat 2 kotak yang disediakan.

BENGKEL SOLAT

Bengkel solat merupakan inovasi fizikal yang diwujudkan sebagai panduan kepada
murid-murid yang mempunyai sebarang kemusyikalan berkaitan solat. Sekiranya
murid yang ade kemusyikalan berkaitan solat boleh rujuk kerana terdapat info
berkaitan solat ditampal di dalam bengkel tersebut dan juga terdapat buku-buku
rujukan yang boleh dibaca. Selain itu, murid juga boleh meninggalkan soalan-soalan
sekiranya ada kemusykilan di dalam kotak soalan dan akan dibalas oleh guru dengan

kadar segera.

GHURFATUL MANASIK

Ghurfatul manasik merupakan bilik pameran kelengkapan
haji dan umrah dalam usaha memastikan setiap murid melalui
proses pembelajaran berbentuk akademik di surau At-Taqwa

MINI PERPUSTAKAAN

Mini perpustakaan diwujudkan adalah bertujuan untuk
dimanfaatkan oleh murid untuk membaca dan bersosial.
Membudayakan amalan membaca iqra’ dalam kehidupan harian

warga SKBM selari dengan slogan Surau At-Taqwa

REPLIKA BATU BERSURAT

Batu Bersurat Terengganu menjadi bukti
dan teks pada batu mengesahkan agama
Islam sudah bertapak dan menjadi anutan
masyarakat dan pemerintah di Terengganu

sejak sekian lama. Selain itu, Islam
merupakan agama rasmi di Terengganu.
Manakala replika batu bersurat yang di

buat adalah sebagai pembuktiaan
pembinaan aurau At-Taqwa, SK Bukit

Mentok, Kemaman, Terengganu.

REPLIKA KAABAH

Replika ini diperbuat menggunakan papan kayu dan dicat dengan
warna hitam dan warna keemasan. Replika ini digunakan didalam pdpc
menggunakan kaedah simulasi iaitu melakukan tawaf selain daripada
dijadikan pameran. Replika ini ditempatkan di dalam Surau At-Taqwa

di tingkat atas

KEMENJADIAN
MURID

KEMENJADIAN MURID

Adik Nurin Imanina bt.Rusli
Naib Johan Pertandingan

Hafazan Al-Quran Peringkat
PKG Binjai, Kemaman.

KEMENJADIAN MURID

Amalan solat dhuha dalam
kalangan murid dan warga sekolah

KEMENJADIAN MURID

Murid mengetuai bacaan Al-Quran
semasa aktiviti bacaan Yaasin dan

Tadarus.

KEMENJADIAN MURID

Murid memimpin bacaan doa .

KEMENJADIAN MURID

Murid berupaya menjadi imam
solat berjemaah

KEMENJADIAN MURID

Murid boleh melaungkan azan

IMPAK PENGIMARAHAN SURAU

IMPAK PENGIMARAHAN SURAU

Menjadi one stop Menjadi tempat
centre kepada perjumpaan ahli
komuniti untuk
masyarakat setempat menjalankan aktiviti
untuk beribadat.

Menjadi tempat sumber Menjadi tempat
ilmu selain untuk mempelajari dan
beribadat. perkongsian info hal
berkaitan tumbuhan
herba dan sayur-

sayuran.

SEKALUNG PENGHARGAAN

RAKAN STRATEGIK

RAKAN STRATEGIK

RAKAN STRATEGIK

SEMUA INDIVIDU YANG TELAH TERLIBAT SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM USAHA

PENGIMARAHAN SURAU AT-TAQWA


Click to View FlipBook Version