MPU 23012 - PENGAJIAN ISLAM
SESI 1 2022/2023
DPM2B
TAJUK : KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU DALAM
MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM
NAMA NO.PENDAFTARAN
NURINA SYAZWANI BINTI NORAZLAN 04DPM21F2063
NUR SYAFIKA ERWANI BINTI MOHD SAIDI 04DPM21F2013
SERI NABILA AKMA BINTI ABDUL RAHIM 04DPM21F2022
04DPM21F2111
NURIN ERYANI BINTI AFENDY
NAMA PENSYARAH : ALINAWATI BINTI AB.AZIZ @
KAMARULZAMAN
AHLI KUMPULAN
NURINA SYAZWANI BINTI NORAZLAN SERI NABILA AKMA BINTI ABDUL RAHIM
04DPM21F2063 04DPM21F2022
NURIN ERYANI BINTI AFENDY NUR SYAFIKA ERWANI BINTI MOHD SAIDI
04DPM21F2111 04DPM21F2013
Apa Itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.
Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang
membawa maksud gadai.
Objektif Ar-Rahnu
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-
kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar
semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.
Ar-Rahnu Semakin Meluas
Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-
Rahnu ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar
keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj
yang minima. Surah al-Baqarah ayat 283 juga ada menerangkan perihal
gadaian ketika berhutang.
Konsep Ar-Rahnu ini boleh dikatakan situasi menang-menang di antara
pembiaya dan peminjam, kerana pembiaya memegang emas milik
peminjam manakala peminjam mendapat wang tunai.
SEBAB-SEBAB KENAPA PERLU PILIH AR – RAHNU
1. Proses yang mudah dan cepat
➢ Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan.
Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika
berlakunya kecemasan.
2. Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
➢ Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus
kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam
boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke 6 bulan. Jika mash
tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut. Itupun
setelah diberikan tiga kali notis. Pembiaya akan mengambil
jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan
tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada
peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan
peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau
bankrup jika tiada kemampuan membayar.
3. Pembayaran yang fleksibel
➢ Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman
boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau
bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga tempoh
penebusan. Ini memberikan kelebihan terutamanya kepada
peniaga kecil yang memperolehi keuntungan secara harian.
4. Kadar upah simpan yang sangat minimun
➢ Jika anda masih ragu-ragu boleh buat bandingan dengan pajak
gadai konvensional. Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank Rakyat
menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai marhun (emas)
sebulan.
Pajak Gadai Ar- Rahnu Bank Rakyat Pajak Gadai Konvensional
2,000 x 0.65/100 x 12 x 180/365 = 76.90 1,300 x 2% x 6 = 156
Upah Simpan = 76.90 Kadar Bunga = 156
Jumlah Penebusan = 76.90 + 1,300 Jumlah Penebusan = 1,300 + 156
= 1,376.90 = 1,456
GADAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
1) Dalil Gadaian
▪ Berikut adalah nas-nas yang dinyatakan dengan jelas oleh al-
Quran dan sunnah nabi s.a.w.
➢ Al- Quran
َو ِإن ُكنتُم َع َلى َس َفر َولَم تَ ِج ُدوا َكا ِتبًا فَ ِر َهـن َّمقبُو َضة
(Surah al-Baqarah283 : 2)
Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalat
tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperolehi
seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungjawab
yang boleh dipegang.
➢ As-Sunnah
اشتَ َرى َر ُسو ُل ال ِل َصلَّى اللُ َع َلي ِه: َعن َعائِ َشة أُ ِم ال ُمؤ ِم ِني َن قَا َلت
َُو َسلَّ َم ِمن يَهو ِدى َط َعا ًما َو َر َه َنهُ ِدر َعه
( )رواه البخاري
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a “ Rasulullah pernah membeli makanan
daripada orang yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi
baginda.
RUKUN-RUKUN DAN SYARAT-SYARAT GADAIAN
❖ Rahin dan Murtahin (Penggadai dan Pemegang Gadai)
Kedua-duanya mestilah:
1. Berakal : Penggadai dan penerima gadaian mestilah waras. Bapa atau
penjaga tidak boleh menggadai harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa
atau ada keuntungannya.
2. Baligh : Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang gila.
3. Cerdik : Penggadai mestilah berkeahlian dalam menguruskan hartanya
(ahliyatut tabaru').
4. Tidak dipaksa : Penggadai dan penerima gadaian melakukan gadaian
dengan kehendak sendiri tanpa paksaan orang lain.
5. Berkuasa penuh terhadap diri dan hartanya : Harta atau barang
gadaian penggadai mestilah hak miliknya secara mutlak.
❖ Marhun (Barang Gadaian)
- Suci dari segi syarak.
- Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi
faedah kepada manusia.
- Barang yang hendak digadai adalah hak milik penggadai.
- Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh
diserahkan ketika berlakunya akad atau sighah.
- Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya.
- Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
- Harta gadaian adalah benda yang sah untuk digadai. Tidak sah
menggadai harta wakaf.
❖ Marhun bih (Hutang)
Bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang
yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama
benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman
atau sebagainya.
❖ Sighah (Lafaz)
Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul. Syarat-syaratnya
sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak sah jika
diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika
bertaklik dan jika memakai jangka waktu.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PAJAK GADAI ISLAM (AR-
RAHNU)
Suka berhutang adalah salah satu sifat yang tidak elok dan akan
menyebabkan ramai umat Islam yang diisytiharkan muflis. Namun,
dengan adanya penubuhan skim pajak gadai Islam dilihat mempunyai
potensi dalam mengubah persepsi atau imej skim ini ke arah yang lebih
positif dan adil. Seterusnya memberi impak yang positif kepada
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. la terhindar dari elemen riba dan
gharar serta memjamin keadilan sosial kepada kedua-dua pihak meminjam
dan pemegang pihak gadai. Kesan lain yang dapat diperoleh dengan
adanya pajak gadai islam adalah :
1) Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
➢ Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai
Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan
dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak
dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan
oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang
menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi
pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2) Nilai Gadaian Tidak Merosot
➢ Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak
merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan.
Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti
rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek
sedikit daripada sebelum digadai.
3) Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
➢ Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar
balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh
perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.Sekiranya harga
jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh
lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4) Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
➢ Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut
adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin
pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas
yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi
gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan
penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak
penerima gadaian.
5) Caj perkhidmatan Yang Rendah
➢ Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua
pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah
jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak
Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi
dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai
Konvensional yang menerima atau meminta wang
pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan
tersebut.
6) Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
➢ Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-
penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini
kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang
jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7) Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
➢ Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang
boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan
tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah
dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti
sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala
meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya
pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik
pinjaman mereka.
PERBEZAAN ANTARA GADAIAN ISLAM & GADAIAN BUKAN
ISLAM
PERKARA GADAIAN ISLAM GADAIAN BUKAN
CARA ISLAM
Barang gadaian tetap
CARA BAYARAN menjadi hak pemilik Barang gadaian akan
KESAN lupus sekiranya tidak
asal ditebus dalam tempoh
Nilai barang dan upah gadaian
Nilai barang termasuk
Membantu meringankan
kesusahan faedah
Membebankan kerana
membayar faedah dan
terdapat unsur riba atau
gharar
KESAN–KESAN AR- RAHNU TERHADAP GOLONGAN
PENIAGA MUSLIM
➢ Memudahkan peniaga mendapatkan hutang modal muslim
bagi memulakan perniagaan
➢ Dapat memberi peluang kepada peniaga beragama Islam
mengembangkan ekonomi negara
➢ Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang
memerlukan bantuan
➢ Dapat memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
➢ Dapat melahirkan sifat keriasama dan perasaan kasih sayang
antara sesama manusia
➢ Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari riba*
➢ Mengelakkan daripada terjebak mengikut skim yang
berunsurkan penipuan.
FUNGSI AR-RAHNU
o Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu
ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh
daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konversional
iaitu 24 peratus
o Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah
kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan
gadaian di kedai-kedai pajak gadai konversional
o Menyediakan kemudahan kredit macro kepada ummah khususnya
kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai
tujuan
o Menggalakkan umat islam melakukan gandaian mengikut syari'ah
islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan
sistem yang mengandungi unsur- unsur riba gharar dan terjamin
dari segi kebajikan sosial penggadai
o Merupakan pembiayaan yang berlandaskan Syariah Islam
KESIMPULAN
Dengan pelbagai krisis ekonomi dan kewangan yang melanda dunia,kewangan
yang lebih adil kepada semua lapisan masyarakat. Dari aspek mikro kredit,
pajak gadai islam diharapkan akan dapat membantu meningkatkan taraf sosio-
ekonomi masyarakat bagi mewujudkan komunitilestari dan menyumbang
kepada ekonomi Malaysia secara mikro. Dengan bertambahnya institusi-
institusi baru yang menawarkan skim pajak gadai Islam misalnya Pos Malaysia,
maka diharapkan pihak-pihak ini akan memberikan penekanaan kepada
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan bukannya memfokuskan kepada
potensi keuntungan yang bakal mereka kecapi.
RUJUKAN