PENGURUSAN SEKOLAH 2023-2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI BUKU PANDUAN “MURID YANG CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA”
AMANAT GURU BESAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Buku Pengurusan Kurikulum/Hem/Kokurikulum ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan lagi usaha untuk menjadikan insan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan jati diri murid. Adalah amat diharapkan agar semua pihak mengambil inisiatif berkesan bagi meningkatkan lagi kemajuan murid-murid dalam berbagai bidang seterusnya melahirkan murid-murid yang cemerlang. Dalam memenuhi hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia seharusnya seluruh warga sekolah dan komuniti dapat menghayati di samping berfikiran secara positif seterusnya berusaha untuk mencapai hasrat tersebut. Kita patut membantu anak-anak didik kita supaya tidak tercicir dari mengikuti arus perkembangan pendidikan semasa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin yang tinggi dengan memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seperti yang dirancangkan. Akhir kata saya berharap semua guru, kakitangan bukan guru, ibu bapa dan ahli masyarakat agar saling membantu dan berganding bahu untuk sama-sama memajukan sekolah ini. Sekian, terima kasih ……………………....………. (PN MARSITA BT ABD RAHMAN) Guru Besar SK Sungkai 35600 Sungkai, Perak 1
2 ....... ....... ....... NAMA SEKOLAH : SK SUNGKAI ALAMAT SEKOLAH : 35600 SUNGKAI,SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN KOD SEKOLAH : ABA0018 GRED : A KATOGERI : LUAR BANDAR DUN : SUNGKAI PARLIMEN : TANJONG MALIM MAKLUMAT SEKOLAH 2
3 MAKLUMAT SEKOLAH
PENGENALAN KATA ALU-ALUAN PGB Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera, Buku Pengurusan Kurikulum/Hem/Kokurikulum ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan lagi usaha untuk menjadikan insan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan jati diri murid. Adalah amat diharapkan agar semua pihak mengambil inisiatif berkesan bagi meningkatkan lagi kemajuan murid-murid dalam berbagai bidang seterusnya melahirkan murid-murid yang cemerlang. Dalam memenuhi hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia seharusnya seluruh warga sekolah dan komuniti dapat menghayati di samping berfikiran secara positif seterusnya berusaha untuk mencapai hasrat tersebut. Kita patut membantu anak-anak didik kita supaya tidak tercicir dari mengikuti arus perkembangan pendidikan semasa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin yang tinggi dengan memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seperti yang dirancangkan. Akhir kata saya berharap semua guru, kakitangan bukan guru, ibu bapa dan ahli masyarakat agar saling membantu dan berganding bahu untuk sama-sama memajukan sekolah ini MARSITA BINTI ABD RAHMAN GURU BESAR SK SUNGKAI 4
2 ....... ....... ....... PROFIL SEKOLAH 5 Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungkai Kod sekolah : ABA0018 Alamat sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungkai Koordinat : 3.9960607663075263, 101.30952187592524 No. Tel / Faks : 05-4388434 e-mel : [email protected] JPN : Jabatan Pendidikan Negeri Perak PPD : Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang Parlimen : Tanjung Malim Dewan Undangan Negeri : Sungkai Jenis sekolah : Sekolah Harian Peringkat : Prasekolah - Tahun 6 Jenis murid : Lelaki dan Perempuan Sesi : Pagi sahaja Lokasi : Luar bandar Gred : Gred A Jenis bantuan : Sumber bekalan elektrik : Tenaga Nasional Berhad 24 Jam (TNB) Sumber bekalan air : Pembekalan Air Perak (PAIP) Bilangan guru : 47 orang Bilangan Anggota Kumpulan : 7 orang Pelaksana (AKP) Bilangan kelas : 17 kelas Tahun 1 - 6 : 3 kelas Pendidikan Khas : 2 kelas Pra Sekolah
SEJARAH SEKOLAH 6 Bangunan asalnya didirikan di Dusun Perotan pada tanun 1897 oleh orang-orang kampung. Gurunya ialah Md. Ali b. Ratil yang berasal dari Melaka. Tahun 1902 kerajaan telah mendirikan bangunan 40 X 25 kaki berdinding tepas berhampiran dengan masjid Sungkai sekarang (Kampung Kelumpang). Sekolah ini disebut ‘Sekolah Ulu Sungkai’. Waktu itu penduduk-penduduk ramai tinggal di Kampung Tiang Bertarah. Dalam Tahun 1930 sebuah bangunan bertingkat 90 X 24 kaki telah dibina di tapak sekarang (dalam kawasan Pekan Sungkai) kerana sekolah lama kawasan rendah sentiasa ditelenggami oleh banjir). Bangunan lama dijadikan Sekolah Perempuan.Persekolahan berjalan dengan pesatnya. Pasukan Pengakap telah ditubuhkan. Murid-muridnya ada yang datang dari Slim River. Dalam tahun 1937 kelas bertukang kayu telah diadakan di bahagian bawah bangunan ini. Gurunya ialah Cikgu Ishak (selepas perang dunia ke 11 beliau dilantik menjadi guru Tukang Kayu di SITC Tanjong Malim). Disember - Mac 1942, bangunan sekolah ini dijadikan Markas Tentera Jepun. Semasa pemerintahan Jepun, persekolahan belajar semula disamping mempelajari Bahasa Jepun dan Pelajaran Agama diadakan. Lagu Kebangsaan bertajuk ‘Kamigayo’ telah dinyanyikan pada setiap hari. Tahun 1946 Inggeris telah memerintah Tanah Melayu semula. Pelajaran persekolahan berjalan seperti biasa, Cuma matapelajaran Agama (Sekolah Quran) telah diadakan pada waktu petang pukul 2.00 - 4.00. Gurunya Tn. Hj. Hassan dan Ustaz Abdul Rahman b. Hj. Hasan. Tahun 1950 kelas darjah Enam mula dibuka. Setelah peperiksaan akhir tahun dijalankan, murid-murid yang lulus telah dilantik menjadi guru pelatih (gaji ketika itu sebanyak RM 61.00 sebulan). Ketika Pemerintahan Darurat Tanah Melayu, kawasan berhampiran dengan sekolah ini telah dijadikan kawasan penempatan darurat.
SEJARAH SEKOLAH 7 Tahun 1954 telah diwujudkan jawatan ‘Guru Pelawat Sungkai’ (Guru Pelawat 1 - Cikgu Yahya). Tahun 1956 telah digantikan dengan Cikgu Muhammad. Semasa beliau berkhidmat, pancaragam Guru-Guru Melayu Kumpulan Sungkai telah ditubuhkan di Sekolah Melayu Sungkai. Tahun 1957 diubah nama daripada Sekolah Umum Sungkai kepada Sekolah Kebangsaan Sungkai. Jumlah murid seramai 213 orang dengan 9 orang guru.Murid bertambah ramai. Persekolahan diadakan 2 sesi pagi dan petang. Dalam tahun 1968 sebuah bangunan separuh batu dan separuh papan telah didirikan berukuran 90 X 30 kaki. Bangunan ini telah digunakan pada 6.1.1969. Di sesi petang, bangunan baru ini digunakan sebagai cawangan Sekolah Menengah Bidor. Jumlah murid semakin meningkat. Persekolahan sesi pagi dan petang diadakan semula. Pihak PIBG dan Ahli Lembaga Pengurus berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan dan kawasan tapak untuk kegiatan sukan. Tahun 1982, sebuah bangunan satu tingkat dengan 2 blok telah didirikan oleh Kementerian Pendidikan yang mempunyai 8 bilik darjah, bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, setor, tandas dan kantin yang bersekali dengan bangunan ini. Bangunan ini telah digunakan pada awal tahun 1983 dan digunakan sepenuhnya pada 16.5.1983 sempena hari Guru 1983. Mulai 16.5.1983 semua murid-murid telah belajar di sesi pagi sahaja. Murid seramai 470 orang dengan 12 aliran dan 18 orang guru. Tahun 1985, sekolah ini telah mengambil alih pentadbiran kawasan tanah berhampiran dengan sekolah ini yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan dengan harga RM 400,000.00 pada tahun 1983. Kawasan ini dijadikan padang permainan murid-murid. Pada 13.11.1986 telah diadakan majlis perasmian bangunan sekolah baru oleh YB En. Anwar b. Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Wakil daripada Jabatan Pendidikan Perak yang hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah: Dato’ Hj. Mohd. Khalid b. Abd. Halim DPMP, AMP - Pengarah Pendidikan Perak, Tn. Hj. Abd. Ghaffar b. Hashim AMP, PJK - KPP Pembangunan dan Bekalan, En. Zainal Abidin PPT - KPP Perhubungan dan Pendaftaran. Mulai tahun 1989 sekolah ini dijadikan Pusat Sumber Zon Sungkai, sebuah bangunan Pusat Sumber sekolah ini bernilai RM 50,000.00 dibina di bawah bantuan Bank Dunia. Pada Mac 1991 bangunan ini mula digunakan.
SEJARAH SEKOLAH 8 Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungkai mula beroperasi pada tahun 1991. Pusat ini merupakan salah sebuah di antara pusat yang ada di Daerah Batang Padang. Dahulu pusat ini dikenali sebagai Pusat Sumber Zon Sungkai. Setelah masa berlalu PKG turut berubah mengikut peredaran masa dan mula dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru Sungkai. Pusat ini terletak di kawasan Sekolah Kebangsaan Sungkai. Buat sementara ini pusat ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Oleh itu ianya menumpang di bangunan Pusat Sumber Sekolah yang dibangunkan di bawah peruntukan Bank Dunia di salah satu bahagian Pusat Sumber ini. Pusat ini mempunyai pentadbiran yang tersendiri maksudnya ia tidak di bawah pentadbiran sekolah walau ianya berada di kawasan sekolah tersebut. Ia diuruskan oleh seorang pegawai yang dikenali dengan jawatan Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru. Sejak PKG ini mula beroperasi, dua orang Pegawai Penyelaras telah menguruskan perjalanan pusat ini. Penyelaras yang mula-mula sekali bertugas di pusat ini ialah Allahyarham En. Abdul Khalil b. Tan. Beliau meninggal dunia pada 30.03.1994 dalam satu kemalangan jalanraya sekembali dari menghadiri Kursus di PKG Tapah. Selepas itu En. Basharuddin b. Abdul Rauf telah menggantikan tempat Allahyarham sehingga kini. Pada 1 Januari 1997, sekolah ini telah dipilih oleh JPN Perak untuk pembukaan sebuah kelas Pendidikan Khas bagi menempatkan murid-murid tempatan yang bermasalah dalam pembelajaran supaya mendapat peluang belajar, sekurang-kurangnya untuk pengurusan diri yang khusus. Seramai 7 orang murid (4 perempuan, 3 lelaki) dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 14 tahun telah didaftarkan untuk mengikuti kelas ini. Dua orang guru lelaki (En. Mohd Khairul Zaman dan En. Amran), lepasan Maktab Perguruan dalam Pengkhususan Pengajian Melayu telah dilantik dan ditugaskan mengurus kelas Pendidikan Khas ini. Kursus Pendedahan Asas Pendidikan Khas telah diberi dari masa ke semasa selain dari elaun insentif sebanyak RM 60.00 sebulan. Kelas hujung blok C telah dijadikan Kelas Pendidikan Khas beroperasi. Kemudahan perabot dan peruntukan PCG telah diperolehi dari JPN Perak. Peruntukan PCG adalah mengikut bilangan murid seperti kadar Pendidikan Khas Cacat Penglihatan. Sebanyak RM 2702.00 untuk tahun 1997 telah diperolehi dan mempunyai Buku Wang Kerajaan Pendidikan Khas sendiri.
9 SEJARAH SEKOLAH Pada penghujung tahun 2006, penambahan sebuah lagi kelas Pendidikan Khas yang bersambung dengan kelas Pendidkan Khas yang asal telah dijalankan dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2007. Murid juga telah bertambah kepada 20 orang dengan 5 orang Guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid. Makmal Komputer telah siap dibina pada tahun 2002. Makmal ini mengandungi 20 buah komputer untuk murid dan sebuah untuk kegunaan guru. Sebuah Pusat Akses juga telah dibuka di bangunan Pusat Sumber Sekolah. Sebanyak 10 buah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet disediakan untuk kegunaan murid, guru dan masyarakat setempat. Seorang Penyelaras Makmal Komputer telah dilantik untuk menyelaras kedua-dua tempat ini dengan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer. Sebuah kelas Pra Sekolah telah diwujudkan bermula pada tahun 2003 dengan menerima seramai 25 orang murid daripada persekitaran Sungkai. Seorang Pengasuh Pra Sekolah juga telah dilantik bagi menjalankan tugas membantu guru menjalankan tugas-tugasnya. Pada tahun 2007, sebuah Kelas Pra Sekolah telah ditambah dengan bilangan murid seramai 25 orang lagi. Sehingga kini jumlah murid Pra Sekolah seramai 50 orang dengan 2 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan murid.
LENCANA SEKOLAH GABUNGAN WARNA BAGI NEGERI PERAK TUNAS-TUNAS PELAJAR YANG MENJADI HARAPAN WARGA SEKOLAH DAN MENGELUARKAN HASIL YANG BERMUTU. KUNING, PUTIH DAN HITAM : LAMBANG PADI : SEMANGAT DAN KEAZAMAN MENIMBA ILMU WARNA MERAH : BENTUK PERISAI : BENTUK BULAT WARNA PUTIH : KESUCIAN DAN KEJUJURAN PELBAGAI PIHAK DALAM MENINGKATKAN AKADEMIK PARA PELAJAR KETAHANAN DAN KEAMANAN DALAM MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN. LAMBANG OBOR : SEMANGAT DIRI YANG BERKOBAR-KOBAR DALAM MENIMBA ILMU TANPA JEMU 10
LAGU SEKOLAH SKS SUNGKAI PERAK NAMAMU HARUM DAN SEMERBAK SENTIASA MENABUR BAKTIMU DEMI MASA DEPANKU ILMU PANDUAN HIDUP ITULAH COGAN KATA KAMI BELAJAR BERUSAHA BERJAYA HINGGA MENCAPAI CITA KITA MESTILAH RAJIN BELAJAR TAMBAHKAN ILMU SUPAYA MASA DEPAN KITA KAN MENJADI CERAH SKS SUNGKAI PERAK BAKTIMU TAK KANKU LUPAKAN KU SEMAT DI LUBUK HATIK HINGGA KE AKHIR HAYAT 11
PELAN BANGUNAN SEKOLAH 12 BASIKAL SUR A U G T B D PR A PR A B D B D B T T T B D BILIK GURU (P) T T PEJABAT BILIK GERAKAN T T GELANGGANG BADMINTON B D P B KANTIN B S P B P A DANG S E K OLAH GA RAJ KER ETA G A RAJ K E RETA GARAJ KERETA P J T T P E TUN J U K B D BG (L) B D B D B D PS S TA PAK P ERHIM P U NAN B D B D B D S T O R SUK A N R B T BILIK SPB T B D B D B D BILIK AKS E M S AK M A L KO M P U TER B D K B P P EM KHAS B D BILIK D A RJAH P U S A T SUMBER P RA SEKOLAH BILIK P E M ULI H A N T ANDAS BILIK SIA RA Y A KE DAI B UKU BD PS S P RA PEM T BS KB P ONDOK BA C AAN GELANG G A N G TAK RA W BE N GKEL RBT BILIK T A Y ANG A N P ONDOK J A G A P B G T RBT BT P G
PELAN KEBAKARAN SEKOLAH 13 BASIKAL SUR A U G T B D PR A PR A B D B D B T T T B D BILIK GURU (P) T T PEJABAT BILIK GERAKAN T T GELANGGANG BADMINTON B D P B KANTIN B S P B 6 5 4 3 2 1 PRA P KHAS TEM PAT BE R HIM P U N (PA D A N G S E K O LAH) G A R A J K E R ETA G A R AJ KE R ETA GARAJ KERETA P J T T P E TUN J U K B D BG (L) B D B D B D PS S TA PAK P ERHIM P U NAN B D B D B D S T O R SUK A N R B T BI LIK SPBT B D B D B D BILIK AKS E M S AK M A L KO M P U TER B D K B P P EM KHAS B D BILIK D A RJAH P U S A T SUMBER P RA SEKOLAH BILIK P E M ULI H A N T ANDAS BILIK SIA RA Y A KE DAI B UKU BD PS S P RA PEM T BS KB P ONDOK BA C AAN GELANG G A N G TAK RA W BE N GKEL RBT BILIK T A Y ANG A N P ONDOK J A G A P B G T RBT BT P G
HALA TUJU SEKOLAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI, MISI DAN MATLAMAT Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 14
MOTTO SEKOLAH S M A R T Specific Motivated Active Role Model Team Work 15
TAKWIM PERSEKOLAHAN KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 31.03.2023 10 01.04.2023 21.04.2023 13 5 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 - 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 - 04.06.2023 9 2 05.06.2023 30.06.2023 16 12 01.07.2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 26.08.2023 - 03.09.2023 9 04.09.2023 30.09.2023 19 15 3 01.10.2023 31.10.2023 22 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 - 01.01.2024 17 02.01.2024 31.01.2024 22 01.02.2024 09.02.2024 6 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 4 10.02.2024 - 10.03.2024 30 15
TAKWIM PERSEKOLAHAN CATATAN: Hari Deepavali * : Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagiNegeri Sarawak. Negeri-negeri lain dalam Kumpulan B memperoleh cuti berganti yang diperuntukkan oleh kerajaan. Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) Hari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024) Tahun Baru Cina : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024) CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (Sabtu) dan 23.04.2023 (Ahad) 20.04.2023 (Khamis) 20.04.2023 (Khamis) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 21.04.2023 (Jumaat) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (Khamis) 28.06.2023 (Rabu) 28.06.2023 (Rabu) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 30.06.2023 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (Ahad) 13.11.2023 (Isnin) 13.11.2023 (Isnin) * (Negeri Sarawak sahaja) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 14.11.2023 (Selasa) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) dan 11.02.2024 (Ahad) 09.02.2024 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 16