NNAAMMAA ::
NNIIVVHHEENNTTEERRAABBAASSKKAARR RRAAVVIINNTTEERRAAKKUUMMAARR
KKEELLAASS ::
66 MMAARRAAGGAATTHHAAMM
SSEEKKOOLLAAHH ::
SSJJKKTT KKAANNGGKKAARR PPUULLAAII,, JJOOHHOORR
AALLAAMMAATT SSEEKKOOLLAAHH ::
SSJJKKTT KKAANNGGKKAARR PPUULLAAII,, BBAATTUU 1199,, JJAALLAANN PPOONNTTIIAANN,,
8811330000 JJOOHHOORR
AALLAAMMAATT EE--MMAAIILL ::
mm--1100440022337777@@mmooee--ddll..eedduu..mmyy
JJAAWWAATTAANN ::
NNAAIIBB PPEENNGGEERRUUSSII PPEENNGGAAWWAASS SSEEKKOOLLAAHH
Tun Thirunyanasambanthan s/o Veerasamy yang juga dikenali sebagai nama
V.T. Sambanthan adalah merupakan presiden ke-5 Kongres India se-
Malaysia (MIC) dan secara tidak langsung, beliau adalah merupakan salah
seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul
Rahman dan Tun Tan Cheng Lock. Beliau menjadi presiden MIC dari tahun
1955 sehingga 1973 dan kemudian disingkirkan oleh ahli parti tersebut.
Sambanthan adalah merupakan antara individu yang penting dari kaum
India dalam memainkan peranan utama untuk pergerakan mencapai
kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan adalah
antara figura yang sering kita jadikan contoh dan rujukan serta dijulang
sebagai arkitek yang membina jambatan perpaduan yang diwariskan kepada
kita.
Harus diingat kejayaan mereka menyatupadukan pelbagai etnik yang ada di
Tanah Melayu ketika itu membolehkan kita memenuhi syarat British seteruskan
memperoleh kemerdekaan.
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul
Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong
sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada negara ini.
Maka, dalam Buku Skrap Digital Tokoh Kemerdekaan Malaysia ini, para
pembaca boleh mengetahui lebih lanjut profil beliau yang dapat membantu
anda mengenali sejarah beliau secara terperinci.
Sekian, terima kasih.
Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan.
Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Beliau merupakan anak kepada
Andiappan Veerasamy dan Sengammal dari etnik Tamil. Bapa beliau, M.S. Veerasamy datang ke
Tanah Melayu pada tahun 1896 merupakan antara penanam pokok getah awal di Sungai Siput,
Perak dan memiliki beberapa ladang tanaman pokok getah. Adik-beradik Tun Sambanthan ialah
V. Meenachi Sundram, V. Krishnan dan V. Saraswathy.
Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput, beliau telah
dihantar ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah
Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara dalam jurusan ekonomi. Semasa
menuntut di sana, Tun Sambanthan tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di India. Beliau
pernah mengambil bahagian dalam satu protes dibawah pimpinan Quit India Movement dan
mengalami kecederaan suatu masa dahulu.
Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang merupakan anak kepada
seorang jurutera Jabatan Kerja Raya. Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam
bidang kimia dan mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran di Jerman. Pada tahun
1959, Sambanthan menerima seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinannya
dengan Umasundari. Anak perempuannya bernama Devakunjari.
Pada tahun 1973, Tun Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta
Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Pada 18 Mei 1979, ketika berumur 59 tahun
11 bulan, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Pemilihan Tun VT Sambanthan sebagai salah seorang tokoh
terkemuka negara adalah setimpal dengan sumbangan
besar beliau terhadap kemajuan negara ini khususnya
kepada penduduk berbangsa India. Beliau meletakkan
jawatan sebagai Presiden MIC serta Menteri Perpaduan
Negara pada tahun 1973 setelah mengadu sesak nafas dan
mengalami komplikasi jantung. Bagi mengabadikan jasanya
yang besar terhadap negara, sebatang jalan dan sebuah
bangunan telah dinamakan Jalan VT Sambanthan di
Brickfields dan Wisma Sambanthan di Brickfields kedua-
duanya di Kuala Lumpur. Semangat dan dedikasi beliau ini
perlu dicontohi oleh generasi muda negara untuk
meneruskan kelangsungan perpaduan rakyat berbilang
kaum di negara ini. Beliau merupakan pelopor dan
pemimpin ulung yang tiada tolak banding hingga ke hari ini.
Pemikiran dan idea beliau terhadap masyarakat berbilang
kaum sentiasa dijadikan rujukan oleh generasi kini.
Kepetahun Tun Sambanthan berpidato memang memenuhi kualiti
seorang ahli politik melahan beliau juga bijak berlawak jenaka.
Kesedaran politik beliau mula bercambah apabila menyedari bahawa
kaum India di Tanah Melayu memerlukan pemimpin berwibawa untuk
memperjuangkan nasib mereka yang masih ketinggalan dalam
segenap bidang kehidupan. Beliau bergiat aktif dan mendapat
sambutan yang meluas memegang pelbagai jawatan dalam MIC
sebaik sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian. Jasa dan
sumbangan terpenting beliau dalam bidang politik negara dapat
dilihat pada kejayaan beliau membawa masuk MIC menyertai Parti
Perikatan kerana beliau meletakkan kepercayaan penuh bahawa
Perikatan merupakan platform yang paling sesuai untuk
memperbaiki nasib bangsanya di negara ini.
Beliau memegang beberapa jawatan dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu
dari tahun 1955-1957 sebagai Menteri Buruh.
Pasca kemerdekaan pula Sambanthan dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada
1957 hingga 1959, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959 hingga 1969)
dan Menteri Perpaduan (1970 hingga 1974).
Sumbangan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres
India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan
dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta
semangat patriotisme pada masa itu.
Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh V.T. Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat
patriotisme pada masa itu. V.T. Sambathan juga turut berjasa dalam menyatukan
masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.
Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan
kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.Serta, Sistem Monorail
Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu
Stesen Monorel Tun Sambanthan.
Tun V. T. Sambanthan dianggap
sebagai seorang wira dalam
kalangan kaum India di
Malaysia: seorang negarawan
yang memahami aspirasi dan
wawasan negara pada ketika
itu; dan mempunyai daya
intelektual tinggi untuk bertindak
serta membuat keputusan
berasaskan situasi yang
dihadapi dengan mengambil
kira kepentingan bersama
tanpa mengira bangsa dan
agama.