The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husna269, 2021-03-17 04:18:24

DSKP KSSR Sejarah Tahun 6

DSKP KSSR Sejarah Tahun 6

Keywords: sejarah t6

DARD SEKOL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD ASEHKROELNADHARHENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

SEJARAH

TAHUN ENAM



KSSR SEJARAH TAHUN 6 (DRAF)
_____________________________________________________________________________________________________________________________

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

SEJARAH

TAHUN 6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

KSSR SEJARAH TAHUN 6

KANDUNGAN i
ii
KANDUNGAN iii
RUKUN NEGERA 1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3
KATA PENGANTAR 5
PENDAHULUAN 6
TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 6
MATLAMAT 7
OBJEKTIF 7
FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH 17
ORGANISASI KURIKULUM 24
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH 25
PENTAKSIRAN 48
STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI
GLOSARI

KSSR SEJARAH TAHUN 6

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia
Mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati
bersama-sama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

KSSR SEJARAH TAHUN 6

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

iii

KSSR SEJARAH TAHUN 6

KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran
Sejarah dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan
Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandungan
kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata
pelajaran Sejarah dapat membantu guru menyediakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
Sejarah memberi penekanan kepada domain kognitif, pembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangat
efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai tambah patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat
alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard
maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kandungan serta standard pembelajaran.
kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan Penghasilan Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata
kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik, pelajaran Sejarah melibatkan pelbagai pihak
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemen terutamanya, pensyarah universiti, pensyarah Institut
ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam Pendidikan Guru, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri,
kehidupan seharian. Kurikulum ini merupakan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, guru, serta pegawai
transformasi pendidikan yang memberi penekanan
kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid.

1

Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang KSSR SEJARAH TAHUN 6
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan 2
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menyumbangkan
kepakaran, masa dan tenaga dalam memantapkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran
Sejarah.

( Dr. Sariah binti Abd Jalil )
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDAHULUAN KSSR SEJARAH TAHUN 6

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah
dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik
Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini dengan memberi pendedahan menganalisis dan
bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata menilai fakta-fakta sejarah secara matang.
pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid
memperoleh dan menguasai pengetahuan serta Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah
kemahiran sejarah. rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar
belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang
kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan
dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. masyarakat di Malaysia.
Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara
sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah
mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran
dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya
kesepaduan sosial dan integrasi nasional. murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.

3

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata KSSR SEJARAH TAHUN 6
pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif 4
melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi
mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti
tersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagi
menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah
merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah
menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini
bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan
murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan
semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH KSSR SEJARAH TAHUN 6
RENDAH
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Literasi Sains Dan Teknologi Dan Keterampilan Diri. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal
insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan
dan berketerampilan seperti rajah di bawah:-

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

5

MATLAMAT KSSR SEJARAH TAHUN 6

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan
Sejarah membolehkan murid memahami tingkah laku suasana keharmonian;
manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air v. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan
dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah.
yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di vi. menilai warisan negara dalam konteks kawasan
Malaysia. setempat, negara dan global;
vii. memahami proses pembinaan tamadun manusia
OBJEKTIF yang mempengaruhi kehidupan masyarakat;
viii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran dan masa kini masyarakat di Malaysia;
Sejarah membolehkan murid: ix. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi
i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan
kepada persefahaman kaum;
tahu; x. memahami cabaran negara dalam konteks
ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat mempertahankan kedaulatan negara bagi
pembinaan jati diri;
sejarah; xi. mengenal pasti usaha dan sumbangan para
iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan pemimpin negara dalam melahirkan perasaan
bangga dan hormat;
akibat dalam sejarah; xii. menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam
iv. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan bidang politik, ekonomi dan sosial.

dengan mengambil iktibar daripada peristiwa 6

FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH KSSR SEJARAH TAHUN 6

Fokus utama Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata 1. ORGANISASI KURIKULUM
pelajaran Sejarah adalah untuk menyemai ilmu
pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran
samping penerapan semangat patriotik melalui Sejarah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan),
pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi asas kemahiran pemikiran sejarah (kemahiran),
masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi
membina kerangka kronologi tentang pengetahuan memupuk minat murid terhadap Sejarah.
sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat.
Murid dapat membuat perbandingan tentang
pengalaman manusia dan seterusnya berupaya
memahami diri mereka secara individu serta sebagai
ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas
tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta
akan negara dan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia.

Organisasi Kurikulum

7

Organisasi kurikulum merupakan kesepaduan tiga KSSR SEJARAH TAHUN 6
elemen utama iaitu:
1.2 Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik
1.1 Kandungan Kurikulum Sejarah
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia
disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif
nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati
murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya
Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras
tema seperti berikut: dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kandungan Kurikulum Sejarah 1.2.1 Dimensi Kewarganegaraan
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
TAHAP II TEMA menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini
Tahun 4 Sejarah Awal Negara merujuk kepada bangsa yang mendiami suatu
Tahun 5 Kedaulatan Negara lingkungan geografi yang memiliki etos sebagai penjalin
Tahun 6 Kemakmuran Negara Kita hubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia,
rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan
agama.

8

KSSR SEJARAH TAHUN 6

Matlamat utama penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum Sejarah untuk membentuk
warganegara yang berketerampilan dan bermaklumat seperti berikut:

Bil Dimensi Ciri-ciri Warganegara Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
Kewarganegaraan
Mengetahui dan memahami Berbangga dengan sejarah asal usul negara.
1. Perkongsian Sejarah sejarah pembentukan negara. Menghargai kewujudan dan kegemilangan
kerajaan Melayu tradisional.
2. Perkongsian Nilai Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar
ke atas negara.
3. Perasaan Kekitaan Menghayati peristiwa kemerdekaan negara.
Memelihara warisan negara.

Mengamalkan sikap dan Menyanjungi prinsip Rukun Negara.
perlakuan yang berhemah. Menghormati kepelbagaian agama dan budaya
Berbangga dengan lambang dan simbol negara

Membentuk sikap sepunya dan Menghormati amalan kepelbagaian kaum,
kebersamaan. budaya, dan agama.
Berbangga dengan hari kemerdekaan.
Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Berbangga dengan pencapaian negara.

9

KSSR SEJARAH TAHUN 6

Bil Dimensi Ciri-ciri Warganegara Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
Kewarganegaraan
Membina keyakinan dan Menghormati masyarakat pelbagai kaum.
Perkongsian Masa tanggungjawab mencorakkan Memakmurkan ekonomi negara.
4. Depan negara pada masa depan. Mengekalkan warisan negara.

5. Kesetiaan Memupuk kepercayaan kepada Mematuhi perintah Tuhan.
Tuhan . Mentaati raja dan negara.
Tanggungjawab Memupuk perasaan taat dan Menghormati pemimpin negara.
6. Warganegara setia pada negara. Mematuhi undang-undang dan peraturan
negara.
Keterikatan Emosi
7. Kepada Negara Mengetahui dan memahami Mempertahankan identiti negara.
tanggungjawab sebagai Mempertahankan warisan negara.
warganegara dengan sepenuh Menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.
hati.

Mempunyai perasaan cinta Menghargai sejarah asal usul negara.
akan negara yang mendalam Menghargai warisan negara.
dan berusaha Menghargai identiti negara.
mempertahankannya. Menghayati prinsip Rukun Negara.
Bersyukur dengan keharmonian kaum.
Bersyukur dengan kemajuan ekonomi.
Berbangga dengan pencapaian negara.

Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

10

1.2.2 Panduan Pelaksanaan Penerapan Elemen KSSR SEJARAH TAHUN 6
Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
1.3 Kemahiran Pembelajaran Sejarah
Kaedah untuk melahirkan elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik kepada murid haruslah melalui aktiviti Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin
soal jawab, kajian kes, pemerhatian dan kaedah- yang sistematik bagi mengembangkan proses
kaedah lain mengikut kreativiti guru dan tahap pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini
kebolehan murid semasa pengajaran dan merangkumi aspek berikut:
pembelajaran.
1.3.1 Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
Contoh:
2. Zaman Air Batu Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses
K.2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang
sekitar. kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.

Bentuk soalan: KPS juga membantu murid memahami bagaimana
1. Adakah kita perlu menjaga alam sekitar? sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan
2. Mengapakah anda perlu menghargai keindahan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan
alam sekitar? signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan
3. Bagaimanakah anda dapat menyatakan rasa pemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua
bangga terhadap keindahan alam sekitar? elemen dalam kemahiran ini membolehkan murid dapat
melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.

11

KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi KSSR SEJARAH TAHUN 6
pengajaran dan pembelajaran. Penerapan KPS dapat
membantu guru menghidupkan suasana c) Susunan Masa
pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh i. Awalan, perkembangan dan akhiran
meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid ii. Mengukur dan mengira kalendar masa
menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.
d) Konversi Masa
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu i. Membuat interpretasi garis masa
dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah ii. Menerangkan perubahan dan
adalah seperti berikut: kesinambungan dalam urutan masa

a) Elemen Asas Sejarah e) Isu dan Masalah Masa Lalu
i. Tokoh i. Mengkaji sebab-musabab
ii. Tempat ii. Melihat perubahan dan kesinambungan
iii. Peristiwa iii. Melihat sebab dan akibat
iv. Tarikh/ Masa
f) Perbandingan Masa Lalu
b) Konsep Masa i. Mencari persamaan
i. Tempoh ii. Mencari perbezaan
ii. Jarak masa
iii. Tarikh spesifik 12

g) Imaginasi dan Empati KSSR SEJARAH TAHUN 6
i. Imaginasi secara visual
ii. Mengembangkan kreativiti 1.3.2 Kemahiran Kreatif dan Inovatif
iii. Imaginasi berdasarkan perasaan
Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu
h) Mencari Sumber mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran
i. Kaedah mencari sumber murid. Melalui pengajaran dan pembelajaran, murid
ii. Mengenal pasti sumber dapat memahami secara kritis dan imaginatif segala
iii. Menggunakan sumber aspek kehidupan manusia silam dan kini secara
empati.
i) Signifikan Bukti
i. Tarikh berlaku Secara khusus, mata pelajaran Sejarah menekankan
ii. Tokoh yang terlibat asas kemahiran pemikiran sejarah yang dipupuk dan
iii. Peristiwa yang berlaku dikembangkan dalam kalangan murid bagi
iv. Lokasi/tempat peristiwa berlaku meningkatkan kemahiran kritis, kreatif dan inovatif.
v. Bagaimana berlaku

13

KSSR SEJARAH TAHUN 6

Elemen KPS yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatif Kemahiran kreatif dan inovatif dibahagikan kepada
adalah: empat fasa iaitu:

Kemahiran Fasa Kreatif i. FASA PERSEDIAAN
Memahami Kronologi Fasa Persediaan
Meneroka Bukti Fasa Persediaan Pemerhatian Membuat pemerhatian untuk
Membuat Interpretasi Fasa Imaginasi mengumpul maklumat.
Membuat Imaginasi Fasa Imaginasi
Membuat Analisis Menganalisis maklumat daripada
Rasionalisasi Fasa Perkembangan umum kepada khusus.
Membuat Penjelasan
Empati Fasa Perkembangan ii. FASA IMAGINASI
Fasa Tindakan
Sintesis Menggabungkan maklumat yang
Menjana Idea berasingan untuk memilih dan
menghasilkan sesuatu idea.

Menghasilkan idea yang berkaitan
dengan sesuatu perkara.

iii. FASA PERKEMBANGAN

Penambahbaikan Membuat penambahbaikan untuk
mengembangkan atau
mempelbagaikan sesuatu idea
untuk meningkatkan kualiti karya
atau ciptaan.

Menilai Membuat penilaian tentang sesuatu
perkara.
Fasa Kemahiran Kreatif dan Inovatif

iv. FASA TINDAKAN

Pelaksanaan Menyampaikan idea.

Amalan Peka kepada perkara yang berlaku
Berterusan di sekeliling dan menjana idea
kreatif.

14

KSSR SEJARAH TAHUN 6

1.3.3 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai
aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
Kemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiran dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.
berfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid.
Semasa melaksanakan proses inkuiri, murid akan lebih Menerusi kemahiran ini, guru juga boleh berperanan
peka kepada keadaan masyarakat dan persekitarannya. sebagai pembimbing untuk merangsang minat murid
menjadi lebih yakin dalam menjalankan aktiviti
Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid
berperanan merancang dan menjalankan aktiviti
pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk
mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai
aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal,
berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan kaji siasat.
Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau
digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti
kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz.

Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes kerana
membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan

15

KSSR SEJARAH TAHUN 6

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri seperti 1.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
berikut:
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
PEMBELAJARAN murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu,
BERASASKAN INKUIRI berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai
kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara
Mengenalpasti tajuk berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6
aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk
Menentukan kaedah berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
mencari maklumat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin,
Mengumpul maklumat kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti
sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Mengkaji maklumat
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum
Membuat rumusan sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran
Carta Aliran Pelaksanaan Kemahiran Inkuiri Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir ini
menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga
aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi

16

KSSR SEJARAH TAHUN 6

penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
(KBAT). mereka.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk KBAT Penerangan
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kemahiran, dan nilai dalam situasi
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. berlainan untuk melaksanakan

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap sesuatu perkara
kurikulum mata pelajaran.
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui
aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, bahagian kecil untuk memahami
penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta dengan lebih mendalam serta
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di
dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai  Membuat pertimbangan dan

keputusan menggunakan

pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta  menghasilkan idea, produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual Penerangan KBAT

17

KSSR SEJARAH TAHUN 6

2. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.1 Kajian Kes
SEJARAH
Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam
Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan bentuk deskriptif atau penerangan. Kajian kes boleh
pembelajaran mata pelajaran Sejarah bergantung dijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakan
kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan kurikulum mata pelajaran Sejarah. Salah satu pedagogi
melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara penting yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan
bersepadu dan sistematik. Guru hendaklah merancang kajian kes ialah kemahiran inkuiri. Kajian kes dapat
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid meningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pasti
bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar dapat permasalahan, merancang, mengolah isi dan memberi
menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif. Di rumusan terhadap satu permasalahan. Pengalaman
samping itu, guru mesti memberi fokus kepada menjalankan kajian kes dapat menggalakkan
penerapan dan pengamalan berterusan tentang elemen penglibatan murid, di samping memupuk kemahiran
kewarganegaraan dan nilai sivik. Guru hendaklah penyelesaian masalah dan sikap ingin tahu.
mengajar tentang kandungan sejarah dahulu
berpandukan standard pembelajaran (contohnya: 1.1.1) Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek
dan seterusnya mengaitkan serta melaksanakan atau isu mengikut langkah berikut:
pengajaran dan pembelajaran elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik (cth:K1.1.7). Terdapat beberapa kaedah i) Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau
pengajaran dan pembelajaran Sejarah seperti berikut: peristiwa bagi menjawab beberapa persoalan yang
menggunakan kemahiran menaakul, di samping

18

KSSR SEJARAH TAHUN 6

memberikan pendapat dan membuat rumusan 2.2 Kemahiran Berfikir
serta menggalakkan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran
mengenal pasti inti pati cerita atau peristiwa yang berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran
hendak dikaji. berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai sesuatu idea
ii) Memahami persoalan berdasarkan petikan cerita yang munasabah dan bersifat evaluatif. Kemahiran
atau peristiwa yang terkandung dalam kurikulum berfikir kreatif dan inovatif adalah kebolehan untuk
Sejarah. mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat
iii) Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
berkaitan cerita atau peristiwa yang hendak idea-idea yang ada. Kemahiran menaakul ialah sebagai
diselesaikan. perangsang dalam membantu murid membuat
iv) Mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan pertimbangan secara logik dan rasional. Strategi berfikir
cara menganalisis, menaakul dan empati untuk pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
menjelaskan masalah tersebut. peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang
v) Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
yang diperoleh daripada maklumat yang telah Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
dianalisis. pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya
menuju ke arah membina dan memahami konsep,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

19

KSSR SEJARAH TAHUN 6

2.3 Belajar Cara Belajar dalam pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan proses
Belajar cara belajar adalah suatu proses untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau
tanpa guru. Pendekatan ini bertujuan untuk menyediakan 2.5 Pembelajaran Akses Kendiri
murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru,
menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan-rakan dan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah suatu
bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Pendekatan pendekatan yang membolehkan murid belajar secara
ini membolehkan murid membuat refleksi dan menilai kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid
tahap pembelajaran sendiri serta mampu mengaplikasi diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan
pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka
berlainan. bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran
mereka. Dalam program PAK, bahan pembelajaran
2.4 Pembelajaran Masteri direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut
minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya
Pembelajaran masteri adalah pendekatan pengajaran pembelajaran mereka. Murid juga boleh mengetahui
dan pembelajaran bagi memastikan murid menguasai maklum balas pencapaian mereka kerana program PAK
hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit menyediakan pentaksiran kendiri.
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Kaedah ini digunakan kerana murid
mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza

20

KSSR SEJARAH TAHUN 6

2.6 Pembelajaran Luar Bilik Darjah secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on.
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ialah suatu
program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan 2.8 Pembelajaran Secara Konstruktivisme
berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan
menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang
sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau
yang progresif. PLBD mengukuhkan kefahaman murid konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
terhadap konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah. pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan
PLBD boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagi menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan
memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, baru.
PLBD boleh mengembangkan kemahiran sosial dan
kerja berpasukan murid. 2.9 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

2.7 Pembelajaran Secara Kontekstual Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan suatu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran berasaskan kecerdasan murid yang pelbagai. TKP terdiri
yang menggabungkan isi kandungan dengan daripada lapan jenis kecerdasan iaitu verbal-linguistik,
pengalaman harian individu, masyarakat dan logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik,
persekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Melalui

21

KSSR SEJARAH TAHUN 6

pendekatan ini, guru dapat mengenal pasti persamaan menghadapi cabaran dan perubahan, di samping
dan perbezaan keupayaan individu murid yang unik. menyedari bahawa masa depan akan pasti berubah.
Mereka belajar dan dinilai dengan cara yang berlainan
bagi meningkatkan kecerdasan dan potensi yang tidak 2.11 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
terbatas. Ini dapat membantu murid menyelesaikan Komunikasi
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar dan
boleh menjana masalah baru untuk diselesaikan serta Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasai
kebolehan membuat sesuatu. (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan
2.10 Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) terhadap pelajaran. Penggunaan TMK juga memberi
adalah suatu strategi pengajaran secara saintifik untuk peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
memikirkan tentang masa depan secara berkaedah dan yang pelbagai keupayaan bagi meningkatkan motivasi
bermakna. Dalam mengkaji masa depan, murid perlu diri, di samping membolehkan murid mengamalkan
tahu perkara yang telah berlaku (sejarah) dan perkara pembelajaran kendiri. Penggunaan TMK boleh
yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). dilaksanakan secara tutorial, penerokaan, aplikasi dan
Maklumat ini perlu bagi membantu murid membuat komunikasi.
pertimbangan terhadap kemungkinan yang akan berlaku
pada masa depan, sebelum membuat keputusan. KMD
bertujuan untuk mendidik murid supaya bersedia

22

KSSR SEJARAH TAHUN 6

Terdapat juga teknik pengajaran dan pembelajaran yang Terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu:
menekankan aspek berfikir dan membuat keputusan
seperti: 2.12.1 Teknik Awan

2.12 Aplikasi Teknik Theory of Constraints Teknik awan ialah teknik membuat keputusan yang
memikirkan sesuatu kejadian, situasi, idea dan
Teknik Theory of Constraints (TOC) ialah cara penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak.
pengajaran dan pembelajaran berasaskan pemikiran Konflik yang hendak diselesaikan berbentuk konflik
yang logik dan sistematik. Proses ini menggunakan dalaman yang melibatkan satu pihak sahaja atau konflik
teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan luaran yang melibatkan dua pihak dan hanya satu
konkrit. Teknik ini membolehkan murid menggunakan kehendak sahaja yang boleh dicapai iaitu berakhir
alat dan teknik berfikir dalam pembelajaran mereka. dengan keputusan menang-menang (win win).
Aplikasi teknik ini mampu untuk melibatkan murid secara
kolaboratif iaitu bersesuaian dengan konsep 2.12.2 Teknik Sebab dan Akibat
pembelajaran berpusatkan murid. Ini menyediakan
mereka dengan kemahiran bagi mencapai matlamat, Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah
menyelesaikan masalah dengan berkesan, membuat laku, idea, atau kejadian yang boleh mengakibatkan
keputusan, berkomunikasi dan dapat diaplikasikan dalam kesan-kesan berikutnya. Menerusi teknik ini juga, murid
kehidupan seharian. boleh menerangkan urutan perkara-perkara penting
dengan cara logik atau menaakul. Murid mampu

23

KSSR SEJARAH TAHUN 6

mengenal pasti hubungan sebab dan akibat dengan memerlukan perancangan rapi supaya pembelajaran
cara yang berfokus. mempunyai unsur seperti:

2.12.3 Teknik Penyelesaian Masalah  bermain secara terancang;
 bermain secara berstruktur;
Teknik penyelesaian masalah adalah teknik yang boleh  bermain secara fleksibel;
digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan  memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan
sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan
mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang afektif.
telah ditetapkan. Langkah-langkah yang dikemukakan
ialah langkah-langkah yang logik. Matlamat atau objektif 2.14 Experiential Activities Planner
yang hendak dicapai tidak akan diperoleh jika cabaran-
cabaran yang menghalang pencapaian matlamat tidak Experiential Activities Planner (EAP) merupakan
diatasi terlebih dahulu. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menggabungkan beberapa pedagogi seperti
2.13 Teknik Belajar Sambil Bermain kemahiran berfikir, kajian masa depan dan teori
kecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran.
Belajar sambil bermain ialah satu pendekatan yang
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang EAP merangkumi lima aspek pembelajaran iaitu
kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan belajar dalam suasana yang riang dan harmonis,
selamat, menggembirakan dan bermakna. Teknik ini kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif,

24

KSSR SEJARAH TAHUN 6

pembelajaran koperatif, penglibatan komuniti, proses
pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai.

2.15 i-Think

Program i-Think merupakan satu program yang
bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif. Dalam kaedah ini, alat
berfikir yang digunakan ialah Thinking Maps mengikut
kesesuaian tajuk .

25

KSSR SEJARAH TAHUN 6

3. PENTAKSIRAN 3.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, Pentaksiran sekolah merupakan proses mendapatkan
direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
Pentaksiran yang dijalankan di peringkat sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif dan ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
sumatif. Pentaksiran formatif dilaksanakan semasa yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
proses pengajaran dan pembelajaran secara
berterusan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah
pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku
skrap dan folio, membuat demonstrasi, simulasi, kuiz
dan ujian bertulis. Pentaksiran sumatif pula dilaksana
di akhir unit pembelajaran, penggal, semester atau
tahun.

26

KSSR SEJARAH TAHUN 6

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARANDAN
STANDARD PRESTASI

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang Suatu penetapan kriteria atau Suatu set kriteria umum yang
indikator kualiti pembelajaran menunjukkan tahap-tahap
perkara yang murid patut dan pencapaian yang boleh prestasi yang perlu murid
diukur bagi setiap standard pamerkan sebagai tanda
ketahui dan boleh lakukan kandungan. bahawa sesuatu perkara itu
telah dikuasai murid
dalam suatu tempoh (indicator of success)

persekolahan merangkumi .

aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

27

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAFSIRAN UMUM

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons
1 terhadap perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
2 menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau
4 secara sistematik.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur
5 atau secara sistematik, tekal dan bersikap positif.

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
6 pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh

dicontohi.

28

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH
TAFSIRAN

1 Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

2 Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

3 Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun berdasarkan ilmu sejarah
dan nilai yang dipelajari.

5 Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

6 Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

29

KSSR SEJARAH TAHUN 6

KEMAKMURAN NEGARA KITA

TAJUK 10: NEGARA MALAYSIA
Tajuk ini membincangkan Pembentukan Malaysia yang meliputi negeri-negeri dalam
Malaysia, sebab-sebab penubuhan dan tokoh-tokoh yang terlibat. Melalui tajuk ini, murid
dapat mengenali asal-usul nama negeri, ketua negeri dan lambang negeri di Malaysia. Murid
juga dapat menghayati Rukun Negara yang menjadi asas pembinaan jati diri dan alat
perpaduan ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

.

30

Pengenalan CARTA ALIRAN KSSR SEJARAH TAHUN 6
Negara Malaysia
NEGARA MALAYSIA Empati:

Fokus  Menghargai sumbangan
 Pembentukan Malaysia tokoh dan pemimpin dalam
 Negeri-Negeri di Malaysia membentuk perpaduan.
 Rukun Negara
 Menghargai negeri-negeri
sebagai satu identiti dalam
pembentukan negara
Malaysia.

 Berbangga dengan
keunikan dan keistimewaan
negeri-negeri di Malaysia.

 Menghayati Rukun Negara
untuk membentuk jati diri
dan mengukuhkan
perpaduan.

31

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 10: NEGARA MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAA TAFSIRAN

10.1 Pembentukan N
Malaysia
10.1.1 Menghuraikan sebab-sebab pembentukan 1 Murid mengetahui tentang pembentukan
10.1.2 Malaysia. Malaysia.
10.1.3 Menjelaskan tokoh-tokoh yang terlibat
10.1.4 dalam pembentukan Malaysia. 2 Murid memahami pembentukan Malaysia.
Menyatakan negeri-negeri yang terlibat
dalam pembentukan Malaysia. 3 Murid boleh menerangkan pembentukan
Menerangkan langkah-langkah ke arah Malaysia.
pembentukan Malaysia.

K10.1.5 Merumuskan kepentingan permuafakatan 4 Murid boleh menguasai maklumat tentang
K10.1.6 dalam pembentukan Malaysia. pembentukan Malaysia.
K10.1.7 Membincangkan iktibar daripada kejayaan
pembentukan Malaysia.
Menyatakan perasaan bangga terhadap Murid boleh membuat penilaian tentang
pembentukan Malaysia . pembentukan Malaysia.

5

6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang pembentukan Malaysia.

32

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 10: NEGARA MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

10.2 Negeri-Negeri 10.2.1 Menghuraikan asal usul nama negeri. 1 Murid mengetahui negeri-negeri di Malaysia.
di Malaysia 10.2.2 Menyenaraikan ibu negeri dan bandar
diraja.
10.2.3 Menjelaskan bendera, lagu dan jata 2 Murid memahami negeri-negeri di Malaysia.
sebagai lambang negeri.
10.2.4 Menerangkan gelaran ketua negeri bagi 3 Murid boleh menerangkan negeri-negeri di
negeri-negeri di Malaysia. Malaysia.
10.2.5 Menghuraikan keunikan warisan sejarah
negeri-negeri di Malaysia.

K10.2.6 Menyatakan kepentingan menghormati 4 Murid boleh menguasai maklumat mengenai
K10.2.7 identiti negeri. negeri-negeri di Malaysia.
K10.2.8 Menyatakan kepentingan taat setia kepada
ketua negeri.
Menunjukkan rasa bangga terhadap 5 Murid boleh membuat penilaian tentang
warisan negeri-negeri di Malaysia negeri-negeri di Malaysia.

6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang negeri-negeri di Malaysia.

33

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 10: NEGARA MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

10.1 Rukun Negara Menyatakan usaha pemupukan perpaduan 1 Murid mengetahui Rukun Negara.
10.3.1 sejak kemerdekaan negara.
Menghuraikan sebab pengenalan Rukun 2 Murid memahami Rukun Negara.
10.3.2 Negara.
Menyatakan lima prinsip Rukun Negara.
10.3.3 Menjelaskan peranan Rukun Negara dalam
10.3.4 kehidupan.

K10.3.5 Menyatakan kepentingan penghayatan 3 Murid boleh menerangkan mengenai Rukun
K10.3.6 Rukun Negara. Negara
K10.3.7 Menilai kepentingan Rukun Negara dalam
membentuk jati diri rakyat Malaysia. 4 Murid boleh menguasai maklumat mengenai
Menghubung kait prinsip Rukun Negara Rukun Negara.
dalam kehidupan harian.

5 Murid boleh membuat penilaian tentang
Rukun Negara.

6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang Rukun Negara.

34

KSSR SEJARAH TAHUN 6

KEMAKMURAN NEGARA KITA

TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA
Tajuk ini memberi penjelasan tentang masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Malaysia
yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, orang Asli, bumiputera Sarawak ,
dan Sabah. Murid didedahkan dengan budaya masyarakat yang memfokuskan aspek
agama dan kepercayaan, perayaan, kesenian dan kebudayaan. Oleh yang demikian, murid
dapat memahami kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang boleh menyumbang ke
arah integrasi nasional.

35

KSSR SEJARAH TAHUN 6

CARTA ALIRAN
TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA

Pengenalan Fokus Empati
Rakyat Malaysia  Pelbagai kaum dan  Memahami masyarakat
etnik di Malaysia pelbagai kaum dan etnik
 Agama dan di Malaysia.
kepercayaan  Memupuk pemahaman
 Perayaan masyarakat mengenai budaya
Malysia rakyat Malaysia.
 Menyemai perasaan
menghormati
masyarakat pelbagai
kaum dan etnik untuk
perpaduan negara.
 Memupuk patriotisme
rakyat Malaysia

36

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

11.1 Kaum dan 11.1.1 Menghuraikan pelbagai kaum dan etnik di 1 Murid mengetahui kaum dan etnik di Malaysia.
Etnik di 11.1.2 Malaysia.
Malaysia Menjelaskan petempatan serta kegiatan
11.1.3 ekonomi masyarakat Malaysia dahulu dan
11.1.4 kini. 2 Murid memahami kaum dan etnik di Malaysia.
11.1.5 Menerangkan alat muzik dan tarian
tradisional dalam kehidupan masyarakat. 3 Murid boleh menerangkan tentang kaum dan
Menjelaskan permainan tradisional etnik di Malaysia.
masyarakat Malaysia.
Menghuraikan cerita rakyat berunsur
tempatan dalam masyarakat Malaysia.

K11.1.6 Menghubung kait kepentingan 4 Murid boleh menguasai maklumat mengenai
K11.1.7 menghormati kepelbagaian kaum dan etnik kaum dan etnik di Malaysia.
K11.1.8 sebagai asas perpaduan negara.
Menilai kepentingan menghargai keunikan 5 Murid boleh membuat penilaian tentang
warisan kesenian tradisional masyarakat kaum dan etnik dia Malaysia.
Malaysia
Menunjukkan kebanggaan berkongsi
kesenian tradisional rakyat Malaysia.

6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang kaum dan etnik di Malaysia.

37

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

11.2 Agama dan 11.2.1 Menyatakan pelbagai agama dan 1 Murid mengetahui tentang agama dan
Kepercayaan kepercayaan masyarakat Malaysia. kepercayaan masyarakat Malaysia.
Menjelaskan kedudukan agama Islam
11.2.2 sebagai agama Persekutuan. 2 Murid memahami tentang agama dan
Menjelaskan kedudukan agama lain dalam kepercayaan masyarakat Malaysia.
11.2.3 Perlembagaan.
Menyenaraikan rumah-rumah ibadat di
11.2.4 Malaysia.

K11.2.5 Menyatakan keperluan memahami adab 3 Murid boleh menerangkan tentang agama
K11.2.6 ketika berada di rumah ibadat. dan kepercayaan masyarakat Malaysia.
Menghubung kait kepentingan amalan
K11.2.7 beragama dan kepercayaan dalam Murid boleh menguasai maklumat tentang
kehidupan. 4 agama dan kepercayaan masyarakat
Menilai kepentingan menghormati
kepelbagaian agama bagi mewujudkan Malaysia.
keharmonian.
Murid boleh membuat penilaian tentang
5 agama dan kepercayaan masyarakat

Malaysia.

Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
6 tentang agama dan kepercayaan masyarakat

Malaysia.

38

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 11: KITA RAKYAT MALAYSIA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

11.3 Perayaan 11.3.1 Menyatakan perayaan masyarakat di 1 Murid mengetahui tentang perayaan
Masyarakat Malaysia. masyarakat Malaysia.
Malaysia
11.3.2 Menjelaskan tujuan sambutan perayaan di

Malaysia. 2 Murid memahami tentang perayaan
11.3.3 Membandingkan amalan sambutan perayaan masyarakat Malaysia.

dahulu dan kini.

11.3.4 Menghuraikan keunikan sambutan perayaan 3 Murid boleh menerangkan tentang perayaan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. masyarakat Malaysia.

K11.3.5 Menilai kepentingan sambutan perayaan 4 Murid boleh menguasai maklumat tentang
K11.3.6 dalam keluarga. perayaan masyarakat Malaysia.
Menjelaskan kepentingan menghormati
K11.3.7 kepelbagaian amalan dan sambutan
perayaan di Malaysia.
Merumus kepentingan menghargai warisan
perayaan masyarakat Malaysia.

5 Murid boleh membuat penilaian tentang
perayaan masyarakat Malaysia.

6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang perayaan masyarakat Malaysia.

39

KSSR SEJARAH TAHUN 6

KEMAKMURAN NEGARA KITA

TAJUK 12: PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN NEGARA
Tajuk ini menjelaskan pencapaian dan kebanggaan negara yang meliputi sukan
kebanggaan negara, kemajuan ekonomi, pemimpin negara serta kerjasama Malaysia dan
dunia. Melalui pendedahan ini, murid dapat memahami penglibatan dan pencapaian
Malaysia dalam pelbagai bidang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga
membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani. Selain itu,
peranan dan sumbangan Perdana Menteri terdahulu turut dibincangkan agar dapat
menanamkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid.

40

KSSR SEJARAH TAHUN 6

CARTA ALIRAN
PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN NEGARA

Pengenalan Fokus Empati
Pencapaian dan  Sukan Kebanggaan  Menghargai tokoh-tokoh
Kebanggaan Negara Negara
 Kemajuan Ekonomi sukan sebagai wira
 Pemimpin Negara negara.
 Malaysia dan Dunia  Melahirkan rasa bangga
dengan pencapaian
negara.
 Mensyukuri kemajuan
dan kemakmuran
ekonomi negara.
 Menghormati pemimpin
negara.
 Mengagumi penglibatan
Malaysia di peringkat
antarabangsa

41

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 12: PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN NEGARA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

12.1 Sukan 12.1.1 Membincangkan peranan sukan sebagai 1 Murid mengetahui tentang sukan
Kebanggaan 12.1.2 alat perpaduan dan keharmonian kaum. kebanggaan negara.
Negara Menyatakan pencapaian Malaysia dalam
bidang sukan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. 2 Murid memahami tentang sukan kebanggaan
Menjelaskan peranan Malaysia dalam negara.
penganjuran sukan antarabangsa.
12.1.3 Menghubung kait tokoh-tokoh sukan 3 Murid boleh menerangkan tentang sukan
12.1.4 negara terdahulu yang menjadi inspirasi kebanggaan negara.
kepada sukan masa kini.

K12.1.5 Menjelaskan kepentingan penglibatan 4 Murid boleh menguasai maklumat tentang
pelbagai kaum mengharumkan nama sukan kebanggaan negara.
K12.1.6 negara dalam bidang sukan.
K12.1.7 Menilai kepentingan sukan kepada 5 Murid boleh membuat penilaian tentang
pembangunan negara. sukan kebanggaan negara.
Menyatakan kepentingan ciri-ciri
kepimpinan dalam sukan. 6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional
tentang sukan kebanggaan negara.

42

KSSR SEJARAH TAHUN 6

TAJUK 12: PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN NEGARA

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN TAFSIRAN

12.2 Kemajuan 12.2.1 Menyenaraikan kegiatan ekonomi yang 1 Murid mengetahui tentang kemajuan
Ekonomi 12.2.2 menyumbang kepada kemajuan negara. 2 ekonomi negara.
12.2.3 Menyatakan sumbangan pertanian 3
komersial kepada negara. 4 Murid memahami tentang kemajuan
12.2.4 Menerangkan sumbangan industri 5 ekonomi negara.
automotif dan petroleum kepada ekonomi
negara. Murid boleh menjelaskan tentang
Menyatakan sumbangan sektor kemajuan ekonomi negara.
pelancongan kepada kemakmuran negara.
Murid boleh menguasai maklumat tentang
K12.2.5 Membincangkan kepentingan mengekalkan kemajuan ekonomi negara.
keamanan negara yang menjadi asas
kepada pembangunan ekonomi. Murid boleh membuat penilaian tentang
kemajuan ekonomi negara.
K12.2.6 Menjelaskan kepentingan menghargai alam
sekitar yang menyumbang kepada
kemakmuran ekonomi.

K12.2.7 Menunjukkan kebanggaan terhadap
barangan buatan Malaysia.

Murid boleh menzahirkan idea yang
6 rasional tentang kemajuan ekonomi

negara.

43


Click to View FlipBook Version
Previous Book
20 วัดในจังหวัดพระนครศรีอยุธยา
Next Book
สามก๊ก