TOPIK 4: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA DARI KESATUAN KE PERPADUAN
Disediakan Oleh: ZULFIKRIL ILMULLAH B. ZULFIKRILAZUAN (AS230120876) MUHAMAD AIMAN NURHAKIM BIN YUSRIZAL (AS230120804) NOMAN HUSSAIN BIN KAMRAN HUSSAIN (AS230121084) Nama Pensyarah: NURHAFIDZAH BINTI ABU SAMAH
SINOPSIS KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI - Isu Perkauman Dalam Kempen PRU-5 - Keputusan PRU-5 1969 - Perarakan Kematian - Perarakan Balas - Rusuhan Pertama - Tragedi Panggung Odeon - Serangan Balas - Rejimen Renjer - Askar Melayu - Perisytiharan Darurat - Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) - Pilihan Raya Semula 1969 DISEBALIK PERISTIWA 13 MEI KONFLIK PERISTIWA 13 MEI IMPLIKASI PERISTIWA 13 MEI PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI RUMUSAN PEISTIWA 13 MEI GALERI PERISTIWA 13 MEI RUJUKAN
Tanggal 13 Mei 1969 menjadi satu titik hitam dalam sejarah Malaysia di mana telah tercetusnya rusuhan kaum sekali gus menjadi kemuncak kepada masalah perpaduan negara. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda. Ia berkait rapat dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-5) pada tahun 1969 yang menyentuh isu perkauman antara kaum Melayu dan bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Buat pertama kalinya dalam sejarah negara selepas mengecapi kemerdekaan, konflik perkauman yang meletus ini memporakporandakan tanah air.
ISU PERKAUMAN DALAM KEMPEN PRU-5 Parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang semasa kempen pra-pilihanraya pada tahun 1969. Provokasi slogan “Malayan Malaya” yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. Semasa kempen PRU-5, calon serta ahli politik dari pihak pembangkang mengutarakan isu-isu sensitif yang melibatkan: i) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. ii) Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. iii) Hak kerakyatan orang bukan Melayu. Isu-isu ini membangkitkan sentimen perkauman dan syak wasangka.
KEPUTUSAN PRU-5 1969 Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) gagal memperoleh majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Jumlah kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) menurun daripada 89 kerusi kepada 66 kerusi. Pihak pembangkang yang terdiri daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menyifatkan PRU-5 telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka walaupun sekadar mendapat 25 kerusi. Berikutan pengumuman keputusan PRU-5 pada 10 Mei 1969 di kawasan Batu, Selangor, Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang besar yang memperoleh keputusan 50:50 memohon kebenaran pihak polis untuk mengadakan perarakan meraikan kemenangan tersebut sekali gus menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
PERARAKAN KEMATIAN Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu di kenderaan mereka sebagai simbol kemenangan yang telah menyapu bersih kerusi Parlimen. Sebaliknya, masyarakat Melayu menganggap simbol penyapu membawa maksud negatif dan ada segelintir yang menyatakan penyapu tersebut sebagai lambang kaum Cina yang ingin menyingkirkan orang Melayu. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang kaum Cina akibat sakit tua yang berlaku dengan kebenaran polis telah bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina kaum Melayu. Terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 adalah rentetan daripada provokasi pihak pembangkang sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Presiden Gerakan, Yeoh Tech Chye yang menang besar di kawasan Bukit Bintang telah memohon maaf pada Selasa, 13 Mei 1969 di atas keterlanjuran ahlinya yang biadap semasa perarakan berlangsung. Namun, permohonan maaf tersebut sudah terlambat.
PERARAKAN BALAS Walaupun parti pembangkang telah meminta keizinan pihak polis untuk mengadakan perarakan, namun mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan serta melangkaui batas waktu yang telah ditetapkan. Semasa melalui kawasan Kampung Baru yang majoritinya didiami oleh kaum Melayu, kata-kata kesat “Melayu Sudah Jatuh”, “Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya” dan “Ini Negeri Bukan Melayu Punya” dihamburkan oleh penyokong parti pembangkang ditambah dengan simbolik penyapu telah memberi impak yang besar. Ia semakin berlarutan dan menimbulkan rasa hilang sabar dikalangan orang Melayu. Justeru, pada petang 13 Mei 1969, ahli-ahli UMNO Selangor telah berkumpul di rumah Dato’ Harun Idris, Menteri Besar Selangor pada ketika itu bertindak untuk mengadakan perarakan balas bagi membukti bahawa mereka tidak tewas tetapi sekadar kurang majoriti namun masih mampu untuk membentuk kerajaan.
RUSUHAN PERTAMA Menurut laporan daripada salah seorang anggota polis, pada petang 13 Mei 1969, sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang melalui Setapak telah diserang oleh orang Cina. Sebahagian orang Melayu yang terlepas daripada serangan tersebut telah pergi ke rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris dan menyampaikan apa yang telah terjai. Berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, meluapkan lagi api kemarahan orang Melayu walaupun cuba ditenangkan oleh Dato’ Harun Idris. Dampaknya, orang-orang Melayu berkumpul dan merangka serangan balas dengan bertindak memancung dua penunggang motosikal berbangsa Cina yang melalui Jalan Kampung Baru. Malah, pemandu berketurunan Cina yang memandu sebuah van rokok turut dibunuh dan kenderaannya dibakar. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari Parti Komunis Malaya (PKM) dan kongsi-kongsi gelap yang lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing bertindak balas dengan membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Ia menjadi detik permulaan kepada rusuhan antara kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
RUSUHAN PERTAMA Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui kesahihannya telah menyemarakkan lagi api kebencian dan perkauman di antara orang-orang Melayu dan Cina. Rusuhan besar telah terjadi yang memutuskan perpaduan kaum yang dilihat sebelum ini “bagaikan retak menunggu belah”. Terdapat sumber sejarah yang lain menyatakan bahawa peristiwa sebenar berkaitan dengan tragedi 13 Mei ini telahpun dimulai di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan tindak balas yang berupa simpati golongan pelampau pemuda Cina terhadap perjuangan komunis.
TRAGEDI PANGGUNG ODEON Tragedi Pawagam Odeon merupakan salah satu tragedi hitam yang berlaku semasa tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, di mana penonton-penonton Melayu diserang dan disembelih oleh orang-orang Cina ketika sedang menonton filem di Pawagam Odeon. Sebelum insiden ini berlaku, beberapa iklan berbahasa Cina telah disiarkan di skrin pawagam yang meminta penonton berbangsa Cina untuk keluar dari panggung. Penonton Melayu yang tidak memahaminya kekal berada di dalam panggung. Golongan pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan menyerbu masuk serta menyerang dan membunuh hampir kesemua penonton Melayu yang masih tinggal dan bertindak membakar pawagam tersebut. Kesemua penonton di dalam pawagam tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan, termasuklah dua orang anggota Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
SERANGAN BALAS Akibat daripada tindakan biadap dan ganas daripada kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas. Ada sumber yang menyatakan bahawa kepala orang-orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar. Di pasar pula, Askar Melayu telah menembak orang-orang Cia yang melanggar perintah berkurung dengan menggunakan kereta perisai tentera. Di Lebuhraya Persekutuan pula, penduduk-penduduk Melayu Kampung Kerinchi bertindak membuang pasu di atas lebuhraya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya. Pemilik-pemilik kenderaan berbangsa Cina ditetak dan dibunuh, malah seluruh ahli keluarga peniaga Cina yang menjual bunga berdekatan juga tidak dilepaskan. Di Lapangan Terbang Sungai Besi yang pada masa itu merupakan lapangan terbang antarabangsa Malaysia, Askar Melayu bertindak menembak penumpang-penumbang berbangsa Cina yang pulang dar luar negara dengan alasan telah melanggar perintah berkurung.
REJIMEN RENJER Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikeluarkan dari Kampung Baru dan diambil alih oleh askar dari Regimen Renjer. Ini memburukkan lagi keadaan apabila pasukan yang terdiri daripada orang Melayu, Iban, Cina, India, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu. Ini menambahkan lagi kemarahan orang-orang Melayu. Menurut laporan, ketua pasukan Regimen Renjer dikatakan berbangsa Cina dan amukan daripada pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru yang merasakan mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Malah, beberapa das tembakan juga turut diarahkan ke rumah Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU Natijah daripada tindakan Rejimen Renjer, Askar Melayu dikerah menggantikan tempat mereka. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus di bakar. Malangnya, beberapa orang Askar Melayu dikatakan telah masuk ke kedai emas orang Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada sumber yang menyatakan bahawa askar-askar tersebut berpakaian preman dan membunuh ramai orang Cina dan mencampakkannya ke dalam lombong bijih timah. Dakwaan menyatakan bahawa adanya rakaman televisyen tentang insiden pembunuhan ini. Namun, sehingga hari ini, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
PENGISYTIHARAN DARURAT Semasa peristiwa 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Setar untuk meraikan kemenangan beliau dalam PRU-5 1969. Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman pada jam 6.45 petang. Darurat telah diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Pengisytiharan darurat pada malam 16 Mei 1969 oleh Yang DiPertuan Agong menyebabkan Perlembagaan Persekutuan digantung dan negara berada dibawah baginda di bawah undang-undang tentera. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Darurat telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur seperti sebuah kota lama yang ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969.
MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) Pengisytiharan darurat di seluruh negara telah membawa kepada pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan seiring dengan pengisytiharan darurat. Tragedi 13 Mei 1969 menyebabkan orang Melayu meletakkan kesalahan kepada Tunku Abdul Rahman secara keseluruhannya. Pandangan negatif orang Melayu terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan pemberian taraf kerakyatan kepada mereka pasca kemerdekaan disamping majoriti orang Cina yang majoritinya menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970. Beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara (MAGERAN), Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan isu perkauman dan Peristiwa 13 Mei 1969 enjadi puncak kemarahan orang Melayu yang merasakan diri mereka miskin di tanah air sendiri.
PILIHAN RAYA SEMULA 1969 Tahun 1969 menyaksikan pilihan raya semula diadakan. Keputusan pilihan raya semula ini telah memberikan kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Parti Barisan Nasional dibentuk yang dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongress India Malaysia (MIC) serta enam lagi parti politik bertujuan untuk mengurangkan perpecahan politik dan ia bertepatan dengan pindaan Perlembagaan 1971. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula.
Insiden rusuhan dan pembunuhan tragis yang berlaku di Kuala Lumpur tidak memberi kesan kepada masyarakat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Johor dan Negeri Sembilan juga tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Hal ini dikatakan kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah memberi amaran kepada penduduk di negeri terbabit untuk tidak turut campur tangan. Dikatakan hanya sedikit kekecohan yang berlaku di Melaka. Manakala di Betong, Sarawak terdapat beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak PKM bertujuan untuk memberi amaran kepada Askar Melayu agar tidak menembak orang Cina. Jika ini terjadi maka PKM akan memberikan senjata api kepada orangorang Cina untuk serangan balas. Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan yang tercetus ini berunsurkan politik Dato’ Harun Idris yang mendapat sokongan Tun Abdul Razak. Beliau idak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman yang dikatakan telah lari bersama dengan Tan Siew Sin dan Ong Yoke Lin, pemimpin Cina Parti Perikatan ke Cameron Highlands. Sebelum Tragedi 13 Mei 1969, masyarakat Melayu dan Cina dikatakan boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Jika direnungkan semula, insiden yang berlaku di Kuala Lumpur pada tanggal tersebut tidak memberi kesan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Sekiranya benar isu perkauman dijadikan sentimen rusuhan maka setiap negeri di Malaysia akan menerima impaknya.
Layanan berat sebelah Tentera Jepun terhadap kaum Cina. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris yang mewujudkan jurang ekonomi antara kaum. Latar belakang Pendidikan yang berbeza mengikut aliran kaum masing-masing. Pertelingkahan Parti Politik Ketidakpuasan hati terhadap hak & keistimewaan orang Melayu. Penerimaan individu terhadap perbezaan agama dan budaya. Jurang perbezaan ekonomi & persaingan ekonomi yang tidak sihat. Kepelbagaian persatuan etnik yang memperjuangkan hak masing-masing.
Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara, 196 orang terkorban, 439 orang tercedera, 39 orang hilang dan 9,143 orang telah ditahan. Sebanyak 211 kenderaan dilaporkan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak atau terbakar . Namun, spekulasi mengatakan seramai 700 orang telah menjadi korban insiden berdarah itu. Dimuat turun dari: http://3.bp.blogspot.com/- 7s67LHNMGzE/VBb_6ErsCvI/AAAAAAAAAGQ/FmE34UH nFGk/s1600/download.jpg
Hubungan tegang antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mencetuskan rusuhan ini telah mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa. Sentimen yang digunakan oleh parti politik semasa kempen pilihan raya dijadikan sebagai taktik untuk meraih undi berjaya memenangi serta menghasut fikiran rakyat untuk berpecah belah. Kewujudan Parti Politik yang menyedari kepentingan bersatu dalam satu tunjang yang sama yang menggabungkan parti politik pelbagai kaum seperti Barisan Nasional bertujuan untuk merangsang semua pihak tentang kepentingan perpaduan antara kaum.
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, seharusnya dijadikan iktibar dan kerajaan hari ini harus memandang serius kepentingan untuk masyarakat berbilang kaum di Malaysia terus bersatu padu dan hidup dalam suasana aman dan harmoni. “Pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa” (Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia). Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 adalah isu sensitif namun sewajarnya sorotan sejarah itu dilihat dari aspek positif supaya pembentukan bangsa Malaysia dapat dikukuhkan bertunjang kepada realiti sejarah. Ia boleh dijadikan satu daripada perisian proses pembentukan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera.
Kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat rusuhan kaum yang tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak meninggalkan kesan yang pahit buat keluarga dan saudara yang terlibat. Pengisytiharan Darurat mencetuskan suasana persekitaran dan pergaulan yang tidak harmoni antara kaum kerana menyekat aktiviti harian yang sebelum ini boleh dilakukan dengan bebas sekali gus menyukarkan interaksi dan saling berhubungan dalam masyarakat. Slogan “Malayan Malaya” menjadi sokongan segelintir masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan caivinisme dan polarisasi kaum yang mampu dieksploitasikan oleh pihak luar terutamanya musuh negara yang mengambil kesempatan untuk memecah belahkan masyarakat majmuk Malaysi sehingga mencetuskan perbalahan yang serius. Kesedaran tentang pentingnya sikap hormat-menghormati, toleransi, bersatu padu yang seharusnya menjadi pegangan kepada masyarakat majmuk Malaysia bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara terus terjamin. Belenggu kemiskinan dan jurang ekonomi yang besar di antara kaum antara faktor yang menyukarkan perpaduan dicapai. Dasar pragmatik seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal mampu merapatkan jurang perbezaan dan menghapuskan identiti pekerjaan mengikut kaum.
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja tercatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan yang harus diteliti bahkan turut melakarkan noda hitam dalam lipatan sejarah negara yang menyaksikan kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa serta kemusnahan dan kerugian harta benda. Walaupun sejarah tersebut cuba dipadamkan dalam lipatan sejarah negara namun ia seharusnya dijadikan iktibar pada generasi hari ini yang dilihat seakan mengabaikan hubungan antara kaum dengan saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, serta memainkan sentimen agama dan perkauman yang kini sedikit menimbulkan riak. Apa yang diharapkan agar riak tersebut tidak berubah menjadi gelombang.. Tidak dinafikan, kebanggaan menjadi sebuah negara merdeka yang akan memasuki usia 66 tahun seharusnya diperkukuhkan dengan semangat perpaduan, keharmonian, kerjasama dan rasa muhibah agar bersama-sama mampu membentuk generasi Malaysia yang dinamik, seimbang serta berdaya saing. Namun, pembentukan bangsa Malaysia sukar untuk dicapai selagi setiap kaum dan etnik gagal mendalami serta menerima nilai kepelbagaian yang wujud di negara ini.
https://www.utusan.com.my/lipatansejarah/2021/05/keputusan-mengejutkan/
https://www.studocu.com/my/document/intec-educationcollege/mpu-hubungan-etnik/peristiwa-13-mei-1969/8089671 BERNAMA. (2019, Mei 13). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran Perlunya Masyarakat Bersatu Padu. Dimuat turun daripada https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/per istiwa-13-mei-pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu Urutan Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969. Dimuat turun daripada https://www.sistemguruonline.my/2014/11/urutan-kronologiperistiwa-13-mei-1969.html The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur, 1969. Dimuat turun daripada http://langkasanorul.blogspot.com/2013/10/the-may-13-tragedy.html THE 13TH MAY 1969 RACIAL RIOTS. The True and Fair View. Dimuat turun daripada https://jebatmustdie.files.wordpress.com/2009/06/13-may-1969- analysis-by-jmd.pdf Nor Azlah Sham Rambely, Mohamed Ali Haniffa. Dinamika Pembentukan Komuniti Dalam Sejarah. Malaysia: Pelajaran Dari Peristiwa 13 MEI 1969. Dimuat turun daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3 _1125.pdf Peristiwa 13 mei dimuat turun daripada https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-dirajamalaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
Tunku Abdul Rahman. (1969). May 13: Before and After. Publisher Utusan Melayu Press. Ruhanie Haji Ahmad. (2005). Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme. Utusan Publications. Lt M Siti Nur Aliah Roslan. (19-08-2022). Tragedi 13 Mei 1969: Iktibar Pentingnya Penyatuan Kaum. Dimuat turun dari https://btdm.my/index.php/2022/08/19/tragedi-13-mei-1969- iktibar-pentingnya-penyatuan-kaum/