The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2021-07-18 00:33:59

KIK EXPHET -ANUGERAH 5 BINTANG

kik kolej 2019

eXPhet – Mobile Lab Kit

RINGKASAN EKSEKUTIF

Dunia pendidikan hari ini, bukan lagi berciri chalk and talk. Keperluan pembelajaran pelajar
telah berubah seiring perubahan generasi semasa. Pendidik hari ini, berdepan dengan
generasi pelajar yang berbeza dari generasi pendidik. Pelajar hari ini terdiri daripada Generasi
Z. Generasi ini dikenali sebagai The Silent Generation (generasi senyap) dan iGeneration
(generasi internet). Oleh itu, pendidik berperanan penting dalam mengubahsuai atau mencipta
kaedah pengajaran dan pendekatan pembelajaran yang bersesesuaian dengan kepelbagaian
pelajar. Fokus utama pendidik adalah membantu pelajar untuk mahir dalam bidang akademik.
Pelajar acuan generasi hari ini, mestilah jelas bahawa untuk setanding dengan bangsa asing
dan hidup dalam kepantasan arus teknologi, mereka perlu pantas belajar sesuatu ilmu dan
mempraktikkan ilmu dengan sebaiknya kerana akhirnya akan memberi impak dalam
pembinaan negara kita. Justeru itu, salah satu cara untuk meningkatkan minat dan kefahaman
pelajar mengenai sesuatu konsep serta memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah melalui pendekatan inovasi pembelajaran berteraskan teknologi.

Subjek Fizik merupakan subjek teras di Kolej Matrikulasi. Berdasarkan analisis
keputusan ujian pra seperti di Lampiran 1 dan daripada maklum balas pensyarah, didapati
pelajar masih kurang menguasai konsep Capacitor, Potential Divider dan Ohm’s Law. Justeru
itu, kumpulan KIK Expertly mencadangkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan inovasi ExPhet – Mobile Lab Kit. ExPhet – Mobile Lab Kit merujuk kepada set
Raspberry Kit yang kecil untuk memudahkan experimen dijalankan di mana-mana dan pada
bila-bila masa sahaja berbanding dengan alatan eksperimen konvensional yang digunapakai
sebelum ini seperti di Lampiran 2. ExPhet – Mobile Lab Kit mengandungi 3 eksperimen iaitu
Capacitor, Potential Divider dan Ohm’s Law. Raspberry Kit ini direkabentuk menggunakan
Microcontroller dan Microprocessor Raspberry yang diprogramkan menggunakan Phyton
Programming Language dan C++. Inovasi yang dijalankan ini adalah merupakan bidang
Penciptaan dalam kategori Penyampaian Pendidikan Perkhidmatan (Pendidikan). ExPhet –
Mobile Lab Kit memudahkan pelajar menjalankan eksperimen dan menjimatkan masa
pengumpulan data kerana ianya berkeupayaan untuk menganalisi data dalam bentuk graf
secara automatik. Selain itu, memudahkan pelajar menghubungkaitkan teori dengan dapatan
eksperimen. Oleh itu, ExPhet – Mobile Lab Kit sangat efektif untuk menerangkan konsep Fizik
yang terlibat.

ExPhet – Mobile Lab Kit ini bukan sahaja bermanfaat untuk pelajar tetapi juga untuk
pihak pengurusan kerana kos penghasilannya sangat rendah dan berpatutan berbanding
alatan konvensional. Keberhasilan ExPhet – Mobile Lab Kit dilihat dari pelbagai segi iaitu dari
segi kos, tenaga dan masa. Objektif penggunaan ExPhet – Mobile Lab Kit ini selaras dengan
visi dan misi pendidikan negara iaitu kerana kit ini dapat membantu pelajar memahami konsep
fizik menerusi aktiviti ‘hands on’, membina pembelajaran kendiri, menghasilkan pembelajaran
abad ke 21 dalam penyediaan pelajar ke arah IR 4.0 dan menghasilkan satu pembelajaran
eksperimen secara mobile iaitu mudah alih. ExPhet – Mobile Lab Kit memberikan impak yang
besar ke atas kemenjadian pelajar kerana dapat melahirkan generasi yang mampu berdaya
saing dengan dunia global selaras dengan aspirasi negara dalam Pelan pembangunan
Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025).

1

eXPhet – Mobile Lab Kit

Warga pendidikan yang berpandangan futuristik harus sedar bahawa terdapat agenda
yang lebih besar untuk menyediakan generasi yang cemerlang demi masa depan mereka
kelak. Oleh itu, inovasi ExPhet – Mobile Lab Kit bermanfaat kepada pensyarah iaitu dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti para pendidik dalam melahirkan generasi yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dinyatakan di dalam Falsafah
Pendidikan Negara. ExPhet – Mobile Lab Kit sesuai digunakan selaras dengan agenda
Transformasi Pendidikan Negara iaitu menghasilkan keseimbangan ilmu dan akhlak dalam
pendidikan yang mana akan menyediakan generasi masa hadapan dengan perubahan
landskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21.

LAPORAN PERINCIAN PROJEK

1.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN

 Nama Kumpulan KIK : Expertly
 Nama Organisasi : Unit fizik, Kolej Matrikulasi Kedah.
 Alamat : Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah.
 No. telefon & faks : 04-9286100 (tel), 04-9242178 (faks)
 E-mel : [email protected]
 Tarikh kumpulan ditubuhkan : 8 April 2018
 Bilangan ahli : 10 orang rujuk Lampiran 3
1.1 Projek
 Nama projek : eXPhet – MOBILE LAB KIT
 Bidang inovasi : Penciptaan
 Kategori inovasi : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Pendidikan)
 Tarikh mula projek : 8 April 2018
 Tarikh siap projek : 25 Mac 2019
 Pengesahan Ketua Jabatan : adalah seperti di Lampiran 5

2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

2.1 Kaitan Dengan Visi Dan Misi Jabatan

2

eXPhet – Mobile Lab Kit

Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat
untuk membantu para pelajar Bumiputera ke arah persediaan bagi melayakkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera
ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Bagi memenuhi hasrat ini,
Kolej Matrikulasi Kedah telah memfokuskan visi dan misi kolej ke arah matlamat tersebut.
Oleh itu, kumpulan KIK Expertly yang terdiri daripada pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah
menyahut hasrat tersebut untuk memastikan Kolej Matrikulasi Kedah merupakan pelaksana
terunggul Program Matrikulasi di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan pendidikan yang
berkualiti kepada para pelajar. Selaras dengan itu, suatu anjakan paradigma kepada
perubahan dan penambahbaikan terhadap kualiti teknik
pengajaran perlu dilaksanakan bagi melahirkan para pelajar yang
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

VISI DAN MISI KMK

VISI

Kolej Matrikulasi Kedah
pelaksana terunggul
Program Matrikulasi di
Malaysia.

MISI

Kolej Matrikulasi Kedah

beriltizam menyediakan

pelajar cemerlang dan

berdaya saing untuk

universiti dalam dan luar

2.2 Memenuhi Kehehendak Pelajar Dan Stakeholder negara melalui persekitaran

Keperluan dalam dunia pendidikan hari ini adalah berbeza dari pengajaran dan
suatu ketika dahulu. Dewasa ini, dunia pendidikan memerlukan pembelajaran yang kondusif
para guru yang melengkapi diri dalam penggunaan teknologi dan dan perkhidmatan yang
mampu mengintegerasikan teknologi dalam pengajaran dan berkualiti tinggi ke arah
pembelajaran. Menurut Melvina & Jamaludin, (2010) kemahiran memenuhi aspirasi negara.

dan pengetahuan pendidik mengenai teknologi diperlukan

supaya pendidik dapat berkongsi idea dan menyampaikan

pengajaran kepada pelajar dengan lebih baik. Oleh itu, kumpulan KIK Expertly berhasrat

menghasilkan inovasi yang memenuhi keperluan pelajar Generasi Z. Pengajaran tidak lagi

boleh kekal secara konvensional malahan perlu kepada transformasi kepada aktiviti

pengajaran dalam bentuk digital untuk membolehkan pembelajaran berlangsung pada bila-

bila masa dan di mana jua, malahan merentasi sebarang peranti dan pentas pembelajaran.

Inovasi eXPhet - Mobile Lab Kit juga diharapkan dapat membantu melahirkan bakal siswa

yang mampu berdaya saing, inovatif dan kreatif di IPTA malahan apabila menceburi bidang

kerjaya nanti.

3

eXPhet – Mobile Lab Kit

2.3 Kaitan Dengan Agenda Nasional

Selaras dengan hasrat untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia di Malaysia,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan transformasi pendidikan

melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025). Rujuk Lampiran 6.

Transformasi pendidikan yang dilaksanakan ini mengetengahkan pendidikan abad ke-21

(PAK21) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PAK 21 memberikan

perubahan besar terhadap teknik pengajaran para guru. Oleh itu, kumpulan KIK Expertly

menyedari hakikat bahawa inovasi eXPhet - Mobile Lab Kit haruslah berpusatkan kepada

murid serta memenuhi 5 standard asas PAK-21 dalam

menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada

para pelajar yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi 5 STANDARD ASAS
(IPT). Selain itu, haruslah sejajar dengan hasrat Kementerian PAK-21
Pendidikan Malaysia (KPM) guru berperanan penting dalam

mencorak Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai satu

platform untuk mempertingkatkan pendidikan negara sekali gus

membentuk generasi muda yang mampu bersaing di peringkat

global.

2.4 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa

Aspirasi sistem pendidikan negara melalui PPPM (2013-2025)
berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem
pendidikan di Malaysia seperti di Lampiran 7. Keberhasilan
kualiti merujuk kepada kualiti pendidikan yang disediakan
mampu meletakkan negara Malaysia dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Sehubungan dengan
itu, pelbagai agenda perubahan dan penambahbaikan perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dan berperingkat dalam sistem pendidikan bagi memastikan
sistem pendidikan Malaysia berkualiti sehingga mampu melahirkan graduan yang
berkemahiran dan berkeupayaan bersaing dalam ekonomi dunia. Lantaran itu, guru
memainkan peranan utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Para guru
berhadapan dengan cabaran globalisasi dunia pendidikan iaitu kehendak dan keperluan
pembelajaran para pelajar lebih kepada e-pembelajaran. Pendekatan pengajaran para guru
perlulah memenuhi kehendak dan keperluan semasa pelajar. Maka, diharapkan inovasi
eXPhet – Mobile Lab Kit dapat mengisi keperluan dan kehendak pembelajaran para pelajar
dalam era globalisasi ini.

4

eXPhet – Mobile Lab Kit

2.5 Kaedah Pemilihan Projek Dan Analisis

Kumpulan KIK Expertly secara keseluruhannya telah menggunakan
rekabentuk metadologi Design Thinking seperti di Lampiran 8. Oleh itu,
kumpulan telah merancang aktiviti berdasarkan Model Operasi Design
Thinking seperti di Lampiran 9. Langkah pertama yang telah diaplikasikan
adalah langkah empathy melalui perbincangan sesama ahli kumpulan
secara brainstorm. Tujuan langkah ini dilaksanakan adalah untuk
mendapatkan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi oleh
pensyarah dan pelajar semasa sesi pengajaran. Fokus perbincangan ini
adalah berkaitan dengan konsep Capacitor, Potential Divider dan Ohm’s
Law serta masalah pengendalian sesi amali berkaitan konsep tersebut.

Berikut adalah hasil dapatan brainstorm :

Bil Masalah Pencadang

Sesi amali secara

1 tradisional memerlukan

pelajar mengambil masa Faizul 5 LANGKAH DESIGN THINKING

yang lama untuk

menganalisis data amali.

Pelajar masih lemah untuk

2 menghubungkaitkan teori

yang dipelajari dengan Noraza

praktikal dalam sesi amali.

Pelajar masih mempunyai

3 persepsi bahawa Fizik Aslindawati

merupakan subjek yang

sukar difahami.

Pensyarah memerlukan

4 teknik pengajaran yang

lebih efektif bagi memenuhi Munirah

keperluan pembelajaran

pelajar Generasi Z.

Semasa sesi amali secara

5 tradisional, pelajar terikat

dengan prosedur dalam

buku amali dan kurang Shafazrina

berpeluang untuk

mempraktikkan

pembelajaran inkuiri dan

hands on.

5

eXPhet – Mobile Lab Kit

Seterusnya, kumpulan KIK Expertly menggunakan kaedah Design Thinking
dengan mengaplikasikan langkah kedua iaitu define bagi mendapatkan satu
kenyataan masalah yang ingin diatasi. Hasil daripada maklum balas yang
diperolehi secara brainstorm, satu kesimpulan telah diambil iaitu masalah
utama yang dihadapi adalah ketiadaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
efektif. Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya kumpulan KIK Expertly dapat
menghasilkan satu inovasi BBM yang dapat melengkapi kehendak dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran para pelajar serta pensyarah. Oleh itu,
kumpulan KIK Expertly telah memilih tajuk inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit.

2.6 Penyataan Sasaran Outcome Dan Impak
Inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit ini dibina khas bagi membantu pelajar di peringkat Kolej
Matrikulasi. Ini kerana program matrikulasi merupakan program express dalam tempoh
pengajian yang singkat iaitu 1 tahun, memberikan cabaran kepada para pelajar untuk
memahami konsep dalam tempah masa yang terhad ini. Diharapkan dengan adanya eXPhet
– Mobile Lab Kit, ianya dapat membantu para pelajar memahami konsep Fizik dengan lebih
baik dan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika diteliti dari segi pembinaan
pengisian eXPhet – Mobile Lab Kit, ianya juga bukan sahaja dapat membantu dalam konteks
pembelajaran di Kolej Matrikulasi, malahan dapat digunakan oleh pelajar sekolah di tingkatan
4 – 5 iaitu peringkat SPM, tingkatan 6 peringkat STPM, guru sekolah, pensyarah dan pelajar
institusi pengajian yang lain. Matlamat utama eXPhet – Mobile Lab Kit, adalah bertindak
sebagai bahan bantu mengajar yang efektif dalam pembelajaran Fizik. Oleh itu, eXPhet –
Mobile Lab Kit diharapkan dapat memberi impak kepada kemenjadian pelajar yang memenuhi
Aspirasi Negara PPPM (2013-2025) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 Strategi Penyelesaian Kreatif Menggunakan Teknik Design Thinking

Kumpulan KIK Expertly menggunakan kaedah Design Thinking dengan
mengaplikasikan langkah ketiga iaitu ideate. Langkah ideate dilaksanakan adalah
untuk menjana idea antara ahli kumpulan dalam menghasilkan inovasi Bahan
Bantu Mengajar (BBM) bagi mengatasi masalah yang telah dinyatakan. Teknik
yang digunakan oleh kumpulan KIK Expertly untuk mendapatkan idea mengenai
langkah penyelesaian terhadap masalah ini adalah dengan mengaplikasikan
teknik Brainstrom seperti di Lampiran 10.

3.2 Perkaitan eXPhet – Mobile Lab Kit Dengan PdP
eXPhet – Mobile Lab Kit boleh digunakan oleh para pelajar bagi membantu memahami konsep
Capacitor, Potential Divider dan Ohm’s Law dengan lebih mudah dan berkesan. Melalui
penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit, para pelajar dapat melihat perhubungan antara
pembolehubah secara real time. Perhubungan ini juga dapat dilihat melalui graf yang

6

eXPhet – Mobile Lab Kit

dihasilkan oleh eXPhet – Mobile Lab Kit. Oleh itu, masa pembelajaran pelajar adalah lebih
singkat dan efektif. Ini kerana graf yang dihasilkan daripada data yang diperolehi melalui
penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit adalah sangat tepat.

3.2 PENGHASILAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP eXPhet – Mobile Lab Kit

3.2.1 Penghasilan Prototaip eXPhet – Mobile Lab Kit

eXPhet – Mobile Lab Kit merupakan sebuah Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang diinovasikan hasil daripada gabungan penambahbaikan terhadap inovasi
yang telah dilaksanakan sebelum ini oleh ahli kumpulan KIK Expertly. Rujuk
Lampiran 11. Prototaip eXPhet – Mobile Lab Kit dibina berdasarkan perincian
projek inovasi yang telah dirancang oleh ahli kumpulan. Kumpulan KIK Expertly
menghasilkan inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibina berpandukan
kepada suasana pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang berteraskan elemen
R.I 4.0. Berikut adalah perincian projek inovasi kumpulan KIK Expertly :

Nama Projek : eXPhet – Mobile Lab Kit.

Komponen Utama Rekabentuk : Akronim
Rekebentuk utama adalah menggunakan Microcontroller dan
Microprocessor Raspberry yang diprogramkan menggunakan eX : experiment
Phyton Programming Language dan C++. P : Physics
e : education
Pengisian BBM : t : technology
eXPhet – Mobile Lab Kit merupakan BBM yang membantu pelajar
memahami konsep Fizik berkaitan tiga jenis amali yang berbeza
iaitu amali :

i. charging dan discharging capacitor
ii. potential divider
iii. Ohm’s Law

Keistimewaan eXPhet – Mobile Lab Kit :

i. Membantu pelajar memahami konsep Fizik melalui aktiviti hands on.
ii. Meningkatkan kefahaman mengenai konsep charging dan discharging capacitor,

potential divider dan Ohm’s Law.
iii. Menyediakan persekitaran kaedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) untuk

diaplikasikan kepada para pelajar iaitu dengan mengalakkan pelajar belajar secara
pembelajaran kendiri.
iv. eXPhet – Mobile Lab Kit juga merupakan salah satu kaedah alternatif kepada cara
amali tradisional. Ia merupakan BBM yang boleh digunakan oleh pensyarah ataupun
pelajar bukan sahaja di dalam makmal tetapi juga boleh digunakan tanpa ada
keterbatasan masa dan tempat. Ini adalah kerana alat ini ringan dan mudah untuk di
bawa kemana-mana serta tidak melibatkan sambungan litar yang banyak jika
dibandingkan dengan kaedah amali secara konvensional seperti di Lampiran 12.

7

eXPhet – Mobile Lab Kit

3.2.2 Rekabentuk eXPhet – Mobile Lab Kit

Kumpulan KIK Expertly menggunakan kaedah Design Thinking dengan mengaplikasikan
langkah keempat iaitu prototaip bagi penghasilan rekabentuk eXPhet – Mobile Lab Kit. eXPhet
– Mobile Lab Kit dibangunkan dalam tiga fasa iaitu :

Analisis FASA PERTAMA
keperluan
menghasilkan
Experimen

Merekabentuk FASA KEDUA
Kaedah eXPhet
Mobile Lab-Kit

Pembangunan FASA KETIGA
Prototaip

i. Fasa Pertama : Analisis Keperluan Menghasilkan eXphet – Mobile Lab Kit

Fasa pertama penghasilan eXPhet – Mobile Lab Kit adalah daripada hasil
pandangan dan pendapat daripada pensyarah dan pelajar mengenai amali
charging dan discharging capacitor, potential divider dan Ohm’s Law yang
dijalankan. Hasil analisis daripada kaedah amali secara konvensional
menunjukkan keputusan ekperimen agak kurang tepat berbanding dengan nilai
sebenar. Oleh itu, daripada hasil analisis yang diperolehi adalah menjadi
keperluan untuk menghasilkan inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit. Penggunaan
eXPhet dapat merangsang pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif.

ii. Fasa Kedua : Merekabentuk Kaedah eXphet – Mobile Lab Kit

Fasa kedua melibatkan rekabentuk penghasilan eXPhet – Mobile Lab Kit yang
dibangunkan untuk memudahkan pelajar melakukan amali tanpa ada
keterbatasan masa dan tempat. eXPhet – Mobile Lab Kit dibina berdasarkan
kepada penambahbaikan inovasi yang telah dilaksanakan oleh ahli kumpulan
KIK Expertly sebelum ini. Pelajar boleh melatih kemahiran manipulative mereka
tanpa perlu ke makmal. Selain itu, ia juga dibina dengan bahan yang bersaiz
kecil dan ringan dimana alat yang terlibat dalam pembangunan eXPhet –
Mobile Lab Kit yang adalah daripada komponen yang bersaiz kecil dan mudah
untuk di bawa serta bersifat mudah alih (Mobile Lab Kit). eXPhet – Mobile Lab
Kit juga dibina dengan mengunakan kos yang rendah. Penghasilan eXPhet –

8

eXPhet – Mobile Lab Kit

Mobile Lab Kit sangat menjimatkan jika dibandingkan dengan kos penggunaan
alat amali secara konvensional.

iii. Fasa ketiga : Pembangunan Prototaip

Fasa ini akan merealisasikan segala perincian yang telah ditentukan dalam
Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga terhasilnya produk eXPhet – Mobile Lab Kit yang
lengkap. Pada fasa ini, pembangunan eXPhet – Mobile Lab Kit telah dilakukan
iaitu dengan mengabungan Microcontroller and Microprocessor Raspberry
yang diprogramkan dengan menggunakan perisian Python Programming
Language dan C++. Antara alat yang digunakan adalah Microprocessor
Rasberry eX1, slide potentiometer, sambungan wayar capacitor, resistor dan
breadboard rujuk lampiran. eXPhet – Mobile Lab Kit yang telah siap
dibangunkan, seterusnya akan diuji ke atas kumpulan sasaran bagi tujuan
menguji kebolehgunaan dan kesesuaian dalam fasa pengujian prototaip.

3.3 Pengujian Prototaip

Pengujian prototaip ini menggunakan kaedah Design Thinking dalam langkah kelima
iaitu test. Pengujian prototaip adalah bertujuan untuk memastikan eXPhet – Mobile Lab
Kit mampu untuk digunakan dalam amali mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
dalam fasa rekabentuk. Bagi tujuan pengujian ini, kumpulan sasaran melibatkan pelajar
Modul 1 telah dikenalpasti bagi mendapatkan maklum balas untuk tujuan
penambahbaikan. eXPhet – Mobile Lab Kit telah digunakan oleh pelajar matrikulasi
dan pensyarah bagi melihat keberkesanan penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit dalam
pembelajaran Fizik. Hasil analisis daripada maklum balas yang diberikan, pelajar
menunjukkan skor keberkesanan penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit yang sangat
baik dalam pembelajaran konsep Fizik. Manakala hasil pengujian kepada pensyarah,
mereka mendapati keputusan amali yang ditunjukkan adalah tepat berbanding
penggunaan kaedah konvensional.

3.4 Perakuan Daripada Pihak Bertauliah/Pihak Berkuasa Dan Panel Penasihat

Prototaip eXPhet – Mobile Lab Kit telah dinilai dan mendapat kelulusan daripada
Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah untuk digunakan dan disebarluaskan
penggunaannya kepada pihak luar selari dengan manfaatnya kepada pelajar,
pensyarah dan institusi pengajian. Panel penasihat eXPhet – Mobile Lab Kit terdiri
daripada :

Bil Nama Panel Penasihat Jawatan Bahagian

1 Dr.Zulkarnay Zakaria Fakulti Teknologi Kandungan dan
Penggunaan
Kejuruteraan Unimap Kandungan dan
Penggunaan
2 Dr.Nur Syafiqah Yap Abdullah Fakulti Sains & Kandungan dan
Penggunaan
Matematik

3 En.Marhalim Bin Hashim SME Fizik Kolej
Matrikulasi Pulau
Pinang

9

eXPhet – Mobile Lab Kit

Bil Nama Panel Penasihat Jawatan Bahagian
4 En. Jahaya Bin Ali Musa Kebolehpasaran
Pensyarah Kanan
5 Mazni binti mehat (DG54) Pengurusan Kebolehpasaran
6 Rodziah binti hassan Perniagaan, KMK
Pensyarah Perakaunan

Pensyarah Pengurusan Kebolehpasaran
Perniagaan

4.0 KEBERHASILAN

Keberhasilan eXPhet – Mobile Lab Kit diukur berdasarkan kepada tiga komponen berikut :

i. Keupayaan Input Kepada Pelajar
eXPhet – Mobile Lab Kit merupakan inovasi teknik pembelajaran yang selaras dengan
Revolusi Industri 4.0. eXPhet – Mobile Lab Kit mengandungi pengisian tiga jenis amali
yang meliputi tiga konsep Fizik iaitu charging dan discharging capacitor, potential
divider dan Ohm’s Law. Kit amali ini bersifat mudah alih (Mobile Lab Kit) yang
membolehkan pensyarah dan pelajar menjalankan amali tanpa keterbatasan masa
dan tempat. eXPhet – Mobile Lab Kit berkeupayaan untuk memaparkan nota berkaitan
konsep amali, simulasi secara bergambar, memaparkan prosedur amali, memaparkan
data dan hasil analisis data melalui graf secara real time melalui aplikasi
pengatucaraan komputer.

ii. Proses Penggunaan Oleh Pelajar
 Pelajar dapat menghasilkan litar amali yang ingin dijalankan dengan mudah.
 Pelajar dapat menggunakan eXPhet – Mobile Lab Kit tanpa bantuan daripada

pensyarah.
 Pelajar dapat menjalankan amali di luar waktu pembelajaran.
 Pelajar dapat menjimatkan masa untuk melukis graf. Data dan graf secara real time

akan dipaparkan di paparan utama eXPhet – Mobile Lab.
 Pelajar dapat menganalisis dapatan amali berdasarkan teori Fizik yang berkaitan.

iii. Output Penjimatan Masa, Tenaga Dan Kos Pengurusan Jabatan.

Keberhasilan eXPhet – Mobile Lab Kit dalam PdP didapati memberikan kesan yang
jelas dalam penjimatan masa, tenaga dan kos pengurusan jabatan. Berikut adalah
ringkasan Output Penjimatan Masa, Tenaga Dan Kos Pengurusan Jabatan :

Kriteria Sebelum Selepas Faedah
Penjimatan 2 jam seminggu 15 minit seminggu Jimat 1 jam 45 minit
masa seminggu
2 jam x 3 minggu 15 minit x 3 minggu
= 6 jam = 45 minit = 5 jam 15 minit
Penjimatan = 87.5 %

10

eXPhet – Mobile Lab Kit

Kriteria Sebelum Selepas Faedah
Bahan Bantu 1 set = RM1736 1 set = RM 53 Jimat RM 1683
Mengajar (BBM)
RM 1736 x 10 set x 6
makmal = RM 104160 RM 53 x 10 set x 6 RM 1683 x 10 set x 6
makmal = RM 3180 = RM 100980

Penjimatan = 96.9 %

4.1 Pencapaian Outcome dan pembuktian

Bil Kriteria Agensi Pelanggan
1 Masa Meningkatkan kualiti Masa face to face
masa pertembungan pelajar dijmatkan
2 Tenaga dan Tempat face to face (f2f) dan dan digunakan
3 Kewangan pengurusan PdP. dengan lebih efisyen
untuk non-face to
Meningkatkan face (non f2f).
penjimatan tenaga Penjimatan masa
pensyarah untuk pensyarah
melaksanakan kelas membolehkan
praktikal di mana- pensyarah membuat
mana dan pada bila- persediaan dan RnD
bila masa. untuk meningkatkan
kualiti PdP.
Penjimatan Pensyarah boleh
perbelanjaan untuk merancang untuk
pembelian Bahan mengadakan
Bantu Mengajar pelbagai program
(BBM) yang berbeza pembangunan
dengan kuantiti yang pensyarah dan
banyak. pelajar untuk topik-
topik lain yang
memerlukan
perhatian yang lebih
teliti.
Pensyarah tidak
perlu menggunakan
terlalu banyak BBM
yang berbeza untuk
menerangkan
konsep dan amali
fizik yang berkaitan.

11

eXPhet – Mobile Lab Kit

4.1.1 Outcome Pelajar

a) Peningkatan Keputusan Peperiksaan
Outcome penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit kepada para pelajar adalah dapat
mewujudkan dan menggalakkan pembelajaran kendiri serta memotivasikan mereka untuk
sentiasa berusaha bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Hasil daripada dapatan
skor ujian persepsi pelajar tentang keberkesanan menjalankan amali dengan menggunakan
eXPhet – Mobile Lab Kit, para pelajar bersetuju bahawa eXPhet – Mobile Lab Kit sangat
menarik digunakan bagi membantu pelajar memahami konsep Fizik secara hands on (Rujuk
Lampiran 2). Peningkatan pemahaman pelajar terhadap konsep Fizik akan membantu pelajar
menyelesaikan masalah Fizik termasuklah soalan peperiksaan. Secara tidak langsung
prestasi pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan.

b) Peningkatan Kemahiran Kognitif Dan Psikomotor
eXPhet – Mobile Lab Kit melibatkan proses pencarian fakta, punca masalah, idea dan
penyelesaian masalah yang semuanya melibatkan proses perancangan perkembangan
kognitif pelajar. Hal ini mendorong pelajar untuk menggunakan minda secara kreatif untuk
membantu proses pembelajaran seperti mengaplikasi konsep, prinsip dan teori yang telah
dipelajari dan juga menemukan perspektif baru dalam penyelesaian masalah. Selain itu,
kemahiran psikomotor pelajar dapat ditingkatkan melalui aktiviti hands on. Oleh itu, secara
tidak langsung aspek gaya model pembelajaran Visual Audio Kinestetik (VAK) dan perbezaan
latar belakang pelajar dengan kepelbagaian kaedah PAK-21 dapat diaplikasikan.

c) Peningkatan Minat, Keseronokan Dan Kemahiran Sosial
eXPhet – Mobile Lab Kit dapat membangkitkan minat dan keseronokan pelajar semasa proses
PdP sekaligus menyebabkan pelajar menjadi lebih fokus dan memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap pengajaran yang diajar. Sehubungan itu, pelajar akan lebih mudah dan
cepat memahami konsep Fizik yang dipelajari. Di samping itu, eXPhet – Mobile Lab Kit dapat
membina kemahiran sosial pelajar seperti kepimpinan, kemahiran interaksi dan kemahiran
komunikasi yang baik. Suasana pembelajaran yang ceria dan tidak membosankan akan
membantu para pelajar memotivasikan diri dan mendorong ke arah proses pembelajaran
sepanjang hayat.

d) Peningkatan Kemampuan Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
eXPhet – Mobile Lab Kit dapat meningkatkan kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif
kerana pelajar melalui proses pembelajaran pada aras Taksanomi Bloom yang tinggi seperti
mengaplikasi, menganalisis dan menilai. Selain itu, eXPhet – Mobile Lab Kit mencipta
persekitaran pembelajaran PAK-21 yang mempersiapkan pelajar ke arah Revolusi Industri 4.0
(Rujuk Lampiran A).

12

eXPhet – Mobile Lab Kit ELEMEN 4C

e) Keberhasilan Murid Dimaksimumkan

eXPhet – Mobile Lab Kit dalam PdP dapat
memenuhi anjakan ke-10 yang terdapat di
dalam PPPM. Matlamat yang ingin dicapai
dalam transformasi pendidikan ialah dengan
memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit yang telah diperuntukan oleh
kerajaan. Kemahiran dan pengetahuan dapat
dikembangkan dalam diri para pelajar seiring
dengan kemahiran abad ke-21 dan elemen
4C yang terdapat dalam Revolusi Industri
4.0.

4.1.2 Outcome pensyarah

a) Penambahan Pengetahuan Yang Pelbagai

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad ke-21, seorang pendidik perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang. eXPhet –
Mobile Lab Kit adalah hasil buah fikiran ahli kumpulan KIK Expertly yang terdiri daripada
pensyarah Fizik Kolej Matrikulasi Kedah. Pembinaan inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit yang
menggunakan microcontroller dan microprocessor Raspberry sebagai rekabentuk utama
menyebabkan para pensyarah perlu mempunyai pengetahuan yang pelbagai iaitu
merangkumi aspek teknologi, inovasi, penyelesaian masalah, komunikasi, koloborasi dan
rekacipta. Amat penting bagi para pendidik untuk menguasai ilmu yang pelbagai untuk
menjadikan diri mereka releven dan seiring dengan proses modenisasi dunia.

b) Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti

Proses PdP menjadi lebih berkualiti, menarik dan berkesan kerana penggunaan eXPhet –
Mobile Lab Kit merangsang dan memupuk kemahiran berfikir para pelajar pada aras tinggi
(KBAT). Pembelajaran menjadi lebih berkualiti dan mampu mencapai objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan. Ternyata penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit dapat membantu
pensyarah mendapatkan PdP yang berkualiti.

c) Pensyarah Lebih Kreatif dan Inovatif

Penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit dapat menjadikan pensyarah lebih kreatif dan inovatif
kerana mengadaptasi inovasi dalam pedagogi PdP. eXPhet – Mobile Lab Kit dapat digunakan
dengan pelbagai kaedah mengikut idea dan kreativiti pensyarah disesuaikan dengan tajuk,
objektif PdP, persekitaran dan kebolehan pelajar bagi memaksimumkan keberhasilan pelajar.
Proses penghasilan eXPhet – Mobile Lab Kit sendiri memerlukan para pensyarah menjadi
individu yang kreatif dan inovatif kerana belum ada produk pendidikan seumpamanya di
pasaran. Para pensyarah perlu kreatif dalam merekabentuk dan membangunkan komponen-
komponen penting eXPhet – Mobile Lab Kit ini bukan sekadar perkakasan (hardware) sahaja
tetapi merangkumi perisian (software).

13

eXPhet – Mobile Lab Kit

d) Peningkatan Pengetahuan, Penguasaan dan Kemahiran Professional

Penggunaan eXPhet dapat meningkatkan pengetahuan, penguasaan dan kemahiran
professional pensyarah dengan cara mempelbagaikan pedagogi pengajaran di dalam kelas.
Peningkatan penguasaan pensyarah dalam tajuk yang diajar menyebabkan pelajar lebih
memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah dengan lebih baik serta meningkatkan
pencapaian pelajar dalam akademik mengikut KPI yang telah ditetapkan.

4.1.3 Faedah Sampingan (Luar Jangka)

a) Peningkatan Prestasi dan Nama Baik Jabatan

Prestasi dan nama baik jabatan dapat ditingkatkan di kalangan penyelidik institusi pengajian
tinggi, pegawai pendidikan, guru, pelajar dan masyarakat awam melalui pelbagai
penganugerahan kepada eXPhet – Mobile Lab Kit dalam kovensyen, pertandingan dan
pameran inovasi di pelbagai peringkat terutamanya peringkat kebangsaan. Seterusnya,
meningkatkan kepercayaan masyarakat luar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di
Kolej Matrikulasi Kedah sekaligus menarik pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
untuk menyambung pelajaran dalam program matrikulasi yang dikendalikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

b) Pengurangan Kes-Kes Disiplin

Kes-kes disiplin seperti ketidakhadiran dan masalah ponteng dalam kalangan pelajar dapat
dikurangkan kerana pelajar sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk hadir ke sesi PdP.
Perkara ini jelas membuktikan bahawa inovasi dalam eXPhet – Mobile Lab Kit membantu
meningkatkan minat dan semangat para pelajar untuk belajar.

c) Peningkatan Dalam Kemahiran Analisis Pelajar

Selaras dengan dasar pendidikan pada hari ini yang bertujuan untuk melengkapkan individu
dengan kemahiran abad ke-21, kemahiran analisis adalah salah satu kemahiran abad ke-21
yang diperlukan oleh para pelajar untuk mempersiapkan diri menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks di alam pekerjaan nanti. eXPhet – Mobile Lab Kit terbukti mampu membantu
meningkatkan kemahiran analisis pelajar kerana ianya dilengkapi dengan paparan keputusan
eksperimen berpandukan graf real time. Oleh itu, pelajar dapat menganalisa data yang
dipaparkan dengan lebih cepat dan tepat.

d) Pembangunan Diri Yang Positif

Kemahiran dan elemen penting pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0 yang
diterapkan dalam eXPhet – Mobile Lab Kit membantu pembangunan diri pelajar yang lebih
positif. Hal ini membolehkan pelajar membina imej peribadi yang cemerlang seperti keyakinan
diri dan berdisiplin sebagai persediaan ke universiti. Pembangunan diri yang positif ini
menjadikan pelajar aktif melibatkan diri dalam ko-kurikulum serta menjalani aktiviti berfaedah
yang berkesan dan bermanfaat untuk semua.

14

eXPhet – Mobile Lab Kit

e) Penghasilan Modal Insan Berkemahiran Tinggi
eXPhet – Mobile Lab Kit mampu membentuk kematangan peribadi pelajar dalam kemahiran
sosial bagi membekalkan diri dengan alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran
berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran analisis serta kebolehan
menyelesaikan masalah dengan berkualiti, cepat dan tepat. Kebolehan ini akan dilestarikan
apabila pelajar masuk ke alam pekerjaan kerana realitinya pelajar akan berdepan dengan
masalah pekerjaan yang lebih kompleks dan memerlukan penyelesaian secara efektif bagi
memenuhi kehendak majikan.

f) Peningkatan Profesionalisma Pensyarah
Motivasi para pensyarah dapat ditingkatkan untuk sentiasa mencari idea bagi menghasilkan
inovasi baru dalam menyelesaikan masalah pembelajaran. Usaha ini secara tidak langsung
meningkatkan penghasilan kertas kajian dan RnD dalam kalangan pensyarah yang
kemudiannya digunakan untuk menyertai konvensyen, pertandingan inovasi, KIK, PLC dan
RnD di semua peringkat termasuklah antarabangsa. Kesemua ini akan membantu
meningkatkan mutu dan kualiti profesion pendidikan yang mengharumkan nama jabatan,
kementerian dan Malaysia.

g) Pupuk Kesedaran Sebagai Smart Citizen
eXPhet – Mobile Lab Kit juga bertujuan memupuk kesedaran individu sebagai smart citizen
yang mengaplikasi eksperimen secara do-it-yourself menggunakan raspberry yang
merupakan microcontroller pelbagai fungsi. Seterusnya, eXPhet – Mobile Lab Kit
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat seiring dengan era modenisasi.

h) Panduan guru dan pelajar sekolah menengah rendah
eXPhet – Mobile Lab Kit dihasilkan sebagai satu panduan kepada guru dan pelajar sekolah
menengah untuk projek Reka Bentuk dan Teknologi dan subjek Asas Sains Komputer yang
memerlukan pelajar mencipta inovasi berasaskan software. Kumpulan inovasi dari unit Fizik
Kolej Matrikulasi Kedah boleh menganjurkan bengkel bagi memperkenalkan penggunaan
microcontroller Rasberry sebagai sokongan menghasilkan modal insan yang mempunyai
kemahiran teknologi tinggi sebagai asas kemajuan negara mencapai aspirasi taraf negara
maju.

4.2 Impak dan Pembuktian
eXPhet – Mobile Lab Kit memberikan impak yang besar dalam memperkasa kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat kerana ia telah menghasilkan sumber manusia yang kompeten dan
holistik dari semua segi termasuklah intelek, jasmani, rohani dan emosi.

15

eXPhet – Mobile Lab Kit

4.2.1 Penilaian Impak dan Pembuktian

a) Pendokong Dasar-Dasar Agenda Negara

eXPhet – Mobile Lab Kit menyumbang kesan yang besar kepada jabatan dan negara kerana
eXPhet – Mobile Lab Kit secara dasarnya mendokong dasar-dasar agenda nasional negara
seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dan Dasar Sains,
Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN 2013-2020). Penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit
akan lebih bertambah seiring dengan dasar-dasar nasional negara apabila eXPhet – Mobile
Lab Kit disebarluaskan ke seluruh institusi pendidikan di Malaysia.

b) Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Pensyarah

eXPhet – Mobile Lab Kit meningkatkan produktiviti dan kualiti pensyarah terhadap proses PdP
bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif serta berkemahiran
menyelesaikan masalah dengan efektif dan efisien. Pensyarah juga berkeupayaan untuk
mencipta inovasi yang baru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti PdP
pensyarah agar terus maju berhadapan dengan dunia pendidikan yang sering berubah
mengikut peredaran masa.

c) Penghasilan Pembelajaran Yang Optimum

eXPhet – Mobile Lab Kit dapat menjadi perangsang dan pencetus yang mempengaruhi corak
pembelajaran harian pelajar yang optimum. Hal ini kerana eXPhet – Mobile Lab Kit
mewujudkan hasil eksperimen dengan lebih cepat dan tepat berbanding kaedah melakarkan
graf secara konvensional (Rujuk Lampiran 2). Selain itu, ujian keberkesanan eksperimen
menggunakan eXPhet – Mobile Lab Kit menyatakan bahawa eXPhet sangat menarik untuk
dijadikan sebagai mobile learning kit iaitu alternatif kepada eksperimen dalam makmal (Rujuk
Lampiran 2). Seterusnya, eXPhet – Mobile Lab Kit membantu menghasilkan pelajar yang
kreatif, kompeten dan rasional. Hal ini mendorong kepada penghasilan pelajar yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat meningkatkan kualiti pencapaian
pada standard yang diinginkan.

d) Penghasilan Sumber Modal Insan Untuk Memenuhi Kehendak Majikan

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka akan menawarkan 3.3 juta pekerjaan baharu
dan 70 peratus daripadanya adalah berasaskan kemahiran tinggi menjelang tahun 2020. ETP
ini memerlukan sokongan daripada modal insan yang berkemahiran tinggi. Oleh itu, eXPhet –
Mobile Lab Kit digunakan untuk menggalakkan pelajar menjadi kreatif dan inovatif bagi
mengembangkan pemikiran seterusnya mempersiapkan mereka di dalam realiti dunia kerjaya
kelak. Pelajar seperti ini akan dapat memenuhi keperluan dan kehendak majikan. Oleh itu,
eXPhet – Mobile Lab Kit dicipta supaya perkembangan asas pengetahuan (knowledge-based)
dan penjanaan kreativiti (creativity driven) pelajar berlaku bagi membolehkan sesuatu
organisasi menghasilkan inovasi yang sekaligus memberi nilai tambah kepada produk dan
perkhidmatan.

16

eXPhet – Mobile Lab Kit

4.2.2 Faedah Sampingan (Luar Jangka)
a) Peningkatan Kecekapan dan Fungsi Jabatan
eXPhet – Mobile Lab Kit dihasilkan untuk meningkatkan kecekapan dan pengurusan PdP
dengan mengurangkan pembaziran, meningkatkan produktiviti dan tahap profesionalisma
pegawai terutamanya dalam kalangan pensyarah.

b) Penyumbang Penghasilan Masyarakat Minda Kelas Pertama
eXPhet – Mobile Lab Kit antaranya bertujuan melahirkan smart citizen supaya pembelajaran
sepanjang hayat berlaku dan menerapkan elemen pengatucaraan komputer dalam
menyelesaikan masalah. Seterusnya, hal ini memdokong dasar Government Transformation
Programme (GTP) untuk menyumbang kepada penghasilan masyarakat minda kelas pertama
seiring dengan peningkatan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia.

c) Penyediaan Peluang Pekerjaan
Penghasilan eXPhet – Mobile Lab Kit dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada
pelbagai peringkat kerjaya. Penghasilan eXPhet – Mobile Lab Kit dapat memberikan peluang
pekerjaan kepada para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan dari segi
penambahbaikan produk serta pemasaran. Pemasaran produk yang tinggi pula dapat
menjana pendapatan pengusaha dan pekerja industri. Selain itu, penyediaan peluang
pekerjaan dapat mengurangkan masalah pengangguran sekaligus membantu meningkatkan
taraf sosioekonomi dan kualiti hidup sosial masyarakat.

d) Peningkatan Ekonomi Negara
eXPhet – Mobile Lab Kit menjana ekonomi negara dengan merangsang penghasilan produk-
produk pendidikan yang berkualiti dan boleh dipasarkan merentasi jabatan dan institusi bagi
kegunaan semua lapisan masyarakat dan peringkat umur untuk pasaran dalam dan luar
negara.

5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

5.1 Tahap Ketersediaan eXPhet – Mobile Lab Kit
Tahap ketersediaan eXPhet – Mobile Lab Kit bermula setelah mendapat kelulusan dan
kesahan daripada pihak pengurusan dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.
Seterusnya, eXPhet – Mobile Lab Kit mempunyai kebolehpasaran yang tinggi kerana silibus
yang digunakan di peringkat matrikulasi hampir sama dengan STPM. Maka dengan itu eXPhet
– Mobile Lab Kit boleh dipasarkan ke Kolej Tingkatan 6. Selain itu, produk ini juga sudah
semestinya boleh dipasarkan ke seluruh Kolej Matrikulasi yang terdapat di Malaysia.

17

eXPhet – Mobile Lab Kit

5.1.1 Tahap Ketersedian Penggunaan

Selain itu, eXPhet – Mobile Lab Kit mempunyani nilai komersil yang tinggi terutamanya dalam
biadang pendidikan. Hal ini kerana penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit dapat memberikan
banyak kemudahan dan kelebihan kepada pelajar dan tenaga pendidik. Antara kemudahan
dan kelebihan yang diberikan hasil daripada penggunaan eXPhet – Mobile Lab Kit adalah
penjimatan masa. Jadi pensyarah boleh menggunakan masa yang berlebihan untuk
mengukuhkan tahap pemahaman pelajar.

5.1.2 Tahap Ketersediaan Kebolehpasaran

Bagi tujuan Perlindungan Harta Intelek daripada segi hak cipta, kami telah mendaftarkan
rekabentuk eXPhet – Mobile Lab Kit dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPPO)
dengan kod pendaftaran LY2019001323 umtuk memelihara eXPhet – Mobile Lab Kit daripada
diciplak tanpa kebenaran, disalahgunakan dan dikomersilkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

5.2 Tahap Replikasi Atau Pengkomersilan

5.2.1 Penglibatan Exphet Dalam Pertandingan

Perbagai langkah telah dirangka bagi mempromosi kaedah terbaik untuk
memperkembangkankan kebolehgunaan dan kelestarian eXPhet – Mobile Lab Kit. Jadual di

bawah menunjukkan pertandingan dan pencapaian yang diperolehi sehingga terhasilnya
eXPhet – Mobile Lab Kit.

Tarikh Jenis Pertandingan Peringkat
Pencapaian

24-26 April 2018 INOVASI Gangsa
I-IDEA (Uitm Arau) (Antarabangsa)

16-17 Julai 2018 Id-BOS (IPDA) Emas
(Kebangsaan)

26-27 Mac 2019 I-SAIID (Uitm Merbok) Emas
(Antarabangsa)

Professional Learning Community (PLC)

5-7 Oktober 2018 Konvensyen Professional Learning Community Kebangsaan
29 April 2018 (PLC) 2018 Program Matrikulasi Kementerian Kolej
Pendidikan Malaysia di Hotel Jerai, Alor Setar,
Kedah
Konvensyen Professional Learning Community
(PLC) 2018 di Dewan Kuliah Besar 1, KMK,
Kedah

18

eXPhet – Mobile Lab Kit

5.2.2 Perkongsian Exphet Melalui Program ID
Unit Fizik KMK mengadakan Program ID pada setiap hari Rabu. Jesteru itu, produk eXPhet –
Mobile Lab Kit telah diperkenalkan kepada setiap pensyarah. Maklum balas daripada
pensyarah mengatakan bahawa produk ini sangat baik dan berkesan. Mereka juga
berpendapat bahawa produk ini akan membawa banyak kebaikan kepada para pelajar
terutama dari segi peningkatan tahap pemahaman pelajar.

5.2.3 Pengkomersilan Melalui Laman Web
Demi memastikan supaya produk eXPhet – Mobile Lab Kit dikenali ramai sehingga ke
peringkat antarabangsa, satu laman web telah dibangunkan iaitu beralamat di
www.phyvis.com.

5.2.4 Kolaborasi Dan Perkongsian Dengan Pihak Luar
Kumpulan KIK Expertly bersedia untuk memberikan taklimat berkaitan produk ini kepada pihak
luar yang berminat seperti pensyarah dan pelajar-pelajar seluruh kolej matrikulasi. Selain kolej
matrikulasi, kami juga bersedia untuk memperkenalkan produk ini kepada guru dan pelajar
sekolah di peringkat SPM dan STPM kerana silibus pembelajaran di peringkat ini mempunyai
perkaitan dengan inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit. Sehingga hari ini, telah banyak
perkongsian dengan pihak luar yang telah dijalankan iaitu perkongsian dengan warga pendidik
yang lain seperti pensyarah kolej matrikulasi, pensyarah universiti dan guru-guru di sekolah
melalui atas talian menggunakan medium WhatsApp. (Rujuk Lampiran 3). Diharapkan dengan
adanya kolaborasi ini memberi ruang kepada inovasi eXPhet – Mobile Lab Kit menjadi BBM
pilihan utama di institusi pengajian.

19

Keberkesanan Penggunaan
eXPhet dalam

Pembelajaran Amali Fizik
eXPhet- Experiment
Physics Education
Technology

Ketua Kumpulan Program dan
ASLINDAWATI ABDULLAH Rekabentuk
HUSSAINI ABD RAHMAN

Koordinator
KU HUSHAINI KU ARIS

Dokumentasi Penyebaran
ZURAIDA MUHAIYUDDIN Perkongsian Produk
ASDY HAKIM ARIF (Ketua)
(Ketua) SHAFAZRINA MUHAMAD
NASIHA SAKINAH
SHAKRI
AB.SHUKOR NORAZA WAHAB
SITI MUNIRAH MUHAMED

MOHAMAD FAIZUL
YUSOFF

Objektif

Membantu pelajar me

Fizik melalui aktiviti h

Membina pembelajara
kalangan pelajar.

Mewujudkan suasana
penyediaan pelajar ke

MembinUjaiansKaebteurkemsanoanbLeilseso

sebagapieanalmtbearhnbaaiktanivPdeP ke

emahami konsep

hands-on.

an kendiri di

a PAK 21 dalam
e arah RI 4.0.

eonlePlaanrsnebianggai Rleaflbekski uinttuk

epada amali Fizik





Kaedah Konv

vensional

eXPhet – Mo

obile Lab Kit

Penerangan

Satu alat yang Satu alat ya
dapat membantu boleh diguna
untuk tiga je
pelajar
mengendalikan eksperime
Potential Div
eksperimen
di luar Ohm’s La
kelas and Capaci

Produk

ang Satu alat e
akan yang boleh X
enis memaparkan P
en: keputusan h
vider, eksperimen e
aw berdasarkan graf t
itor. masa sebenar

Faedah Pro

1 Graf M
2 Mu
3 Cepa
4 Jim
5 Keputu

oduk

Masa Sebenar

udah alih
at & Mudah
mat Kos
usan Segera

No of Responden Keberkesan

17 17

SCORE 5 6 6
SCORE 4
1 2
17 17
6 6

Question N

nan eXPhet

17 18

66 5

3 4
17 18
6 5

Number

Keberhasil

1 3 KOMP

Keupayaan Input 2
Kepada Pelajar
Proses Pen
Oleh P

lan eXPhet

PONEN : 3

Output Penjimatan
Masa, Tenaga dan Kos
Pengurusan Jabatan.

nggunaan
Pelajar

Outcome d

eXPhet Outcome
1.Pelajar
2. Pengurusan
3. Pensyarah

dan Impak

Impak

1. Dasar Pendidikan Negara
2. Meningkatkan Produktiviti & Kualiti

Pensyarah
3. Mengoptimumkan Hasil Pembelajaran

4. Memenuhi keperluan majikan

Outcome d

Outco

Pelajar Peng

• a) Peningkatan Keputusan • Penjimatan
Peperiksaan Kos Penguru

• b) Peningkatan Kemahiran
Kognitif dan Psikomotor

• c) Peningkatan Minat,
Keseronokan dan Kemahiran
Sosial

• d) Peningkatan Kemampuan
Berfikir secara Kritis dan
Kreatif

• e) Keberhasilan Murid
Dimaksimumkan

dan Impak

ome : Pensyarah

gurusan • a) Penambahan Pengetahuan
yang Pelbagai
Masa, Tenaga dan
usan Jabatan. • b) Proses Pengajaran dan
Pembelajaran yang Berkualiti

• c) Pensyarah Lebih Kreatif
dan Inovatif

• d) Peningkatan Pengetahuan,
Penguasaan dan Kemahiran
Professional

Outcome d

Kriteria Sebelum 1
Penjimatan masa 2 jam seminggu
1
2 jam x 3 minggu =
= 6 jam

Bahan Bantu 1 set = RM1736 1
Mengajar (BBM)

RM 1736 x 10 set x 6 makmal R

= RM 104160 m

dan Impak

Selepas Faedah
15 minit seminggu Jimat 1 jam 45 minit
seminggu x 3 minggu
15 minit x 3 minggu
= 45 minit = 5 jam 15 minit
Penjimatan = 87.5 %

1 set = RM 53 Jimat RM 1683

RM 53 x 10 set x 6 RM 1683 x 10 set x 6 =
makmal = RM 3180 RM 100980 Penjimatan =
96.9 %

Outcome d

Bil Kriteria Agensi
1 Masa Meningkatkan kualiti
masa pertembungan face
2 Tenaga dan Tempat to face (f2f) dan
pengurusan PdPc.
3 Kewangan
Meningkatkan
penjimatan tenaga
pensyarah untuk
melaksanakan kelas
praktikal di mana-mana
dan pada bila-bila masa.

Penjimatan perbelanjaan
untuk pembelian Bahan
Bantu Mengajar (BBM)
yang berbeza dengan
kuantiti yang banyak.

dan Impak

Pelanggan
Masa face to face pelajar dijimatkan dan digunakan dengan lebih
efisyen untuk non-face to face (non f2f).
Penjimatan masa pensyarah membolehkan pensyarah membuat
persediaan dan (Research and Development) RnD untuk meningkatkan
kualiti PdPc.
Pensyarah boleh merancang untuk mengadakan pelbagai program
pembangunan pensyarah dan pelajar untuk topik-topik lain yang
memerlukan perhatian yang lebih teliti.

Pensyarah tidak perlu menggunakan terlalu banyak BBM yang berbeza
untuk menerangkan konsep dan eksperimen fizik yang berkaitan.

Keaslian Prod

Alat ini adalah hasil ciptaan a
daripada pensyarah Fizik seb
membantu pelajar KMK mem
berkenaan eksperimen Poten
Kapasitor.

Alat ini direkabentuk menggu
dan Microprocessor Raspberr
diprogramkan menggunakan
kumpulan.

duk

ahli kumpulan yang terdiri
bagai satu usaha untuk
mahami konsep Fizik
ntial Divider, Ohm’s Law dan

unakan Microcontroller
ry yang mana
n Phyton dan C++ oleh ahli

Potensi Pa

Ma

asaran

atrikulasi
STPM
SPM


Click to View FlipBook Version