The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmanazeq2, 2021-10-27 21:14:47

PERANCANGAN DAN DASAR EKONOMI NEGARA MALAYSIA

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

RANCANGAN DAN DASAR EKONOMI NEGARA MALAYSIA

LUQMAN AZEQ BIN ARIF 16DET20F2003 G4
16DET20F2006 G4
MUHAMMAD DANIAL UWAIS BIN
NOOR AZREEN 16DET20F2011 G4

MUHAMMAD NAJMI BIN MOHD
SHIROZI

MUHAMMAD AMIN BIN HASAN

Pendahuluan

▪ Rancangan pembangunan lima tahun bermula pada tahun 1950 dan sehingga kini. Malaysia telah melaksanakan
sepuluh rancangan pembangunan lima tahun. Selepas dua atau tiga tahun, kerajaan akan menilai semula
rancangan pembangunan lima tahun (laporan separuh penggal) dan akan membuat pengubahsuaian sekiranya
perlu untuk menyesuaikannya dengan perubahan ekonomi dunia. Rancangan jangka panjang pula hanya bermula
di Malaysia pada tahun 1971. Rancangan jangka panjang akan disertai dengan teras dasar yang akan menjadi
sasaran perancangan pembangunan negara.Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan di bawah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) di bawah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (1991 -2000) dan seterusnya Dasar Wawasan Negara (DWN) di bawah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (2001 – 2010). Rancangan pembangunan wilayah untuk menghalakan perubahan
struktur wilayah yang lebih seimbang dan berdaya maju telah digabungkan ke dalam rancangan jangka panjang
negara. Perancangan – perancangan pembangunan ini kemudiannya diperincikan lagi dalam rancangan setiap
rancangan pembangunan lima tahun negara. Dari segi perancangan pembangunan, Malaysia telah mengamalkan
strategi perancangan pembangunan yang menyeluruh dengan menggabungan perancangan wilayah dan bandar
dalam perancangan pembangunan pada peringkat nasional.

▪ "Among the forms that the good management has taken is the use of regional and urban plans as building blocks
for construction of national economic development plans, form The Third Malaysia Plan onwards.Malaysia may
have the most completely integrated regional and nationaI plans in the world". (Higgins & Savoie, 1997)

Jadual Perancangan Nasional, Tahun Rancangan Pembangunan Lima
1950-2010 Tahun
1950 - 1955
Rancangan Pembangunan Jangka 1956 - 1960 Draf Rancangan Pembangunan Malaya
panjang/Dasar Nasional 1961 - 1965 Rancangan Melaya Pertama
1966 - 1970 Rancangan Malaya Kedua
Dasar Ekonomi Baru 1971 - 1975
(1972 – 1990)(RPJP1) Rancangan Malaysia Pertama (RMP)
1976 - 1980 Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2)
Dasar Pembangunan Nasional 1981 - 1985
(1991 – 2000)(RPJP 2) 1986 - 1990 Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3)
Dasar Wawasan Negara 1991 - 1995 Rancangan Malaysia Keempat(RMKe-4)
(2001 – 2010)(RPJP 3) Rancangan Malaysia Kelima(RMKe-5)
1996 - 2000
2001 - 2005 Rancangan Malaysia Keenam
(RMKe-6)
2006 - 2010
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7)
Rancangan Malaysia Kelapan
(RMKe-8)

Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMKe-9)

Sumber:Asan,2002;2004

▪ -Asan Ali, Golam Hassan. (2004). Growth, structural change and regional inequality in Malaysia. Aldershot:
Ashgate Publishing Ltd, England

▪ -Asan Ali, Golam Hassan. (2002). Regional planning in Malaysia. Habitat Malaysia, Human Settlements
Journal of Malaysia. Federal Department of Town and Country Planning Peninsular Malaysia. Issue No.6
dec.2002.

▪ -Higgins, B., & Savoie. DJ. (1 997). Regional development theories & their application. New Brunswick:
Transaction Publication.

▪ -Malaysia (1971). Rancangan Malaysia Kedua, 1971 -1975. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
▪ -Malaysia (1976). Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
▪ -Malaysia (1981). Rancangan Malaysia Keempat, 1980-1 985. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
▪ -Malaysia (1986). Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1 990. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
▪ -Malaysia (1991 a). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, I991-2000. Kuala Lumpur: Percetakan

Nasional.
▪ -Malaysia (1991 b). Rancangan Malaysia Keenam, 1991 - 1995. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

▪ -Malaysia ( 1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

▪ -Malaysia (2001 a). Rancangan Malaysia Kelapan. 2001 -2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

▪ -Malaysia (2001 b). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001 -2010. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional.

▪ -Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

▪ -Shri Devi, Applanaidu., & Asan Ali, Golam Hassan. (2004). Perancangan perubahan struktur wilayah. Dlm.
Asan Ali, Golarn Hassan. Prognosis pembangunan dan transformasi struktur: Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

DASAR EKONOMI BARU

▪ Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan
negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi
yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang
penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain
maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca
daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

1.RANCANGAN-RANCANGAN DASAR EKONOMI BARU

▪ Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata.

▪ Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

▪ Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

▪ Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar
bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati
bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia
berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan
tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada
di kawasan luar bandar.

▪ Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan
dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air
dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan
miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja,
biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak
serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.Laporan Rancangan
Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada
tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

▪ Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan
telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan
pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa
program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan,
pembinaan,pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang
kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang.

▪ Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya
mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

▪ Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum
Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-
kaum lain.

▪ Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan
Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau
kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

▪ Dirasmikan pada 17 Jun 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-4,
Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) memberikan tumpuan kepada pencapaian pembangunan
yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta
mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara masyarakat.

▪ Dasar ini berada di bawah menjadi DPN adalah fasa pertama Wawasan
2020 dan sebahagian besar daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) untuk tempoh tahun 1991-2000. DPN menjadi lambang
permulaan satu lagi era baru untuk membolehkan Malaysia memegang
status negara maju menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

▪ DPN memberi fokus dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu
demi memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik. Sehubungan
itu, ia juga bertujuan untuk mengekalkan pembangunan ekonomi yang
berterusan.

▪ DPN juga telah menetapkan satu usaha yang membolehkan Malaysia
mencapai taraf sebuah negara yang maju dari semua aspek seperti
keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

STRATEGI PELAKSANAAN

▪ (a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

▪ (b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.

▪ (c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi
dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

▪ (d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar.

▪ (e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

▪ (f) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin
dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan
matlamat penyusunan semula masyarakat.

▪ (g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan
kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya

sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang

moden.

▪ (h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang
sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.

3. DASAR WAWASAN NEGARA
(DWN)

▪ Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah fasa kedua dalam Wawasan 2020.
DWN merupakan hasil gabungan kedua-dua dasar yang sebelumnya, iaitu
Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

▪ Dasar ini menjadi sebahagian dari Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-
8) yang juga terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3
(RRJP3) untuk penggal 2001-2010.

▪ DWN memainkan peranan dalam menentukan arah pembangunan negara
dalam dekad pertama pada abad ke-21.

OBJEKTIF

▪ DWN bermatlamat untuk mencapai perpaduan nasional dan pada masa
yang sama, ia masih mengekalkan objektif membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan juga pembangunan
yang seimbang.

▪ Ia juga menyediakan hala tuju kepada Malaysia dalam usaha menjadi
negara maju menjelang 2020.

STRATEGI PELAKSANAAN

▪ (a) Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai
positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

▪ (b) Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan
etnik serta wilayah.

▪ (c) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan
sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi
makro.

▪ (d) Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi.

▪ (e) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu
langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor
ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat.

▪ (f) Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan
tenaga kerja yangcekap, produktif dan berpengetahuan.

▪ (g) Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk
meneguhkan pertumbuhanjangka panjang.

4. MODEL BARU EKONOMI (MBE)

▪ Fasa ketiga Wawasan 2020 dinamakan sebagai Model Baru Ekonomi
(MBE). Ia dilancarkan pada tahun 2010 dan merangkumi tempoh masa
2011 hingga 2020.

▪ MBE juga merupakan pemangkin dalam menjana potensi pertumbuhan
negara.

▪ MBE merangkumi empat tonggak transformasi negara di bawah
gagasan “1Malaysia (Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan)” iaitu Program Transformasi Kerajaan; Program
Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program
Transformasi Luar Bandar.

OBJEKTIF

▪ Model Baru Ekonomi akan menjadi pemacu Malaysia dalam usaha menuju ke arah
menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan juga
menjadi petunjuk pentadbiran dan pengukur pencapaian kerajaan.

STRATEGI PELAKSANAAN

▪ (a) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.
▪ (b) Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan

kepada pekerja asing.
▪ (c) Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
▪ (d) Memperkukuhkan sektor awam.
▪ (e) Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.
▪ (f) Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.
▪ (g) Meningkatkan sumber pertumbuhan.
▪ (h) Memastikan pertumbuhan yang mapan.

SUMBER RUJUKAN

▪ Dasar-Dasar Ekonomi Di Malaysia - #toodiadotmy
▪ TUGASAN PELAJAR: Dasar-Dasar Ekonomi Malaysia (tugasanpelajarpengurusan.blogspot.com)


Click to View FlipBook Version