DIISDIXKIOANXNDUONIGANAN INAN
EDISI 67 2020
visi, misi dan lagu sekolah
galeri sejarah
panoramtaamsanekhoelrabha
sekapur sirih
seuntai kata
sidang redaksi
barisan penggerak
SMK Tinggi Port Dickson
sekalung budi
anugerah perkhidmatan cemerlang
senarai pelajar cemerlang
PT3,SPM,STPM
nostalgia sekolah
kenangan sepanjang 2020
laporan kokurikulum
kelab & persatuan
unit beruniform
album kelas
alumni 2021
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Lagu Sekolah
Mari kita bersama
Bersatu seiring jalan
Dengan ilmu di dada
Jayakan wawasan
Janji kami pada ibu
Jadi anak yang direstu
Janji kami pada guru
Jadi pelajar yang maju
Kami pelajar penuh tekad
Usaha wajah penuh kudrat
Niat kami kian hebat
Tempa nama dalam masyarakat
Gagah di bidang sukan
Gigih dalam pelajaran
Hasrat yang kami idamkan
Menjadi pelajar cemerlang
Kini ku siap sedia
Mencurah bakti setia
Kan ku sematkan di sudut hati
Ku julang STPD
Ku julang STPD
G SSEEKKOITALARHPOTINRTGDGIICPKOSROTNDDICAKNSON
A
L 1950
E
R 1930 1980 an
I
S ”While we read history,
E we make history”
J
A
R
A
H
Sumber : Pelbagai (Penghargaan kepada penyumbang gambar)
EDISI
67
KHAS
TEKS UCAPAN
RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN
“PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID
BUKAN KELAS PEPERIKSAAN AWAM”
1 JULAI 2020
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersama-sama saya pada petang ini adalah kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pembukaan Semula Sekolah untuk Murid Kelas Peperiksaan dan Prasekolah/Tadika/Tabika
Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dan kita semua tidak pernah lalui situasi Kita
dapat lihat seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19. Tidak terkecuali negara kita.
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada sektor pendidikan.
Sekolah terpaksa ditutup selama hampir 4 bulan di mana seramai lebih 5.7 juta orang murid
tidak dapat hadir ke sekolah.
Dalam usaha memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau kaedah lain yang
bersesuaian telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Terima kasih kepada guru atas
kesungguhan melaksanakan tanggungjawab dan juga ibu bapa yang sentiasa memberi
sokongan kepada anak-anak mereka dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Kita semua telah berusaha melakukan yang terbaik walaupun terdapat pelbagai kekangan.
Namun, kami sedar terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam
talian. Kaedah Home-Based Learning adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru,
murid dan ibu bapa. Selain itu, ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti
pembelajaran secara dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad. Ini
menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Home-Based
Learning agak terhad jika dibandingkan dengan kaedah secara bersemuka.
Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap
penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan memberi kesan
kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
YANG DI PERTUA PIBG
SMK TINGGI PORT DICKSON
ENCIK ISHAK BIN ZAINAL
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menerbitkan
majalah sekolah edisi khas 2020. Terima kasih diucapkan kepada sidang redaksi Dixonian
2020 kerana memberikan peluang kepada saya untuk menitipkan kata-kata di dalam
Dixonian Edisi Khas 2020
Covid 19 yang menyerang dunia telah memaksa kita menjalani kehidupan dengan norma
baharu. Sekolah ditutup dan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum dijalankan secara
dalam talian. Pelbagai kekangan dihadapi dalam kalangan guru dan juga pelajar-pelajar
dalam usaha untuk meneruskan proses pendidikan.Walau apapun halangan yang dihadapi,
dengan kerjasama pihak pengurusan dan ajk majalah sekolah, Dixonian Edisi Khas 2020
tetap diteruskan. Matlamatnya adalah untuk memastikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan
Tingkatan 6 mempunyai sesuatu untuk dijadikan kenangan setelah meninggalkan dunia
persekolahan di SMK Tinggi Port Dickson
Pembelajaran secara dalam talian menjadikan tugas guru-guru semakin mencabar. Usaha
tetap dilakukan asalkan anak didik tetap memperoleh ilmu. Tahniah diucapkan kepada
guru-guru atas komitment anda. Semoga anak-anak didik akan memperoleh kecemerlangan
kelak.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang saling bekerjasama untuk
meningkatkanprestasi SMK Tinggi Port Dickson.
Sekian. Terima kasih.
ABDUL WAHID BIN ABDUL GHANI, PJK
PENGETUA
SMK TINGGI PORT DICKSON
(MEI 2018 - JANUARI 2021)
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pada tahun ini sekali lagi saya
diberikan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum
meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
ahli sidang redaksi Majalah Dixonian Edisi Khas 67/2020 kerana telah berjaya menerbitkan
majalah digital ini.
Warga SMK Tinggi Port Dickson yang dikasihi, bersesuaian dengan situasi hari, kita berdepan
dengan pendemik Covid 19, kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam
kehidupan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti kurikulum dan
kokurikulum terganggu. Walaubagaimana pun PDP dapat dijalankan melalui applikasi
dalam talian . Alhamdulillah pelajar-pelajar masih lagi berpeluang mengikuti pembelajaran
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Dalam menghadapi saat-saat getir ini, pemuafakatan yang padu antara pihak sekolah dan
ibu bapa, merupakan tunjang penting untuk membolehkan kita mengharungi cabaran masa
kini. Ibu bapa dan murid-murid perlu sentiasa peka dengan situasi semasa untukmenjadi
murid yang berpengetahuan dan berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan
wawasan negara.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada barisan guru kerana berjaya memimpin anak-anak
murid ke arah kejayaan dalam keadaan mencabar ini. Semoga cabaran Covid 19 ini
menjadikan warga SMK Tinggi Port Dickson semakin cemerlang dari segala aspek dalam
mendepani cabaran masa kini.
Saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk
melaksanakan tugas serta tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas,
iltizam dan komitmen yang tinggi. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. - Amin
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Hubungan murid dengan sekolah juga akan terkesan kerana mereka telah terasing dari
suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang. Kami yakin, murid, ibu bapa dan
guru menyedari betapa perlunya sekolah dibuka semula bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.
Susulan itu, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN), sekolah telah dibuka semula untuk murid kelas peperiksaan
awam pada 24 Jun 2020 yang Hari ini, genap seminggu murid Tingkatan 5 dan 6 kembali ke
sekolah dengan kehadiran yang memberangsangkan. Sejak sekolah dibuka, purata
kehadiran murid di seluruh negara adalah 92.4%.
Hari ini juga merupakan hari pertama murid prasekolah, tabika dan tadika kerajaan serta
swasta kembali ke sekolah. Alhamdulillah, anak-anak kita ini dapat kembali belajar secara
bersemuka dengan kebiasaan baharu di sekolah.
Dari segi pemantauan, kami dapati semua sekolah mematuhi garis panduan. Guru dan murid
nampaknya begitu teruja dan bersemangat ke sekolah. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) turut memberi dokongan dan
bantuan kepada pihak sekolah.
Bagi memantau kesiapsiagaan sekolah, KPM telah menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan
Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) di peringkat Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kami sentiasa memberi keutamaan kepada
kesihatan dan keselamatan murid, guru dan warga sekolah sepanjang mereka berada di
sekolah.Di samping itu, Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah telah beroperasi mulai 17
Jun 2020. Petugas di bilik gerakan ini akan memberi penjelasan ke atas sebarang persoalan
berkaitan pembukaan semula.Pada 10 Jun 2020, kami memaklumkan bahawa pembukaan
semula sekolah bagi murid selain daripada kelas peperiksaan awam akan dilaksanakan
secara berperingkat, berdasarkan nasihat KKM dan MKN.
Saudara saudari,
Tahun 2020 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi KPM. Pandemik COVID-19
merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh yang demikian,
penyelesaian untuk isu yang timbul sepanjang tempoh ini tentunya memerlukan pendekatan
dan kaedah yang luar dari kebiasaan.
Sebagai contoh, meminda takwim persekolahan tahun 2020 merupakan satu cabaran yang
amat besar bagi KPM. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Selama ini
takwim persekolahan setiap tahun hampir sama coraknya. Namun tahun ini, keadaannya
cukup berbeza.
Sepertimana saya jelaskan pada awal tadi, KPM mendapati pengajaran dan pembelajaran
murid secara dalam talian dan secara Home-Based Learning adalah kurang berkesan
berbanding secara bersemuka.
Dalam membuat keputusan yang kompleks sebegini, kami perlu merancang dengan teliti.
Kami mesti melihat secara menyeluruh dalam jangka masa sederhana dan jangka masa
panjang. Perancangan yang dibuat tidak boleh hanya tertumpu untuk tahun ini sahaja. Ini
kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam
tempoh yang singkat. Apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan murid mempunyai
tempoh pembelajaran yang mencukupi sebagai persediaan untuk tahun berikutnya.
Memandangkan peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama
Januari 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek
logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi
persekolahan tahun 2021 bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan
Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.
Ibu bapa, guru dan murid yang dikasihi,
Kami memohon jasa baik semua untuk sama-sama bekerjasama dengan KPM bagi memastikan
pembukaan semula sekolah bagi semua murid akan dapat berjalan dengan lancar dan
anak-anak kita dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat.
Percayalah, kami di KPM akan terus berikhtiar bersungguh- sungguh dalam menjalankan
amanah yang diberikan kepada kami untuk memastikan generasi masa depan negara
mendapat pendidikan yang terbaik. Setiap keputusan yang dibuat adalah bertunjangkan
kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa
bagi memastikan usaha untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Sekian, terima kasih.
TEKS UCAPAN
KETUA PEMIMPIN PELAJAR
Salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi SMKTPD 2020
kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai Ketua
Pemimpin Pelajar Lelaki SMKTPD 2019/2020 dalam majalah Dixonian 2020.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang telah
mengamanahkan saya sebagai Ketua Pemimpin Pelajar Lelaki di sekolah ini.Selain itu, saya amat
bersyukur kerana guru-guru penasihat pemimpin pelajar terutamanya Puan Neesha dan Puan Ruby
telah banyak membantu saya dan member tunjuk ajar kepada saya sepanjang tahun ini.
Sepanjang memegang jawatan tersebut, saya telah banyak menimba pengalaman dan telah banyak
meninggalkan kenangan-kenangan pahit dan manis dalam kehidupan harian saya. Sehubungan dengan
itu,hal ini telah menjadikan cara ber kiran saya lebih matang dan sifat kepemimpinan saya juga diting-
katkan secara tidak langsungnya.
Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada lembaga pemimpin pelajar 2019/2020 yang telah
memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya semasa menjalankan tugas masing-masing.
Namun begitu, saya berharap agar kalian akan teruskan usaha kalian kerana saya mendapati kalian
masih mempunyai ruang peningkatan yang besar.
Tambahan lagi, saya berasa bangga sebagai seorang pelajar SMKTPD kerana sekolah ini telah mewujud-
kan ramai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik malahan cemerlang dalam aspek
kokurikulum. Saya berharap agar SMKTPD akan sentiasa cemerlang dari semua aspek.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menyusun memohon maaf kepada seluruh warga SMKTPD
sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa saya memegang jawatan ini.
Sekian, terima kasih.
Pn Roslizam Bt Said Pn Siti Nor Hashima Pn Adibah Bt Mansur
Bt Husin
Pn Rumini Bt Khamis Najwa Alia bt Azman Nur Atikah binti Azhari Nur Anis Zulaikha Binti
(Ketua) (AJK F6) (AJK F6) Mohamad Robaie (AJK F6)
Durrah Fatimah Muhamad Danial Ammar Aiman B Zamri Aleya Maisarah
Bt Noor Azam B Rizkan Shah Bt Mohamad Amin
Nurul Atirah Roziana Halimul Hakim
Bt Roslan B Mohd Raziff
BARISAN PENTADBIR
Sumber 2019
Duduk dari kiri: Puan Farrah Edayu, Puan Nor Akmal, Puan Vasanthi, Puan Nazihah (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional), Puan Salawati (Ketua Bidang Kemanusiaan), Puan Rohayah (Ketua Bidang
Sains dan Matematik), Puan Ropiah (Ketua Bidang Bahasa), Puan Fauziah (Penolong Kanan Pentadbiran) , Encik Abdul Wahid (Pengetua), Encik Sobri (Penolong Kanan Tingkatan 6), Encik Avadayan
(Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Tingkatan 6), Puan Badariah (Ketua Unit Kurikulum Tingkatan 6), Puan Jahara (Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6), Datin Teng Chooi Wah, Puan Samundeeswari, Puan
Normah, Puan Haema Malini. Berdiri barisan kedua (kiri): Puan Usharani, Puan Rathna, Cik Soo Mei Yin, Puan Hazleen, Puan Rohhannie, Puan R. Rosilawati, Puan New Poh Pua, Puan Tee Kim Huat,
Cik Norwahidah, Puan Masturah, Puan Maznitah, Puan Norhasny, Puan Shguftah Praveen Ruby, Puan Nor Ashwatulsyima, Puan Norlaila, Puan Roshidah, Puan Rumini, Puan Siti Zunaidah, Puan Siti Halina,
Puan Adibah, Puan Shahfinaz, Puan Sang Geetha, Puan Nor Zalifah. Berdiri barisan ketiga (kiri): Puan Roslizam, Puan Kalsom, Puan Kamisah, Puan Asmalihan Normaliza, Puan Wan Amy Affira, Puan
Neesha Devi, Puan Norfadila, Cik Suliyanie, Cik Wan Nur Aqilah, Puan Tan Suat Hee, Puan Norhaslizah, Puan Nurul Syuhadhah, Puan Hafisah, Puan Nurul Fasihah, Puan Nurazlina, Puan Norhayati,
Puan Nurul Nadia, Cik Nor Syafikah, Cik Hazimah, Puan Nur Hidayah. Berdiri barisan keempat (kiri): Cik Siti Noorhaliza, Puan Nurfariza, Puan Siau Hoi Yoong, Puan Najilla, Puan Sofwahtul Aufa,
Puan Rebiah, Puan Sivagami, Puan Nor Hanifah, Puan Sofwahtul Aufa, Puan Che Su, Puan Ratnapriya, Puan Kalaiselvi, Puan Vimala, Puan Tung Lee Peng, Puan Haslinda, Puan Norsaliza, Puan Saripah,
Puan Siow Mei San, Puan Munirah, Puan Balqis. Berdiri barisan kelima (kiri): Puan Nur Farhana, Puan Nor Azilah, Puan Wan Nor
Akmanirah, Puan Helfazatul Heizni, Puan Nurulakmal, Puan Jacqueline, Puan Leena, Puan Nor Azlinda, Cik Farah Asyikin, Cik Misbah
Hanim. Berdiri barisan keenam (kiri): Encik Yusuf Ibrahim, Encik Baharudin, Encik Mohamed Sany, Encik Mohd Imanuddin, Encik
Mohammad Rafidzi, Encik Lim Yew Yak, Encik Singaravadivelan, Encik Rajalingam Pillal, Encik S.Kuganeswaran, Encik Mohd Razi, Encik
Kelvin, Encik Lam Jet Yan, Encik Mohd Affendi, Encik Abu Hanifah Lim. Tiada dalam gambar: Encik Mohd Nazrie, Puan Nalini, PUan
Naomi Kiruba Abbarow, Puan Norromala, Puan Nuraini Kamilah, Puan Nurul Farahana, Puan Rathika, Puan Sakhti Priya, Puan Siti Adilah,
Puan Siti Salina, Puan Siti Zainab, Puan Sukaryati, Encik Suresh Kumar, Encik Tan Kain Huat, Encik Tuan Muhamad Nazri, Puan Uma
Mageswary, Puan Yuslaini, Puan Roslina.
STAF SOKONGAN
Sumber 2019
Duduk dari kiri: Puan Kumutha Gandhi, Puan Hafizah, Puan Hajah Rosmawati, Puan Fauziah (Penolong Kanan Pentadbiran), Encik
Abdul Wahid (Pengetua), Encik Sobri (Penolong Kanan Tingkatan 6), Puan Hadijah, Puan Noraidah, Encik Mohd Ashraf. Berdiri
barisan belakang (kiri): Puan Siti Aishah, Puan Sazalina, Puan Noorlida, Puan Siti Mariah, Encik Mustafa, Puan Nur Shahida, Puan
Zaliza, Puan Zuraya, Puan Sharriefah Norhafsah. Tiada dalam gambar: Puan Nabisa, Puan Noraziah.
PENGAWAS MENENGAH ATAS
Sumber 2019
PENGAWAS MENENGAH RENDAH
Sumber 2019
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sumber 2019
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Sumber 2019
KOPERATOR SEKOLAH
Sumber 2019
sumber 2019
BARISAN GURU TINGKATAN 6
GURU BIDANG BAHASA
PN.SITI HALINA HASHIM
GKMP BAHASA
Pn.Normah En. Tn.Muhd Nazri Pn.Kalsom Pn.Saripah Cik Suliyanie Pn.Leena Pn.Nirmala
En.Lim Yew Yak Pn.Najilla Pn. Sang Geetha Cik Naomi Pn.Nurul Cik Rathika Pn.Nurul Farahana
Syuhadhah
Pn.Samundeeswari Pn.Zaharini Pn.Munirah Cik Soo Mei Yin
GURU BIDANG KEMANUSIAAN
PN.R.ROSILAWATI AWANG
GKMP KEMANUSIAAN
Pn.Ratna En.Imanuddin Pn.Azlidah En.Mohd Rafidzi Pn.Norhasny En. Yusof En.Baharudin En.Singara
Pn.Nor Azilah Pn.Amy Affira Pn.Helfazatul Pn.Norazlinda Pn. New Poh Pua Pn.S.Nor Hashima Pn.Victoria
En.Abu Hanifah En.Mohd Affendi Pn.Nurulakmal Pn.Neesha Devi Pn.Sofwatul Aufa
Pn. Roslizam
GURU BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
PN.NAZIHAH A.WAHAB
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
Pn.Nur Farhana Pn.Rosmawati Pn.Norromala Pn.Norhayati Pn.Kalaiselvi Pn.Norhaslizah Pn.Maznita
Pn.Uma Mageswary En.Mohd Nazrie Pn.Nuraini Kamilah Pn.Kamisah Pn.Vimala
KAUNSELOR SEKOLAH
Pn.Siau Hoi Yoong Pn.Sivagamy
Pn.Sukaryati Pn.Nor Hanifah
naraSiePnealarajairPCeleamjaerlCaenmgePrlTan3g PT 3
naraSiePnealarajairPCeleamjaerlCaenmgeSrlPaMng SPM
SenaraiSPTePlaMja2r 0P1o9inter 3.0
KARYA KREATIF
2020
Teman
Kita merupakan hamba kerdil yang berada hamparan
waktu,
Memori yang terbina disaat kita saat menongkah alam
dewasa,
Ia penuh ranjau dan dugaan yang tidak terduga,
Lebih dari duapuluh empat purnama telah berlalu,
Meninggkalkan jejak-jejak memori kita bersama,
Kini menjelang usia dua puluh kita harus terpisah ,
Demi menghadap ranjau dunia fana yang tidak bernoktah,
Kini harus bergerak sendirian di bumi Tuhan,
Menjadikan memori sebagai teman,
Bagaikan filem yang berputar di pawagam,
Ia menggambar saat kita bersama,
Menjadi pengguat dikala duka,
Wahai teman di usia muda marilah kekal utuh bersam,
Menjadi pohon yang menjaga tanahnya bumi dengan akar
yang utuh, Kita harus turut menjadi kuat menghadapi
badai petaka,
Dan menjadi Badang menjaga hati dari terpesona dengan
nafsu seraka,
Wahai teman marilah menjadikan hidup kita sebuah satira
bermakna, Janganlah engkau menyerah kepada tsunami
budaya,
Ingatlah engkau bahawa Tuhan sentiasa bersama,
Wahai teman percayalah bahawa engkau merupakan
permata, Jadikanlah nasihat orang tuamu sebgai kompas
kehidupan, Sentiasalah engkau bermunajat kepada Tuhan,
Kerana hanya itulah sekuat-kuat pegangan
Karya:
Nur Shazwani Dayana binti P Muhomed Ibrahim
UMS
2021/03/12
Tuhan
Hamka berkarya memperisikan satira
penuh makna,
Yang sentiasa bermetafora akan
tamaknya manusia,
Ia juga turut mengintai rakusnya emosi
sang insan yang mendambakan kasih
sementara,
Dan dikala terlalu memuja
sang insan terleka akan kasih Yang-Esa,
Lalu tersedar dikala diusik sindiran Tuhan,
Menyebabkan emosi memakan tuan yang
tidak ada pengangan,
Lalu terkapai di persisiran lautan perasaan,
Menongkah kompas yang lama dilupakan,
Mencari bintang dan bulan di dalam
kegelapan,
Mencari pegangan yang dinamakan Tuhan,
Lalu kembalilah sang insan ke dasar
ingatan,
Mengingat kembali pesanan sang tua,
Sang tua yang dinamakan ibu bapa,
Bermulalah insan ini mengembara kembali
ke jalan agama,
Lantas bermunajatlah ke atas Yanag-Hakiki,
Dan mula sedar bahawa tuhanlah
yang sebenar-benarnaya teman.
Karya:
Nur Shazwani Dayana binti P Muhomed Ibrahim
UMS2
You
To learn yourself ,
To learn about loving yourself are by staying alive,
Be stronger,
Cause human were born to be strong,
I know we never got to see just the beautiful side of the world,
But don’t make the ugly side knocking you down,
Remember at the back of your head that this monster will laugh at you when you
defeated, Put on your strongest sheild on your heart,
Held your head high and be proud of whatever you are,
Remember that you are your own leader,
You own yourself,
Like the water that flow in the river,
They look soft yet they are strong,
That is the key to learn how to be yourself, learn yourself and love yourself,
You are a constellations of yourself and even your imperfections are beautiful,
Cause no human could be perfect,
You are the one that holding the key for being you and open the door of hope.
Art or Beauty
Art is a deception of an iluminating fantasy,
You could be everything that you imagine off,
But it’s only a midst of imagination that not real,
Just like a slight of dust on the old book,
Could be gone after you blew it off,
And just like your spec of fantasy of escapism that could
break, Because after all it all just apart of daydreaming
that for sure has an end, That is art or beauty just like
Aphrodite in the myth of Greek goddesses, Or it could be
chaos and mischief just like Dionysus.
Written by:
Nur Shazwani Dayana binti P Muhomed Ibrahim
UMS2
2021/03/12
Chloe Gan
3 BAIDURI
Hari pertama persekolahan 2/1/2020
Pertandingan Papan Kenyataan
20/1/2020
Perhimpunan pertama
kokurikulum 4/2/2020
Merentas desa peringkat
sekolah 10/2/2020
Sukan Sekolah 10/3/2020