The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PIBG SMKDHH KALI KE 45 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORMAH BT MOHAMMAD GHAZALI @ RAZALI KPM-Guru, 2024-05-24 00:04:10

BUKU PROGRAM PIBG SMKDHH KALI KE 45 2024

BUKU PROGRAM PIBG SMKDHH KALI KE 45 2024

Mesyuarat AGUNG PIBG KALI KE-45 TAHUN 2024 TARIKH MASA / TEMPAT 24 MEI 2024 2.45 PETANG JUMAAT DEWAN BAKTI SMK DATO’ HAJI HUSSEIN 34100 SELAMA, PERAK Perasmi : Ts Norliza Bt Yaakub Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) KULIM, KEDAH


BIL PERKARA M/S 1. Isi Kandungan 1 2. Pengenalan 2 3. Notis Mesyuarat 3 4. Atur Cara Majlis dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 4 5. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 5-8 6. Carta Organisasi PIBG Sesi 2024/2025 9 7. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-44 10-16 8. Laporan Kewangan PIBG 2023 17-19 9. Aktiviti dan Sumbangan PIBG Tahun 2023 20 10. Catatan 21 11. Penghargaan dan Terima Kasih 22 1


2 VISI SEKOLAH ‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’ MISI SEKOLAH “ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKAULITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA” ******************************* PENDAHULUAN Bagi merealisasikan visi dan misi sekolah, ibubapa atau penjaga serta para guru harus menggembleng tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya demi kejayaan anakanak. Ibubapa dan guru harus menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai visi dan misi ini melalui PIBG yang ada di sekolah. Ibubapa atau penjaga serta para guru juga bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti PIBG sekolah ini bagi meningkatkan akademik dan kokurikulum khususnya dari segi pembentukan jasmani,rohani, emosi dan intelek murid-murid. MATLAMAT Memberi penerangan kepada ibubapa dan penjaga tentang programprogram yang telah dijalankan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak masingmasing, seterusnya memohon kerjasama ibubapa serta penjaga agar segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat. OBJEKTIF 1. Memberi penjelasan kepada ibubapa segala hal berkaitan program PIBG. 2.Mendapatkan kerjasama ibubapa dan pihak guru dalam melahirkan insan cemerlang.


3


4 ATURCARA : 2.45 petang - Ketibaan dan pendaftaran ibubapa / penjaga - Ketibaan AJK PIBG dan Guru - Pengagihan makanan - Tayangan Multimedia /Montaj 3.15 petang - Ketibaan YDP PIBG dan Pengetua SMKDHH - Ketibaan Tetamu Kehormat / Perasmi - Nyanyian : • Lagu Negaraku • Lagu Negeri Perak - Bacaan Doa - Ucapan Pengetua (Tn. Hj. Khairol bin Hj. Damiri) - Ucapan YDP PIBG (Ts. Dr. Sarudin bin Rohseli) - Ucapan Perasmian (Ts. Norliza binti Yaakub) - Penyampaian cenderahati kepada perasmi 4.00 petang - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 dimulakan. - Ucapan YDP PIBG - Pembentangan dan menerima minit mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 44, Tahun 2023 - Perkara-perkara berbangkit - Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG Tahun 2023 - CABUTAN BERTUAH (1) - Membentang dan menerima laporan penyata kewangan PIBG Tahun 2023 - CABUTAN BERTUAH (2) - Membahas Usul / Cadangan - CABUTAN BERTUAH (3) 5.30 tengahari - Bersurai


5


6


7


8


PENASIHAT Tn Hj Khairol Bin Hj Damiri AHLI JAWATANKUASA Yang Di Pertua : TS. Dr. Sarudin Bin Rohseli Naib Yang Di Pertua : Dr Norhayati Binti Abdullah Setiausaha : Pn Khairani binti Hamran Pen. Setiausaha : Pn Nurul Syahirah Binti Zulkifli Bendahari : Pn Norfatehah Binti Ab Rahim AJK GURU Pn. Sarah binti Zakaria Cik Jamuna a/p Chittirvelo En. Zalzubiri bin Mohamed Cik Vivienne Saw Yen Yoong Pn. Nurul Nabila binti Mohd Shukri AJK IBUBAPA En. Idris bin Husin En. Hafizil bin Zulkifli Pn. Suzana binti Sharif En. Mohd Zulkele bin Nordin En. Selvakumar a/l Ramasandran PEMERIKSA KIRA-KIRA En. Tuan Ibrahim bin Tuan Mat (ibu bapa) Pn. Shuhanim binti Mohamad (guru) 9


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 44, TAHUN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK DATO’ HAJI HUSSEIN 34100 SELAMA PERAK 10 TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN BAKTI KEHADIRAN GURU DAN IBU BAPA SMK DATO’ HAJI HUSSEIN Guru : 88 orang Ibu bapa : 83 orang Jumlah : 171 orang Agenda: 1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi (YDP PIBG). 2. Ucapan Perasmi. 3. Ucapan Tuan Pengetua. 4. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung PIBG SMK Dato’ Haji Hussein kali ke 43 tahun 2022. 5. Pembentangan laporan tahunan aktiviti PIBG tahun 2022. 6. Membentangkan, menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG SMK Dato’ Haji Hussein bagi tahun berakhir Disember 2022. 7. Membentang dan membincang usul dan cadangan 8. Perkara berbangkit 9. Hal-hal lain 10. Ucapan penangguhan


11 1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi (YDP PIBG) 1.1. YDP PIBG, En Sarudin bin Rohseli mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK serta semua guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih atas komitmen semua ibu bapa dan guru yang hadir ke mesyuarat kali ini. 1.2. YDP PIBG juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua kerana telah banyak menyumbang jasa untuk kebaikan sekolah. Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana telah melaksanakan tanggungjawab yang baik terhadap anakanak murid sepanjang peperiksaan berlangsung dan atas kejayaan yang telah dicapai. 1.3. Pihak PIBG akan cuba membantu pihak sekolah dari segi menjayakan program sama ada dalam bentuk melibatkan diri atau pun dari segi kewangan. 1.4. YDP PIBG berkongsi pengalaman beliau menjadi ketua (pengerusi) muafakat di MRSM Lenggong. Beliau menyatakan pihak ibu bapa di MRSM sangat pantas dan komited dalam membantu pihak sekolah untuk menjayakan sebarang program terutama sekali dalam pengumpulan dana. Beliau berharap pihak ibu bapa di SMKDHH juga dapat memberikan komitmen sebegitu. 1.5. Tabung pelancaran kutipan dana bagi membina astaka dilancarkan dan mendapat kutipan sebanyak RM 1000. YDP PIBG juga turut memaklumkan kutipan masih berjalan sepanjang mesyuarat berlangsung dan ibu bapa boleh membuat sumbangan masing-masing. 1.6. Isu tandas rosak telah pun dibaik pulih tetapi masih dirosakkan semula. YDP PIBG menyuarakan pandangan agar dibina tandas yang berkonsepkan tandas terbuka supaya mudah dikawal dan tidak berlaku kerosakkan semula. 1.7. Ibu bapa juga diingatkan supaya menasihati anak-anak untuk hadir dalam kelas tambahan yang telah disediakan terutamanya anak-anak murid yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Kehadiran anak-anak murid sangat penting kerana memberi impak terhadap momentum guru-guru 1.8. Ibu bapa boleh menyuarakan sebarang isu serta pendapat dengan menggunakan YDP PIBG sebagai orang tengah dalam menyuarakan sebarang pendapat. 1.9. YDP PIBG turut mengharapkan agar pemilihan dalam pembentukan AJK baru dapat memberikan nafas baru dalam SMKDHH. Beliau turut berterima kasih kepada AJK lama kerana banyak membantu dalam kelancaran mengendalikan aktiviti sepanjang tahun. Makluman 2. Ucapan Perasmi 2.1. IR Dr. Mohd Nizam bin Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan sebagai perasmi di Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44. Beliau berkongsi perasaan teruja kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat. Beliau bertugas sebagai Dekan dan Ketua Kampus dan Ahli Senat di UniKL (MSI).


12 Kapasiti sekolah Bilangan Guru 104/110 AKP 15 Pelajar 947 Bilik darjah 37 Kelas 52 2.2. Ucapan terima kasih kepada guru-guru atas bakti yang ditabur semasa PKP dan sehinggan sekarang masyarakat masih terkesan dengan PKP. Beliau memaklumkan kadar keciciran dan kegagalan dalam bidang Sains dan Matematik meningkat. 2.3. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas kehadiran hari ini. Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir mesyuarat di SMKDHH berbanding di sekolah lain. 2.4. Beliau menekankan peranan PIBG sangat penting kerana merupakan medan perantaraan guru dan ibu bapa. 2.5. Beliau menyatakan bahawa SMKDHH merupakan sekolah yang lama dan fasiliti sekolah ini sudah usang. Jadi beliau berharap pihak ibu bapa dapat berbincang dan bekerjasama bersama-sama guru untuk membaik pulih fasiliti yang telah rosak. 2.6. Ibu bapa juga diingatkan supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anakanak. Perkara yang paling penting untuk anak-anak ialah kecemerlangan mereka dalam menghadapi cabaran hidup. 2.7. SPM ialah tiket untuk ke peringkat seterusnya jadi subjek bahasa Melayu dan sejarah perlu diberi penekanan. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan anak-anak cemerlang dalam subjek SPM. 2.8. Beliau berkongsi maklumat untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan seterusnya. Anak-anak lepasan SPM boleh melanjutkan pelajaran ke UniKl melalui TVET. 2.9. UniKl terletak di Kulim Hi-Tech Park yang berdekatan dengan kawasan perindustrian. Unikl merupakan universiti swasta milik MARA jadi universiti ini lebih berfokus kepada pendidikan dan masyarakat bumiputera. Namun begitu, masyarakat yang bukan bumiputera juga boleh melanjutkan pelajaran ke UniKl tetapi melalui pinjaman PTPTN. Peluang pekerjaan sangat tinggi bagi graduan lepasan Unikl kerana kawasannya berhampiran dengan kawasan perindustrian. Makluman. • Ucapan Pengetua 3.1. Tuan Pengetua, Tuan Haji Khairol bin Damiri mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan semua guru dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka dalam mesyuarat PIBG kali ke 44. 3.2. Tuan Pengetua memaklumkan kapasiti sekolah kepada semua, iaitu seperti berikut:


13 Tahun SPM GPS Peratus lulus (%) 2022 5.00 87.71% 2021 5.50 82.63% 2020 5.82 83.05% 3.3. Tuan Pengetua memaklumkan sekolah kekurangan 15 buah bilik darjah. Pihak sekolah mengambil inisiatif dengan menjalankan kelas terapung antara jam 12.30 tengah hari sehingga 1.00 petang. 3.4.Pemohonan tambahan bilik darjah masih berada dalam tahap fasa 1 dan telah lulus. Pihak sekolah memohon bangunan 3 tingkat dengan peruntukkan kelas sebanyak 18 buah kelas dan makmal sains. Jika permohonan ini lulus pihak sekolah juga akan memohon tambahan pembantu makmal. 3.5 Pihak sekolah juga mendapat tajaan pihak RISDA untuk menganjurkan kelas tambahan bagi kelas SPM. 3.6 Tuan Pengetua memaklumkan kerosakkan yang sekolah alami akibat ribut taufan yang melanda pada bulan April. Kerosakkan yang dialami ialah bumbung kelas, bangunan asrama dan astaka diterbangkan dalam kejadian tersebut. Stor sukan juga turut terkesan. Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 2500 untuk meruntuhkan dinding stor sukan kerana tidak selamat digunakan lagi dan bimbang akan keselamatan anak murid. 3.7 Kos perbelanjaan bagi pembangunan semula stor sukan ialah sebanyak RM 80,000. Pembinaan stor sukan baharu ini tidak termasuk dalam bajet KPM. Pihak sekolah sedang melancarkan tabung sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan tersebut. 3.8 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat meningkatkan peratus lulus dalam peperiksaan SPM. Keputusan SPM bagi tahun 2022 meningkat berbanding sebelumnya. Keputusan peperiksaan SPM adalah seperti berikut: 3.9 Keputusan SPM mestilah lulus dalam subjek bahasa Melayu dan sejarah untuk mendapat status lulus 100%. Kejayaan SPM pada tahun 2022 ialah seramai 6 orang murid mendapat keputusan semua ‘A’ dalam semua subjek. 3.10. Keputusan STPM pula dimaklumkan seperti berikut iaitu STPM Semester 1 peratus lulus ialah 98.34%. 9 orang murid mendapat PNGK 3.00 ke atas. Sasaran bagi semester 2 ialah 100%. 3.11. Bagi murid tingkatan 1 hingga 4 mereka semua terlibat dengan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 3.12 Keputusan pencapaian aktiviti kokurikulum ialah seperti berikut:


14 Pertandingan Pencapaian Nyanyian Duo/Duet Peringkat Negeri Perak Johan Festival Insaniah Peringkat Kebangsaan Tempat ke 4 Catur Johan P15 Tempat ke 5 P18 Tempat ke 5 L18 Merentas Desa Johan P 15 Sepak Takraw Johan B18 Tempat ke 4 B15 3.13 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima aksih kepada semua guru kerana komited membantu dalam kemenjadian murid. Pengetua sangat menghargai pengorbanan guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga. 3.14 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM, RISDA, Encik Ravi, Skyfall Success, Petronas Selama, Arbi Techno Resources, Alumni dalam meberikan sumbangan bagi menjayakan kemenjadian murid-murid SMKDHH. Makluman 4.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Haji Hussein Kali ke 43 Tahun 2022. 4.1. Minit Mesyuarat PIBG kali ke 43 dibentangkan oleh setiausaha PIBG, Puan Khairani binti Hamran. 4.2. Pengesahan Minit Mesyuarat: Cadangan Disahkan: Puan Badariyah Sokongan: Puan Zaini Makluman 5.0 Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG sesi 2021/2022 5.1. Setiausaha PIBG membentangkan aktiviti PIBG sepanjang tahun. 5.2. Laporan tahunan aktiviti PIBG telah dicadangkan oleh Encik Zaidan bin Mohd Noor dan disokong oleh Puan Sarimah binti Lah. Makluman 6.0 Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG SMK Dato’ Haji Hussein bagi Tahun Berakhir Disember 2022. 6.1. Bendahari PIBG, Puan Fatehah binti Ab Rahim membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. 6.2. Laporan penyata kewangan ini dicadangkan untuk diterima oleh Tuan Ibrahim bin Tuan Mat dan disokong oleh Cik Vivienne Saw Yen Yoong. Makluman


15 7.0 Membentang dan Membincang Usul dan Cadangan 7.1. Usul daripada Puan Khaliza binti Omar (i) Cadangan menambah kipas dalam kelas. Jawapan: Pihak sekolah tidak dapat menambah keperluan perkakasan elektrik dalam kelas kerana sistem pendawaian elektrik bermasalah. Makluman 7.2. Usul daripada Encik Zainal (i) Harga makanan kantin naik Jawapan: Pihak sekolah tidak dapat menjalankan sebarang tindakan kerana harga yang dijual masih lagi dalam sebut harga yang ditetapkan. Makluman 7.3. Usul daripada Puan Haznita (i) Menurunkan harga makanan (ii) Mencadangkan kutipan RM 1 seminggu sebagai sumbangan untuk membantu pembangunan stor sukan. Jawapan: (i) Pihak sekolah tidak dapat menjalankan sebarang tindakan kerana harga yang dijual masih lagi dalam sebut harga yang ditetapkan. (ii) Persetujuan telah diterima dan dicapai untuk membuat kutipan RM 1 seminggu semasa mesyuarat berlangsung. Makluman dan Tindakan 7.4. Usul daripada Puan Siti Hawa binti Abdul Rahim. (i) Pihak sekolah diminta membuat penerangan berkaitan subjek sains sukan. (ii) Membaiki tandas(iii)Menurunkan harga makanan Jawapan: (i) Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah menyediakan guru subjek sains sukan ialah guru yang berkelulusan khusus bagi subjek tersebut. (ii) Isu tandas sentiasa diselesaikan apabila berlaku kerosakkan. Namun begitu, murid sering merosakkannya semula. (iii) Harga makanan di kantin masih lagi di bawah sebut harga yang ditetapkan. Makluman 7.5. Usul daripada Puan Badariyah (i) Memohon pihak sekolah menghapuskan ‘vending machine’ kerana bimbang akan kesihatan anak-anak murid. Jawapan: Hasil kutipan dari ‘vending machine’ tersebut disalurkan ke PIBG.


16 Bil Tajuk / Jenis Kutipan yang dibenarkan Th. 1 / Tg. 1 (RM) Th. 2 / Tg. 2 (RM) Th. 3 / Tg. 3 (RM) Th. 4 / Tg. 4 (RM) Th. 5 / Tg. 5 (RM) Th. 6 / Tg. 6 (RM) 1. Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2. Sumbangan Kecemerlangan bagi SPM, STPM - - - - 100.00 100.00 JUMLAH BESAR 50.00 50.00 50.00 50.00 150.00 150.00 Persetujuan telah dicapai semasa mesyuarat untuk mengekalkan ‘vending machine’. Makluman dan Tindakan 7.6. Usul daripada Encik Idris (i) Memohon pihak sekolah banyakkan kelas tambahan bagi kelas peperiksaan Jawapan: Kelas tambahan sedang berlangsung dan akan terus dijalankan mengikut ketetapan yang telah dirancang pihak sekolah. Makluman dan Tindakan 8.0 Perkara berbangkit 8.1. YDP PIBG juga mencadangkan sama ada kutipan Yuran PIBG sebanyak RM 50.00 per keluarga perlu dinaikkan atau tidak. 8.2. Setelah membuat undian, majoriti ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan Sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 per keluarga. 8.3. Mesyuarat sebulat suara mengekalkan Sumbangan PIBG dan Sumbangan kecemerlangan SPM & STPM. Makluman dan Tindakan. 9.0 Hal-hal lain 9.1. Tiada hal-hal lain. 10.0 Ucapan Penangguhan 1.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Petang Disediakan oleh: Disahkan oleh: (KHAIRANI BINTI HAMRAN) ( TS. DR. SARUDIN BIN ROHSELI ) Setiausaha Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK. Dato’ Haji Hussein SMK. Dato’ Hj. Hussein Selama, Perak Selama, Perak.


17


STPM 18


SPM 19


20


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Ts Norliza Bt Yaakub Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) KULIM, KEDAH Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 2024 Guru-guru SMKDHH Ibu bapa/penjaga SMKDHH Penyumbang hadiah cabutan bertuah Pihak-pihak yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 2024 Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Tahun depan berjumpa lagi. 22


Click to View FlipBook Version