The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kronos019, 2021-07-28 05:33:05

LAPOR 2020

LAPOR 2020

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT INSTITUSI

Tarikh : Khamis, 13 Februari 2020

Tempat : Laman Parking RSK, Johor Bahru

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT INSTITUSI

Tarikh : Selasa, 25 Februari 2020

Tempat : Dewan Seri RSK, Johor Bahru

Objektif : • Meraikan penghuni terutama bagi penghuni berbangsa Cina
• Memupuk perpaduan dikalangan penghuni dengan warga kerja RSK
• Menggalakkan penglibatan agensi luar atau NGO dalam kerja sosial bersama Jabatan
• Menggalakkan penglibatan komuniti dengan kumpulan sasar institusi
• Mewujudkan suasana perayaan di dalam institusi agar penghuni sentiasa diraikan dan

dikasihi

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
PERINGKAT INSTITUSI

Tarikh : Selasa, 25 Februari 2020

Tempat : Dewan Seri Dan Padang RSK, Johor Bahru

Objektif : • Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa warga institusi
• Memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab

kepada negara

www.jkm.gov.my | 151

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS

Tarikh : Khamis, 1 Oktober 2020

Tempat : Taman Rekreasi Adda Heights Dan Port Place Cafe, Johor Bahru

Objektif : • Merealisasikan hasrat jabatan untuk sambutan Hari Warga Emas peringkat kebangsaan
• Melahirkan warga emas yang lebih ceria serta ke arah perkembangan kondusif dari segi

emosi mereka
• Memberikan pengalaman indah antara warga emas dengan kakitangan di samping

mengeratkan silaturrahim

PROGRAM PASAR DOPOSEN 5.0 RSK JB

Tarikh : Sabtu, 5 September 2020

Tempat : Dewan Seri RSK, Johor Bahru

Objektif : • Memperkenalkan konsep FreeMarket kepada khalayak
ramai khusus warga emas di institusi

• Menggalakkan penyertaan komuniti dan juga NGO dalam
menyantuni warga emas di institusi

• Memupuk semangat dan sifat memberi atau bersedekah
dan merasai infak yang dihulurkan

• Memberi peluang kepada Ahli Lembaga Pelawat RSK
dalam menjayakan program kemasyarakatan sebegini

PERTANDINGAN COMBAT ARCHERY

Tarikh : Rabu, 14 Oktober 2020

Tempat : Padang RSK, Johor Bahru

Objektif : • Menggalakkan penghuni melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan disamping
mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat

• Memupuk perpaduan di kalangan penghuni dan warga kerja RSK
• Mewujudkan suasana yang harmoni di RSK
• Dapat mengurangkan tekanan dan bebaban kerja di kalangan warga kerja

152

BULAN CEGAH DENGGI

Tarikh : 29 Julai Hingga 26 Ogos 2020 (Program Berkala)

Tempat : Dewan Seri Dan Sekitar Kawasan Asrama RSK, Johor Bahru

Objektif : • Memupuk kesedaran di kalangan penghuni dan warga kerja bahaya penyakit denggi
• Menambah pengetahuan berkaitan penyakit denggi
• Memastikan penghuni dan warga kerja bebas dari penyakit denggi dan tahu cara untuk

mencegah penyakit denggi
• Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan

PROGRAM IBADAH QURBAN RSK JB

Tarikh : Ahad, 2 Ogos 2020

Tempat : Laman Wakaf RSK, Johor Bahru

Objektif : • Mewujudkan sifat sabar dan tabah di dalam jiwa umat Islam dalam mematuhi perintah
Allah SWT

• Menanamkan semangat pengorbanan yang tinggi dalam diri warga institusi

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN WARGA EMAS

Tarikh : 29 Julai Hingga 26 Ogos 2020

Tempat : Dewan Seri RSK, Johor Bahru

Objektif : • Merancang dan memberi sokongan kepada penghuni tentang kesihatan warga emas
yang komprehensif

• Meningkatkan kesedaran terhadap masalah kesihatan dan penjagaan warga emas
• Mewujudkan kerjasama dengan Agensi luar atau NGO dengan jabatan

www.jkm.gov.my | 153

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

ASRAMA AKHLAK KEMPAS (AAK)

• Pengenalan AAK :

• Struktur Organisasi AAK :

Waran Pejawatan Bil. S189/ 2018
Kemaskini Pada Disember 2020

Alamat :
ASRAMA AKHLAK KEMPAS
Jalan Lurah 5, Kempas Baru,

81200 Johor Bahru, Johor

Emel :
[email protected]

No. Telefon Pejabat :
07-2370472

154 No. Fax :
07-2320233

• Pertukaran Dan Persaraan Pegawai AAK :

• Kemasukan Pegawai Baru AAK :

• Statistik Jumlah Peruntukan
Pengurusan 2018 Hingga 2020 :

• Statistik Kes Tetap Sepanjang Tahun 2020 :

Perintah Tetap (Cubaan Akhlak)

Pecahan Penghuni Mengikut Umur

Perintah Sementara (Tahanan Reman Atau Mahkamah)

Pecahan Mengikuti Latihan
Vokasional Dan Akademik

www.jkm.gov.my | 155

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

• Aktiviti Dan Program Pemulihan :

• Bengkel Perabot Atau Tukang Kayu
• Landskap

156

KELAS IQRA’ PELATIH CUBAAN AKHLAK

Tarikh : Isnin Atau Khamis

Masa : 2:00 Petang Hingga 3:00 Petang

Tempat : Bengkel Interaktif AAK, Johor Bahru

KELAS FARDHU AIN PELATIH CUBAAN AKHLAK

Tarikh : Isnin Atau Rabu

Masa : 7:00 Malam Hingga 9:00 Malam

Tempat : Bengkel Interaktif AAK, Johor Bahru

PROGRAM ORIENTASI

Tarikh : 9 Hingga 16 Julai 2020

Tempat : Dewan AAK, Johor Bahru

Objektif : • Memupuk kerjasama antara penghuni
• Mengeratkan hubungan antara penghuni dan kakitangan
• Mengenal pasti bakat dan kelebihan penghuni

PROGRAM JATI DIRI DAN MASYARAKAT : SENI SILAT SENDENG

Objektif : • Memupuk jati diri penghuni
• Menanam sifat disiplin diri penghuni
• Semulasi kembali kepada keluarga dan masyarakat

www.jkm.gov.my | 157

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

DESA BINA DIRI (DBD)

• Pengenalan DBD :

Institusi ini ditubuhkan sebagai Pusat Pemulihan Pengemis pada tahun
1965. Merupakan bekas tapak Kem Polis Hutan dan pada tahun 1982 dan
namanya telah ditukar kepada Desa Bina Diri Mersing dengan keluasan
67 ekar. Desa Bina Diri kini mempunyai 11 buah asrama, 6 buah asrama
lelaki dan 5 buah asrama perempuan. Dari jumlah tersebut 2 buah asrama
dijadikan asrama untuk menempatkan penghuni yang mempunyai
penyakit berjangkit dan mengidap penyakit kronik. Manakala sebuah
asrama lagi ditempatkan di ladang intitusi. Setiap asrama lelaki telah
dinamakan berdasarkan kepada nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

• Matlamat DBD :

Matlamat institusi ini ialah untuk mendorong penghuni ke arah perubahan sikap positif bagi melahirkan
individu yang mulia, berkemahiran dan produktif serta berkeupayaan untuk berdikari.

• Objektif DBD :

1. Memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan
pengemis dan kuturayau

2. Melatih penghuni supaya dapat menyesuaikan diri dan dapat diterima kembali ke dalam masyarakat
3. Melengkapkan diri dengan asas pembelajaran dan kemahiran yang sesuai dengan keupayaannya

Alamat :
DESA BINA DIRI
KM 5, Jalan Endau,

Kampung Sawah Datuk,
86800 Mersing, Johor

Emel :
[email protected]

No. Telefon Pejabat :
07-799 1052

158 No. Fax :
07-7995194

• Struktur Organisasi DBD :

• Pertukaran Dan Persaraan Pegawai DBD :

Nama : Encik Hazrul Bin Shamsudin
Status : Gred S19, berpindah ke PKMD Pekan, Pahang

Nama : Encik Fathi Bin Mohd Ali
Status : Gred S19, berpindah dari PKMD Kota Tinggi, Johor

Nama : Puan Rohani Binti Idrus
Status : Gred S26, bersara tahun 2020

Nama : Puan Rohazah Binti Baharom
Status : Gred N22, bersara tahun 2020

Nama : Puan Fauziah Binti Abdullah
Status : Gred U11-14, bersara tahun 2020

• Statistik Penghuni DBD :

Statistik : Kemasukan baru
Jumlah : 14 penghuni :
• 3 lelaki melayu
• 8 lelaki india
• 3 lelaki cina

Statistik : Bebas majikan atau waris
Jumlah : 18 orang penghuni telah bebas ke pangkuan waris dan majikan

Statistik : Berpindah ke Rumah Seri Kenangan (RSK)
Jumlah : • 3 orang ke RSK Taiping, Perak
• 2 orang ke RSK Cheras, Kuala Lumpur
• 5 orang ke RSK Johor Bahru, Johor
• 1 orang ke RSK Ulu Kinta, Perak

www.jkm.gov.my | 159

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

• Pencapaian : KALAM JADDI PERINGKAT INSTITUSI MALAYSIA 2020
• Juara Kategori Video Kreatif Pendek
Pencapaian : • Juara Kategori Video Tazkirah
PERTANDINGAN INOVASI JKM 2020
Pencapaian : • Juara Kategori Rekacipta Atau Piala Emas

• Program Yang Dilaksanakan :

PROGRAM PERASMIAN PRODUK db d’BEAUTY

Tarikh : Selasa, 3 Mac 2020
2:30 Petang
Masa : Dewan DBD, Mersing

Tempat :

Objektif : Mempromosikan produk home made DBD Mersing dan memberi
pendedahan tentang pembuatan sabun kepada penghuni

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA SEKRETARIAT
KEPIMPINAN PELAJAR (SKP) MRSM MERSING

Tarikh : Sabtu, 22 Februari 2020
8:00 Pagi Hingga 11:30 Pagi
Masa : Persekitaran DBD, Mersing

Tempat :

Objektif : Memupuk semangat jati diri dan kemasyarakatan antara penghuni dan pelajar

160

PROGRAM RIADAH PANTAI DAN KAYUHAN KEMBARA

Tarikh : Isnin, 21 September 2020
10:00 Pagi Hingga 5:30 Petang
Masa : Pantai Air Papan, Mersing

Tempat :

Objektif : Memupuk semangat kekitaan dan pentingnya menjaga kesihatan agar dapat menjalani
kehidupan yang lebih baik

SAMBUTAN HARIJADI PENGHUNI DAN KAKITANGAN 2020

Tarikh : Isnin, 12 Oktober 2020
9:00 Pagi Hingga 1:00 Tengahari
Masa : Dewan DBD, Mersing

Tempat :

Objektif : Memberi pengalaman kepada penghuni yang tidak pernah merasa sambutan harijadi
sebagaimana masyarakat di luar menyambut hari jadi

PROGRAM KEJOHANAN TERTUTUP BADMINTON
PENGHUNI DAN KAKITANGAN DBD MERSING

Tarikh : 27 Hingga 28 Oktober 2020
9:00 Pagi Hingga 5:00 Petang
Masa : Dewan DBD, Mersing

Tempat :

Objektif : Memberi pendedahan tentang sukan badminton kepada penghuni
dan seterusnya menyemai sikap kekitaan antara penghuni

www.jkm.gov.my | 161

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

RUMAH KANAK-KANAK MINI (RKK MINI)

• Pengenalan RKK Mini :

Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Ulu Tiram merupakan sebuah institusi di bawah tanggungjawab Jabatan
Kebajikan Masyarakat. RKK Mini telah diwartakan pada 15 Mac 2015 sebagai Tempat Selamat di bawah Akta
Kanak-Kanak 2001 dengan kapasiti seramai 30 orang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak yang diterima
masuk ialah berumur 18 tahun ke bawah dengan Perintah Mahkamah di bawah seksyen 19 dan 30 Akta Kanak-
Kanak 2001 (Pindaan 2016). RKK Mini mula beroperasi pada 16 Jun 2015 dan telah dirasmikan pada 2 Oktober
2015 oleh YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

• Objektif RKK Mini :

Objektif penubuhan institusi ini adalah untuk memberi pemeliharaan dan perlindungan, bimbingan dan
kaunseling, pendidikan, didikan agama dan moral, aktiviti riadah dan rekreasi serta kemudahan rawatan dan
perubatan kepada kanak-kanak perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah.

• Struktur Organisasi RKK Mini :

Alamat :
RUMAH KANAK-KANAK MINI
No 3, Jalan Resam 8,

Taman Bukit Tiram,
81800 Ulu Tiram, Johor

Emel :
[email protected]

No. Telefon Pejabat :
07-8631641

162 No. Fax :
07-8631240

• Pertukaran Pegawai RKK Mini :

Nama : Muhammad Alimin Bin Ali
Status : Bertukar ke Ibu Pejabat JKM Negeri Pahang pada 17 Ogos 2020 disebabkan kenaikan

pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S29

• Statistik Penghuni RKK Mini :

• Pencapaian :

JOHAN : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru
Pertandingan Poster Khalifah Junior Tahap 1 Sempena Sambutan
Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor Tahun 2020

JOHAN : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru
Pertandingan Dikir Barat Khalifah Junior Tahap 1
Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat
Negeri Johor Tahun 2020

www.jkm.gov.my | 163

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

JOHAN : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru
Pertandingan Pentomin Khalifah Junior Tahap 1Sempena Sambutan
Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor Tahun 2020

NAIB JOHAN : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru
Pertandingan Pentomin Khalifah Junior Tahap 1
(“DESA TERCINTA”) Sempena Sambutan Hari Kanak-
Kanak Peringkat Kebangsaan

TEMPAT KETIGA : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru
Pertandingan Sepanduk dan Busana Perarakan Institusi-Institusi Dan
PAWE JKM Negeri Johor Tahun 2020 Sempena Majlis Sambutan
Maulidur Rasul 1441H

JOHAN : Nur Aisha Hayati binti Abdullah
Kejohanan Hoki Perempuan 12 MSSD Pasir Gudang
Tahun 2020 SK. Taman Bukit Tiram, Johor Bahru

JOHAN : Nur Aina binti Abdullah
LD 60 Meter Pendidikan Khas Kejohanan Olahraga
Tahun 2020 SK. Ulu Tiram, Johor Bahru

JOHAN : Aisyatul Athirah binti Abdullah
Kejohanan Olahraga Kali Ke-16 Perbarisan Rumah
SK. Taman Bukit Tiram, Johor Bahru Tahun 2020

TEMPAT KETIGA : Nur Aisha Hayati binti Abdullah
Kejohanan Olahraga Kali Ke-16 4X200 Meter
Perempuan B12 SK. Taman Bukit Tiram, Johor
Bahru Tahun 2020

164

• Program Yang Dilaksanakan :

PROGRAM SUKANEKA DI RKK MINI

Tarikh : Isnin, 13 April 2020
8:00 Pagi Hingga 5:00 Petang
Masa : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru

Tempat :

Tujuan : • Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak

• Memupuk semangat kesukanan di kalangan kanak-kanak
• Meningkatkan semangat berpasukan

PROGRAM KASIH AIDILFITRI BERSAMA YB PUAN ZAITON BINTI
HJ ISMAIL DI RKK MINI

Tarikh : Rabu, 20 Mei 2020
2:00 Petang Hingga 5:00 Petang
Masa : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru

Tempat :

Tujuan : Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini mengalami dan merasai suasana yang
tidak pernah mereka perolehi selama ini.

www.jkm.gov.my | 165

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

PROGRAM LAMBAIAN KASIH DI
RKK MINI

Tarikh : Isnin, 15 Jun 2020
10:00 Pagi
Masa : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru

Tempat :

Tujuan : Agar kanak-kanak merasai sendiri keseronokan
menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
juadah yang beraneka pilihan dengan rasa penuh
kesyukuran dan keseronokan.

PROGRAM RAMAH MESRA AHLI LEMBAGA PELAWAT RKK MINI
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR
KANAK-KANAK

Tarikh : Ahad, 26 Julai 2020
8:00 Pagi Hingga 10:00 Malam
Masa : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru

Tempat :

Tujuan : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan nilai-
nilai kekeluargaan dan ukhwah di kalangan kakitangan dan kanak-kanak.

PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL DAN MALAM KANAK-
KANAK BERSELAWAT DI RKK MINI

Tarikh : Rabu, 28 Oktober 2020
3:00 Petang Hingga 10:00 Malam
Masa : RKK Mini Ulu Tiram, Johor Bahru

Tempat :

Tujuan : Kanak-kanak dapat menghayati peristiwa besar kelahiran
Nabi Muhammad S.A.W untuk membina akhlak,
penampilan dan sahsiah sebagai ikutan terbaik dalam
kehidupan. Seterusnya, mengamal dan membudayakan
ajaran Islam dengan penuh keimanan dan ketakwaan
sepanjang hayat.

166

RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (RPKK)

• Pengenalan RPKK :

Rumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK) Johor merupakan suatu projek perkongsian bijak bersama Kerajaan
Negeri Johor yang telah beroperasi sejak 12 Mei 1999 dan dirasmikan pada 14 Mei 1999 oleh YAB Dato’ Hj
Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Tanah institusi ini telah dirizabkan di bawah Seksyen 62, Kanun
Tanah Negara sebagai Tapak Perlindungan Kanak-kanak yang didera. Ianya diletak di bawah jagaan Setiausaha
Kerajaan Johor dan diselenggara oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Institusi ini telah
diwartakan sebagai tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (P.U (B) 202) dan mematuhi Peraturan-
Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017. Pentadbiran institusi ini menggunapakai Akta Kanak-Kanak
(Pindaan) 2016, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) Tahun 2017 dan Sistem Pengurusan Kes
Rumah Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sebagai garis panduan dan rujukan.

• Objektif RPKK :

RPKK Johor ini bertujuan memberi perlindungan dan penjagaan sementara bagi meningkatkan kesejahteraan
dan kebajikan kanak-kanak yang memerlukan supaya kehidupan mereka lebih baik seperti kanak-kanak lain.

• Kumpulan Sasar RPKK :

Kanak-kanak di institusi ini terdiri daripada pelbagai kaum, lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun
ke bawah termasuk bayi yang baru dilahirkan. Mereka telah diselamatkan dan perlu diberi perlindungan
dengan Perintah Mahkamah selama tempoh selesai siasatan oleh Pegawai Pelindung di JKM Daerah dalam
Negeri Johor. Kanak-kanak yang menghuni di sini adalah dari pelbagai latarbelakang kes tertakluk dalam
Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 seperti mangsa deraan fizikal, seksual dan emosi, mangsa pengabaian dan
pelbagai lagi termasuk bayi yang dibuang atau ditinggalkan.

Alamat : KAPASITI
RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK JOHOR INSTITUSI
Jalan Mariamah Off Jalan Petri,
80000 Johor Bahru, Johor Keluasan institusi :
• 1.811 ekar
No. Telefon Pejabat :
07-2246558 Kapasiti kanak-kanak :
• 30 orang

No. Fax :
07-2232335

www.jkm.gov.my | 167

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

• Struktur Organisasi RPKK :

• Pertukaran Dan Persaraan Pegawai RPKK :

Nama : Encik Ahawan Bin Ahmad
Status : Pengawal Keselamatan, Gred KP 11 telah bersara dari perkhidmatan di RPKK Johor

pada 26 April 2020

Nama : Cik Mashitah Izzati Binti Mohd Tahha
Status : Pembantu Tadbir, Gred N19 lapor diri bertugas di RPKK Johor pada 3 Ogos 2020

Nama : Puan Farah Ajerah Binti Azmi
Status : Pembantu Tadbir, Gred N19 bertukar ke RPKK Johor dari Pejabat Perhutanan Negeri

Johor dan telah lapor diri pada 6 September 2020

168

• Statistik Kanak-Kanak RPKK Bermula 12 Mei 1999 Sehingga 31 Disember 2020 :
• Statistik Kanak-Kanak Bagi Januari Hingga Disember Tahun 2020 :

• Pencapaian : Tempat Ketiga
Pertandingan Nyanyian Bulan Kebangsaan
5 Bintang Bagi Pemeriksaan Aset
JKMN Johor 2020 Sempena Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sek. Keb. Nong Chik Tahun 2020

www.jkm.gov.my | 169

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

• Program Yang Dilaksanakan :

JALINAN UKHWAH BERSAMA PASUKAN
SIMPANAN PERSEKUTUAN UNIT 2 JOHOR (FRU)

Tarikh : Isnin, 10 Februari 2020

Masa : 8:00 Pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Program melibatkan Anggota FRU dan warga kerja institusi
meliputi aktiviti gotong-royong kawasan sekitar seperti mencantas
pokok-pokok dan membersih kawasan sekitar.

LAWATAN PENGARAH JKM NEGERI JOHOR

Tarikh : Khamis, 23 April 2020

Masa : 8:30 Pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Tuan Mohamad Bin Hapil, Pengarah JKMN Johor hadir melawat RPKK Johor bersama Encik
Adnan Bin Md. Yassin (KPP Bahagian Kanak-Kanak JKMN Johor). Beliau melawat penempatan
sementara kanak-kanak untuk tempoh Projek Pembaikan dan Menaiktaraf Bangunan yang
sedang tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. Selain itu
beliau turut beramah mesra bersama kanak-kanak RPKK.

“JOM KACAU DODOL”

Tarikh : Rabu, 20 Mei 2020

Masa : 8:30 Pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Program dilaksanakan bersempena sambutan
170 Hari Raya Aidilfitri, melibatkan warga kerja dan
kanak-kanak institusi. Ianya dapat mengeratkan
ukhwah dan menyemai semangat kerjasama
antara rakan sekerja.

“FOGGING” SEKITAR RPKK JOHOR

Tarikh : Khamis, 8 Oktober 2020

Masa : 6:30 Petang

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : “Fogging” di kawasan sekitar oleh Syarikat
Emmas Cipta Constructions & Trading bagi
menepati Spek Kerja Pembaikan dan Menaiktaraf
RPKK Johor selain menyahut saranan membasmi
denggi dan mencegah pembiakan nyamuk aedes.

BUMI HIJAU “JOM KITA TANAM
POKOK SAYURAN DAN BUAHAN”

Tarikh : Sabtu, 10 Oktober 2020

Masa : 8:30 Pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Program melibatkan warga kerja institusi
dan kanak-kanak bagi memupuk semangat
kerjasama menjalankan aktiviti menghijaukan
kawasan dengan bercucuk tanam dan
menyemai pelbagai jenis sayuran dan pokok
buah-buahan.

LAWATAN JURURAWAT DARI KLINIK KESIHATAN IBU ANAK
DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh : Setiap minggu akhir dalam setiap bulan (Khamis)

Masa : 9:00 Pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Jururawat dari Klinik Kesihatan Ibu Anak Daerah Johor Bahru hadir ke institusi mengadakan
pemeriksaan ke atas semua bayi dan kanak-kanak dengan iringan kakitangan. Beberapa
bentuk nasihat, bimbingan dan teguran diberi mengikut keperluan ketika lawatan
pemeriksaan ke atas bayi dan kanak-kanak. Sekiranya terdapat bayi atau kanak-kanak
dikenalpasti tidak sihat atau perlu rawatan lanjut, Jururawat akan meminta pihak institusi
merujuk kepada Doktor di Klinik Kesihatan Daerah Johor Bahru atau Klinik Pesakit Luar,
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

www.jkm.gov.my | 171

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL –
JOM BERSELAWAT DAN SOLAT JEMAAH

Tarikh : Rabu, 28 Oktober 2020

Masa : 2:00 Petang

Tempat : Penempatan Sementara Kanak-Kanak RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Program melibatkan warga kerja dan kanak-kanak institusi
bersempena Sambutan Maulidur Rasul yang dipimpin
oleh Encik Mohamad Rasid Bin Kunji warga kerja RPKK
Johor. Antara pengisian program adalah solat zohor dan
asar berjemaah, Bacaan surah yassin, tahlil ringkas, doa
selamat serta tazkirah bertajuk “Kelahiran Rasulullah
SAW” dan diakhiri dengan berselawat atas Nabi.

LAWATAN KERJA PENGARAH JKM NEGERI JOHOR

Tarikh : Rabu, 9 Disember 2020

Masa : 11:30 pagi

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Tuan Mohamad Bin Hapil, Pengarah JKM Negeri Johor hadir ke RPKK Johor mengadakan
lawatan kerja bagi meninjau Projek Pembaikan dan Menaiktaraf RPKK Johor yang bermula
pada 5 Januari 2020 dan tertunda sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020
dan kembali bermula pada 20 Mei 2020 sehingga dijangka siap akhir tahun 2020.

SOLAT SUNAT DHUHA DAN SOLAT SUNAT HAJAT BERJEMAAH

Tarikh : Ahad, 13 Disember 2020

Masa : 9:30 pagi

Tempat : Penempatan Sementara Kanak-Kanak RPKK, Johor Bahru

Tujuan : Program dipimpin oleh Encik Mohamad Rasid Bin Kunji, warga kerja RPKK Johor melibatkan
warga kerja dan kanak-kanak institusi. Secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan
ukhwah sesama rakan sekerja selain mendidik kanak-kanak tentang fadhilat Solat Sunat
Dhuha dan Hajat. Selain itu, program bertujuan memohon kepada Allah agar umat manusia
dilindungi serta dijauhi dari jangkitan wabak Covid-19 dan berdoa agar virus ini segera
lenyap.

172

RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 2 (RP2)

• Pengenalan RP2 :

Rumah Perlindungan Kanak-Kanak 2 Bukit Senyum atau dikenali sebagai RP2 diwujudkan pada bulan Jun
2012. Ia merupakan rumah perlindungan yang digazetkan sebagai tempat perlindungan di bawah Akta Anti
Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM Pindaan 2007). Fungsi RP2 ini adalah untuk
memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan kanak-kanak lelaki dan penyeludupan migran di
kalangan kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun. Perkhidmatan yang disediakan di Rumah Perlindungan
adalah perlindungan, makanan, kemudahan perubatan, pembelajaran, kaunseling dan rekreasi. Dari sesi
tatacara kerja perlindungan, Pegawai Penguatkuasa (Imigresen, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan
Jabatan Tenaga Kerja membawa kes-kes yang disyaki kepada mahkamah, jika dikenalpasti sebagai kes-
kes di bawah ATIPSOM mereka akan diberikan perintah perlindungan interim oleh mahkamah. Sekiranya
disahkan oleh mahkamah sebagai kes yang memerlukan perlindungan di bawah ATIPSOM, mangsa akan
diberi perlindungan interim (I.P.O) selama 21 hari untuk siasatan lanjut. Selepas 21 hari mangsa akan dibawa
semula ke mahkamah untuk mendapat perintah perlindungan (P.O) sehingga 90 hari atau sehingga siasatan
selesai. Kapasiti penghuni keseluruhan bangunan ini adalah seramai 30 orang.

• Struktur Organisasi RP2 :

Alamat : www.jkm.gov.my | 173
RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 2
Jalan Yahya Aldatar,
Bukit Senyum,
80300 Johor Bahru, Johor

Emel :
[email protected]

No. Telefon Pejabat :
07-2211194

No. Fax :
07-2210939

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

• Pencapaian :

• 100% Kakitangan di RP2 telah hadir kursus 7 hari dan lebih tahun 2020
• Inspektorat : 4 Bintang

• Statistik Kanak-Kanak RPKK Bermula 12 Mei 1999 Sehingga 31 Disember 2020 :

• Program Yang Dilaksanakan :

SEMBURAN SANITASI

Tarikh : Ahad, 5 Julai 2020

Masa : 2:00 Petang

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Tujuan : Tujuan utama semburan sanitasi ini adalah bagi
memastikan semua tempat tumpuan awam di
kawasan RP2 ini dapat dibersihkan daripada
sebarang jenis kuman yang boleh memudaratkan
kakitangan dan mangsa yang berada di RP2.

174

AKTIVITI BERGERAK BEBAS KEPADA MANGSA ATIP

Tarikh : Sabtu, 15 Februari 2020

Masa : 9:00 Pagi Hingga 12:00 Tengahari

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Tujuan : Program kerjasama MSF Organisation bersama mangsa, seperti kaunseling. Memastikan
agar mangsa tidak berada dalam keadaan tertekan sepanjang berada di RP2.

AKTIVITI KEMAHIRAN ASAS DAN DIRI BAGI MANGSA ATIP

Tarikh : Januari Hingga November 2020

Masa : 9:00 Pagi Hingga 12:00 Tengahari

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Tujuan : Memberikan kemahiran diri dan kemahiran asas kepada mangsa ATIP seperti pertanian,
kemahiran hidup sebagai salah satu aktiviti sepanjang berada di RP2.

www.jkm.gov.my | 175

Laporan Tahunan 2020 | JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

AKTIVITI MEREKACIPTA BAGI MANGSA ATIP

Tarikh : 1 Hingga 30 Ogos 2020

Masa : 2:00 Petang Hingga 4:00 Petang

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Tujuan : Aktiviti mereka cipta seperti membuat bot air menggunakan
barang terpakai dan juga membuat layang-layang. Memberikan
kemahiran merekacipta kepada mangsa dalam pembuatan
peralatan permainan yang boleh dilakukan sendiri tanpa
mengeluarkan perbelanjaan.

SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR
KEPADA MANGSA ATIP

Tarikh : Jun 2020

Masa : 2:00 Petang Hingga 4:00 Petang

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Tujuan : Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir kepada mangsa ATIP serta jamuan makan
bagi meraikan mangsa sepanjang mereka berada di RP2.

176

LAPORAN
TAHUNAN

2020

JABATAN KEBA JIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

www.jkm.gov.my | 177

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGERI JOHOR

Aras 4, Bangunan Wisma Persekutuan,
Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

www.jkm.gov.my


Click to View FlipBook Version