The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kronos019, 2022-06-22 03:36:21

Laporan JKMNJ 2021

LAPORAN 2021

MersingDesa Bina Diri (DBD)

Program Sambutan Hari Inovasi Jabatan kebajikan Masyarakat Tahun 2021

Tarikh : 28 Oktober 2021

Tempat : DBD Mersing

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Objektif : Sambutan Hari Inovasi diadakan melalui platform Facebook rasmi JKM dengan

bertemakan Pembudayaan Inovasi, Meningkatkan Prestasi. Sambutan Hari

Inovasi ini diadakan pada setiap tahun bagi memupuk budaya kreatif &

inovatif dalam kalangan warga kerja JKM. Ia merupakan satu platform bagi

warga kerja mencambah & mencetus idea baru serta menghasilkan sesuatu

projek atau produk yang berinovasi tinggi yang dapat memberi impak dalam

meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan berkualiti

kepada kumpulan sasar tertentu. DBD Mersing amat berbesar hati di atas

penganugerahan khas yang diberikan kepada Kumpulan ‘Dynamite’ yang

menjadi Johan Hari Inovasi JKM 2020 melalui projek ‘Spill – Not ‘.

Majlis Apresiasi Desa Bina Diri Mersing 2021

Tarikh : 15 November 2021

Tempat : DBD Mersing

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Objektif : Majlis bertujuan memberi amanat kepada warga kerja Desa Bina Diri mersing & penghargaan ke

atas kecemerlangan kakitangan terpilih sepanjang tahun 2021. Majlis juga bertujuan membina

semangat kerja berpasukan dikalangan kakitangan ke arah kualiti kerja yang lebih berdinamik.

Mesyuarat Perancangan Peruntukan Perbelanjaan Desa Bina Diri Mersing 2022 & Penyusunan

Jadual Aktiviti Penghuni Desa Bina Diri Mersing

Tarikh : 22 hingga 23 November 2021

Tempat : Rompin Beach Resort, Rompin, Pahang

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Objektif : Mesyuarat dijalankan selama dua hari & disertai seramai 15 orang pegawai yang terlibat dalam

pengurusan serta hal ehwal penghuni institusi. Objektif mesyuarat bertujuan memperkasa

perancangan sedia ada ke arah penyampaian perkhidmatan kepada penghuni dengan lebih

efisyen melalui program-progam yang bakal dijalankan kelak. Semangat kerja berpasukan juga

boleh dipupuk di antara peserta-peserta semasa membuat penyelarasan dan perancangan

aktiviti.

| 101

Laporan Tahunan 2021

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Pengenalan Rumah Kanak-Kanak (RKK) merupakan sebuah institusi di bawah tanggungjawab Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Institusi ini ditubuhkan adalah untuk memberi pemeliharaan &
perlindungan gantian kepada kanak-kanak serta menggalakkan perkembangan fizikal, emosi
& mental yang sihat dalam suasana yang tenteram & selamat.
RKK Mini telah diwartakan pada 15 Mac 2015 sebagai Tempat Selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dengan
kapasiti seramai 30 orang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak yang diterima masuk ialah berumur 12 tahun
ke bawah dengan Perintah Mahkamah di bawah seksyen 19 & 30 Akta Kanak-Kanak 2001. Rumah Kanak–Kanak
Mini Ulu Tiram, Johor telah mula beroperasi 16 Jun 2015 & telah dirasmikan pada 02 Oktober 2015 oleh YB Dato’ Sri
Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Objektif Antara objektif penubuhan institusi ini adalah untuk memberi pemeliharaan & perlindungan,
bimbingan & kaunseling, pendidikan, didikan agama & moral, aktiviti riadah & rekreasi serta
kemudahan rawatan & perubatan kepada kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun
ke bawah.

Carta AFIDAH BINTI ISMAIL
Organisasi
PENGETUA (S32)

NORHEDAYAH BINTI HARON

TIMBALAN PENGETUA (S29)

UNIT PENGURUSAN UNIT OPERASI UNIT KESIHATAN
RAMIZAH BINTI MUSTARI
SAHARUDIN BIN MOHD HASBOLLAH KAMAL BIN IBRAHIM
JM (U19)
PKM KANAN (S22) PKM (S22)

MAZLAN BIN MANAP MASLY TURAN NORLELA BINTI SALAMON

PEMANDU (H11) PKM (S19) PKM (S19)

NURUL HASANAH BINTI ZAINOL NURAIN BINTI HASSAN
PKM (S19) – WARAN RKKMUT
PKM (S19)

MOHD ZUL AQMAR BIN MAT IQBAL HAKIM BIN KOSONG PEM. KOSONG PEM. KOSONG PEM.
RAHIM AWAM (H11) AWAM (H11) AWAM (H11)
MUHAMMAD RADZI
PEM. AWAM (H11) PEM. AWAM (H11)

• Pertukaran Pegawai (Keluar Dari RKKMUT) :

• Pertukaran Pegawai (Masuk ke RKKMUT) :

Statistik • Jumlah Peruntukan & Perbelanjaan Mengikut Tahun :

BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

JUMLAH KANAK-KANAK TETAP 20 20 22 25 25 24 24 24 24 25 25 24

JUMLAH KANAK-KANAK 654437785334
SEMENTARA

102 JUMLAH KES TUMPANG 000000000000
JUMLAH KESELURUHAN
26 25 26 29 28 31 31 32 29 28 28 28

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Statistik • Statistik penghuni tahun 2021 :

Pencapaian Ikon PDPR SK Taman Bukit Tiram
• Sara Cheema Ihsan Binti Abdul Hakim
• Pelajar terbaik dalam mengikuti PDPR bagi Tahun 2021

Pelajar Terbaik Dalam UPKK (8A) • 5 Bintang Dalam Pemeriksaan Aset Tahun 2021 :
• Nur Aisha Hayati Binti Abdullah
• Pelajar terbaik dalam UPKK bagi Tahun 2021

• Kursus Glass Painting Tahun 2021 : • Pencapaian Kakitangan Rkkmut Tahun 2021 :

| 103

Laporan Tahunan 2021

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Program Majlis Anugerah Apresiasi Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Selasa, 12 Januari 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 7.00 petang

Objektif : Melahirkan Kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek & sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

: Memupuk semangat kerjasama dikalangan kanak-kanak dan kakitangan.

: Merapatkan ukhuwah antara kanak-kanak dengan kakitangan.

Program Kerohanian (Bercerita Kisah Nabi)

Tarikh : Khamis, 14 Januari 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai teladan & pengajaran kepada kanak-kanak.

: Kanak-kanak dapat menilai & menghargai pengorbanan Rasul dalam menyebarkan Islam.

: Kanak-kanak dapat mengetahui & menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad.

: Kanak- kanak dapat mengamalkan akhlak & keperibadian Nabi Muhammad.

: Kanak-kanak dapat mencontohi sikap & teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad.

Program Kerohanian (Solat Dhuha) Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Sepanjang tahun 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi

Objektif : Menanamkan sikap sentiasa kembali kepada Allah s.w.t tidak kira masa & waktu.

: Merapatkan ukhuwah sesama kanak-kanak apabila dapat berkumpul menunaikan solat.

Program Pemantapan Pasukan Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Rabu, 27 Januari 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi

Objektif : Menanam sikap kerjasama antara kanak-kanak dengan kakitangan.

: Menanamkan sikap ukhwah menyayangi sesama insan.

: Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek & sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

104

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Aktiviti Bergotong Royong & Pemeriksaan Tempat Pembiakan Nyamuk & Semburan Ruang

(Fogging) Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Isnin, 8 Februari 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 3.00 petang hingga 10.00 malam

Objektif : Kanak-kanak dapat menerapkan nilai kerjasama & saling membantu untuk

menjaga kebersihan diri & tempat.

: Dapat memastikan keadaan sekeliling sentiasa selamat & bersih.

Program Mikraj Cinta Sempena Sambutan Israk Mikraj Institusi Kanak-Kanak Tahun 2021 Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Jumaat, 19 Februari 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 10.00 pagi

Objektif : Kanak-kanak dapat mengetahui & menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad

: Kanak- kanak dapat mengamalkan akhlak & keperibadian Nabi Muhammad.

: Kanak-kanak dapat mencontohi sikap & teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad.

Perhimpunan Pagi & Perjumpaan Dengan Pengetua

Di RKKMUT, Johor

Tarikh : 25 Februari 2021 & 2 Ogos 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 10.00 pagi

Objektif : Merapatkan hubungan antara

kanak-kanak RKKMUT dengan

Pengetua & menerima amanat

daripada pengetua.

Program Kembara Menuju Ramadhan 1442 Hijrah Anjuran JKMM

Tarikh : 5 Mac 2021 & 12 Mac 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi

Objektif : Untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA & meningkatkan ilmu

kerohanian Islam dalam diri kanak-kanak serta menghayati kepentingan bulan Ramadhan.

| 105

Laporan Tahunan 2021

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Aktiviti Senamrobik

Tarikh : Sabtu, 13 Mac 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 2.00 petang

Objektif : Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek & sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

: Memupuk semangat kesukanan & suka bersenam dikalangan kanak-kanak.

: Meningkatkan semangat berpasukan & mendengar arahan.

Aktiviti Membuat Kuih Donut Gula & Donut Coklat

Tarikh : Khamis, 18 Mac 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 2.00 petang

Objektif : Memberi peluang kepada kanak-kanak membuat aktiviti membuat kuih & memasak.

Program Kembara Prihatin Negara Edisi Ramadhan Singgah Sahur Bersama YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd

Yusoff Timbalan Menteri KPWKM

Tarikh : Ahad, 2 Mei 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 4.00 pagi

Objektif : Merapatkan ukhuwah antara pengurusan tertinggi dengan kakitangan & kanak-kanak RKKMUT.

Program Quran Hour Anjuran Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Tarikh : Khamis, 6 Mei 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Objektif : Untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA & meningkatkan ilmu

kerohanian Islam dalam diri kanak-kanak serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.

106

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Aktiviti Bermain Bunga Api Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Jumaat, 7 Mei 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 8.00 malam

Objektif : Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek & sosial

selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

Aktiviti Bergambar Sempena Hari Raya Aidilfitri Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Khamis, 13 Mei 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Salah satu usaha untuk menerapkan nilai-nilai kekeluargaan &

ukhwah dikalangan kakitangan & kanak-kanak serta memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk merasai suasana hari raya.

Program Makan Durian Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Isnin, 28 Jun 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan nilai-nilai

kekeluargaan & ukhwah dikalangan kakitangan & kanak-kanak serta memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk merasai buah-buahan tempatan terutamanya raja buah.

Aktiviti Dalam Kumpulan & Membuat Origami Burung Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Selasa, 10 Ogos 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membolehkan

kanak-kanak menunjukkan kreativiti masing-masing dalam membuat origami burung &

semangat kerjasama dalam berpasukan.

| 107

Laporan Tahunan 2021

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Program Mewarna Merdeka 8-11 Tahun Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Rabu, 25 Ogos 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 2.00 petang

Objektif : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk

membolehkan kanak-kanak menunjukkan kreativiti masing-masing dalam

glass painting & semangat kemerdekaan sempena hari Kemerdekaan.

Program Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2021

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi

Objektif : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat

kemerdekaan sempena hari Kemerdekaan Tahun 2021.

Aktiviti Bermain Badminton, Tengteng, Dam Ular & Juga Mewarna Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Sabtu, 30 Oktober 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi

Objektif : Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek & sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

: Memupuk semangat kesukanan dikalangan kanak-kanak.

: Meningkatkan semangat berpasukan.

Aktiviti Reka Bentuk & Teknologi “ Belajar Membuat Lampu Hiasan Dari Benang & Belon ” Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Rabu, 15 Disember 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membolehkan

kanak-kanak menunjukkan kreativiti masing-masing dalam membuat lampu hiasan dari benang

& belon serta semangat kerjasama dalam berpasukan.

108

Ulu TiramRumah Kanak-Kanak Mini (RKKMUT)

Program Pertandingan Bola Baling Antara Kanak-Kanak Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Khamis, 16 Disember 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek & sosial selaras dengan perkembangan kanak-kanak.

: Memupuk semangat kesukanan dikalangan kanak-kanak.

: Meningkatkan semangat berpasukan.

Aktiviti Kelas Mengaji Di RKKMUT, Johor

Tarikh : Rabu, 15 Disember 2021

Tempat : RKKMUT, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi

Objektif : Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek & sosial selaras

dengan perkembangan kanak-kanak.

| 109

Laporan Tahunan 2021

Johor BahruRumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK)

Pengenalan Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor merupakan suatu projek perkongsian bijak bersama
Kerajaan Negeri Johor yang telah beroperasi sejak 12 Mei 1999 & dirasmikan pada 14 Mei
1999 oleh YAB Dato’ Hj Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Tanah institusi ini telah
dirizabkan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara sebagai Tapak Perlindungan Kanak-kanak
yang didera. Ianya diletak di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Johor & diselenggara oleh
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.
Institusi ini telah diwartakan sebagai tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (P.U (B) 202) & mematuhi Per-
aturan-peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017. Pentadbiran institusi ini menggunapakai Akta Kanak-Kanak
(Pindaan) 2016, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) Tahun 2017 & Sistem Pengurusan Kes Rumah
Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sebagai garis panduan & rujukan.

Objektif Objektif penubuhan Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor ini bertujuan memberi perlindungan
& penjagaan sementara bagi meningkatkan kesejahteraan & kebajikan kanak-kanak yang
memerlukan supaya kehidupan mereka lebih baik seperti kanak-kanak lain.

Carta NOR AZAH BINTI HJ ASMAWI
Organisasi PENGUASA
S32 (T)

JAGAAN & ASUHAN PENTADBIRAN

SHARIFAH BALKHIS BINTI SYED IDEROS

KETUA PEMBANTU TADBIR
N22 (T)

ROZIAH BINTI MOHAMED NOAH IDA MASTURA BINTI JALIL NORSAADAH BINTI KHALID MASHITAH IZZATI BINTI MOHD TAHHA FARAH AJERAH BINTI AZMI NOOR HAFIZAH BINTI ABU BAKAR
PEMB PEMBANGUNAN MASY PEMB PEMBANGUNAN MASY PEMB PEMBANGUNAN PEMBANTU TADBIR PEMBANTU TADBIR
S19(T) MASY S19(K) N19 (T) N19 (T) PEMBANTU TADBIR
S19(K) N19 (K)

KOSONG MOHD RASIDI BIN SALLEHAN ZULKIFLI BIN ABU KOSONG
PEMB PEMBANGUNAN PEMB PENYEDIAAN MAKANAN PEMB PENYEDIAAN MAKANAN
PEMB PENYEDIAAN MAKANAN
MASY S19(K) N19 (T) N19 (T) N19 (T)

NORAKLIN BIN JAFFAR HASLINAWATI BINTI YYACOB’ HARYATI BINTI HARITH PEMB OPERASI AZIZ MISERI MOHAMAD RASID BIN KUNJI
PEMB PERAWATAN KESIHATAN PEMB PERAWATAN KESIHATAN PEMB PERAWATAN KESIHATAN N11A(T) PEMANDU PEMB AWAM
KOSONG H11(T)
U11(K) U11(K) U11(K) H11 (T)
NOORAZHARALINAFIAH BIN MOHAMAD NOR
NURAZLIN BIN OTHMAN ZALEHA BINTI MD BAKI FARAH SYAKIRA M MUHAMAD ABDUL FADIL BIN KASBI PEMB AWAM
PEMB OPERASI PEMB OPERASI PEMB OPERASI PENGAWAL KESELAMATAN H11(T)
N11(K) N11(K) N11(K)
KP 11(T)
KOSONG HUSSIN BIN DOL MOHD RAZIF BIN SIDEK
PEMB OPERASI N11(K) KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN PENGAWAL KESELAMATAN
PENGAWAL KESELAMATAN
KP 11(T) KP 11(T)
KP 11(T)

SALMAH BINTI HJ AMIN
PEMB PERAWATAN KESIHATAN

U3(K)

• Pertukaran Pegawai (Keluar Dari RKKMUT) : Encik Mazlan Bin Mustafa, Pembantu Operasi Gred N11
telah dinaikkan pangkat ke Gred N14 & bertukar ke Jabatan
Pertanian Negeri Johor.

110

Johor BahruRumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK)

Statistik • Statistik kanak-kanak bermula 12 Mei 1999 sehingga 31 Disember 2021 (mengikut kaum) :

• Statistik kanak-kanak bagi Januari
hingga Disember tahun 2021 :

Pencapaian • Komitmen Cemerlang JKMN Johor 2021 • 5 Bintang bagi Pemeriksaan Aset JKMN
Johor 2021

• 5 Bintang bagi Verifikasi • Naib Pengerusi Persatuan Puteri Islam • Keputusan Ujian Penilaian
Stor JKMN Johor 2021
Malaysia (PPIM) Sek. Keb. Nong Chik, Kelas KAFA, 7A 1B

Johor Bharu

| 111

Laporan Tahunan 2021

Johor BahruRumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK)

Program Jom Masak Bubur Lambuk

Tarikh : Jumaat, 2 April 2021

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Masa : 11.00 pagi

Objektif : Program melibatkan warga kerja & kanak-kanak institusi bersempena Bulan

Ramadhan. Dengan program ini, ikatan ukhwah akan kekal terjalin selain

meningkatkan semangat kerjasama & bantu-membantu.

Shopping Raya, Iftar Ramadhan, Jom Buat Kuih Raya & Anyam Ketupat

Tarikh : Sepanjang bulan Mei 2021

Tempat : Plaza Angsaana & RPKK, Johor Bahru

Masa : 10.00 pagi

Objektif : Program diadakan bersempena Bulan Ramadhan & persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri

yang melibatkan pihak NGO, wargakerja & kanak-kanak institusi. Kemeriahan Bulan Ramadhan

menyambut Aidilfitri dirasai oleh kanak-kanak sama seperti kanak-kanak lain d luar insttusi. dalam

melaksanakan program sepertimana perancangan hingga selesai dengan jayanya.

Ujian Saringan Covid-19 & Sanitasi RPKK Johor

Tarikh : 24 hingga 25 Mei 2021

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Masa : 2.00 petang

Objektif : Program Ujian Saringan Covid-19 diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 24 Mei 2021 & 30 Mei 2021

bagi memastikan tiada penularan jangkitan virus kepada warga kerja & kanak-kanak institusi.

Taklimat diadakan sebelum ujian saringan dilakukan oleh Pegawai Perubatan bersama pasukan

daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) JB. Keputusan ujian ke semuanya negatif & perlu

kuarantin untuk tempoh 10 hari. Pasukan pihak PKD JB juga mengadakan sanitasi di kawasan

sekitar bangunan di RPKK Johor dalaman & luaran. Kerjasama bersama pihak PKD JB amat

dihargai bagi menjamin aspek kesihatan dikekalkan serta diambil perhatian agar terpelihara dari

masa ke semasa.

112

Johor BahruRumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK)

Program Program Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos 2021

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Masa : 10.00 pagi

Objektif : Program diadakan bersempena Hari Kemerdekaan & Sambutan Hari Malaysia

dengan melibatkan warga kerja serta kanak-kanak institusi. Program ini dapat

meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga kerja & kanak-kanak

selain bekerjasama memeriahkan program hingga selesai dengan jayanya.

Antara pengisian aktiviti ialah deko kek merdeka, deko roti jala merdeka &

nyanyian lagu merdeka. Program ini juga memberi peluang kepada warga

kerja & kanak-kanak menunjukkan bakat kreativiti dalam pengisian aktiviti

semasa program berlangsung.

Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat JKM Negeri Johor

Tarikh : Sabtu, 16 Oktober 2021

Tempat : RPKK, Johor Bahru

Masa : 8.30 pagi

Objektif : Program diadakan dalam talian “WEBEX” secara lintas langsung di 4 institusi kanak-kanak JKM

Johor iaitu Asrama Akhlak(L) Kempas, Rumah Perlindungan 2, Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu

Tiram & Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor. Program dimulakan dengan ucapan Tuan

Pengarah JKM Negeri Johor & YB Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Masayarakat Negeri

Johor seterusnya diikuti lintas langsung ucapan YB Menteri KPWKM dari Putrajaya. Pelbagai acara

& aktiviti diadakan sepanjang tempoh program berlangsung antaranya pakaian beragam,

sukaneka, “indoor games”, tarian & pelbagai lagi. Program dimeriahkan dengan sumbangan Mc

Value daripada pihak McDonald kepada semua yang terlibat dalam program ini.

| 113

Laporan Tahunan 2021

Bukit SenyumRumah Perlindungan Kanak-Kanak 2 (RP2)

Pengenalan Rumah Perlindungan Kanak-Kanak 2 Bukit Senyum atau dikenali sebagai RP2 diwujudkan
pada bulan Jun 2014. Ia merupakan rumah perlindungan yang digazetkan sebagai tempat
perlindungan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang & Penyeludupan Migran (ATIPSOM
Pindaan 2007).

Fungsi RP2 ini adalah untuk memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan kanak-kanak lelaki &
penyeludupan migran dikalangan kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun. Perkhidmatan yang disediakan
di rumah perlindungan adalah perlindungan, makanan, kemudahan perubatan, pembelajaran, kaunseling &
rekreasi. Pegawai penguatkuasa (Imigresen, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Kastam, & Jabatan Tenaga
Kerja) membawa kes-kes yang disyaki kepada mahkamah sekiranya disahkan oleh mahkamah sebagai kes yang
memerlukan perlindungan di bawah ATIP SOM, mangsa akan diberi perlindungan interim (I.P.O) selama 21 hari
untuk siasatan lanjut. Selepas 21 hari mangsa akan dibawa semula ke mahkamah untuk mendapat perintah
perlindungan (P.O) sehingga 90 hari atau sehingga siasatan selesai. Kapasiti penghuni keseluruhan bangunan ini
adalah seramai 30 orang.

Carta
Organisasi

Statistik • Statistik penghuni : Bil Penghuni Negara asal dan bilangan
Program 58
Status 36 penghuni
IPO (Sek 44(2) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007)
1.Myanmar 35
PO (Sek 50(3) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007)
2.Malaysia 3

3.Vietnam 1

4.Indonesia 1

1.Myanmar 32

2. Malaysia 4

Program Asas Jahitan

Tarikh : Jumaat, 16 Julai 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Objektif : Dijalankan oleh kakitangan bertujuan memberi

pendedahan kepada penghuni dengan teknik

asas jahitan. Dengan pendedahan ini, penghuni

dapat menjahit pakaian yang boleh dibaiki &

memanjangkan jangka hayat pakaian mereka.

114

Bukit SenyumRumah Perlindungan Kanak-Kanak 2 (RP2)

Program Malam Kebudayaan

Tarikh : Sabtu, 13 Mac 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 8.30 malam hingga 11.00 malam

Objektif : Malam Kebudayaan telah diadakan pada 13 Mac 2021, penghuni bertanding

dalam kumpulan yang telah dibahagikan mengikut persembahan. Mencungkil

bakat semua mangsa yang berada di institusi & memberi peluang mereka

mengadakan aktiviti yang digemari.

Program Kembara Prihatin Negara Edisi Ramadhan Oleh Timbalan Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga & Masyarakat

Tarikh : Ahad, 2 Mei 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 11.30 pagi hingga 2.00 petang

Objektif : Lawatan & tazkirah Timbalan Menteri KPWKM ke RP2 Bukit Senyum &

mengadakan program ramah mesra bersama mangsa & kakitangan.

Program Ceramah & Tazkirah Daripada Pegawai Hal Ehwal Agama (Asrama Akhlak Kempas) Bersama Penghuni

Tarikh : Sepanjang bulan April hingga Mac 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang

Objektif : Kelas fardu ain oleh Pegawai Hal Ehwal Agama dari Asrama Akhlak Kempas kepada mangsa

yang beragama Islam. Memberikan penerangan tentang tanggungjawab sebagai umat Islam

dalam mengerjakan semua yang diperintahkan & dilarang oleh Allah.

| 115

Laporan Tahunan 2021

Bukit SenyumRumah Perlindungan Kanak-Kanak 2 (RP2)

Program Program Tanaman Sayuran Berkumpulan

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : Sepanjang bulan Ogos 2021

Objektif : Sempena program bersama membanteras jenayah pemerdagangan manusia

& penyeludupan emigran yang diadakan sepanjang bulan Ogos, diantara

pengisian yang telah dibuat adalah aktiviti penanaman sayur dan penyemaian

benih yang dikelolai oleh En. Ameenur Rasheed. Setiap individu diberikan

tanggungjawab untuk menjaga setiap semaian sehingga matang, individu &

kumpulan yang mempunyai hasil tuaian terbaik akan diberikan ganjaran.

Aktiviti Membuat Kek & Roti Canai

Tarikh : Selasa, 10 Ogos 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : Sepanjang bulan Ogos 2021

Objektif : Aktiviti membuat kek & roti canai ini diadakan bertujuan

mengisi masa lapang penghuni, pendedahan asas ini

telah membuka minat sebahagian penghuni dalam

bidang pembuatan makanan. Sebahagian penghuni

telah menunjukkan minat yang tinggi sepanjang

aktiviti dijalankan. Aktiviti ini telah dikelolai oleh En

Muhammad Nur Ariff.

Program Lawatan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Bersama Penghuni

Tarikh : Khamis, 11 November 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Objektif : Diantara pengisian didalam lawatan ini adalah pihak SUHAKAM ingin melihat

bangunan & asrama yang didiami oleh penghuni serta kelengkapan yang

disediakan untuk penghuni. Selain daripada itu pihak SUHAKAM ingin menemu

bual penghuni secara rawak. Dapatan daripada lawatan ini, pihak Rumah

Perlindungan telah diberikan pujian & penghargaan diatas layanan & kerjasama

yang diberikan. Hasil dari penilaian pihak SUHAKAM, Rumah Perlindungan telah

menyediakan kelengkapan & keperluan dengan baik kepada penghuni.

Program Vaksinasi Kebangsaan Peringkat Institusi Bersama PKD Johor Bahru

Tarikh : Sabtu, 13 November 2021

Tempat : RP2 Bukit Senyum, Johor Bahru

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Objektif : Selaras dengan usaha kerajaan untuk menangani & melawan Covid-19, pihak PKD telah datang

ke Rumah Perlindungan untuk memberikan suntikan vaksin kepada para penghuni. Semua

penghuni telah diberikan vaksin, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh

yang singkat mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

116

Sekian, terima kasih

| 117

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGERI JOHOR

Blok A, Aras 4,
Bangunan Wisma Persekutuan,

Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

www.jkm.gov.my


Click to View FlipBook Version