The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesemua program akademik yang ditawarkan di Kolej Vokasional melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education - OBE). Secara umumnya, konsep OBE adalah suatu konsep pembelajaran yang memberi penekanan kepada hasil. Pencapaian hasil pembelajaran sesuatu, program itu adalah ditentukan melalui penjajaran pembangunan program tersebut dengan kaedah penyampaian serta pentaksiran setiap kursus yang dilaksanakan. Pemahaman terhadap konsep OBE adalah sangat penting bagi menjamin kualiti Pendidikan yang diberikan kepada pelajar. Edaran ini adalah salah satu usaha untuk memberi pengetahuan asas kepada kolej tentang amalan dan pendekatan OBE di Kolej Vokasional Likas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Najwan Najihan, 2024-06-10 02:04:58

PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) KOLEJ VOKASIONAL LIKAS

Kesemua program akademik yang ditawarkan di Kolej Vokasional melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education - OBE). Secara umumnya, konsep OBE adalah suatu konsep pembelajaran yang memberi penekanan kepada hasil. Pencapaian hasil pembelajaran sesuatu, program itu adalah ditentukan melalui penjajaran pembangunan program tersebut dengan kaedah penyampaian serta pentaksiran setiap kursus yang dilaksanakan. Pemahaman terhadap konsep OBE adalah sangat penting bagi menjamin kualiti Pendidikan yang diberikan kepada pelajar. Edaran ini adalah salah satu usaha untuk memberi pengetahuan asas kepada kolej tentang amalan dan pendekatan OBE di Kolej Vokasional Likas.

Keywords: Kolej Vokasional,Outcome based education,OBE

PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE)


BIL PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN i 1.0 PENGENALAN 1 2.0 OBE DI KOLEJ VOKASIONAL 2 3.0 3.1 3.2 3.3 APA ITU OBE PERBEZAAN PENDIDIKAN TRADISIONAL DENGAN OBE OBE & HASIL PEMBELAJARAN EMPAT ELEMEN OBE 3-5 6-8 9 11-12 4.0 HUBUNGKAIT OBE DENGAN PEO, PLO DAN CLO 13 5.0 RUMUSAN 14 6.0 GLOSARI 15 7.0 RUJUKAN 16 ISI KANDUNGAN PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION i. KOLEJ VOKASIONAL LIKAS


1.0 PENGENALAN Kesemua program akademik yang ditawarkan di Kolej Vokasional melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education - OBE). Secara umumnya, konsep OBE adalah suatu konsep pembelajaran yang memberi penekanan kepada hasil. Pencapaian hasil pembelajaran sesuatu, program itu adalah ditentukan melalui penjajaran pembangunan program tersebut dengan kaedah penyampaian serta pentaksiran setiap kursus yang dilaksanakan. Pemahaman terhadap konsep OBE adalah sangat penting bagi menjamin kualiti Pendidikan yang diberikan kepada pelajar. Edaran ini adalah salah satu usaha untuk memberi pengetahuan asas kepada warga kolej tentang amalan dan pendekatan OBE di Kolej Vokasional Likas. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KO 1. LEJ VOKASIONAL LIKAS


2.0 OBE DI KOLEJ VOKASIONAL Outcome Based Education (OBE) dilaksanakan di Kolej Vokasional di Malaysia setelah Transformasi Pendidikan Vokasional menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional. Pendekatan OBE di Kolej Vokasional sedikit sebanyak memberikan perubahan besar kepada sistem pendidikan vokasional kerana sebelum ini terikat dengan corak pendidikan tradisional yang lebih berpusatkan kepada peperiksaan sematamata. Pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional adalah pra-syarat bagi mendapatkan akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dimana hasil pembelajaran yang jelas dan nyata perlu diperhatikan supaya semua program yang dijalankan di Kolej Vokasional ini memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 2.


3.0 APA ITU OBE Outcome Based Education adalah suatu sistem pendidikan yang teratur dan berfokus secara menyeluruh terhadap hasil yang diperolehi oleh pelajar di akhir sesuatu pembelajaran (Spady, 1994). OBE berfokuskan hasil kerana ianya melibatkan perbuatan dan perlakuan sebenar berbanding, hanya mengetahui sesuatu perkara (Spady,1994). OBE merupakan pembelajaran berasaskan hasil yang dicapai oleh pelajar. Hasil pembelajaran ini boleh dikuasai apabila pengajaran dan pembelajaran itu lebih berpusatkan pelajar (Scott, 2011). Hasil pembelajaran ialah apa yang pelajar tahu, faham dan boleh lakukan setelah menamatkan kursus/program pengajian. Kesimpulannya, OBE adalah proses pembelajaran dan pendekatan yang berfokus kepada hasil pembelajaran (Learning Outcome), iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk dicapai oleh setiap pelajar sebelum dan selepas tamat pengajian. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 3.


Kepentingan bentuk penilaian kepada pelajar Peratusan penyertaan dan penglibatan pelajar lebih tinggi dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran yang lebih jelas Untuk memastikan sistem pendidikan yang berstruktur iaitu PEO, PLO dan CLO dapat dicapai Untuk memastikan program pengajian di PPT mendapat akreditasi daripada badan yang diiktiraf (MQA/MBOT) KEPENTINGAN OBE PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 4.


FALSAFAH OBE HASIL PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN & REKA BENTUK KURIKULUM PENILAIAN Bagaimana anda mahu belajar? Kaedah pengajaran dan pembelajara n selaras Kaedah pengajaran dan pembelajara n selaras dengan hasil pembelajara n dengan hasil pembelajara n Apa ya n g a n d a mahu pelajar belajar? mat al m at d a n h a sil pembelajaran (LO) mat al m at d a n h a sil pembelajaran (LO) Ba g aim a n a anda meni al i se aj u mh na p a aj al e r a n da te al h m me pe al aj nir ay ? ka e da h peni al ai n dan ai p nai aw ka e da h peni al ai n dan ai p nai aw se al ar s den ag nn ay se al ar s den ag nn ay PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 5.


3.1 PERBEZAAN PENDIDIKAN TRADISIONAL DENGAN OBE 3.1.1 PENDIDIKAN OBE • Hasil pembelajaran yang jelas Hasil pembelajaran yang diinginkan dipilih terlebih dahulu, kemudian barulah pembinaan kurikulum, pemilihan teknik & bahan mengajar dan juga pentaksiran yang menyokong hasil dipilih. • Berpusatkan kepada penguasaan pelajar Pentaksiran berterusan seperti menggunakan cerapan rubrik pemarkahan untuk kerja berkumpulan dijangka menghasilkan pentaksiran dan penilaian yang lebih menyeluruh, tepat dan adil terhadap penguasaan domain pembelajaran kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. (Jabatan Pengajian Tinggi & Kementerian Pengajian Tinggi, 2012). PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 6.


3.1.2 PENDIDIKAN TRADISIONAL • Berorientasi peperiksaan Ujian & peperiksaan akhir yang biasanya dalam bentuk kertas dan pensil hanya berkesan untuk menguji domain pembelajaran kognitif peringkat rendah yang memerlukan ingatan dan hafalan. (Jabatan Pengajian Tinggi & Kemahiran Pengajian Tinggi, 2012). Pelajar tidak benar-benar disediakan kepada alam pekerjaan. Kurang penekanan kemahiran insaniah yang diperlukan didalam pekerjaan contohnya kemahiran komunikasi, kemahiran perhubungan sosial dan lain-lain. 3.1 PERBEZAAN PENDIDIKAN TRADISIONAL DENGAN OBE PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 7.


TRADISIONAL Pensyarah - Pelajar Memikirkan diri pensyarah sendiri Apa yang saya akan ajar? Apa yang saya akan ajar selepas ini? Isi pelajaran Non-Behavioural objectives OBE Pensyarah - Pelajar Memikirkan pelajar/ impak pengajaran kepada pelajar Adakah mereka mempelajari apa yang saya ajar? Apakah impak pengajaran saya? Apakah yang pelajar boleh buat selepas pengajaran saya? Behavioral objectives/ learning outcomes OBE fokus untuk mengukur prestasi pelajar secara emprikal yang dipanggil Hasil Pembelajaran PERALIHAN DARIPADA PENDIDIKAN TRADISIONAL KEPADA OBE PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 8.


3.2 OBE & HASIL PEMBELAJARAN OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan : i. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas supaya pelajar dapat mengetahui dan memahami dengan mudah hasil pembelajaran yang perlu mereka capai. ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai supaya pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran. iii. Menilai tahap pencapaian pelajar mengikut kriteria pencapaian yang jelas dan berkesan. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 9.


Pembelajaran Berasaskan Isi Pelajaran Pembelajaran Berasaskan Hasil Melahirkan pelajar yang pasif Melahirkan pelajar yang aktif Penilaian berasaskan kepada peperiksaan Penilaian yang berterusan Pembelajaran untuk pemahaman kendiri Pembelajaran yang memerlukan pemikiran yang kritikal, tindak balas dan pelaksanaan Pembelajaran mengikut isi yang ditetapkan Melibatkan penggabungan pengetahuan dan pembelajaran yang relevan dengan situasi sebenar Berfokuskan buku, kertas kerja dan pengajaran guru Pembelajaran berpusatkan pelajar dan melibatkan fasilitator serta kerja kumpulan Berdasarkan silibus yang telah ditetapkan Berdasarkan pemantauan fasilitator untuk menjadikan rekabentu isi pelajaran lebih inovatif dan kreatif Guru bertanggungjawab keatas segala pembelajaran melalui motivasi personality mereka Pelajar bertanggungjawab keatas pembelajaran melalui motivasi terhadap tindakbalas mereka Berdasarkan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh guru Berdasarkan kepada apa yang boleh difahami dan dihasilkan oleh pelajar Tempat pembelajaran ditentukan pada masa yang tertentu Tempat pembelajaran pada masa yang fleksibel Berada pada suasana pembelajaran yang sama sehingga selesai sesi tersebut Suasana pembelajaran boleh berubahubah sehingga matlamat pembelajaran tercapai melalui penghasilan sesuatu. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 10.


3.3 EMPAT ELEMEN OBE OBE bersifat fleksibel iaitu penambahbaikan terhadap kurikulum sentiasa dilaksanakan supaya pelajar dapat mencapai keberhasilan yang ditetapkan bagi sesuatu program. Ini adalah kerana, pelaksanaan OBE berfokus kepada 4 elemen yang utama iaitu: i. Perancangan ii. Pelaksanaan iii. Pemantauan iv. Penilaian Dapatan daripada penilaian akan digunakan untuk melaksanakan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continual Quality Improvement, CQI). PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 11.


PENILAIAN PERLAKSANAAN PEMANTAUAN OBE PERANCANGAN KAEDAH KUMULATIF PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN KITARAN KESELURUHAN OBE PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 12.


4.0 HUBUNGKAIT OBE DENGAN PEO, PLO DAN CLO 4.1 OBE & CLO CLO (Hasil Pembelajaran Kursus) adalah pernyataan berhubung pengetahuan/ kemahiran/ kebolehan yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar untuk mengetahui, memahami dan melaksanakan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran mereka. CLO bagi setiap kursus adalah berbeza mengikut program pengajian. 4.2 OBE & PLO PLO (Hasil Pembelajaran Program) adalah pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar setelah tamat pengajian. 4.3 OBE & PEO PEO (Objektif Pendidikan Program) adalah gambaran tentang kerjaya dan perkembangan professional graduan yang akan dinilai dalam tempoh minima tiga hingga lima tahun selepas tamat pengajian. Hubungkait ini kemudiannya berkait pula dengan CQI (Penambahbaikan Kualiti Berterusan) yang memberi tumpuan kepada keperluan untuk menganalisis data-data yang objektif bagi meningkatkan atau menambahbaik sesuatu proses. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 13.


5.0 RUMUSAN Penguasaan ilmu berkaitan OBE perlu difahami oleh Kolej Vokasional bagi memantapkan matlamat program yang dijalankan. Kejayaan pelaksanaan OBE dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional akan dapat memacu perubahan dalam minda generasi muda dimana ilmu dan kemahiran yang diperolehi akan memberi kesan kepada kebolehupayaan mereka untuk lebih kreatif dan inovatif. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 14.


6.0 GLOSARI 6.1 OBE : Outcome-Based Education. 6.2 PEO : Program Educational Objectives. 6.3 PLO : Program Learning Outcomes. 6.4 CLO : Course Learning Outcomes. 6.5 MBOT : Malaysia Board Of Technologist MBOT adalah badan professional yang memberikan pengiktirafan professional kepada teknologis dan juruteknik dalam teknologi berkaitan. 6.6 MQA : Malaysian Qualification Agency MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi Pendidikan tinggi negara. Ia memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 15.


7.0 RUJUKAN Ts. Rosman Bahri, Amir Hamzah b. Sohfi@ Subhi & Prof Madya Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul. (2020). Amalan Pendidikan Berasaskan Hasil. Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional. 1. Mohd Amiruddin Ag Damit & Muhd Kahizer Omar, UPM (2018). Pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional, Malaysia. 2. Ts. Dr. Che Ghani b. Che Kob. UPSI. Siri perkongsian Outcome-Based Education. 3. Nor Fadhlina Ahmad Murad, Mohd Izham Mohd Hamzah, UKM. Tahap Kesediaan Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Terhadap Pembelajaran Berasaskan Hasil, OBE Dan Hubungannya Dengan Kualiti Penyampaian Kurikulum. 4. Shuhada Abdul Raof, Aede Hatib, Musta’mal, Farid Kamil Zamzuri, Mohammad Hafiz Salleh (2021). Validity and Reliability of Students Perceptions on VC Using Rasch Model. 5. PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL – OUTCOME BASED EDUCATION KOLEJ VOKASIONAL LIKAS 16.


Click to View FlipBook Version