AG 2021192380027 EDUP2083D
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU
EDUP2083D
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PENULISAN AKADEMIK
Nama : NOOR ZAWAL HASLINDA BT AHMAD
761023-07-5862
No. K/P : 2021192380027
PDPM
Angka Giliran : OKTOBER 2021
B2
Program : PUAN NOORIZAN BINTI BABA
1 APRIL 2022
Ambilan :
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
AG 2021192380027 EDUP2083D
Untuk seiring dengan globalisasi pendidik harus menerima, mencari, mencuba dan
menjalankan ‘kaedah cara’ yang diberikan untuk dilihat berdaya saing.Kegagalan
‘melaksanakan’ apa yang disarankan bermakna ‘gagal’lah diri sebagai seorang pendidik
yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten.Begitu juga dengan murid dan pelajar,
berulang kali kita mendengar akan keperluan untuk murid dan pelajar mempunyai kemahiran
yang boleh dipindahmilik yang boleh digunapakai kepada mana-mana alam pekerjaan.Jika
di lihat, sesiapa yang tidak mempunyai kertas kelayakan peperiksaan maka maaflah
jawabnya untuk anda menjawat jawatan yang berkedudukan.Namun , bagaimana pula
sekiranya dalam usaha mempersiapkan pelajar untuk peluang ini ketika kita tidak
memfokuskan pada gred dan bagaimanakah kaedah dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk bersuara?
Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies
(NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk
menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama,
mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar.Ia mencerminkan
perubahan terhadap kehidupan masyarakat kita dan keperluan untuk guru berfikir secara
lebih terperinci mengenai bagaimana mereka menggunakan pendekatan mengajar di dalam
kelas.Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang
berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil
menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita.
Namun , dalam keghairahan kita mengejar dan mempelajari pedadogi ini untuk di
laksanakan , seharusnya juga kita jangan lupa untuk melihat dan mengkaji akan
permasalahan kanak-kanak ini dalam menghadapi arus pendidikan teknologi pantas
sekarang . Seharusnya kita jangan lalai untuk melihat dan menilai akan tahap psikologi
kanak-kanak ini samada mereka ini dapat mengharunginya dengan baik.Peranan semua
pihak terutama ibu bapa,guru dan rakan-rakan amat penting untuk memastikan kemenjadian
kanak-kanak ini selari dengan apa yang di inginkan oleh semua pihak.Aspek-aspek dari segi
psikologi perlu di tekankan sedari awal agar sekiranya kanak-kanak ini mempunyai masalah
ianya dapat di bending dari menjadi lebih rumit nanti.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi , maka satu sesi temuramah bersama pakar
bidang psikologi kanak-kanak ini telah di lakukan untuk mendapat perincian jelas tentang
permasalahan kanak-kanak ini yang acapkali di pandang ringan dan tidak di pandang serius
oleh sesetengah pihak.Sesi temuramah ini dilakukan dengan Sesi Santai Bersama Yang
Berusaha Dr Muhammad Syawal Amran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).Berikut ini adalah antara soalan yang telah di ajukan sepanjang sesi temuramah
berikut.
AG 2021192380027 EDUP2083D
SOALAN TEMU BUAL
1) Boleh Dr. Syawal terang serba sedikit latar belakang serta pengalaman Dr. Syawal dalam
bidag ini?
2) Dr. Apakah yang dimaksudkan perkembangan psikososial kanak-kanak?
3) Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan psikososial kanak-kanak?
4) Status sosio-ekonomi sesebuah keluarga itu dapat memberi perbezaan terhadap
perkembangan kanak-kanak.Apakah pandangan Dr. Syawal?
5) Boleh Dr. Syawal cadangkan pendekatan pembelajaran bagi mengatasi masalah
personality kanak-kanak?
6) Apakah perbezaan yang Dr. Syawal dapat lihat tentang perkembangan personaliti kanak-
kanak pada zaman dahulu sebelum adanya teknologi yang canggih berbanding pada
zaman sekarang terutamanya dari sudut perkembangan sosial?
Dr Muhammad Syawal Amran merupakan seorang Pensyarah Kanan Psikologi
Pendidikan (Emosi, Kognitif dan Neurosains Pendidikan) Pusat Inovasi & Pengajaran Fakulti
Pendidikan UKM . Beliau juga seorang yang aktif menulis dan di antara buku-buku hasil
tulisan beliau adalah seperti Psychosocial Risk Factors Associated With Mental Health Of
Adolescents Amidst The Covid-19 Pandemic Outbreak. - International Journal Of Social
Psychiatry. 6-8. Chua Yi Xuan, Muhammad Syawal Amran. (2021). Kemahiran Kreativiti
Dalam Pendidikan Seni Visual. - Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (Skepen) Ke-7
2021. 1192-2000. Das Maniar Hasan, Muhammad Syawal Amran. (2021). Bertangguh
Masa Dalam Akademik; Kajian Sistematik. - Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
Universiti Awam 2021. 312-330. Muhamad Syawal Amran, Abu Yazid Abu Bakar, Ifdil Ifdil.
(2021). Adolescents Anxiety During Covid-19 Pandemic In Malaysia. - Acta Counseling And
Humanities. 99-100. Nurfaradilla Mohamad Nasri, Sufian Jusoh, Nurfarahin Nasri, Mohamad
Asyraf Abd Talib, Azlina Abdul Aziz, Nur Ehsan Mohd Said, Manisah Mohd Ali, Sheerad
Sahid, Bity Salwana Alias, Muhammad Syawal Amran, Khairul Azhar Jamaludin. (2021).
Industry-Academia-Government (Iag) Collaboration On Alternative Re-Employment Project
For Aging Population: An Innovative Employment Management Model (Iemm). - Industry-
Academia-Government (Iag) Collaboration On Alternative Re-Employment Project For Aging
Population. 4-40. Selain itu, beliau juga mempunyai pendidikan dalam bidang Brain Mind
AG 2021192380027 EDUP2083D
atau Otak Minda dan Pendidikan. Beliau juga merupakan pensyarah bagi subjek Pendidikan
Awal Kanak-kanak di UKM dan juga seorang pakar psikitris kanak-kanak dan remaja.
Hasil temubual ini , apa yang dapat di fahami bahawa psikologi adalah sesuatu
perkara yang berkaitan dengan jiwa , tingklah laku , moral dan emosi yang sedang melalui
proses perkembangan sejak peringkat awal kanak-kanak sehingga dewasa .Psikologi ini
mula berkembang seawal usia bayi lagi. Perkembangan Psikologi ini pula terjadi dan
berhubung kait dengan keadaan sekeliling seperti aktiviti sosial, cara bermasyrakat, berkisar
dalam kalangan keluarga dan juga rakan sebaya atau kawan-kawan sekeliling. Sebagai
contoh , perkembangan psikologi dari sudut sosial, apabila ibu dan ayah terlalu sibuk bekerja
dan tidak mempunyai masa untuk anak-anak , maka anak-anak berasa seperti tidak
diperlukan , merasa sunyi dan akhirnya mereka mengambil jalan mudah bergaul dengan
rakan-rakan yang mereka berasa selesa untuk bersama. Permasalahan yang akan timbul
nanti ialah seandainya golongan rakan-rakan ini mempunyai tingkah laku yang tidak sihat ,
semestinya ianya akan mempengaruhi anak-anak tersebut dengan tingkah laku yang tidak
sihat atau sebaliknya.
Selain itu , sosial juga boleh dikaitkan dengan perkembangan dari aspek
pembelajaran . Contohnya , kanak-kanak akan melalui proses perkembangan bahasa
dengan baik bermula dari rumah itu sendiri . Permulaan komunikasi yang baik akan di
bentuk bermula. Sekiranya aktiviti komunikasi amat jarang berlaku di dalam rumah , maka
pasti akan timbul permasalahan di antara ibu bapa dan anak-anak itu .
Selain dari itu , apabila di lihat pula proses perkembangan dari segi elemen budaya
dan status , seandainya ibu atau bapa itu merupakan seorang yang suka mengarah di
pejabat, pemarah seandainya dibawa pulang ke ruman, maka tingkah laku ini juga akan
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Apabila di lihat pula dari sudut sosioekonomi
status pula, sesebuah keluarga yang susah sekiranya ibu bapa itu mengapliksikan budaya
baik seperti sabar, bertolak ansur , tidak suka bercakap meninggi suara , menghormati
setiap manusia dan anak-anak di asuh dan di didik dengan cara yang baik , maka kanak-
kanak ini akan berkembang dengan konsep kendiri yang positif.
Personaliti kanak -kanak juga di pengaruhi oleh emosi, kognitif, sosial dan moral.Ini
kerana setiap individu itu sangat berbeza. Personaliti mula dibentuk pada umur 0-2 tahun.
Seperti interaksi dengan persekitaran seperti memegang pipi bayi, itu dinamakan
sensori.Manakala umur 4 tahun keatas di kenali egocentrik, yang mana kanak-kanak tidak
suka berkongsi barang.Dan oleh sebab inilah , maka cara didikan itu adalah amat penting.
Contoh sekiranya kita pergi ke kedai bersamanya, sekiranya anak itu mahu membeli semua
gula-gula yang di sukainya dan ibu atau bapa tidak membeli , anak itu akan mengamuk.
AG 2021192380027 EDUP2083D
Betul kan ? Akhirnya , ibu ayah yang tidak mahu merasa malu akan mengikut sahaja
kehendak anak tetapi , ibu ayah yang pandai menanggani situasi itu pasti akan
menggunakan cara lain iaitu dengan menggunakan kaedah perjanjian di antara anak-
anaknya.
Beralih pula kepada aktor genetic , ini juga boleh mempengaruhi perkembangan
psikologi seorang kanak-kanak , tetapi ianya tidaklah terlalu memberi impak yang besar
kepada kanak-kanak. Seperti situasi dimana apabila ibu atau ayah kanak-kanak itu seorang
yang panas baran , dan anaknya pula tinggal bersama nenek yang mempunyai peribadi
seorang yang sabar, maka panas baran itu tidak menjadi dominan kepada kanak-kanak,
sebab ia lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Faktor mainan juga boleh
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak samaada mainan itu boleh membentuk
kerjasama atau individu. Faktor psikomotor juga salah satu faktor , boleh juga merujuk
kepada teori krono sistem oleh Brandon .
Teknologi sebenarnya mempercepatkan perkembangan kanak-kanak . Banyak kanak
-kanak belajar melalui teknologi akan memahirkan diri mereka dalam proses memperlajukan
kemahiran dan juga proses try and error atau cuba jaya. Kanak-kanak pada zaman dahulu
jika kita imbas Kembali amat takut untuk menyentuh televisyen atau radio tanpa kebenaran
orang dewasa dan kebiasaannya televisyen sentiasa dittutup, tetapi di zaman sekarang ,
kanak-kanak ini sangat mahir dan berani mencuba . Inilah hasilnya apabila pedadogi di
praktikkan di sekolah-sekolah .
Kanak -kanak dahulu bersosial bersama kawan-kawan dengan bermain bersama atau
menonton televisyen besama tetapi kanak- kanak sekarang ini cara mereka bersosial
adalah melalui media massa dan gajet . Maka kuranglah aktiviti interaksi mereka dengan
kawan-kawan dan rorang sekeliling.Ini kerana , tiada persekitaran lain bersama kawan-
kawan, hanya ada ibu dan ayah sahaja, jadi apabila bermain akan ada kelemahan maka
kawan akan mengejek, Disinilah wujudnya tekanan kepada emosi kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya , permasalahan perkembangan emosi ini harus di titikberatkan oleh
semua orang . Jangan ambil mudah dan di biarkan kanak-kanak ini kerana risau masalah
psikologi ini akan mempengaruhi perkembangan mereka.
AG 2021192380027 EDUP2083D
Rujukan
https://malaysiadateline.com/memahami-apa-itu-pedagogi-pembelajaran-bermakna-deep-
learning-pedagogy/
http://edup3033.aminteach.com/2017/03/08/ciri-ciri-pedagogi-masa-kini/
https://www.jiwadamai.com/psikologi-kanak-kanak/
https://www.scribd.com/document/458234677/Jurnal-Psikologi-Kanak-Kanak
http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-laku.html