The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana azizan, 2024-06-12 21:28:45

MINIT MESYUARAT PBD MADID BIL. 1 2024

Pembugaran PBD

MADRASAH IDRISIAH [MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BIL.1 | 2024] [1] MINIT MESYUARAT TARIKH : 15 Mac 2024 (Jumaat). MASA : 8.15 – 9.15 Pagi. TEMPAT : Bilik Mesyuarat Madrasah Idrisiah. PENGERUSI : Pengetua. KEHADIRAN : 52 Orang. Kehadiran (Hadir): 1. En. Khairul Anwar El Syazalli bin Musa, AMP. 28. Pn. Nabilah binti Adlan 2. Tn. Hj. Nazri bin Bahador 29. Cik Hjh. Najmawati @ Sayang binti Khidzir 3. Pn. Hidayah Nur binti Ahmad 30. Pn. Nasriah binti Noh 4. En. Meor Saiful Hamdi bin Meor Abd. Malik 31. Pn. Nasyrah binti Abdul Rahman Najib 5. En. Ahmad Ghazali bin Makrof 31. Pn. Noor Aishah binti Abdullah 6. Tn. Hj. Noor Azman bin Musa 32. Pn. Nor Akma binti Md Nor @ Norhilal 7. Pn. Norsahima binti Mohd Adam 33. Pn. Nor Hasliana binti Ahmad Zamani 8. Dr. Rosnani binti Ibrahim, PhD. 34. Cik Nor Hazira binti Mohd Haliki 9. En. Tun Mohd. Saufi bin Ahmad Zakaria 35. Pn. Nor Latifah binti Othman 10. Pn. Azlinda binti Ramly 36. Pn. Nor Nasariah binti Md Nor @ Norhilal 11. Pn. Faizah binti Mat Saman 37. Pn. Nor Shuhada binti Che Hashim 12. En. Ahmad Syukri bin Maliki 38. Pn. Norhana binti Muhamad Hamlun 13. En. Ammar Hafizdh bin Mohd Adib Shujaa' 39. Pn. Nur Farhana binti Azizi 14. En. Husaini Helmy Shah bin Abu Bakar 40. Pn. Nur Murniyati binti Mohamed Yusop 15. En. Mior Muhammad Syafiq bin Mior Anuar 41. Pn. Nur Naziha binti Yusoh 16. En. Mohammad Adeeb bin Ahamad Fadzil 42. Pn. Nurhidayah binti Mohamad Noor 17. En. Mohammad Zaihizrai bin Mohmad Zain 43. Pn. Nurul Fatimah Zahara bt Mohd Radzi 18. En. Mohd Ajwad bin Ahmad 44. Pn. Nurul Khadijah binti Ibrahim 19. En. Muhammad Amir Hakim bin Hasbullah 45. Cik Ramlah binti Amin Abdullah 20. En. Muhammad Hafezul bin Abd Rahman 46. Pn. Roziyana binti Abd Talib 21. En. Muhammad Hafiz bin Mohamad Zain 47. Cik Siti Maryam Maisarah binti Zakaria 22. En. Najmuddin bin Mohammad 48. Pn. Siti Noorizzah binti Rajab 23. Cik Aina Saufi binti Ab Ghafar 49. Pn. Syuhairah binti Pahrulrazi 24. Pn. Bibi Farisa binti Aziz Khan 50. Cik Wan Nur Farhain binti W Husin @ Abdul Aziz 25. Pn. Fadlina binti Azlan 51. Cik Zukhairah binti Mohd Tajudin 26. Pn. Farhana binti Md. Azizan 52. Pn. Zuraidah binti Mohd Noor 27. Pn. Mashitah binti Abdul Halim Kehadiran (Tidak hadir bersebab) : 1. En. Husain bin Sulaiman 2. En. Ahmad bin Nor Hazrul 3. En. Hasifi Hilfi bin Shahizan 4. En. Saiful Ridzuan bin Jamaluddin 5. Pn. Fadhilatul Ahya binti Md Daud 6. Pn. Noorfalihin binti Zoor 7. Pn. Nor Afiza Syafina binti Lokman 8. Cik Nur Najwa binti Mohd Shukri


MADRASAH IDRISIAH [MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BIL.1 | 2024] [2] AGENDA MESYUARAT : 1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. 1.2 Pengerusi mempersilakan Setiausaha PBD untuk menyampaikan taklimat pembugaran PBD bagi tahun 2024. Tindakan : makluman 2. PEMBENTANGAN & PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PBD BIL.1 / 2023 2.1 Tiada 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS MESYUARAT 3.1 Tiada 4. PEMBENTANGAN PEMBUGARAN PBD 4.1 S/U PBD memaklumkan bahawa Penilaian Bilik Darjah dijalankan berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan dalam DSKP setiap mata pelajaran dan bukan dijalankan atas dasar “favouritism” guru terhadap pelajar. Oleh itu, guru setiap mata pelajaran perlu menguasai DSKP bagi mata pelajaran yang diajar. Tindakan : makluman 4.2 S/U PBD menekankan bahawa Rekod Perkembangan Murid (RPM) wajib disediakan dan direkod oleh guru bagi setiap subjek yang diajar kerana ia merupakan bukti PBD dijalankan oleh guru. RPM perlu mengandungi tarikh, Standard Pembelajaran (SP), dan Tahap Penguasaan (TP). RPM ini perlu dijadikan panduan untuk mengisi TP keseluruhan dalam sistem IDME. Selain itu, RPM perlu diserahkan kepada guru yang mengambil alih kelas semasa sekiranya berlaku perubahan jadual untuk rujukan guru tersebut. Tindakan : semua guru 4.3 S/U PBD menjelaskan aktiviti Penjaminan Kualiti (4P- Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan, Pengesanan) wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Pihak yang perlu menjalankan penjaminan kualiti ialah pentadbir (Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru- guru Kanan), Ketua-ketua Panitia atau mana-mana personal yang dilantik oleh pentadbir. Aktiviti Penjaminan Kualiti perlu dilaporkan oleh Guru Kanan dan Ketua Panitia. Tindakan : Pentadbir dan Ketua Panitia 4.4 S/U PBD membentangkan contoh RPM serta kandungan DSKP (Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, dan Standard Prestasi). Tindakan : makluman 4.5 S/U PBD menerangkan bahawa guru mata pelajaran boleh menjalankan pentaksiran melalui tiga kaedah iaitu penulisan, lisan, dan pemerhatian. Berikut adalah contoh instrumen yang boleh digunakan bagi setiap kaedah pentaksiran: 4.5.1 Penulisan: Latihan bertulis.


MADRASAH IDRISIAH [MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BIL.1 | 2024] [3] 4.5.2 Lisan: Soalan lisan. 4.5.3 Pemerhatian: Catatan anekdot. Tindakan : makluman 4.6 S/U PBD meminta setiap guru untuk bersedia bagi aktiviti penjaminan kualiti pertama yang akan dijadualkan pada awal Mei. Setiap guru perlu menjalankan aktiviti berikut dan menyediakan bahan-bahan berikut bagi tujuan penjaminan kualiti pertama: 4.6.1 Pilih 1 slot Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) untuk menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 4.6.2 Sediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandungi TP yang akan dinilai dalam PDPC tersebut. 4.6.3 Sediakan instrumen pentaksiran yang mengandungi tarikh, SP, dan TP. 4.6.4 Jalankan pentaksiran dan beri TP kepada pelajar yang ditaksir. 4.6.5 Tanda TP pelajar yang ditaksir pada RPM berserta tarikh. 4.6.6 Simpan 5 hasil kerja pelajar yang telah diberi TP (boleh dalam pelbagai bentuk seperti latihan bertulis atau video). 4.6.7 Simpan semua bahan (1 RPH, instrumen, RPM, 5 hasil kerja pelajar) di dalam Fail PBD Guru untuk dibawa sewaktu aktiviti penjaminan kualiti pertama. Tindakan : semua guru 4.7 Guru mata pelajaran perlu menyediakan Fail PBD Guru bagi tujuan dokumentasi pelaksanaan PBD masingmasing. Berikut adalah kandungan Fail PBD Guru yang telah diselaraskan oleh pihak sekolah: 4.7.1 Carta organisasi. (Boleh diperoleh dari dashboard PBD MADID https://shorturl.at/efsHU). 4.7.2 Surat Pelantikan Pentaksir. (Telah diserahkan kepada guru sewaktu Mesyuarat PBD Bilangan 1 2024). 4.7.3 Buku Panduan Pelaksanaan PBD Edisi Ke-2. (Kod QR boleh diperoleh dari dashboard PBD MADID). 4.7.4 DSKP. (Boleh rujuk fail RPH atau letakkan kod QR untuk penjimatan kertas). 4.7.5 RPT. (Boleh rujuk fail RPH atau letakkan kod QR untuk penjimatan kertas). 4.7.6 RPM. (Rekod Perkembangan Murid perlu diletakkan di dalam fail sekiranya berlaku pemantauan dan perlu dibawa ke kelas sekiranya guru menjalankan PBD). 4.7.7 Borang Penjaminan Kualiti Lampiran (C). (Diperoleh dari dashboard PBD MADID dan perlu ditanda oleh setiap guru). 4.7.8 Contoh RPH/ Instrumen/ Hasil Kerja Pelajar. (yang digunakan untuk penjaminan kualiti atau hasil kerja pelajar bagi TP 6 atau di bawah TP 3). 4.7.9 Pelaporan IDME. (TP keseluruhan yang dimuat turun dari IDME 2 kali setahun).


MADRASAH IDRISIAH [MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BIL.1 | 2024] [4] 4.7.10 Kes-kes khas. (Intervensi bagi pelajar yang belum mencapai tahap minimum TP3). Tindakan : semua guru 4.8 S/U PBD mengingatkan dokumentasi bagi Penjaminan Kualiti bagi setiap panitia perlu mengandungi dokumen berikut: 4.8.1 Carta Organisasi. (Diperoleh dari dashboard PBD MADID). 4.8.2 Jadual Aktiviti Penjaminan Kualiti (Diperoleh dari dashboard PBD MADID). 4.8.3 Instrumen Penjaminan Kualiti 4P (Borang boleh dimuat turun dari dashboard PBD MADID). 4.8.4 Laporan Penjaminan Kualiti (boleh dibuat dalam bentuk OPPR). Tindakan : Guru Kanan dan Ketua Panitia 4.9 Semua guru duduk mengikut panitia dan menjalankan aktiviti panitia. Setiap panitia diberi contoh instrumen dan contoh RPM. Guru setiap panitia menjalankan perbincangan dan mencatat TP bagi contoh hasil kerja pelajar yang disediakan. Aktiviti ini bertujuan menjelaskan kepada guru/ pentaksir bahawa kaedah memberi TP bagi subjek berlainan mungkin berbeza. Maka, setiap guru perlu sentiasa cakna tentang kaedah pemberian dan perekodan TP kepada pelajar bagi subjek yang diajar. Biasanya, hal ini telah dikongsi sewaktu penataran KSSM peringkat daerah bagi setiap subjek. Kaedah pemberian TP bagi setiap subjek perlu diselaraskan oleh guru-guru mengikut panitia melalui aktiviti penjaminan kualiti (penyelarasan). Tindakan : makluman 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Tiada. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 09.15 pagi. Disediakan oleh ; Disemak oleh ; ………………………………………….… ……………………………………………………...… (FARHANA BINTI MD. AZIZAN) (NAZRI BIN BAHADOR) Setiausaha PBD, Madrasah Idrisiah. Penolong Kanan Pentadbiran, Madrasah Idrisiah. Disahkan oleh ; …………………………………………………………………………… (KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI BIN MUSA, AMP.) Pengetua, Madrasah Idrisiah.


Click to View FlipBook Version