1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 1 PAKK 1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR MUHAMAD AMMAR KHAIR BIN MOHD RUJMI ANGKA GILIRAN 2022232310136 NO. KAD PENGENALAN 040204030313 KUMPULAN/ UNIT PAKK A Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : ____16/3/2023__________ Nama Pensyarah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Abdul Hamid Tarikh Serahan 16/3/2023 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :_________________________ Tarikh : __________________
2 PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana dengan nikmat masa, tenaga dan limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah saya bagi subjek Pengenalan Kurikulum Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK 1094) dengan jayanya. Sebelum itu saya ingin ucapkan jutaan kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Abdul Ghani Bin Abdul Hamid juga selaku mentor saya kerana telah banyak memberi garis panduan, bimbingan, pemahaman serta panduan yang jelas sepanjang proses menyiapkan tugasan agar dapat disiapkan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan mental dan fizikal yang padu demi menjamin kesejahteraan anaknya supaya dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa pengorbanan dan kata-kata semangat dari pihak tersebut mungkin saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Saya berharap agar semua yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus yang terbaik dikurniakan balasan yang baik dari Allah S.W.T. Sekian terima kasih ______________________________ (MUHAMAD AMMAR KHAIR BIN MOHD RUJMI) P22234065
3 KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 2 ISI KANDUNGAN 3 1.0 PENGENALAN 4 2.0 PERSAMAAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KURIKULUM PERMATA 5 DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 5 2.1.1 OBJEKTIF PEMBENTUKAN PROGRAM BERASASKAN 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2.1.2 PENAKSIRAN PERKEMBANGAN DAN PEDAGOGI 6 PEMBELAJARAN 2.2 PERBEZAAN KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 7 2.2.1 PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7 2.2.2 MODUL PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN TIDAK 7 SAMA 3.0 RUMUSAN 8 RUJUKAN 9
4 1.0 PENGENALAN Pada era globalisasi kini, pendidikan yang seimbang dari segi intelek dan kerohanian perlu disemai seawal usia kanak-kanak lagi agar dapat melahirkan insan yang bukan sahaja tinggi inteleknya bahkan berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran globalisasi. Bertepatan dengan itu, kurikulum pendidikan adalah tonggak pelaksanaan pendidikan yang diatur oleh sesbuah sekolah atau institusi pendidikan demi mencapai objektif pendidikan. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, beberapa kurikulum pembelajaran telah diperkenalkan dan diguna pakai oleh kebanyakan institusi pendidikan seperti KSPK atau kurikulum PERMATA. Namun, setiap rancangan atau kandungan yang terdapat dalam kurikulum berdasarkan latarbelakang dua program pendidikan awal kanak-kanak ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam standard pembelajaran yang menjadi landasan kepada kejayaan program ini.
5 2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN. 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PERMATA DAN KSPK. 2.1.1 OBJEKTIF PEMBENTUKAN PROGRAM BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Umumnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menjadi garis panduan sebagai unsur bagi setiap aktiviti dalam sistem pendidikan.. Ianya bertujuan menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk menerima pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti sebelum ke peringkat seterusnya selari dengan tujuan yang dinyatakan dalam FPK yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya dan menjadi warganegara yang baik. Perkara ini berkait dengan pandangan Nur Farzana Amali & Nur Afifah Vanitha Abdullah (2021), iaitu Tujuan utama pelaksanaan program PERMATA Seni (PS) adalah sebagai satu bentuk latihan dan pendedahan awal bagi kanak-kanak dalam mempertingkatkan minat serta bakat mereka dalam bidang seni. Di samping itu, matlamat pembentukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah mempertingkatkan potensi individu kanak-kanak secara bersepadu dan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat. Menurut Rosmah Abdul Ghani dan Mariani Md Nor (2020), aktiviti yang terkandung dalam pendidikan prasekolah bersifat kompleks dan dinamik melibatkan fasa-fasa perancangan, penyampaian dan penilaian. Selari dengan prinsip FPK iaitu menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggunggjawab di sekolah rendah kelak.
6 2.1.2 PENAKSIRAN PERKEMBANGAN DAN PEDAGOGI PEMBELAJARAN Penaksiran ialah proses mengumpul dan menganalisis maklumat tujuan menilai. Kajian Sani, Norshafinaz Abdul dan Faridah Yunus (2018), mendapati bahawa setiap guru sewajarnya mempunyai kemahiran dalam melakukan pemerhatian kepada kanak-kanak supaya penilaian dapat dilakukan dengan telus. Dalam kurikulum PERMATA, penaksiran sering ditekankan bertujuan mengukur kemajuan perkembangan kanak-kanak supaya para pendidik dan ibu bapa dapat memperbaiki dan merancang intervensi pembelajaran yang sesuai berdasarkan tahap prestasi pertumbuhan kanak-kanak bagi memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan daya yang kreatif. Demikian, sebarang penaksiran yang dilakukan sama ada di Taska atau Tadika adalah melalui pemerhatian secara langsung. Hal ini disebabkan umur kanak-kanak yang tidak sesuai untuk dinilai secara ujian atau peperiksaan. Oleh itu,beberapa standard penaksiran dikenalpasti mempunyai persamaan dalam proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid. Pertama sekali, penaksiran bagi kedua-dua kurikulum ini bersifat autentik dan dilakukan secara berterusan dan konsisten dengan aspek-aspek pentaksiran yang ditetapkan. Sebagai contohnya dari aspek pengetahuan am, sikap dan kemahiran asas yang harus dikuasai sebagaimana syarat dalam KSPK. Seterusnya, kaedah pentaksiran hendaklah dijalankan dengan penuh etika dan mengikut hak asasi kanak-kanak iaitu sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dengan kaedah saintifik. Hasilnya, keputusan pentaksiran dibentangkan kepada ibu bapa bagi merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan kualiti kebolehan kanak-kanak. Kurikulum PERMATA dan kurikulum KSPK turut mengaplikasikan pedagogi yang bersesuaian melalui pendekatan yang dinamakan “BELAJAR MELALUI BERMAIN”. Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan bermain ialah fitrah semula jadi kanak-kanak yang hanya ingin suka bermain dan memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya. Selain itu juga kaedah pedagogi berkonsepkan 3E (Exploring, Experimenting and Experiencing). Pembelajaran berasaskan konsep 3E melibatkan pembelajaran hands – on and dan berpusatkan kepada murid. Kanak-kanak diberi peluang meneroka masalah melibatkan pengalaman secara langsung yang terdapat dalam persekitaran mereka. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan bahan-bahan yang mereka ingin terokai.
7 2.2 PERBEZAAN KURIKULUM PERMATA DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2.2.1 PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Prinsip pembelajaran yang dijadikan fokus bagi kurikulum Permata adalah berasaskan kepada konsep pendidikan secara holistik, pembelajaran adalah menyeronokan, kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan akitif ibubapa dan komuniti, program asas pengasuhan berkualiti penaksiran dan penilaian. Menurut Alwayi et al. (2021), pembelajaran pada masa kini menuntut peranan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut standard kualiti kurikulum dan keperluan kanak-kanak. Demikian itu, model konseptual kurikulum Permata Negara menunjukkan pengabungan komponen pengasuhan dan pendidikan yang perlu diupayakan melalui usaha pendidik yang terlatih dan profesional, penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan bantuan sistem sokongan yang mantap dari pihak berwajib. Manakala Prinsip pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah kaedah pembelajaran kontekstual yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Guru digalakkan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 2.2.2 MODUL PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN TIDAK SAMA Aktiviti pembelajaran PERMATA disusun dalam bentuk Modul yang ditetapkan mengikut had umur kanak-kanak. Sebagaimana yang kita tahu, program Taska disediakan bagi kanakkanak berumur 0-4 tahun. Oleh itu, terdapat 6 Modul merangkumi bidang perkembangan yang menjadi rujukan termasuk sebuah modul tambahan bagi kanak-kanak 4 tahun yang telah mencapai perkembangan melebihi umurnya. Modul ini dinamakan Modul Pengayaan. Senarai aktiviti pembelajaran mengikut enam bidang pembelajaran yang terdapat dalam Modul Permata dan Objektif Pembelajaran
8 Namun begitu, bagi KSPK tidak menggunakan modul mengikut umur yang ditetapkan tetapi dilaksanakan melalui modul asas dan modul bertema. Modul Asas merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan permainan luar. Modul Bertema pula ialah modul bersepadu yang menggabungkan keenam-enam unsur perkembangan kanak-kanak dalam tunjang komunikasi. Menurut Hazrad Khan Rahmahullah et. Al. (2010), pemilihan tema ini mengikut minat murid, latar belakang setempat dan keperluan semasa. supaya mengalami perkembangan pembelajaran secara berperingkat. 3.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, elemen dan unsur bagi kedua-dua program Pendidikan awal kanak-kanak ini adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja bercorakkan individu semata-mata malah melibatkan masyarakat dan negara bagi melahirkan modal insan negara. Hal ini seterusnya membawa kepada lahirnya tamadun manusia yang berfikiran matang dan berjiwa tenteram. Maka telah terbukti, kewujudan kedua-dua kurikulum tersebut membantu menunjukkan kesinambungan terhadap program pendidikan awal yang dirancang melibatkan program PERMATA untuk proses pengajaran dan pembelajaran di Taska manakala KSPK pula sebagai panduan di Tadika.
9 RUJUKAN Nur Farzana Amali dan Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2021). “Perubahan Kaedah Pembelajaran Dan Penilaian Program Permata/ Genius Seni Dalam Musim Pandemik Covid-19”.Kertas kerja, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, September. Rosmah Binti Abd. Ghani dan Mariani Md Nor. (2020). “Faktor Yang Mempengaruhi Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Di Malaysia.” JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(4), 35-49. http://mojem.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/26841 Sani, Norshafinaz Abdul, dan Faridah Yunus.(2018) "Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta." Jurnal Pendidikan Malaysia 43.2 : 101-110. http://journalarticle.ukm.my/13647/ Alwayi, Zulkifly Md, Rahimah Embong, and Huda Afiqah Hashim. (2021). "Perancangan Pengajaran Guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Satu Kajian Rintis [Teacher Teaching Planning in Learning and Facilitating: A Pilot Study]." Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS) 3.1.11-18. http://ajocs.com/index.php/ajocs/article/view/61 Hazrad Khan Rahmatullah Khan, Nik Nur Izzati Rusdi, Hamzaniza Nor Hamdan, Norishah Mohamad Daud Masnita Hazlini Mustapha. (2010). “Konsep Tadika atau Prasekolah dan Kurikulum Syandard Prasekolah Kebangsaan”. Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris. Academia.edu
10 https://www.academia.edu/25899734/KONSEP_TADIKA_ATAU_PRASEKOLAH_DAN_KUR IKULUM_STANDARD_PRASEKOLAH_KEBANGSAAN