MANUAL PENDAFTARAN ATAS
TALIAN CALON ULANGAN SVM
(BAHASA MELAYU DAN SEJARAH
SETARA)TAHUN 2021
PANDUAN PENDAFTARAN
KAEDAH AKSES KE MENU PENDAFTARAN
• Sila akses ke url sistem berikut:
http://apkv.moe.gov.my/apkv_v2_admin/
• Rujuk paparan berikut.
PANDUAN PENDAFTARAN
Klik pada sepanduk
pendaftaran
1. Klik pada sepanduk pendaftaran untuk mengakses ke menu pendaftaran berikut.
LANGKAH 1
PANDUAN PENDAFTARAN
Klik daftar untuk
buat permohonan
baru
1. Klik pada menu ‘Daftar Calon Mengulang’ untuk membuat permohonan baru.
LANGKAH 1
PANDUAN PENDAFTARAN
Masuk No. K/P
dan Angka Giliran
1. Masukkan maklumat seperti yang diperlukan iaitu No. Kad Pengenalan dan
Angka Giliran pemohon.
2. Seterusnya, klik butang ‘Mohon’.
LANGKAH 2
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Pada ruangan Maklumat Peribadi pemohon, lengkapkan maklumat yang diperlukan iaitu –
Bangsa, Alamat, Poskod, Bandar, Negeri, No. Tel (HP) dan Alamat e-mel (yang sah).
LANGKAH 3
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Pada ruangan Mata Pelajaran, pemohon perlu memilih Mata Pelajaran yang ingin
didaftarkan dengan menanda pada ruangan berikut.
2. Pada ruangan Keterangan Bayaran Calon Mengulang, dinyatakan jumlah
bayaran bagi setiap Mata Pelajaran dan Bayaran Asas Pendaftaran SVM.
LANGKAH 4
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Pada ruangan Pemilihan Pusat Peperiksaan, pemohon perlu memilih Negeri dan
Kolej Vokasional yang ingin di duduki oleh pemohon sebagai pusat peperiksaan.
LANGKAH 5
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Maklumat pendaftaran pemohon akan dipaparkan, pilih pada butang ‘Teruskan’.
LANGKAH 6
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Syarat-syarat dan pengakuan calon akan dipaparkan, calon perlu menanda ruangan
berikut dan klik pada butang ‘Hantar’.
LANGKAH 7
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Calon perlu membuat pembayaran bagi pendaftaran, klik pada butang ‘Perbankan Elektronik’
.
LANGKAH 8
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Paparan payment gateway FPX akan dipaparkan dan pemohon perlu membuat pilihan
bank untuk meneruskan pembayaran.
LANGKAH 9
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Paparan status pembayaran melalui FPX akan dipaparkan. Calon perlu klik butang ‘Cetak’
untuk mencetak resit rasmi Lembaga Peperiksaan. Setelah memuat turun resit rasmi, calon
perlu klik pada butang ‘Kembali ke APKV’.
LANGKAH 10
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Maklumat permohonan akan dipaparkan dan pemohon perlu mencetak Kenyataan Semakan.
LANGKAH 11
PANDUAN PENDAFTARAN
LANGKAH 12
PANDUAN PENDAFTARAN
Klik untuk semak
status
permohonan
1. Pemohon juga boleh menyemak semula status permohonan melalui halaman utama.
Klik pada butang ‘Semak Status Permohonan’.
LANGKAH 13
PANDUAN PENDAFTARAN
Masuk No. K/P
dan Angka Giliran
1. Masukkan maklumat seperti yang diperlukan iaitu No. Kad Pengenalan dan
Angka Giliran pemohon.
2. Seterusnya, klik butang ‘Semak’.
LANGKAH 14
PANDUAN PENDAFTARAN
Masuk No. K/P
dan Angka Giliran
1. Senarai permohonan yang telah dibuat oleh pemohon akan dipaparkan. Pemohon
boleh melihat status pengesahan oleh JPN.
2. Status calon adalah ‘Belum Disahkan’ sekiranya JPN belum memproses permohonan
calon
3. Klik pada butang ‘Pilih’ untuk melihat terperinci.
LANGKAH 15
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Maklumat permohonan akan dipaparkan dan pemohon boleh mencetak semula resit
bayaran dan Kenyataan Semakan.
2. Status permohonan akan dipaparkan ‘Sedang diproses’ sekiranya JPN belum membuat
pengesahan.
LANGKAH 16
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Status permohonan calon akan bertukar kepada ‘Disahkan’ setelah JPN
membuat pengesahan.
LANGKAH 17
PANDUAN PENDAFTARAN
1. Status permohonan akan dipaparkan ‘Berjaya’ sekiranya JPN telah membuat pengesahan.
2. Pernyataan pendaftaran peperiksaan (PPP) hanya boleh dicetak sebulan selepas dari
tarikh tutup pendaftaran. PPP ini perlu dibawa bersama pada hari peperiksaan.
LANGKAH 18
SEKIAN,
TERIMA KASIH