1
T A R I A N T R A D I S I O N A L K R A F T A N G A N T R A D I S I O N A L L O G H A T T E R E N G G A N U T E M P A T M E N A R I K D A N B E R S E J A R A H M A K A N A N T R A D I S I O N A L ISI KANDUNGAN P E R M A T A U P S I 2 3 - 6 1 1 - 1 4 7 - 1 0 1 5 - 1 8 1 9 - 2 1
NEGERI TERENGGANUP E R M A T A U P S I 3 TTAARRIIAANN TTRRAADDIISSIIOONNAALL
Tarian Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian P E R M A T A U P S I Tarian Ulek Mayang adalah tarian menyembah dalam tarian Malayu. Tarian dimulakan dengan orang yang mendapat sakit sama ada ketika dia menangkap ikan. Pesakit kemudian akan disembuhkan oleh bomoh dengan cara tradisional. Tujuh pelakon berpakaian cantik mewakili 7 putri yang datang untuk melawat pesakit ketika bomoh itu mengubatnya. Tarian Ulek Mayang pernah dilakukan untuk upacara ritual masyarakat Melayu dengan tarikan gerakan yang lembut dan anggun, ia kini telah menjadi salah satu tarian tradisional yang indah dalam budaya Terengganu. 4
P E R M A T A U P S I Tarian Balai atau tarian Ulai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah Hulu Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung di waktu musim menuai yang dilakukan untuk meredakan semangat tanaman padi buat tuaian tahun itu dan untuk mencari hasil tuaian yang melimpah untuk musim hadapan. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi. Tarian ini melibatkan beberapa wanita kampung yang berkumpul di sekeliling pokok pulai dan struktur seperti payung yang dipanggil Balai (asalnya dipanggil Payung Buoh atau Payung Buah) yang dihiasi dengan payung kecil berwarna-warni, pakaian dan daun. Wanita-wanita ini akan memakai pakaian ladang biasa dan membawa peralatan pertanian bersama mereka dan menari mengelilingi Balai berdasarkan gerakan-gerakan yang berkaitan dengan pertanian sambil menyanyikan lagu atau melagukan syair (pantun) yang mengandungi bukan sahaja tentang padi dan untuk menenangkan semangat padi tetapi juga nasihat dan teladan. Tarian yang diiringi dua gendang dan gong biasanya dilakukan oleh pemuzik lelaki. Sebelum tarian tamat, mereka akan membajak pokok pulai kecil dari tempatnya dan meletakkannya di sebelah Balai. 5
P E R M A T A U P S I Tarian Sa’ba diperkenalkan oleh seorang bomoh wanita bernama Che Mek Comot sekitar tahun 1718. Persembahan tarian ini dimulakan dari sepohon pokok kelapa muda yang diukir, dipanggil Sabak untuk tujuan perubatan yang biasanya dilakukan pada waktu malam sahaja. Setiap persembahan untuk rawatan kadangkala mengambil masa sehingga 3 malam berturut-turut dengan diiringi oleh 33 buah lagu antaranya Anak Burung Baniong, Dewa Awan, Muda Di Awan, Nur Sakti, Anak Tedung, Anak Udang dan lain-lain. Suatu masa dahulu sebelum bermulanya Tarian Saba, upacara memanggil dewa atau pemujaan perlu dilakukan terlebih dahulu supaya proses perubatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Bagaimanapun selaras dengan peredaran semasa serta peningkatan terhadap kesedaran agama, upacara pemujaan yang berunsur khurafat dan syirik itu tidak lagi dilakukan seperti dahulu. Manakala corak persembahannnya telah diubahsuai sedikit demi sedikit, bukan lagi berbentuk acara perubatan tetapi berubah kepada kesenian dan hiburan. Berbeza berbanding dahulu, persembahan Tarian Saba pada hari ini turut disertai oleh penari yang tidak terikat jumlahnya yang mengelilingi Saba dan diiringi beberapa jenis alat muzik tradisional seperti Anak Umbang, Gong dan Rebana. 6
P E R M A T A U P S I KRAFTANGAN TRADISIONAL7
Motif Ayam Motif Bunga Kotak Bercampur Motif Bunga Raya Motif Daun Sireh Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur Contoh Motif Organik: Contoh Motif Geometrik: P E R M A T A U P S I Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Motif adalah corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. 8
Songket berasal daripada perkataan “Nyungkit” atau menyungkit yang bermaksud, penghasilan ragam hias pada sehelai kain songket dengan menarik benang loseng yang telah diikat pada celah-celah lidi dan mengeluarkan lidi-lidi tersebut daripada benang. Kaum Melayu terkenal dengan adat, warisan dan tradisinya yang tersendiri dan salah satunya adalah kain songket. Songket merupakan sejenis kain tradisi yang sangat popular pada masa dahulu bahkan songket bukan satu nama yang asing dalam dunia tekstil, namun segelintir golongan muda pada zaman sekarang yang mungkin tidak tahu kerana terpengaruh dengan arus fesyen yang makin berkembang. P E R M A T A U P S I 9
Motif yang digunakan dalam rekaan tikar anyaman kebanyakannya daripada unsur-unsur flora dan alam semulajadi. Daun pandan dan mengkuang yang dipilih dari daun yang tua yang senang untuk dilayur dengan api kecil dan mudah dilentur. Corak yang dihasilkan adalah tampuk manggis, pucuk rebong, bentuk geometrik pelbagai corak bunga. Tikar kelarai mengambil masa untuk dibuat tetapi rekaannya yang halus sering mendapat tempahan dan perhatian. P E R M A T A U P S I P u a n Ha j a h Ke l s om bi n t i Abdu l l a h ada l a h s e o r a n g y a n g p a k a r da l am me n g h a s i l k a n a n y ama n p a nda n da n me n g k u a n g di Ku a l a Te r e n g g a n u . 1 0
P E R M A T A U P S I Loghat Terengganu atau Bahasa Melayu Terengganu adalah bahasa lisan setempat bahasa Melayu yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia kecuali di Pulau Perhentian, daerah Besut dan bahagian utara daerah Setiu di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Terengganu mempunyai istilah yang sama tapi sebahagian kata mempunyai sebutan yang berbeza walaupun masih boleh difahami oleh penutur dialek Kelantan dan dialek Terengganu. 1 1
Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Makan Makang Kamu Mung Malam Malang Masam Masang P E R M A T A U P S I Penambahan akhiran ng, Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan n ataupun m. Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu orang Oghang Ramai Ghama Berani Beghani Huruf 'r' dibunyikan seperti bunyi 'gh'. Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Ramai Rama Sengau Senga Serai Sera Silau Sila Huruf vokal diftong ‘i’ dan ‘u’ pada akhiran perkataan akan dihilangkan. 1 2
Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Tengah Tengoh Perak Peghok Sekolah Skoloh Sumpah Supoh P E R M A T A U P S I Vokal 'a' ditengah suku kata terakhir perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal 'o'. Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Lama Lame Bagaimana Guane Tidak mengapa Dakpe Kenapa Bakpe Vokal 'a' dihujung perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal 'e' pepet(sama seperti bahasa Melayu biasa). Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Lampu Lapu Menantu Natu Pantang Patang Tumpah Tupoh Konsonan m dan n ditengah perkataan digugurkan. 1 3
Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu Atas Atah, datah Emas Mmah Cemas Cemah Malas Malah,Malassang P E R M A T A U P S I Kosonan s,f akan ditukarkan menjadi h Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu habis abih degil babbey/babil pukul bahang serabut kepala balok-arok azan bang gunting rambut bojjeng berat terlampau beghak nanang BONUS 1 4
P E R M A T A U P S I T E M P A T M E N A R I K D I T E R E N G G A N U 1 5
P E R M A T A U P S I P U L A U R E D A N G Merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini. Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit & dari Jeti Merang pula dalam 45 minit. P U L A U P E R H E N T I A N Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti. Kemudahan penginapan seperti resort & chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di Dunia oleh CNN. A I R T E R J U N S E K A Y U Sebuah lagi tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu yang terletak di Kuala Berang. Air terjun bertingkat yang jernih di kelilingi Hutan Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau juga menginap di chalet di tepi air terjunnya yang pasti memberi satu pengalaman yang berbeza. Terdapat juga taman tema air mini yang mempunyai water slide yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. 1 6
P E R M A T A U P S I T E R O W O N G B U K I T T E B U K Terletak di Kampung Nibong Kubur daerah Dungun, Bukit Tebuk cukup terkenal di kalangan penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun. Ianya merupakan salah satu tempat bersejarah di Terengganu yang amat terkenal. Menurut sejarah, bukit ini telah ditebuk pada tahun 1935 untuk dibuat terowong laluan kereta api untuk mengangkut bijih besi pada suatu masa dahulu. Kerana itulah ianya dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Menurut maklumat, laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970-an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup. S E T I U W E T L A N D S Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau. Destinasi ekopelancongan dengan aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. J A M B A T A N A N G K A T Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. 1 7
P E R M A T A U P S I M U Z I U M T E R E N G G A N U Muzium yang gah cantik ini merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah, kesenian & budaya orang Terengganu.Pasti yang akan paling mencuri tumpuan andaadalah kecantikan senibina muzium ini sendiriyang sangat unik dan besar. Tengok pada saizbumbungnya dan bangunannya anda pasti terasa seperti orang kerdil yang memasuki Istana Lama Melayu yang dihuni oleh orang gergasi. B A T U B E R S U R A T 'Batu Bersurat' Terengganu adalah bukti negara Islam yang paling awal di Tanah Melayu bertarikh 1303 Masihi. Kata-kata ukiran lama Bahasa Melayu Sanskrit merupakan Bahasa Arab Jawi yang mengandungi undang-undang Islam yang telah digunakan dalam pentadbiran tempatan oleh Raja Mandalika. 'Batu Bersurat yang asal telah dipamerkan di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. 1 8
P E R M A T A U P S I MAKANAN TRADISIONALTERENGGANU 1 9
P E R M A T A U P S I N A S I D A G A N G Nasi Dagang adalah hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan biasanya dihidang sebagai juadah untuk sarapan. Secara tradisionalnya, nasi dibungkus menggunakan daun pisang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi. Masakan ini dimasak menggunakan campuran beras biasa dan pulut dan campuran santan kelapa dan rempah ratus. Ianya dimakan bersama kuah ikan tongkol dan acar bercuka campuran potongan mentimun, lobak dan lada hiris. Penyediaan yang nampak ringkas sebenarnya memerlukan kemahiran yang tinggi. K E R O P O K L E K O R Keropok Lekor merupakan makanan popular di Negeri Terengganu, diperbuat daripada isi ikan yang diproses dengan tepung sagu dan garam. Adunan ini digentel berbentuk sosej lebih kurang 15 - 25 sentimeter panjang dan direbus. Terdapat tiga jenis keropok iaitu keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping. Terdapat juga keropok lekor ikan parang kukus berwarna putih kaum Peranakan Cina yang hanya terdapat di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Malah sos cilinya dengan campuran belacan dan lada adalah berlainan daripada sos berlada keropok lekor biasa. K E T U P A T S O T O N G Ketupat sotong merupakan satu lagi makanan popular yang terdapat di Negeri Terengganu. Sotong diisi dengan pulut berkuahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan ramuan seperti hirisan halia, halba, bawang merah dan sedikit garam dan gula secukup rasa. iasanya disematkan dengan lidi untuk mengelakkan isi pulutnya terkeluar. Walaupun kuah santan dicampur dengan manisan gula melaka di daerah Besut, namun di daerah lain masih mengekalkan rasa yang asli. 2 0
P E R M A T A U P S I L A K S A M Masakan ini diperbuat daripada pasta mee beras atau gandum berbentuk pasta tebal yang digulung dan dipotong. Ianya hanya dimakan bersama kuah putih inti ikan. Sama dengan laksa, campuran ulam-ulaman adalah satu kemestian dalam membangkitkan lagi rasa yang mengandungi hirisan kacang panjang, taugeh dan mentimun. Lada giling, belacan dan garam ditambah mengikut citarasa masing-masing. S A T A R Satar diperbuat daripada adunan isi ikan dengan campuran bawang merah dan halia, digaul pula dengan santan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan dicucuk pada batang buluh dan seterusnya dipanggang di atas dapur arang. R O J A K K A T E H Merupakan antara makanan tradisional yang terkenal di Terengganu. Ia diambil daripada urat keting lembu / kerbau yang direbus selama beberapa jam dan ianya dipotong kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. 2 1
P E R M A T A U P S I ‘Negeri cantik, budaya menarik, In Shaa Allah orangnya pun baik-baik’. 2 2