FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
SIRI WARISAN MELAYU TUN FATIMAH SERIKANDI MELAYU FARGOES BOOKS SDN BHD
1 Tun Kudu tidak sabar lagi menantikan kelahiran anak keduanya. Begitu juga suaminya Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali. Anak pertama mereka Tun Mutahir juga ternanti-nanti kelahiran adiknya. Tidak lama kemudian Tun Kudu pun bersalin. Bayi itu perempuan, dan diberi nama Tun Fatimah. FARGOES BOOKS SDN BHD
2 Kelahiran Tun Fatimah disambut gembira oleh seluruh keluarganya. Penduduk berhampiran dan sebahagian besar rakyat Melaka menyambut baik kelahiran puteri Bendahara itu. Bendahara Tun Ali pernah bermimpi puterinya yang baru dilahirkan itu akan muncul menjadi wanita yang masyur dan dikenali ramai di Melaka apabila besar nanti. FARGOES BOOKS SDN BHD
Apabila remaja, Tun Fatimah menjadi seorang gadis yang cantik dan jelita, sehingga menjadi kegilaan anak-anak muda ketika itu. Tun Fatimah mempunyai akhlak dan budi perkerti yang baik, sejajar dengan kejelitaannya. Beliau juga handal dalam seni silat, dan tangkas menggunakan alat senjata seperti keris dan tombak. Beliau adalah seorang serikandi yang gagah dan berani. 3 FARGOES BOOKS SDN BHD
Ketika itu menjadi lumrah bagi anak-anak pembesar diserahkan untuk menuntut dengan tokoh yang berkemahiran. Tun Fatimah mempelajari ilmu persilatan dan agama dengan Hang Tuah yang telah menjadi darwis. Beliau juga mempelajari pelbagai kemahiran, bertujuan untuk melindungi dirinya serta mempertahankan negeri melaka dari musuh. 4 FARGOES BOOKS SDN BHD
Apabila meningkat dewasa, Tun Fatimah telah dikahwinkan dengan sepupunya, Tun Hassan. Bagi meraikan perkahwinan Tun Fatimah, ayahnya turut mengundang baginda Sultan Mahmud Shah. Tun Ali berasa gembira dan berbangga atas kesudian Sultan menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Setidaknya baginda akan ketahui anak gadis Tun Ali itu sudah berkahwin. 5 FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD