FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
SIRI LEGENDA MELAYU HANG JEBAT BUKAN PENDERHAKA FARGOES BOOKS SDN BHD
1 Pada suatu masa dahulu, Hang Tuah bersama empat orang sahabatnya amat terkenal. Mereka ialah Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka menjadi kebanggaan negeri Melaka, di bawah pemerintahan Sultan Mnsur Shah ketika itu. Bakat kepahlawanan lima sahabat ini ternampak selepas tamat berguru ilmu persilatan dengan Adiputera di Gunung Ledang. FARGOES BOOKS SDN BHD
Mereka selalu ingat pesanan Tok Guru Adiputera. Tok Guru mahu mereka menggunakan ilmu silat yang dipelajari untuk mempertahankan diri, walaupun beliau percaya mereka akan menjadi pahlawan yang hebat di Melaka kelak. Mereka juga berikrar mahu menjadikan Melaka aman dan makmur di bawah pemerintahan Sultan. 2 FARGOES BOOKS SDN BHD
Pada suatu hari, mereka ternampak Dato’ Bendahara diserang seorang lelaki mengamuk. Mereka berjaya membunuh lelaki itu, dan menyelamatkan Dato’ Bendahara. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka, lalu menawarkan mereka bertugas di istana. Selepas berbincang, mereka berlima bersetuju untuk berkhidmat di istana. 3 FARGOES BOOKS SDN BHD
Mereka juga pernah menamatkan serangan dan keganasan lanun ke atas penduduk Melaka. Keberanian mereka berjaya menjadikan Melaka kembali aman. Sultan amat gembira dan melantik Hang Tuah sebagai Laksamana. Hang Jebat dan tiga sahabat lain bersetuju atas perlantikan Hang Tuah. Ketika Hang Tuah mengiringi baginda ke sesuatu tempat, Sultan menitahkan Hang Jebat dan rakanrakannya bertugas di istana. 4 FARGOES BOOKS SDN BHD
Pada suatu hari pembesar istana yang cemburu terhadap Hang Tuah telah membuat fitnah, menuduh Hang Tuah berzina dengan seorang gundik Sultan. Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan, tanpa dijalankan siasatan. Sultan hanya mendengar cerita daripada pembesar Tun Ali dan Pateh Karma Wijaya. 5 FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD