FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
KEDAH: JELAPANG PADI MALAYSIA FARGOES BOOKS SDN BHD
Darul Aman terletak di utara Semenanjung, dan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Thailand. Penduduknya kira-kira 2.3 juta orang, yang terdiri daripada Melayu, China, India, Serani, Siam dan lain-lain. Kedah mempunyai sejarah tamadun paling awal. Penemuan arkeologi di Lembah Bujang menunjukkan bahawa Kedah memiliki tamadun tertua di Asia Tenggara. 1 FARGOES BOOKS SDN BHD
Negeri Kedah dikenali sebagai pengeluar beras utama negara. Beras dihasilkan daripada padi. Ramai penduduknya menanam padi. Dahulu mereka mengerjakan sawah secara tradisional, termasuk menggunakan kerbau untuk membajak. Kini semuanya menggunakan mesin. Lebih luas kawasan dapat ditanam padi dan hasilnya juga meningkat. Sebab itulah Kedah dikenali sebagai “jelapang padi Malaysia”. 2 FARGOES BOOKS SDN BHD
Ada dua jenis padi, iaitu padi jawi dan padi pulut. Beras daripada padi jawi adalah beras yang kita makan hari-hari. Beras pulut pula dihasilkan daripada padi pulut dan digunakan untuk membuat kuih, dodol, tepung atau dimakan dengan lauk. Padi yang dituai dihantar ke kilang untuk diproses menjadi beras. Di kilang juga padi diasingkan mengikut gred atau kualiti. Hasil padi negara meningkat dari setahun ke setahun, namun kita masih mengimport beras dari negara luar. 3 FARGOES BOOKS SDN BHD
Kedah mencipta sejarah apabila dua orang tokohnya menjadi Perdana Menteri. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri pertama, sejak merdeka pada tahun 1957 hingga 1970. Tun Dr. Mahathir Mohamad pula menjadi Perdana Menteri dua kali, iaitu keempat (1981-2003) dan ketujuh (2018-2020). Lebih istimewa ialah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dua kali. Baginda merupakan satu-satunya Sultan yang mendapat peluang sedemikian. 4 FARGOES BOOKS SDN BHD
Apabila berada di Kedah, pastikan anda ke Pekan Rabu. Pekan Rabu merupakan kompleks kedai serbaneka yang bermula sejak tahun 1930-an lagi. Pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional Kedah, kuih, buahbuahan, makanan kering, jeruk dan ikan pekasam dijual di sini. Juga ada kedai pakaian, kedai buku dan kitab, kraftangan, ubatan dan herba, perkakas dapur dan barangan mainan. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di Pekan Rabu pada tahun 1950-an. 5 FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD