The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-08 22:24:08

KAMUS CERDIK SIMPULAN BAHASA

SIRI KAMUS CERDIK

BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Siri Kamus Cerdik KSSR/KBSR simpulan bahasa FARGOES BOOKS SDN BHD


PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. 32, Jalan Cemur, 50400 Kuala Lumpur. Tel : 03-4042 4163 Faks : 03-4042 3640 © Hak Cipta Terpelihara 2014 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian dalam buku ini melalui apa jua cara pun sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan bertulis daripada pihak PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. terlebih dahulu. Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) FARGOES BOOKS SDN BHD


3 Abu Jahal - orang yang suka menghalang usaha yang baik Abu Nawas - orang yang bijak melepaskan diri Ada akal - orang yang cerdik dan boleh berfikir Ada angin - mempunyai perasaan yang tertentu mengikut sesuatu bidang Ada bakat - mempunyai kebolehan yang semula jadi Ada bakat Ada hajat - mempunyai keinginan atau maksud Ada jalan - mempunyai peluang atau harapan Aa FARGOES BOOKS SDN BHD


4 Air muka - wajah atau rupa paras seseorang Ajak-ajak ayam - tidak sungguh-sungguh mengajak atau mempelawa Akal kancil - pandai dan cerdik dalam membuat helah Alas cakap - ucapan pendahuluan dalam sesuatu majlis Alas dulang - wang hadiah yang ditinggalkan di dalam dulang Alas perut - makan sedikit sekadar menahan lapar Alas Perut Alim kucing - berpura-pura baik di hadapan orang Ambil angin - melapangkan masa pergi ke sesuatu tempat untuk bersiar-siar atau berehat FARGOES BOOKS SDN BHD


5 Ambil berat - mengambil tahu atau prihatin tentang sesuatu perkara atau seseorang Ambil berat Ambil hati - membuat sesuatu perkara supaya disukai orang peka dan tersinggung atas perbuatan seseorang Ambil masa - tidak tergopoh-gopoh dalam melakukan sesuatu Anak angkat - mengambil anak orang lain dan dipelihara sebagai anak sendiri Anak bapa - anak lelaki kesayangan dalam sesebuah keluarga Anak buah - anak saudara - orang yang di bawah jagaan seorang ketua Anak cucu - zuriat atau keturunan FARGOES BOOKS SDN BHD


6 Anak emas - anak yang sangat disayangi oleh ibu bapa - pekerja yang disayangi oleh majikan Anak emas Anak gahara - anak raja yang dilahirkan oleh permaisuri daripada keturunan raja juga Anak kandung - anak sendiri Angin-angin - khabar yang belum tentu benar salahnya Angkat bahu - menyatakan tidak tahu Angkat bakul - orang yang suka memuji diri sendiri Angkat diri - orang yang suka memuji diri sendiri Angkat kaki - meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab FARGOES BOOKS SDN BHD


31 Jejak keruh - perbuatan yang kurang baik Jejak langkah - mengikuti langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu Jinak lalat - seseorang yang bergaul dengan orang lain tetapi tidak mesra Jinak merpati - perempuan yang kelihatan peramah dan mesra dalam pergaulan tetapi sukar untuk dipikat Jiwa besar - orang yang bercita-cita tinggi Jiwa hamba - orang yang tidak bercita-cita tinggi dan selalu merendahkan diri Jual mahal - tidak suka masuk campur Jubing itik - apabila memandang sesuatu, kepala disengitkan Juling air - juling sedikit Kacang hantu - orang yang suka mengganggu orang lain FARGOES BOOKS SDN BHD


32 Kaki ayam - berjalan tanpa memakai kasut Kaki bangku - orang yang tidak pandai bermain bola kaki bangku Kaki botol - orang yang suka minum minuman keras Kaki gunung - di bahagian permulaan gunung Kaki judi - orang yang suka bermain judi Kaki langit - langit di bahagian bawah Kaki lima - tempat laluan di tepi bangunan Kata pujangga - perkataan orang bijak pandai Kata putus - keputusan yang dibuat atas sesuatu perkara Kk FARGOES BOOKS SDN BHD


33 Kaya hati - pemurah Kecil hati - tersinggung atau merajuk Kepala angin - perangai yang tidak menentu dan mudah berubahubah Kepala batu - orang yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat Kepala dua - orang yang tidak setia Kepala udang/otak udang - orang yang bodoh Kera sumbang - orang yang tidak suka bergaul atau bercampur dengan orang lain/masyarakat Kerang busuk - asyik tersengih sahaja Keras hati - orang yang sangat degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain Keras kepala - bersikap degil FARGOES BOOKS SDN BHD


34 Ketam batu - orang yang sangat kedekut Ketawa raja - gelak ketawa orang-orang kenamaan Khabar angin - sesuatu berita yang belum pasti atau disahkan kebenarannya Kucing bertanduk - perkara yang mustahil berlaku Kuku besi - pemerintahan yang zalim Kunci hati - rahsia Kutu embun - orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan pada malam hari kutu embun Kutu jalan - orang yang suka merayau Langkah bendul - adik berkahwin lebih dahulu daripada kakak FARGOES BOOKS SDN BHD


61 Telinga kuali - orang yang tahan hati walaupun dimarahi Telinga lintah - pendengaran yang baik Telinga nipis - orang yang mudah marah Telinga tempayan - orang yang suka mengambil tahu rahsia orang lain Teluk rantau - seluruh pelosok negeri Terang-terang tanah - waktu pagi ketika matahari hendak terbit terang-terang tanah Tidur mati - tidur nyenyak FARGOES BOOKS SDN BHD


62 Tidur-tidur ayam - tidur yang tidak nyenyak tidur-tidur ayam Tikar lidah - saling bertengkar Tin kosong - orang yang pandai bercakap tetapi tidak tahu melakukannya Tinggi hari - waktu matahari sudah tinggi Titik peluh - atas daya usaha sendiri titik peluh Tolak ansur - sikap saling memberi dan menerima Tua-tua keladi - orang tua yang berperangai buruk Tulang belakang - orang kuat dalam sesebuah pasukan atau pejabat Tumbuk rusuk - rasuah FARGOES BOOKS SDN BHD


63 Ubat hati - penghibur hati Ulat buku - orang yang amat gemar membaca buku ulat buku Ulat bulu - orang lelaki yang suka mengusik gadis atau anak dara ulat bulu Untung batu - nasib buruk Untung sabut - nasib yang baik Usul periksa - mencari segala maklumat yang diperlukan sebelum mengambil sesuatu tindakan Uu FARGOES BOOKS SDN BHD


64 Wang hantaran - wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan Wang kopi - wang yang diberikan kepada seseorang sebagai hadiah kerana mengerjakan sesuatu Wang muka - wang pendahuluan Wang suap - bayaran yang diberikan secara tidak sah wang muka Zaman puntung berasap - Zaman kuno Ww FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Antara judul-judul lain dalam Siri Kamus Cerdik KSSR ini ialah: Disediakan khas untuk keperluan murid-murid sekolah rendah. Harga Jualan Sem.Malaysia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.30  YAMUHAIYATHEEN PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. ISBN 978-967-459-445-9 38437-A Direka khas untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid. 1. Perumpamaan 12. Imbuhan 2. Kata Ganda 13. Sinonim dan Antonim Dwibahasa 3. Kata Banyak Makna 14. Teka-Teki Buku 1 4. Simpulan Bahasa 15. Teka-Teki Buku 2 5. Penjodoh Bilangan 16. Cari-cari Perkataan Buku 1 6. Peribahasa 17. Cari-cari Perkataan Buku 2 7. Teka Silang Kata 18. Kata Nama Am 8. Bidalan 19. Jenis-jenis Ayat Ragam 9. Mutiara Kata 20. Kata Ganti Nama Tunjuk 10. Kata Tugas 21. Kata Adjektif dan Kata Majmuk 11. Kata Hubung dan Penanda Wacana Bahan suplemen pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimiliki oleh murid. Dirancang dan diolah dengan teliti berpandukan Kurikulum Standard Terbaharu di samping keperluan PS dan UPSR agar kandungannya lengkap dan mantap. Dicetak oleh : SS Graphic Printers (M) Sdn.Bhd.(252774 -k) FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version