The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-15 13:22:23

RAJA BERSIONG: GEMARKAN DARAH

SIRI LAGENDA MELAYU

FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


SIRI LEGENDA MELAYU RAJA BERSIONG GEMARKAN DARAH FARGOES BOOKS SDN BHD


Menurut Sejarah, raja pertama yang memerintah negeri Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa. Beliau telah membuka kerajaan asal Kedah, iaitu Kerajaan Langkasuka. Apabila Raja Merong Mahawangsa mangkat, pemerintahan negeri Kedah diserahkan kepada anaknya Raja Merong Mahapudisat. Kemudian diturunkan pula kepada anak Raja Merong Mahapudisat, bernama Raja Seri Mahawangsa. 1 FARGOES BOOKS SDN BHD


Apabila Raja Seri Mahawangsa mangkat, pemerintahan Kedah diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja Seri Maha Inderawangsa. Raja ini bergelar Raja Ong Maha Perita Deria. Dia juga bergelar Raja Bersiong. Raja Bersiong merupakan keturunan keempat atau cicit Raja Merong Mahawangsa. Pemerintahannya berpusat di Lembah Bujang. 2 FARGOES BOOKS SDN BHD


Pada awal pemerintahannya Raja Bersiong disukai rakyatnya. Seluruh rakyat negeri Kedah amat berpuas hati dengan pemerintahannya. Sebelum ini pun pemerintahan keturunan Merong Mahawangsa disenangi seluruh negeri. Bagaimanapun lama kelamaan, raja berkenaan berubah menjadi raja yang zalim, kejam dan tidak bertimbang rasa terhadap rakyatnya. 3 FARGOES BOOKS SDN BHD


Seperkara lagi yang paling dibenci rakyatnya ialah perangai buruknya meminum darah manusia. Dia akan menangkap siapa sahaja untuk mendapatkan darah. Rakyat terlalu marah sehingga sanggup mengusir Raja Bersiong keluar dari negeri pemerintahnya. Dalam keadaan tidak puas hati dan kecewa atas sikap raja mereka, rakyat Kedah tetap meneruskan kehidupan mereka. 4 FARGOES BOOKS SDN BHD


Semasa pemerintahannya, Raja Bersiong dibantu oleh pegawai istana yang baik dan bertanggungjawab. Semua pembantunya seperti tukang kebun, pengawal, dayang-dayang, tukang masak dan juruiring, telah menjalankan tugas dengan baik dan disukai Raja Bersiong. Beliau juga amat menyukai tukang masaknya, yang akan menyediakan apa sahaja makanan yang diinginkannya pada bila-bila waktu. 5 FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version