The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-08 22:23:23

KAMUS CERDIK PERIBAHASA

SIRI KAMUS CERDIK

BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Siri Kamus Cerdik KSSR/KBSR PERIBAHASA FARGOES BOOKS SDN BHD


© Hak Cipta Terpelihara 2014 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian dalam buku ini melalui apa jua cara pun sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan bertulis daripada pihak PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. terlebih dahulu. Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. 32, Jalan Cemur, 50400 Kuala Lumpur. Tel : 03-4042 4163 Faks : 03-4042 3640 FARGOES BOOKS SDN BHD


3 Aa 1. 2. 3. Ada gula adalah semut. Maknanya : Tempat yang menjadi tumpuan orang ramai kerana mudah mencari rezeki. Ayat : Lembah Klang yang maju menjadi tumpuan penduduk kerana ada gula adalah semut. Ada udang di sebalik batu. Maknanya: Seseorang yang melakukan sesuatu kebaikan kerana mempunyai tujuan yang tersembunyi. Ayat: Di sebalik pertolongan yang diberikan oleh Pak Samad, perbuatannya itu ada udang di sebalik batu kerana beliau ingin menjadi Ketua Kampung di situ. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan. Maknanya: Sesuatu perkara kecil yang terlalu diperbesar-besarkan. Ayat: Sikap Ahmad yang terlalu menghebohkan pertelingkahan antara Halim dan Ali tak ubah seperti air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan. FARGOES BOOKS SDN BHD


4 Air yang dicincang tidak akan terputus. Maknanya: Walaupun berlaku pertelingkahan antara ahli keluarga, namun ikatan kekeluargaan tidak akan putus. Ayat: Akhirnya Radhi dan adiknya, Rashid berbaik semula setelah bersengketa beberapa lama kerana air yang dicincang tidak akan terputus. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Maknanya: Seseorang yang pendiam tidak semestinya bodoh dan tidak berani. Ayat: Walaupun Ali seorang yang pendiam, tetapi beliau akan menjadi sangat marah apabila diganggu kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Alah bisa tegal biasa. Maknanya: Kerja yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan berulang kali. Ayat: Kerja sebagai buruh amat sukar bagi Salim, namun lamakelamaan kerjanya menjadi mudah kerana alah bisa tegal biasa. 4. 5. 6. Aa FARGOES BOOKS SDN BHD


5 Alah membeli menang memakai. Maknanya: Barang yang bermutu tinggi atau akan tahan lama biasanya dibeli dengan harga yang lebih mahal. Ayat: Walaupun sudah tujuh tahun Zaiton menggunakan mesin basuh yang mahal itu, namun mesin basuh tersebut masih elok kerana alah membeli menang memakai. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maknanya: Sesuatu pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna. Ayat: Hakim mahu belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat memasuki universiti kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Maknanya: Seseorang yang menolong orang luar, namun membiarkan ahli keluarga sendiri hidup susah. Ayat: Sikap Datuk Hasan yang gemar mengambil pekerja asing bekerja di kebunnya berbanding orang-orang kampungnya tidak ubah seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. 7. 8. 9. Aa FARGOES BOOKS SDN BHD


6 Anjing dengan kucing. Maknanya: Orang yang selalu berkelahi dan berbalah. Ayat: Setiap kali Ah Meng dan adiknya bertemu, mereka pasti akan bergaduh tak ubah seperti anjing dengan kucing. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Maknanya: Perbuatan yang sia-sia tidak mendatangkan hasil. Ayat: Usaha Nazir menasihati Salih supaya berkelakuan baik umpama anjing menyalak bukit, takkan runtuh kerana dia memang degil. Api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Maknanya: Masalah yang dianggap remeh akan menjadi serius jika tidak diatasi dengan segera. Ayat: Kita harus menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. 10. 11. 12. Aa FARGOES BOOKS SDN BHD


31 Kaduk naik junjung. Maknanya: Orang yang miskin berlagak sombong setelah dibantu oleh orang yang lebih kaya. Ayat: Pak Mail seperti kaduk naik junjung setelah mendapat bantuan dan perhatian daripada Datuk Murad. Katak di bawah tempurung. Maknanya: Orang yang memiiki pengetahuan yang cetek dan berfikiran sempit. Ayat: Iman bagaikan katak di bawah tempurung kerana kurang membaca berita-berita terkini di media massa 7. 8. 9. Kk Kera mendapat bunga. Maknanya: Orang yang tidak tahu menghargai pemberian seseorang. Ayat: Tindakan Faizal merosakkan kereta mainan yang diberikan oleh abangnya seperti kera mendapat bunga. FARGOES BOOKS SDN BHD


32 Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Maknanya: Seseorang yang menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi diri sendiri tidak mengamalkannya. Ayat: Sikap Dato’ Nordin yang menyuruh orang lain agar memberi sedekah sedangkan beliau sendiri kedekut seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. 10. 11. Kk Kerbau dicucuk hidung. Maknanya: Orang yang mengikut suruhan tanpa membantah. Ayat: Orang gaji itu seperti kerbau dicucuk hidung kerana menurut apa sahaja yang disuruh oleh majikannya. FARGOES BOOKS SDN BHD


33 Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maknanya: Kerana kejahatan yang sedikit, habis rosak semua kebaikan yang dilakukan. Ayat: Janganlah hanya kerana Ali yang melakukan kesalahan itu, kita memulau seluruh keluarganya. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Maknanya: Usia muda atau tua bukan pengukur untuk menilai keupayaan atau kepandaian seseorang. Ayat: Jangan kamu fikir Hasif tidak berpengetahuan dalam hal itu, kerana kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. 12. 13. Kk FARGOES BOOKS SDN BHD


34 Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Maknanya: Sangat berbesar hati dengan pemberian seseorang. Ayat: “Bantuan tuan kepada kampung ini sangat kami hargai. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan,” ujar Tuk Penghulu kepada Haji Mokhtar. 14. 15. Kk Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Maknanya: Orang yang hanya nampak kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri tidak disedari. Ayat: Kamu asyik menyalahkan adik kamu sahaja, sedangkan kesalahan kamu tidak kamu sedari, seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. FARGOES BOOKS SDN BHD


61 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Maknanya: Jika bernasib baik akan mendapat kejayaan, jika bernasib malang akan mendapat kegagalan. Ayat: “Saya akan cuba berniaga di pasar malam. Manalah tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam,” kata Alif. Untung atas angin. Maknanya: Mendapat kekayaan secara mudah tanpa perlu bekerja keras. Ayat: Datuk Hasan mendapat untung atas angin kerana telah menjual tender syarikat miliknya kepada Encik Lim. 6. 7. Uu FARGOES BOOKS SDN BHD


62 Ww Wau melawan angin. Maknanya: Orang yang berkuasa tidak mampu disanggah oleh orang yang lemah. Ayat: Tidak berguna kita membantah pemotongan gaji oleh majikan kita kerana nasib kita umpama wau melawan angin. Wau putus tali. Maknanya: Orang yang bergantung pada nasib kerana tidak mampu lagi berikhtiar. Ayat: Ahmad bagai wau putus tali melihat rumah setinggannya dirobohkan setelah rayuannya ditolak oleh majlis perbandaran. 1. 2. FARGOES BOOKS SDN BHD


63 Yy Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Maknanya: Mencontohi perbuatan yang baik, menghindari perbuatan yang tidak baik. Ayat: Drama yang kamu tonton itu membawa banyak pengajaran, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Maknanya: Sesuatu kejayaan atau keuntungan tidak akan diperoleh jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ayat: Kita tidak akan beroleh kejayaan dalam hidup tanpa berusaha, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 1. 2. FARGOES BOOKS SDN BHD


64 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Maknanya: Seseorang yang gagal mendapat sesuatu yang di inginkan, dalam masa yang sama yang dimiliki pula hilang. Ayat: Oleh kerana terlalu tamak merompak wang di bank, perompak itu tidak sempat melarikan diri daripada ditangkap polis, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Maknanya: Golongan tua dan muda perlu hidup saling menghormati dan saling mengasihi. Ayat: Hidup kita akan lebih harmoni jika yang tua dihormati, yang muda dikasihi. 3. 4. Yy FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Antara judul-judul lain dalam Siri Kamus Cerdik KSSR ini ialah: Disediakan khas untuk keperluan murid-murid sekolah rendah. Harga Jualan Sem.Malaysia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.30  YAMUHAIYATHEEN PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. ISBN 978-967-459-447-3 38437-A Direka khas untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid. 1. Perumpamaan 12. Imbuhan 2. Kata Ganda 13. Sinonim dan Antonim Dwibahasa 3. Kata Banyak Makna 14. Teka-Teki Buku 1 4. Simpulan Bahasa 15. Teka-Teki Buku 2 5. Penjodoh Bilangan 16. Cari-cari Perkataan Buku 1 6. Peribahasa 17. Cari-cari Perkataan Buku 2 7. Teka Silang Kata 18. Kata Nama Am 8. Bidalan 19. Jenis-jenis Ayat Ragam 9. Mutiara Kata 20. Kata Ganti Nama Tunjuk 10. Kata Tugas 21. Kata Adjektif dan Kata Majmuk 11. Kata Hubung dan Penanda Wacana Bahan suplemen pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimiliki oleh murid. Dirancang dan diolah dengan teliti berpandukan Kurikulum Standard Terbaharu di samping keperluan PS dan UPSR agar kandungannya lengkap dan mantap. Dicetak oleh : SS Graphic Printers (M) Sdn.Bhd.(252774 -k) FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version