The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-16 16:39:03

LAGENDA PUTERI SANTUBONG

SIRI WARISAN MELAYU

FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


SIRI WARISAN MELAYU LAGENDA PUTERI SANTUBONG FARGOES BOOKS SDN BHD


Pada zaman dahulu terdapat sebuah keluarga yang hidup aman damai di negara kayangan. Keluarga ini mempunyai dua orang anak perempuan, yang meningkat dewasa. Yang sulong bernama Puteri Santubong dan adiknya dua tahun berbeza, bernama Puteri Sejinjang. Kedua-dua adik beradik ini amat rapat, dan selalu bersama ke mana mereka pergi. Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya 1 FARGOES BOOKS SDN BHD


di seluruh kayangan ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Malah penduduk kayangan berbangga adanya Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang di negara mereka. Pada suatu hari ayahanda mereka telah menitahkan supaya kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara dua negeri di 2 FARGOES BOOKS SDN BHD


bumi. Ayahanda percaya mereka mampu menyelesaikan pertelingkahan itu. Manakala bondanya mereka pula pada mulanya enggan membenarkan puterinya turun ke bumi, tetapi akhirnya bersetuju. Ayahanda mereka berpesan supaya mereka berdua tidak bergaduh sesama sendiri, kerana takut akan terkena sumpahan kayangan. Sumpahan itu akan menyebabkan mereka akan kekal tinggal di bumi, dan tidak akan dibenarkan kembali ke kayangan lagi. Mereka berjanji tidak akan belaku sebarang peselisihan faham di antara mereka. 3 FARGOES BOOKS SDN BHD


Kedua-dua Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang itu pun bersiap pakaian dan peralatan diri untuk diturunkan ke bumi. Mereka tidak sabar lagi untuk turun ke bumi, walaupun ini adalah kali pertama mereka ke situ. Mereka berjanji akan menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di dua negeri di bumi itu. Mereka juga mahu kembali ke kayangan setelah tugas mereka selesai kelak. 4 FARGOES BOOKS SDN BHD


Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kedua-dua ayahanda dan bondanya, kedua-dua Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun turun ke bumi. Ketika mereka turun ke bumi, muncul cahaya yang terang benderang menerangi langit di kedua-dua negeri yang dituju. 5 FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version