FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
SIRI WARISAN MELAYU CIK SITI WAN KEMBANG PEMERITAH WANTIA PERTAMA FARGOES BOOKS SDN BHD
Pada tahun 1570 Permaisuri Che Banun iaitu permaisuri Sultan Kelantan, Sultan Ahmad Shah telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Che Siti Wan Kembang. Seperti pasangan ibu bapa lain, Sultan dan Permaisuri amat gembira dengan kelahiran anak itu. Mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang, dan mengharap anak itu menjadi orang terkenal apabila besar. 1 FARGOES BOOKS SDN BHD
2 Kedua-dua ibu bapa Cik Siti Wan Kembang mendoakan yang terbaik daripada puteri kesayangan mereka, walaupun anak mereka itu perempuan. Mereka juga mengharapkan anak itu mampu mengambil alih pucuk pemerintahan mereka nanti. Bagi Sultan Ahmad, tidak ada syarat yang mencatatkan bahawa puterinya itu tidak boleh meneruskan pemerintahannya. FARGOES BOOKS SDN BHD
3 Ayahandanya berjanji akan memastikan puterinya menjadi seorang pemimpin agung, yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan. Bagaimanapun belum sempat Cik Siti Wan Kembang bermanja dengan ayahandanya, ayahandanya mangkat. Dalam usianya baru empat tahun, beliau kehilangan kasih sayang ayahandanya. Maka tinggallah Cik Siti Wan Kembang dengan bondanya, satu-satunya tempat bermanja. FARGOES BOOKS SDN BHD
4 Sementara itu, kemangkatan Sultan Ahmad, menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan beralih kepada Raja Hussin. Sultan Hussin berjanji dengan Sultan Ahmad, apabila tiba masanya nanti, Cik Siti Wan Kembang akan menggantinya sebagai Sultan. Buat masa itu tidak mungkin Cik Siti Wan Kembang yang baru berusia empat tahun, dapat diangkat menggantikan ayahandanya. FARGOES BOOKS SDN BHD
5 Bersama bondanya, Cik Siti Wan Kembang membesar. Kasih sayang yang dicurahkan bondanya itu tidak pernah luntur. Bondanya tidak mahu ketiadaan ayahandanya sebagai alasan untuk mereka terus berduka. Bondanya mendidik anak kesayangannya itu dengan ilmu dalam pelbagai bidang, seperti keagamaan, ilmu perniagaan, ilmu kepimpinan dan kemasyarakatan. FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD