BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
Siri Kamus Cerdik KSSR/KBSR Perumpamaan FARGOES BOOKS SDN BHD
© Hak Cipta Terpelihara 2014 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian dalam buku ini melalui apa jua cara pun sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan bertulis daripada pihak PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. terlebih dahulu. Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. 32, Jalan Cemur, 50400 Kuala Lumpur. Tel : 03-4042 4163 Faks : 03-4042 3640 FARGOES BOOKS SDN BHD
3 1. Bagai abu di atas tunggul Maknanya : Sesuatu keadaan atau kedudukan yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Keadaan Ahmad yang bekerja sebagai buruh kontrak di lombong itu bagai abu di atas tunggul kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan kerja. 2. Seperti anai-anai berbaris Maknanya : Ramainya manusia dalam suatu perhimpunan atau majlis. Ayat : Ceramah agama tokoh agama tersebut dihadiri oleh ramai orang seperti anaianai berbaris. Aa FARGOES BOOKS SDN BHD
4 3. Seperti anak ayam kehilangan ibu Maknanya : Seseorang yang hilang tempat bergantung. Ayat : Liza kehilangan tempat bergantung seperti anak ayam kehilangan ibu apabila ibu bapanya meninggal dunia dalam kebakaran tersebut. 4. Seperti anjing bercawat ekor Maknanya : Seseorang yang bersikap kolot dan tidak mengikut peredaran masa. Ayat : Penduduk di kawasan pedalaman tersebut seperti anjing bercawat ekor kerana tidak mahu mengikut peredaran zaman serta menerima pembaharuan. FARGOES BOOKS SDN BHD
5 5. Seperti anjing berebut tulang Maknanya : Orang tamak yang berebutkan harta. Ayat : Sikap Akmal dan adiknya, Ikmal yang berebutkan harta peninggalan ayahnya tidak ubah seperti anjing berebut tulang. 6. Bagai anjing dengan kucing Maknanya : Dua orang yang setiap kali berjumpa, akan berkelahi sesama sendiri. Ayat : Setiap kali Murad dengan Salim bertemu, mereka berdua pasti akan berkelahi bagai anjing dengan kucing. FARGOES BOOKS SDN BHD
6 7. Bagai anjing buruk kepala Maknanya : Seseorang yang dibenci oleh masyarakat kerana kejahatannya. Ayat : Penduduk kampung itu membenci Abu dan dianggap bagai anjing buruk kepala kerana sikap jahat dan zalimnya. 8. Seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya Maknanya : Melakukan kebaikan pada orang yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan orang tersebut semakin mengada-ngada. Ayat : “Tidak perlu bersikap terlalu baik terhadap Yasin. Nanti, dia akan menjadi seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya,” nasihat Agus kepada Firdaus. FARGOES BOOKS SDN BHD
31 3. Seperti harimau menyembuyikan kukunya Maknanya : Seseorang yang tidak menunjukkan kekuatannya walaupun dia sebenarnya seorang yang kuat. Ayat : Haji Hussein seorang yang amat mahir bersilat, namun beliau tidak menunjukkan kemahirannya di hadapan orang seperti harimau menyembunyikan kukunya. 4. Bagai haruan makan anak. Maknanya : Perbuatan bapa yang jahat sanggup menganiaya atau merosak anak sendiri. Ayat : Pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki memperkosa anaknya sendiri bagai haruan makan anak. FARGOES BOOKS SDN BHD
32 5. Bagai hempedu lekat di hati. Maknanya : Perhubungan seseorang yang sangat akrab. Ayat : Hubungan Aina dan Shalini sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati walaupun mereka kini tinggal berjauhan. 6. Seperti hujan jatuh ke pasir. Maknanya : Buat baik terhadap seseorang yang tidak tahu mengenang atau membalas budi. Ayat : Berbuat baik dengan Faruk seperti hujan jatuh ke pasir kerana dia langsung tidak tahu mengenang budi. FARGOES BOOKS SDN BHD
33 1. Seperti ikan dalam belat. Maknanya : Keadaan sesuatu yang terlalu sesak. Ayat : Pada malam tahun baru, keadaan di Dataran Merdeka terlalu sesak seperti ikan dalam belat. 2. Seperti ikan kena tuba. Maknanya : Penduduk di sesuatu tempat mendapat bencana atau kemalangan secara beramai-ramai. Ayat : Hampir semua rumah di kawasan setinggan itu musnah dijilat api. Kejadian tersebut dianggap seperti ikan kena tuba. 3. Seperti ikan pulang ke lubuk Maknanya : Seseorang yang pulang ke tempat asalnya setelah merantau sekian lama. Ayat : Kepulangan Sarjan Azman ke kampungnya di Perlis setelah bersara daripada pasukan polis seperti ikan pulang ke lubuk. Ii FARGOES BOOKS SDN BHD
34 4. Seperti isi dengan kuku. Maknanya : Perhubungan yang sangat intim atau erat, tidak boleh dipisahkan. Ayat : Sejak tinggal berjiran, persahabatan antara Nora dengan Ita sungguh rapat seperti isi dengan kuku. 5. Seperti itik mendapat air. Maknanya : Orang yang terlalu gembira mendapat sesuatu benda yang diidamkan. Ayat : Rudi begitu gembira seperti itik mendapat air apabila ayahnya memberikannya sebuah komputer. 6. Bagai itik pulang petang. Maknanya : Orang yang berjalan dalam keadaan berlenggang-lenggag dan perlahan. Ayat : Murid-murid yang keletihan setelah berlatih sukan di padang itu berjalan FARGOES BOOKS SDN BHD bagai itik pulang petang.
61 3. Seperti ular kena palu. Maknanya : Keadaan jalan yang bengkang-bengkok. Ayat : Jalan raya menuju ke Kampung Delima yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu itu membuatkan kami semua berasa mabuk. 4. Seperti ular lidah bercabang. Maknanya : Kata-kata atau ucapan yang tidak boleh dipercayai. Ayat : Maniam tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya seperti ular lidah bercabang. FARGOES BOOKS SDN BHD
62 5. Bagai ulat nangka terhempas ke batu. Maknanya : Sikap orang yang tidak pernah serik. Ayat : Seha bagai ulat nangka terhempas ke batu kerana masih mahu membuka perniagaan walaupun sudah menanggung kerugian beberapa hari. 6. Bagai umang-umang. Maknanya : Orang yang suka bergaya dengan pakaian cantik, walaupun pakaian itu bukan miliknya. Ayat : Kamala sering menasihati adiknya supaya bersederhana dan tidak bersikap bagai umang-umang. FARGOES BOOKS SDN BHD
63 7. Bagai unta menyerah diri. Maknanya : Orang yang terlalu lurus dan bodoh selalu menjadi mangsa orang yang cerdik. Ayat : Sikap Ghani yang bagai unta menyerah diri itu selalu menjadi mangsa kawankawannya di dalam kelas. FARGOES BOOKS SDN BHD
64 1. Laksana wau melawan angin. Maknanya : Kehendak orang yang lebih berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang lemah. Ayat : Pekerja-pekerja di syarikat itu laksana wau melawan angin kerana mereka tidak berupaya menghalang majikan daripada menambahkan lagi kerja yang sememangnya sudah banyak. 2. Bagai wau putus tali. Maknanya : Orang yang sikapnya berserah kepada nasib sahaja kerana tidak mampu berusaha. Ayat : Lokman bagai wau putus tali apabila permohonan kerjanya asyik ditolak. Ww FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
Antara judul-judul lain dalam Siri Kamus Cerdik KSSR ini ialah: Disediakan khas untuk keperluan murid-murid sekolah rendah. Harga Jualan Sem.Malaysia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.30 YAMUHAIYATHEEN PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. ISBN 978-967-459-442-8 38437-A Direka khas untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid. 1. Perumpamaan 12. Imbuhan 2. Kata Ganda 13. Sinonim dan Antonim Dwibahasa 3. Kata Banyak Makna 14. Teka-Teki Buku 1 4. Simpulan Bahasa 15. Teka-Teki Buku 2 5. Penjodoh Bilangan 16. Cari-cari Perkataan Buku 1 6. Peribahasa 17. Cari-cari Perkataan Buku 2 7. Teka Silang Kata 18. Kata Nama Am 8. Bidalan 19. Jenis-jenis Ayat Ragam 9. Mutiara Kata 20. Kata Ganti Nama Tunjuk 10. Kata Tugas 21. Kata Adjektif dan Kata Majmuk 11. Kata Hubung dan Penanda Wacana Bahan suplemen pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimiliki oleh murid. Dirancang dan diolah dengan teliti berpandukan Kurikulum Standard Terbaharu di samping keperluan PS dan UPSR agar kandungannya lengkap dan mantap. Dicetak oleh : SS Graphic Printers (M) Sdn.Bhd.(252774 -k) FARGOES BOOKS SDN BHD