FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
SIRI LEGENDA MELAYU SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG FARGOES BOOKS SDN BHD
1 Pada abad ke-16 negeri Johor diperintah oleh Sultan Mahmud Shah ll, yang berketurunan daripada Sultan Melaka. Oleh kerana baginda ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun, segala tugas dan urusan negeri dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan negeri Johor ketika itu di Kota Tinggi. FARGOES BOOKS SDN BHD
2 Sultan Mahmud Shah II dianggap seorang sultan yang zalim. Rakyat tidak menyukainya, namun mereka tidak berani menentang baginda. Mereka tidak mahu dituduh ‘penderhaka’ kepada baginda. Bagi rakyat, sultan diibaratkan sebagai payung, dan pantang bagi orang Melayu menderhaka pada sultan. FARGOES BOOKS SDN BHD
3 Ketika itu negeri Johor menghadapi masalah ancaman lanun di pesisir pantai. Ramai penduduk terbunuh. Sultan memerintahkan para pembesar negeri menghapuskan ancaman itu. Seorang pahlawan, Tun Seri Bija Wangsa dibantu oleh orang laut, muncul menghapuskan lanun itu. Namun tujuannya ialah untuk menjadi orang kuat sultan. FARGOES BOOKS SDN BHD
4 Seluruh perairan Johor dikuasai oleh lanun. Kapalkapal perdagangan tidak lagi memasuki pelabuhan Johor kerana bimbang diserang lanun. Para nelayan takut untuk keluar ke laut. Keadaan terlalu menakutkan, tetapi berbeza di Kota Tinggi. Di sini keselamatan terkawal, membuatkan sultan dan penduduk berasa sangat selamat. FARGOES BOOKS SDN BHD
5 Laksamana Megat Seri Rama dari Bentan, juga bersedia memerangi lanun-lanun itu. Laksamana ini disukai Sultan Mahmud, tetapi dibenci oleh Tun Bija Ali. Tun Bija Ali sudah lama berkhidmat, tetapi tidak mendapat perhatian Sultan. Dia semakin marah apabila Laksamana itu berkahwin dengan Dang Anum, gadis yang dia menaruh hati sejak menjejakkan kaki ke Kota Tinggi dari Mersing. FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD