Sudut Bacaan Bestari Siri Kempen Galakkan Budaya Membaca FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
sudut bacaan bestari FARGOES BOOKS SDN BHD
Aiman berumur 11 tahun. Dia tinggal di Taman Seroja. Aiman merupakan anak bongsu. Dia mempunyai seorang kakak dan seorang abang. Ayah Aiman bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang. Ibu Aiman tidak bekerja. FARGOES BOOKS SDN BHD
“Ibu, di mana ayah sekarang?” tanya Aiman kepada Puan Nadia. “Ayah kamu di belakang rumah,” jawab Puan Nadia yang sedang mencuci pinggan di dapur. Aiman segera bergerak ke belakang rumah untuk mencari ayahnya. FARGOES BOOKS SDN BHD
Encik Darus, ayah Aiman sedang memotong papan di belakang rumah. Aiman menghampiri ayahnya. “Apa yang sedang ayah buat?” tanya Aiman. “Ayah memotong papan ini untuk membuat rak buku,” balas Encik Darus. FARGOES BOOKS SDN BHD
“Rak buku ini untuk siapa?” tanya Aiman. “Untuk kamu, kakak dan abang kamu. Ayah akan sediakan satu sudut bacaan di ruang tamu. Rak buku ini akan diletakkan di sana,” jelas Encik Darus. “Oh, sudut bacaan! Cikgu pun pernah beritahu supaya setiap murid perlu ada sudut bacaan di rumah,” ujar Aiman. FARGOES BOOKS SDN BHD
Beberapa jam kemudian, rak buku itu berjaya dihasilkan. “Ayah, boleh Aiman tolong cat rak buku ini?” tanya Aiman. “Boleh, hati-hati semasa mengecat,” kata Encik Darus. Aiman dan ayahnya mula mengecat rak buku itu. Encik Darus memilih warna biru muda untuk mengecat rak buku itu. FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
Nurul Izzati Penerima Tokoh Nilam Imbas saya menggunakan telefon pintar anda untuk mendapatkan maklumat ISBN : HAK CIPTA TERPELIHARA 2020 SET ISBN :978-967-2404-07-1 Sudut Bacaan Bestari Sudut Bacaan Bestari PENERBITAN FARGOES SDN BHD. 38437-A Siri Kempen Galakkan Budaya Membaca 978-967-2404-12-5 SIRI KEMPEN GALAKAN BUDAYA MEMBACA memaparkan cerita-cerita tentang amalan membaca. Membaca perlu dijadikan satu budaya untuk melahirkan generasi yang berilmu. Cerita-cerita dalam siri ini juga memberi semangat dan perangsang untuk menjadikan amalan membaca satu budaya. Semangat untuk membaca perlu ada pada semua murid. Mereka merupakan generasi masa depan yang perlu berilmu dan berpengetahuan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan mampu bersaing dengan negara-negara lain. Kempen budaya membaca perlu diadakan dari masa ke semasa supaya murid-murid sedar tentang kebaikan membaca. Jika budaya ini dipupuk sejak kecil, budaya akan terus menjadi amalan hingga dewasa. Malaysia akan mencapai negara maju jika rakyatnya berilmu dan mampu berfikiran kreatif dan kritis. Sudut Bacaan Bestari Nurul Izzati Penerima Tokoh Nilam Pelancaran Program Nilam Melawat Pesta Buku Ikram Memasuki Acara Larian Buku Diskusi Buku FARGOES BOOKS SDN BHD