The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-03 17:37:08

KAMUS KLASIK KOMPREHENSIF

KAMUS KLASIK KOMPREHENSIF

FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


KAMUS BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN FARGOES BOOKS SDN BHD


ii Pendahuluan Kamus Klasik Komprehensif ini merupakan variasi daripada kamus-kamus bahasa Melayu yg lain. Kamus ini merupakan sumber rujukan autentik yg turut memperkaya dan memartabatkan bahasa Melayu pada pelbagai peringkat. Dalam mandala pendidikan, teks klasik terutamanya Sejarah Melayu dan pelbagai cerita penglipurlara dipelajari di sekolah menengah. Bahan teks klasik ini menjadi satu genre prosa tradisional dalam buku antologi yg diguna pakai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Hal ini jelas membuktikan bahawa genre klasik ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bahasa Melayu klasik masih relevan dengan perkembangan dunia yg kini bertunjangkan sains dan teknologi. Murid-murid sekolah menengah sudah pun diperkenalkan dengan genre ini dalam antologi komsas mereka. Namun, kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam memahami genre klasik yg kaya dengan nilai murni ini. Justeru, masalah ini perlu ditangani dengan bijak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak agar dapat menarik minat untuk mempelajari bahasa Melayu klasik. Keberadaan Kamus Klasik Kompresif ini dalam pasaran bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu murid memahami soalan Bahasa Melayu Standard (Soalan 4 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM) dengan lebih mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana kosa kata dalam Kamus Klasik Komprehensif ini bukan sahaja disusun mengikut susunan aksara dan makna yg tepat malah berkaitan dengan situasi. Bukan itu sahaja, contoh dan ilustrasi yg dimuatkan dalam buku ini dapat menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan autentik untuk menjawab soalan peperiksaan dan sekali gus menarik minat murid untuk membaca serta mengkaji genre klasik. FARGOES BOOKS SDN BHD


iii Antara teks klasik yg dirujuk bagi menghasilkan Kamus Klasik Komprehensif ialah: 1. Asal Padi 2. Bahagia Sesudah Derita 3. Burung Terbang Dipipiskan Lada 4. Kepimpinan Melalui Teladan 5. Hikayat Amir Hamzah 6. Hikayat Anggun Cik Tunggal 7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda 8. Hikayat Bakhtiar 9. Hikayat Bayan Budiman 10. Hikayat Panji Jayeng Kesuma 11. Hikayat Dua Geliga Hikmat 12. Hikayat Gul Bakawali 13. Hikayat Hang Tuah 14. Hikayat Inderaputera 15. Hikayat Langlang Buana 16. Hikayat Malim Deman 17. Hikayat Malim Dewa 18. Hikayat Merong Mahawangsa 19. Hikayat Opu Daeng Menambun 20. Hikayat Panca Tenderan 21. Hikayat Pattani 22. Hikayat Puteri Balkis 23. Hikayat Raja Muda 24. Hikayat Seri Kelantan 25. Hikayat Si Miskin (Marakarma) 26. Hikayat Siak 27. Hikayat Terung Pipit 28. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa 29. Merah Silu 30. Pelanduk Mengajar Memerang 31. Pertarungan Tuah Jebat 32. Sejarah Melayu 33. Syair Abdul Muluk 34. Syair Burung Pungguk 36. Syair Perahu 36. Syair Siti Zubaidah Perang Cina FARGOES BOOKS SDN BHD


iv Kamus Klasik Komprehensif 1. Kamus Klasik Komprehensif ini merupakan sebuah kamus mampu milik dan mesti dimiliki oleh murid-murid sekolah menengah dan guru-guru yg mengajar subjek Bahasa Melayu terutamanya tingkatan 1 hingga tingkatan 5. 2. Kamus Klasik Komprehensif ini mengandungi lebih 4500 entri kata klasik yg memudahkan murid mencari makna dengan mudah dan pantas. 3. Kamus Klasik Komprehensif ini dapat membantu calon-calon SPM dalam memahami dan menjawab Soalan 4 iaitu Bahasa Melayu Standard dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 dengan lebih mudah. 4. Kamus Klasik Komprehensif ini juga dapat dijadikan sebagai rujukan pada peringkat pengajian tinggi sebagai rujukan eksklusif. Pelajar-pelajar dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu di universiti, institusi perguruan dan Kolej Tingkatan 6 boleh merujuk kamus ini untuk melengkapkan tugasan mereka dengan efektif dan efisien. 5. Kamus Klasik Komprehensif ini menghimpunkan kosa kata klasik daripada pelbagai buku klasik seperti hikayat dan cerita penglipurlara. Sebagai contohnya ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Malim Deman, Sullatus Salatin (Sejarah Melayu) dan sebagainya meliputi teks komponen sastera di seluruh negera. 6. Kamus Klasik Komprehensif ini memberikan padanan bahasa Melayu moden yg tepat dan murid dapat memahami penggunaannya dalam teks dengan lebih mudah. 7. Kamus Klasik Komprehensif ini dapat membantu murid-murid yg lemah dalam subjek Bahasa Melayu khususnya dalam komponen sastera (komsas). Di samping itu, mereka boleh menggunakan kamus ini untuk memahami teks petikan klasik berserta maksudnya dengan lebih mudah. Semoga Kamus Bahasa Klasik Komprehensif ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada guru, pensyarah, para siswazah dan peminat Sastera Melayu Klasik dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya sangat terhutang budi kepada rakan panel kamus ini yg sentiasa memberikan idea dan penambahbaikan kamus ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penerbitan Fargoes yg proaktif dalam menerbitkan kamus ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada semua pihak yg turut membantu saya langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan impian dalam menerbitkan kamus ini. Sekian, terima kasih. FARGOES BOOKS SDN BHD


v Kependekan Kependekan dalam takrif dan contoh penggunaan. @ - atau apb -apabila Ar - Arab ark - arkaik bhg - bahagian byk - banyak dgn - dengan dll - dan lain-lain lagi dlm - dalam drpd - daripada dsb - dan sebagainya dtg - datang é - e taling [enak] Id - Indonesia Jw - Jawa ki - kiasan kpd - kepada krn - kerana org - orang pd - pada mis - misalnya sbg - sebagai ses - sesuatu shj - sahaja sj - sejenis sl - sastera lama spy - supaya sso - seseorang tpt - tempat ttg - tentang utk - untuk yg - yang FARGOES BOOKS SDN BHD


vi PENYUSUN Sevalingam Devarajan - Munsyi Dewan (Pulau Pinang) Muhammad Ruzaini - Awang Munsyi Dewan (Sabah) Kalyani a/p Murugiah - Munsyi Dewan (Selangor) Liew Siaw Lin - Munsyi Dewan (Sarawak) Mecca Bt Hj Yaacob (Pulau Pinang) Nurul Shakirin Bt Ishak (Pulau Pinang) PENYELARAS PROJEK Mr. William Anthonysamy B.A. (Hons.) UKM MIT (UM) PENYUNTING Azizul Harun B.A. (Hons.) UKM Hasmin Abdul B.A. (Hons.) Suhaimi Mamat B.Bu. Aus Tengku Azlanie Tengku Azman B.As (Hons.) UiTM) Abdul Hakim Mohd Noh Balqis Liyana Safri PEREKA GRAFIK F Manon Maney Ramadass ARGOES BOOKS SDN BHD


75 pampas denda, ganti rugi. panai dulang drpd kayu. panakawan hamba yg menjadi pengiring. panau sj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik putih di badan. panca kelima-lima jari tangan, lima. pancaka tempat pembakaran mayat. pancakara bergaduh, berperang. pancalogam campuran lima jenis logam. . . . . . . . pancapersada tempat tinggi yg bertingkat-tingkat, tempat semayam raja sewaktu pertabalan. pancar keturunan, anak cucu. pancaragam bermacam-macam muzik. pancaraja sj alat mengusung jenazah raja. pancaroba pelbagai cabaran. pancarona pelbagai warna. pandai tukang. pandak pendek, panggilan kekeluargaan bagi anak atau adik-beradik yg keempat atau yg kelima. pandir tolol, bodoh. pangkas potong bhg atas. pangku riba, duduk di riba. pangkung memukul dgn kuat. panglima hulubalang, ketua pasukan tentera. pangus cekap, tangkas. panir keju. panitera setiausaha, jurutulis. panjangan lanjutan. . . pancaka panca panir pampas panjangan P FARGOES BOOKS SDN BHD


76 panjarwala kelasi yg bertugas di tiang kapal sbg pembentang layar. panji-panji bendera. panjunan tukang periuk belanga. panta guli. pantaran beranda, serambi. pantelon seluar panjang. papakerma jahat. paraji bidan. param-param sj ubat bedak yg disapu pd badan. paran arah, hala, tujuan. paria org yg berkasta rendah @ hina. paripurna lengkap, sempurna. pariwarta iklan. pariwisata pelancongan. parsi negeri Iran. paruh mulut, muncung burung, ayam. pasrah menyerah. pasumandan pengiring perempuan. pasung sj alat utk kunci tangan, kaki supaya tidak dapat bergerak. pasupati sj keris, senjata. . . . . . . . patera daun. patih bendahara, mangkubumi, wasir (Jawa @ Majapahit). patik hamba, saya. pauh sj tumbuhan seperti mangga. pawaka api. pawang bomoh. payau agak masin, rasa yg tidak enak. pedaka sj kalung aguk atau tokoh. panji-panji pariwisata panjarwala pedaka P FARGOES BOOKS SDN BHD


77 pedapa; pendapa ranting muda. pedati sj kereta yg ditarik kuda @ lembu. pediah denda, ganti rugi, fidyah. pedikir lagu perang utk naikkan semangat, dikir. pegari dpt dilihat, muncul (alamat @ tanda). pegun kaku, tidak dapat berkata-kata. peka cepat merasai sesuatu, sensitif. pekaka bunga teratai (sj burung). . . . . . pekatu sj meriam. pekulun tuanku. pelabi dalih, tipu daya, muslihat. pelamin tempat persandingan pengantin. pelana lapik tpt duduk di belakang kuda. pelantar pelantaran lantai tinggi yg bersambung dgn bumbung rumah. pelang sj perahu daging. pelesit sj hantu yg menghisap darah. pelik aneh, ganjil, luar biasa. pelit kedekut. pelikat kain sarung. pelulut tukang urut. peluruh sj ubat muntah. pelupuk kelopok mata. pemali larangan, pantang. pemiutang pemberi, pinjaman. pemuras sj senapang zaman dahulu. penah pernah. penahap penjuru. penaka seperti, seolah-olah. penakawan hamba pengiring raja. pencak silat. pedati pelamin pedapa pencak pekaka P FARGOES BOOKS SDN BHD


78 pencalang sj perahu yg besar utk mengangkut barang. pendaga sj peti menyimpan pakaian. pendarah keris yg sakti. pendawa sj keris. pendekar org yg pandai bersilat, pahlawan. . . . . . . . pendeta org yg banyak ilmu. pendiat kurungan binatang liar. pending perhiasaan pd dada, pinggang. penggalasan hamba, perbuatan menggalas (perdagangan, tempat berdagang). penganan pelbagai jenis kuih. pengap tidak banyak udara. pengatu sj meriam. pengeras bayaran kpd bomoh kerana berubat. penggal potong, kerat. penggawa ketua. penjajap sj kapal perang. penjuru polis, perajurit. peran pelakon sandiwara, pelawak. perap; memerap mengurung diri di rumah. perawan anak gadis, anak dara. perawis pelbagai ramuan utk sesuatu. perban kain pembalut luka. perbatin penghulu atau ketua adat. perbegu kafir. perdana yg utama. perdu kelompok pokok, rumpun. pergat; pergata sj perahu. peri kata. peringgi org Portugis. pendekar pengatu pencalang peringgi P FARGOES BOOKS SDN BHD


151 255. telah sudah lepas idah: setelah tempoh selama tiga bulan [tiga kali pusingan haid] 256. tepak jorong: tempat sirih yg bulat panjangpanjang bangunnya. 257. terambin lintang: digendong melintang di dalam kain pengikat 258. terdempak bahu: bahunya terlanggar 259. terhantar di atas geta: tergeletak di atas katil 260. terjaga sejarah dalam mataku: penyajak teringat akan peristiwa sejarah yg telah berlaku 261. terjengkau di mata tangan tak sampai: dapat dilihat tetapi jaraknya jauh 262. terkejut daripada peraduannya: terjaga daripada tidurnya 263. terlalu azamat bunyinya: sangat bising 264. tersendu aku: penyajak mengalami kekecewaan dan kesedihan 265. tertawalah hati: berasa sangat gembira 266. tiada gangguan menyentuh diri: tiada menghadapi apa-apa rintangan atau kesusahan dalam hidup 267. tiada juga berkenan: tidak diminati @ disukai 268. tiada namanya: tidak terkenal 269. tiada perkataan yg sebenarnya: tidak pernah bercakap benar FRASA BAHASA KLASIK FARGOES BOOKS SDN BHD


152 270. tiada peroleh anak: belum mendapat anak 271. tiada rasa hati: merasa bimbang 272. tiadalah dapat ditentang nyata: tidak boleh dipandang terus ke muka 273. tiadalah sunyi siang dan malam: keadaan tidak pernah sunyi walau barang seketika pun 274. tidak akan menyerah: akan terus berjuang dan tidak akan mengaku kalah 275. tidak terpermanai banyaknya: tidak terkira jumlannya [jumlah yg sangat banyak] 276. tinggal menderita di tempat sendiri: hidup susah dan sengsara di tanah air sendiri 277. titis-titis gerimis melalui lubang pondok usang: rintikan-rintikan air hujan yg masuk melalui bumbang rumah yg bocor 278. tumbuhan-tumbuhan berkembang di bayangan: pokok-pokok hanya tumbuh di dalam bayang-bayang sahaja 279. umur setahun jagung @ darah setampuk pinang: masih terlalu muda, belum ada pengalaman 280. usapilah seluruh manusia: perasaan cintakan kedamaian dan keharmonian perlulah dipupuk pada hati setiap insan di dunia ini 281. wabihi nastainu billahi: dengan pertolongan Allah FRASA BAHASA KLASIK FARGOES BOOKS SDN BHD


153 282. walau jauh telah tiada: meskipun telah begitu jauh penyajak meninggalkan kawankawannya. 283. yang erat digenggam: begitu bersemangat untuk melaksanakan sesuatu 284. yang menghimpit dan menindasinya: keadaan yg mendesak dan menekan hidupnya 285. zaman banggi: zamam merosot FRASA BAHASA KLASIK FARGOES BOOKS SDN BHD


154 FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version