The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2023-10-15 11:29:13

TUGASKU SEBAGAI ASKAR

SIRI BARISAN HADAPAN

FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


1 Ketika mendapat arahan supaya membantu pasukan polis memerangi Covid-19, aku tidak terus bersetuju. Lama aku memikirkan mengenai arahan itu, terutama risiko yang bakal dihadapi ketika bertugas. Aku akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, terutama warga asing yang mungkin positif Covid-19. Aku dan rakan-rakan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadi petugas barisan hadapan bersama Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA. Tugasku Sebagai Askar Barisan Hadapan Covid-19 FARGOES BOOKS SDN BHD


2 Sebagai petugas barisan hadapan, aku dan rakan-rakan akan bersama-sama pasukan tersebut memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur yang dikenakan. Aku akan membantu PDRM dalam sekatan jalan raya, rondaan ke mana-mana premis yang ditetapkan, mengawal dan memantau pekerja asing membuat saringan, memantau kemasukan warga asing, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar SOP. FARGOES BOOKS SDN BHD


3 Ketua kami Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang memberitahu iaitu ketiga-tiga cabang ATM, darat, laut dan udara terlibat dalam tugas ini. Tugas pertamaku ialah membantu PDRM dalam sekatan jalanraya, bagi memastikan tiada pengguna jalan raya melanggari SOP yang ditetapkan. Ketika PKP dilaksanakan, banyak pemandu yang tidak mematuhi SOP. Apabila ditahan mereka memberikan pelbagai alasan. Ada yang tidak memberikan kerjasama. Ada yang enggan mengikut arahan apabila diarah berpatah balik. FARGOES BOOKS SDN BHD


4 Namaku Koperal Yazid dan sudah lima tahun dalam ATM. Dua orang rakan ialah Koperal Lingam serta askar Thomas ditempatkan di suatu SJR di Kuala Lumpur. SJR ini bermula pada pukul 6.00 pagi. Sebagai keselamatan diri, kami memastikan semua SOP dipatuhi, terutama dari segi pakaian dan penutup muka. Akibat SJR, jalan ke Kuala Lumpur menjadi sesak. Seramai lapan orang anggota polis ditugaskann di SJR itu. FARGOES BOOKS SDN BHD


5 Aku memantau setiap kenderaan yang melalui SJR itu. Semuanya berhenti dan diperiksa oleh anggota polis bertugas. Pemandu yang mematuhi SOP dilepaskan. Pemandu yang tidak mematuhi SOP, dan yang tiada kebenaran merentas negeri disaman. Terdapat beberapa pemandu yang tidak berpuas hati, dan cuba membantah. Bagaimanapun mereka menurut arahan polis apabila aku dan rakan mendekati mereka. Ketika bertugas, kami dibenarkan memegang senjata tetapi dalam kadaan berkunci. FARGOES BOOKS SDN BHD


6 Apabila ramai yang merungut tidak berpuas hati kerana kesesakan lalu lintas disebabkan sekatan jalan raya, kami hanya meminta mereka bersabar. Kami tidak mahu terlepas pandang jika ada individu tidak berkenaan keluar dari rumah, yang boleh mendatangkan risiko kepadanya dan orang ramai. Polis juga diarah supaya bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar SOP, oleh kerana jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat. FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version