The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIP - PERATURAN SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fargoes Books, 2025-11-14 20:17:18

PERATURAN SEKOLAH RENDAH

FLIP - PERATURAN SEKOLAH RENDAH

FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


1Nama :Kelas :Tahun :FARGOES BOOKS SDN BHD


2KANDUNGANPerkara Muka surat468121910162181320111823571. Pendahuluan3. Visi, Misi, Lagu Negaraku5. Panduan Peraturan Sekolah Ketidakhadiran ke Sekolah Waktu Pelajaran Waktu Rehat Kebersihan dan Kekemasan Diri Kelas Waktu Persekolahan Pakaian Seragam Penggunaan Bilik-bilik Khas Meninggalkan Kawasan Sekolah Perhimpunan Sekolah Kawasan Sekolah2. Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan4. Ikrar Pelajar, Matlamat Peraturan SekolahFARGOES BOOKS SDN BHD


4Buku Peraturan Sekolah ini disediakan untuk semua murid sekolah rendah sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.Panduan dan peraturan yang terkandung dalambuku peraturan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua murid di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.PENDAHULUANFARGOES BOOKS SDN BHD


5RUKUN NEGARAMAKA KAMI,rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruhtenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkanprinsip-prinsip berikut:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan KesusilaanFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.FARGOES BOOKS SDN BHD


8PANDUAN PERATURAN SEKOLAHGARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK PELAJAR1. Waktu Persekolahan1.1 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut: 1.2.1 Kumpulan A 1.2.2 Kumpulan B1.3 Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru SesiPagiAhad - Khamis7.30 pagi - 12.50 tengah hariSesi PetangAhad - Khamis1.00 petang - 5.45 petangSesiPagiIsnin - Jumaat7.30 pagi - 12.20 tengah hariSesi PetangIsnin - Jumaat1.00 petang - 5.45 petang FARGOES BOOKS SDN BHD


9 bertugas sebelum masuk ke kelas. Pelajar perlu menulis nama di buku catatan kehadiran pelajar yang lewat datang ke sekolah.1.4 Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh guru disiplin.1.5 Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah.1.6 Kelas tambahan/ gantian/ aktiviti kokurikulum adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar.1.7 Pada hari persekolahan, murid-murid perlu hadir selewat-lewatnya 10 minit sebelum pelajaran bermula.1.8 Pada hari perhimpunan mingguan, murid- murid perlu berbaris mengikut kelas masing- masing di dewan sekolah. Pelajar perlu menghadiri perhimpunan mingguan. Berada dalam keadaan senyap dan tertib di dewan sekolah. Selepas tamat perhimpunan, bergerak ke kelas masing-masing dalam barisan.FARGOES BOOKS SDN BHD


101.9 Sepanjang waktu persekolahan, pelajar dilarang keluar dari kelas masing-masing tanpa kebenaran guru kelas atau guru mata pelajaran.1.10 Semasa keluar kelas untuk ke bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bilik muzik, bilik RBT, surau atau makmal komputer, murid- murid perlu berbaris dengan tertib. Murid- murid juga tidak dibenarkan berbuat bising atau berlari semasa ke bilik-bilik khas.2. Waktu Rehat2.1 Murid-murid perlu mematuhi waktu rehat setiap aliran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.2.2 Murid-murid boleh keluar kelas pada waktu setelah dibenarkan oleh guru setelah loceng waktu rehat berbunyi. Hendaklah keluar kelas menuju ke kantin sekolah dalam keadaan tertib dan teratur.2.3 Semasa di kantin, murid-murid perlu mematuhi peraturan di kantin. Hendaklah berbaris semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.FARGOES BOOKS SDN BHD


20 pelajaran yang diajar berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan.8.7 Alat-alat permainan dan benda-benda tajam tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. Contoh alat yang tajam ialah pisau dan gunting.8.8 Antara barang lain yang tidak dibenarkan dibawa ialah liquid paper/ marker pen/ stapler/ pembaris besi.9. Penggunaan Bilik-bilik Khas9.1 Bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah ialah:• Perpustakaan• Bilik Alat Pandang Dengar• Bilik Akses• Bilik Reka Bentuk dan Teknologi• Bilik Muzik• Bilik Seni• Makmal Komputer• Makmal Sains9.2 Murid-murid dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas mengikut jadual waktu yang sudah ditetapkan.9.3 Penggunaan bilik-bilik khas adalah di bawahFARGOES BOOKS SDN BHD


21 pengurusan guru yang dipertanggungjawabkan mengurus bilik-bilik khas tersebut. Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru.9.4 Murid-murid perlu mematuhi peraturan- peraturan di bilik khas. Murid-murid perlu sentiasa menjaga keselamatan di bilik khas.9.5 Sebelum meninggalkan bilik khas, pastikan bilik khas dalam keadaan bersih dan kemas. Susun semula kerusi dan meja dengan teratur. Pastikan juga suis lampu/ kipas ditutup jika tidak digunakan lagi.9.6 Pergerakan ke bilik-bilik khas sama ada pergi atau keluar hendaklah dalam keadaan berbaris dan teratur.10. Kelas10.1 Murid-murid perlu berada di dalam kelas sepanjang waktu persekolahan iaitu dari waktu mata pelajaran pertama hingga mata pelajaran akhir.10.2 Semua murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Murid-murid perlu bertugas membersihkan kelas mengikutFARGOES BOOKS SDN BHD


22 jadual bertugas harian yang telah ditetapkan oleh guru kelas.10.3 Murid-murid perlu menjaga harta benda sekolah seperti kerusi/ meja/ papan kenyataan/ almari. Jika ada kerosakan, maklumkan segera kepada guru kelas.10.4 Perbuatan-perbuatan yang dilarang dilakukan di kelas: 10.4.1 Menconteng papan tulis. 10.4.2 Membuang sampah merata-rata. Buang sampah ke dalam tong sampah. 10.4.3 Meninggalkan buku teks/ buku latihan/ alat tulis di dalam meja. 10.4.4 Merosakkan harta benda sekolah yang diletakkan di dalam kelas seperti kerusi/ meja. 10.4.5 Berlari-lari dan bermain di dalam kelas. 10.4.6 Membuat bising dan menjerit-jerit di dalam kelas.FARGOES BOOKS SDN BHD


23 10.4.7 Makan atau membuang sisa makanan sama ada kering atau basah dalam atau luar kelas. 10.4.8 Murid-murid bertanggungjawab atas kerosakan yang dilakukan terhadap kerusi/ meja/ cermin tingkap.11. Kawasan Sekolah11.1 Murid-murid perlu memasuki ke kawasan sekolah mengikut pintu pagar yang sudah ditetapkan. Dilarang sama sekali memanjat pagar atau tembok untuk masuk atau keluar dari kawasan sekolah.11.2 Murid-murid perlu menggunakan laluan tangga dan kaki lima yang dibenarkan sahaja. Murid-murid tidak dibenarkan melalui di kawasan pejabat/ bilik mesyuarat.11.3 Di luar waktu persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa keizinan guru atau pengawal keselamatan.11.4 Murid-murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Sampah tidakFARGOES BOOKS SDN BHD


40GARIS PANDUAN PEMAKAIAN LENCANA JALURGEMILANG PADA PAKAIAN SERAGAM MURID DIINSTITUSI PENDIDIKANKedudukan PemakaianPada bahagian kanan dada,selari dengan tanda nama5 cm x 2.5 cmMulai 21 April 2025• Baju prasekolah• Baju kemeja• Baju kurung• Pinafore tunic• Tudung• Baju Melayu• Pakaian sukan• Pakaian batik• Pakaian seragam unit beruniform• Pakaian seragam khas• Baju korporat kolej vokasionalObjektif Pemakaian• Menyemarakkan semangatpatriotisme• Memupuk perpaduan dan identitikebangsaanPeraturan Khusus• Lencana mestilah kemas, bersih,tidak lusuh atau rosak• Tidak dibenarkan membuatpengubahsuaian bentuk, saiz,warna atau kedudukanFARGOES BOOKS SDN BHD


41LAMPIRAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAHTanda namaLencana sekolahKemeja putih lengan pendekSekiranya bersinglet,berwarna putih &kosong sahajaSeluar panjangberwarna biru tua.Potongan jean tidakdibenarkan.Lebar kaki seluar ialah3/4 dari panjangkasut 8″-9″ lebar. 16″-18″ukur keliling.Kasut kanvas hitamsepenuhnya bertali(sarung kaki berwarnaputih sahaja).Pinggang seluarseparas pusatTali pinggang berkepala kecil warnabiru tua / hitam &lebarnya 2.5 cm - 3 cm.Kepala sama besardengan tali pinggang.Lencana jalur gemilangFARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


FARGOES BOOKS SDN BHD


Click to View FlipBook Version