BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penulis WAN ZAHARAH B.A. Hons (UKM) AZIZUL HARUN B.A. Hons (UKM) FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan bertulis daripada Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. terlebih dahulu. © Hak Cipta Terpelihara 2014 PENULIS Wan Zaharah B.A. Hons (UKM) Azizul Harun B.A. Hons (UKM) Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. 32, Jalan Cemur, 50400 Kuala Lumpur. Tel: 03-4042 4163 Faks: 03-4042 3640 FARGOES BOOKS SDN BHD
3 A a Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Jangan menyangka orang yang pendiam itu baik atau tidak berbahaya. Ada udang di sebalik batu Mempunyai niat atau maksud tertentu di sebalik pertolongan yang diberikan. Alah bisa tegal biasa Pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan. FARGOES BOOKS SDN BHD
4 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Jika ingin mencapai kemewahan mestilah berusaha untuk mencapainya. Alur bertempuh, jalan berturut Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim dilakukan. Ada gula ada semut Orang akan bertumpu di tempat yang banyak mendatangkan rezeki. FARGOES BOOKS SDN BHD
5 Baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Lebih baik mengamalkan sikap rendah diri. Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai Lebih baik bekerja di bawah ketua yang berpengalaman dan bijak. Belum duduk sudah berlunjur Sudah merasa gembira walaupun belum memperoleh sesuatu yang dihajati. B b FARGOES BOOKS SDN BHD
6 Berbuat di alang, belayar di luar musim Sesuatu perkara yang dilakukan bukan pada waktunya. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat Berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu tindakan. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak Melakukan sesuatu pekerjaan sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap. Berkaul pada keramat Meminta bantuan hendaklah kena pada tempatnya. FARGOES BOOKS SDN BHD
25 Habislah akal, baru tawakal Berserah kepada Tuhan sesudah habis segala ikhtiar. Hari tidak selamanya panas Suka duka dalam kehidupan silih berganti. Hempas tulang berisi perut Jika rajin bekerja hidup akan senang. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai Jika hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah daripada orang yang mahir dalam bidang tersebut. FARGOES BOOKS SDN BHD
26 i I Indah khabar daripada rupa Perkara yang dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. FARGOES BOOKS SDN BHD
27 Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Beringat-ingat dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak menyesal kemudian hari. Intan berlian jangan dipijakkan Jangan melepaskan kebahagiaan atau peluang yang diterima. Itik berenang dalam air mati kehausan Orang yang hidup menderita walaupun banyak harta. FARGOES BOOKS SDN BHD
28 Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak Seseorang yang semakin sombong apabila hidupnya semakin kaya atau senang. Jangan berebutkan tembikar pecah Tidak perlu berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tiada manfaatnya. Jangan bermain di air keruh Jangan meniru perbuatan yang tidak baik. J j FARGOES BOOKS SDN BHD
53 Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki Melakukan sesuatu perkara mengikut cara yang bersesuaian walaupun kelihatan ganjil. Tepuk dada tanyalah selera Berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara agar sesuai dengan kemampuan. FARGOES BOOKS SDN BHD
54 Usul-usul, asal-asal, asal jangan ditinggalkan Jangan lupa akan asal-usul dalam semua perkara yang dilakukan. Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemampuan diri sendiri. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya Darjat atau kekayaan seseorang tidak akan hilang hanya kerana bergaul dengan orang bawahan. U u FARGOES BOOKS SDN BHD
55 Y y Yang baik dipakai, yang buruk dibuang Bijak dalam membuat pilihan. FARGOES BOOKS SDN BHD
56 Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan dengan lengkap dan sempurna. Yang sejengkal tidak akan menjadi sedepa Sesuatu yang tidak mampu diubah lagi. Yang dikejar tak dapat yang, dikendong berciciran Keuntungan yang diharapkan tidak dapat, yang dimiliki pula hilang. FARGOES BOOKS SDN BHD
FARGOES BOOKS SDN BHD
Antara judul-judul lain dalam Siri Kamus Cerdik KSSR ini ialah: Disediakan khas untuk keperluan murid-murid sekolah rendah. Dirancang dan diolah dengan teliti berpandukan Kurikulum Standard Terbaharu di samping keperluan PS dan UPSR agar kandungannya lengkap dan mantap. Direka khas untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid. Harga Jualan Sem.Malaysia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.30 YAMUHAIYATHEEN ISBN 978-967-459-449-7 1. Perumpamaan 12. Imbuhan 2. Kata Ganda 13. Sinonim dan Antonim Dwibahasa 3. Kata Banyak Makna 14. Teka-Teki Buku 1 4. Simpulan Bahasa 15. Teka-Teki Buku 2 5. Penjodoh Bilangan 16. Cari-cari Perkataan Buku 1 6. Peribahasa 17. Cari-cari Perkataan Buku 2 7. Teka Silang Kata 18. Kata Nama Am 8. Bidalan 19. Jenis-jenis Ayat Ragam 9. Mutiara Kata 20. Kata Ganti Nama Tunjuk 10. Kata Tugas 21. Kata Adjektif dan Kata Majmuk 11. Kata Hubung dan Penanda Wacana PENERBITAN FARGOES SDN. BHD. 38437-A Bahan suplemen pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimiliki oleh murid. Dicetak oleh : SS Graphic Printers (M) Sdn.Bhd.(252774 -k) FARGOES BOOKS SDN BHD