PERSEDIAAN KE
SEKOLAH MENENGAH
Cara Memohon
dan
Syarat Kemasukan
TARIKH PERMOHONAN MRSM
TAHUN 2023 TINGKATAN 1
▪ Dibuka pada 1 September 2022 10:00AM .Dan ditutup pada
4 November 2022 12:01AM Tarikh permohonan dibuka dan
ditutup yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) sebagaimana
diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
PANDUAN DAN CARA PERMOHONAN
▪ Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1. Sila layari laman sistem
rasmi permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 klik pada pautan (link)
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Nota: Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan
diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
▪ Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan
MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai
pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan (link) daftar
pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
▪ Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan
mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk)
sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata
laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang
diperlukan.
Nota: Semua maklumat, langkah dan panduan permohonan serta syarat
kelayakan kemasukan MRSM 2023 disertakan di laman sistem yang sama.
MAKLUMAT BERKAITAN
PERMOHONAN MRSM TAHUN
2023
▪ Kemasukan ke MRSM mewajibkan semua calon untuk menduduki
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji
potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains
dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang
memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki
Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
▪ Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri
dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan
kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan
rendah.
▪ Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal
bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan
UKKM dilaksanakan dengan sempurna.
TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA
PENUH (SBP) TAHUN 2023 TINGKATAN 1
▪ Dibuka pada Oktober 2022 dan ditutup pada
November.
▪ Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup yang
tepat (rasmi) akan dinyatakan sebaik sahaja perkara
ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
©️ Sumber Artikel Di
: https://www.infosentral.my/permohonan-sbp/
PANDUAN DAN CARA
PERMOHONAN
▪ Sila layari laman sistem rasmi permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 klik
pada pautan (link) di bawah.
▪ Pautan (Link) Permohonan Tingkatan 1 https://spskt1.moe.gov.my
Nota: Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan
diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
▪ Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua
maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam
laman Sistem Permohonan SBP tersebut.
SYARAT ASAS KELAYAKAN
KEMASUKAN SBP 2023 TINGKATAN 1
▪ Murid mestilah warganegara Malaysia.
▪ Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022.
▪ Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah
Khusus KPM (PKSK).
▪ Murid yang sihat tubuh badan.
▪ Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
SYARAT KEMASUKAN ATLET MURID BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
▪ Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan
Januari dan Ambilan Julai.
▪ Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan
Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM),
Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan
Atas
▪ Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) https://spassm.moe.gov.my/.
▪ Syarat Umum :
• Warganegara Malaysia.
• Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search / Talent Scouting).
• Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
• Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
• Lpeunluysapkietmkreornikiks,apaennkyeaskihitaletalanho(laeshthdmokat)oartyaaunpgebneyradkaitftbaerr,jsainhgaktittu. buh badan dan bebas daripada sebarang
• Kyaenugtadmicaeabnuraik. a(Cnodnitboehr:i MkeapjlaisdSauaktalentSmekuoriladhyManaglaymseiaw(aMkSilSi Mn)edgaenrikdeijophearninagnklaatinkyeabnagngdsiiakatinradfa).lam sukan
• pSeerbmaroahnognapne/rtlaanwgagraarnakne sSySaMratte, rkbeattiadladkejunjguarnansednadniripneyma.alsuan maklumat/dokumen akan menyebabkan
▪ Syarat Khusus
▪ Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6
• Keutamaan adalah untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut
keperluan dan calon perlu lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun
▪ Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 1
• AKtelmetenmteurriiadn pPeernludidmikeamnpMearloalyeshiai .sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR serta telah melalui TID
SEKOLAH SENI MALAYSIA
▪ PENGAMBILAN MURID
▪ Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan dari seluruh negara.
▪ Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan
Dua, Tiga, Empat atau Lima.
▪ Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-
SSeM. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://essem.moe.gov.my.
▪ https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah