1 Saya ……………………………………………………………………………………………. Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka, Perlis berikrar dan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh demi memenuhi impian dan harapan ibubapa saya, guru-guru serta menaikkan imej sekolah ini di mata masyarakat, baik dari segi sahsiah, bidang kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum. Saya juga berikrar dan berjanji akan memenuhi segala undang-undang dan peraturan sekolah dan saya bersedia untuk menerima sebarang tindakan yang dikenakan sekiranya saya melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Tandatangan : ……………………………………………………. Nama : …………………………………………………….. Tarikh : ………………………………………………………
2 Perawakan Murid-murid Lelaki 1. RAMBUT (Gambar rajah 1, 2 & 3) Pekeliling (KP (BS) 8543/Vol. 11 (58) a. Murid-murid mestilah berambut pendek tidak mencecah kolar, tidak mencecah telinga, tidak melebihi separuh dahi dan tidak berfesyen. b. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan jambul. c. Murid-murid tidak dibenarkan menipiskan bahagian tepi dan belakang pelipis tidak melebihi separuh telinga dan belakang. d. Murid-murid perlu berambut kemas dan nipis. Panjang rambut tidak boleh melebihi 4 cm. e. Murid-murid dilarang menyimpan jambang, janggut, sepat dan misai. f. Murid-murid tidak boleh mewarnakan atau mengeritingkan rambut. g. Murid-murid tidak boleh membotakkan kepala kecuali masalah kesihatan. 2. CERMIN MATA a. Murid-murid boleh memakai cermin mata atas nasihat doktor. Pemakaian cermin atas sebab lain tidak dibenarkan. b. Cermin mata yang dipakai mestilah dalam keadaan selamat dan baik. PAKAIAN (Gambar rajah 4) KP (B5) 8500J1d/(9) dan KP.8591-9 3.1 Lencana a. Murid-murid hendaklah menjahit lencana sekolah di atas saku baju. b. Murid-murid diwajibkan memakai tanda nama dan lencana tetap sekolah. Tanda nama sekolah tidak boleh digunakan sebagai gentian pada lencana sekolah. 3.2 Baju (Gambar rajah 4) a. Murid-murid diwajibkan memakai baju berwarna putih dan berkolar dengan satu sahaja poket di sebelah kiri. b. Murid-murid dikehendaki memakai baju lengan pendek. Lengan baju tidak boleh dilipat. c. Saiz baju sesuai dengan badan, berbutang putih dan dimasukkan ke dalam. d. Singlet mestilah berwarna putih (jika dipakai) tanpa sebarang tulisan atau corak. e. Baju yang bernila mestilah tidak mengubah warna baju asal. f. Jaket dilarang pemakaiannya di dalam kawasan sekolah. g. Baju T PJK /bengkel mestilah digunakan pada tempatnya sahaja.
3 3.3 Seluar (Gambar rajah 4 & 5) a. Murid-murid boleh memakai seluar panjang berwarna hijau hitam (dark olive) b. Murid-murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket jenis bertampal atau berbutang besi. c. Seluar yang dipakai hendaklah tidak terlalu ketat. d. Labuh seluar mestilah melampaui buku lali atau terlalu besar (sesuai dengan ukuran pemakai). Lebar 16’ – 18’. e. Bagi murid-murid yang memakai sekuar jenis bertali pinggan mestilah tidak melebihi 3 cm, tidak berkepala besar, mempunyai satu warna hijau seluar dan dipakai dengan kemas. f. Seluar yang dipakai mestilah berjahit di bahagian kaki. g. Murid-murid juga tidak dibenarkan memakai seluar jenis Bermuda, jeans, baggy. Potongan mengikut jenis semasa dilarang. h. Murid-murid perempuan kemahiran hidup/MPV/hendaklah memakai baju yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 3.4 Stoking a. Murid-murid (jika berstoking) mestilah stoking berwarna hitam dan melebihi 5” melepasi buku lali tanpa sebarang hiasan. 3.5 Jenis kasut yang dibenarkan ialah : a. Kasut berwarna hitam kanvas / kulit. b. Kasut berwarna hitam bertali yang tingginya tidak melebihi 3 cm (kulit atau pvc) untuk pengawas sahaja. c. Kasut sukan hanya untuk PJPK atau aktiviti sukan yang lain 3.6 Songkok a. Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan. 3.7 Tali leher a. Semua murid lelaki diwajibkan memakai tali leher sekolah setiap kali memakai pakaian sekolah.
4
5
6
7
8
9 PERAWAKAN MURID-MURID PEREMPUAN 1. RAMBUT (RUJUK GAMBAR RAJAH 6) a. Murid-murid menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan bersih. b. Murid-murid dilarang berfesyen secara keterlaluan (fesyen semasa). c. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. d. Murid-murid yang berambut panjang mestilah mengikat rambut mereka. Mereka boleh mengikat satu (ekor kuda) atau mengikat dua dan tidak berfesyen-fesyen. e. Rambut yang ditocang satu atau dua dan tidak boleh lebih daripada bilangan tersebut. f. Reben/pengikat rambut yang boleh digunakan adalah jenis biasa, tidak berkilat-kilat atau bercorak. Warna putih sahaja dibenarkan. g. Murid-murid hanya boleh menggunakan sepit rambut biasa dan berwarna hitam. 2. TUDUNG a. Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung kepala tetapi warna putih yang sesuai dan selesa serta kemas. b. Jika murid bermini telekung, panjang mini telekung mestilah melepasi paras dada dan tidak melebihi siku. c. Murid-murid boleh menjahit renda yang sewarna dengan kain tudung dan lebarnya tidak melebihi 1 cm. d. Biku yang terdapat di bahagian tepi kain tudung mestilah daripada corak bunga yang kecil sahaja dan tidak berlubang-lubang. Lebarnya tidak melebihi 1 cm. e. Jika memakai tudung, anak telekung mestilah berwarna putih. f. Pin yang digunakan untuk mini telekung mestilah berwarna putih. Bentuk skaf dan mini telekung seperti dalam gambar rajah. 3. LENCANA DAN TANDA NAMA a. Murid-murid mestilah menjahit lencana sekolah di atas tudung / baju sebelah kiri. b. Murid-murid diwajibkan memakai tanda nama dan lencana sekolah tetapi tanda nama sekolah tidak boleh digunakan sebagai gentian pada lencana sekolah. 4. BAJU P(BP) 8550 jld(9) dan KP 8591-9 Murid-murid perempuan mestilah memakai baji berwarna putih. a. Saiz baju mestilah sesuai dengan tubuh badan. b. Labuh baju kurung mestilah melepasi punggung. Labuh lengan baju tidak boleh melepasi pergelangan tangan. c. Murid-murid mestilah memakai baju kurung tetapi janganlah singkat dan ketat sehingga mirip baju kebaya. d. Baju mestilah berleher belah depan dan dikenakan kancing baju sama ada bercangkuk atau butang putih atau reben putih yang bersaiz kecil.
10 e. Belahan leher depan baju janganlah terlalu panjang. f. Murid-murid dilarang memakai baju yang diperbuat daripada kain jarang atau sutera. g. Murid-murid tidak dibenarkan memakai baju cekak musang. h. Semua murid perempuan diwajibkan memakai anak baju. i. Murid-murid dilarang melipat lengan baju. 5. TALI LEHER a. Murid-murid yang memakai pinafore digalakkan memakai tali leher. 6. KAIN (rujuk lampiran) a. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai kain berbentuk ‘A-line’ atau kain susun tepi. b. Kain mestilah tidak terlalu labuh dan tidak terlalu singkat, labuh kain mestilah menutup buku lali. c. Warna kain yang dibenarkan ialah laut kecuali pengawas sekolah. d. Kain mestilah tebal dan tidak berkilat. 7. STOKING a. Peraturan yang sama dikenakan terhadap Murid-murid lelaki. b. Murid-murid tidak dibenarkan (jika berstoking) memakai stoking yang sewarna dengan kulit (skin color). c. Murid-murid (jika berstoking) dilarang memakai stoking berenda. 8. KASUT a. Murid-murid perempuan dikendaki memakai kasut hitam sebagaimana peraturan yang dikenakan terhadap murid lelaki dan tinggi tumitnya tidak melebihi 3 cm. CERMIN MATA a. Murid-murid boleh memakai cermin mata atas nasihat doktor. b. Pemakaian cermin mata atas sebab lain tidak dibenarkan.Cermin mata yang dipakai mestilah dalam keadaan selamat dan baik
11
12
13
14
15
16
17 PERATURAN UMUM A. AKSESORI 1. Murid-murid dilarang memakai aksesori kecualo jam tangan, penyepit tali leher dan colar pin sekolah. 2. Bagi Murid-murid perempuan yang bertindik telinga, subang yang dibenarkan adalah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi daripada 1 cm. Rupa bentuk subang mestilah ringkas. Subang yang bermata tidak dibenarkan. 3. Murid-murid dilarang memakai apa sahaja bentuk perhiasan seperti rantai leher, tangan, cincin dan mengenakan apa sahaja alat solek semasa berada di sekolah. 4. Murid-murid lelaki ditegah bertindik dan bertatoo. B. KUKU 1. Murid-murid mestilah memelihara kesihatan kuku. Kuku mestilah bersih dan pendek. 2. Murid-murid yang berkuku Panjang, kotor dan mewarnakan kuku dianggap telah melanggar peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan disiplin. C. PAKAIAN 1. Murid-murid diwajibkan memakani track suit berwarna gelap dan kemeja T sekolah berlengan Panjang (perempuan) dan berlengan pendek (lelaki) D. BASIKAL DAN MOTOSIKAL 1. Semua kenderaan yang digunakan oleh murid mestilah memenuhi kehendak undangundang lalu lintas dan didaftarkan dengan pihak sekolah. 2. Kenderaan murid mestilah diletak di tempat yang disediakan dengn teratur dan berkunci. 3. Murid-murid dilarang meletak kenderaan di tempat kenderaan guru dan kakitangan sekolah serta tempat-tempat lain yang bukan dikhaskan unutk murid. 4. Murid-murid yang berbasikal ke skolah hendaklah menunggang basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing-saing di jalanranya apabila datang datang dan pulang. Semua murid mestilah nenuntun basikal, motosikal mulai pintu masuk hingga ke tempat ditetapkan. 5. Murid-murid tidak dibenarkan berbasikal dan bermotosikal di dalam kawasan sekolah. 6. Murid-murid bertanggungjawab atas keselamatan kenderaan masing-masing. 7. Murid-murid tidak dibenarkan berada di tempat meletak kenderaan murid dan guru.
18 G. PENGGUNAAN TELEFON AWAM 1. Murid tidak dibenarkan menggunakan telefon semasa waktu persekolahan. 2. Telepon hanya digunakan sesi persekolahan. WAKTU PERSEKOLAHAN MASA PERSEKOLAHAN a. Masa persekolahan rasmi bermula 7.35 pagi hingga 2.40 petang (sebelah pagi). Semua murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada masa terdekat. b. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran pengetua. c. Murid-murid yang tidak ke sekolah hendaklah menulis surat kepada guru tingkatan atau memberi surat cuti sakit kepada guru tingkatan secepat mungkin. d. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab / tiada surat cuti sakit akan diambil tindakan berdasarkan pekeliling yang sedia ada. e. Murid-murid yang kehendak ke hospital mestilah mendapat surat kebenaran untuk mendapatkan rawatan daripada guru bertugas mingguan atau guru kesihatan. f. Murid-murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang perjumpaan atau mesyuarat pada masa persekolahan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pengetua. g. Murid-murid tidak dibenarkan membawa notis pengumaman atau mengutip yuran persatuan dai kelas ke kelas semasa waktu persekolahan kecuali waktu rehat atau dalam keas-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran pengetua. h. Murid-murid adalah tidak digalakkan menggunakan alat sekolah dalam urusan surat menyurat peribadi. Sekiranya murid-murid menggunakan alamat sekolah, pihak berkuasa membuka surat-surat tersebut. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan surat yang dialamatkan ke sekolah. MASA REHAT a. Sewaktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas atau dalam dewan makan melainkan dengan kebenaran. b. Murid-murid yang keluar rehat tidak dibenarkan mundar-mundir di luar kelas atau memanggil atau menunggu murid-murid di dalam kelas. c. Murid tidak dibenarkan ke kantin untuk makan atau membeli makanan pada bila-bila masa. d. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan selepas masa rehat berakhir kecuali dengan kebenaran bertulis dari guru. e. Segala sisa-sisa makanan dan alatan makanan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
19 MENINGGALKAN KELAS a. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru dan hendaklah memakai. b. Semasa bergerak meninggalkan kelas murid-murid hendaklah berjalan dalam dua barisan didahalui oleh murid-murid hendaklah berjalan dalam dua barisan didahalui oleh murid lelaki dan barisan tidak boleh berpecah. c. Lampu dan kipas di dalam kelas hendaklah dimatikan semasa murid-murid meninggalkan kelas. d. Jika lampu kipas tidak dimatikan, bayaran elektrik akan dibayar oleh kelas tersebut sebagai denda. WAKTU PULANG a. Murid-murid dibenarkan pulang loceng tamat persekolahan dibunyikan. b. Ibubapa/penjaga hendaklah menggunakan pintu-pintu pagar semasa menghantar dan mengambil anak tanggungan masing-masing. c. Murid-murid tidak dibenarkan berbasikal atau bermotosikal dalam Kawasan sekolah. Murid mesti menuntun basikal/motosikal dari tempat letak kenderaan murid hingga ke pintu pagar sekolah. d. Sebelum meninggalkan kelas, murid-murid dikehendaki meletakkan kerusi dengan kemas pada meja masing-masing. PERHIMPUNAN 1. Perhimpunan Rasmi a. Apabila sesuatu perhimpunan diadakan semua murid dikehendaki segera ke dewan atau tempat perhimpunan. Masa perhimpunan ialah pada pukul 7.35 pagi hingga 8.15 pagi. b. Semasa perhimpunan, murid hendaklah berada dalam barisan lurus dan tidak membuat bising bahkan mesti menjaga tingkah laku masing-masing. Ketua kelas dan pengawas mestilah mengawasi murid-murid di bawah jagaan masing-masing. 2. Perhimpunan Khas a. Perhimpuan Khas akan diadakan apabila sesuatu perkara penting yang hendak diberitahu oleh pihak sekolah atau pengetua.
20 PAKAIAN SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN (Dalam Kawasan Sekolah) 1. LELAKI a. Murid dibenarkan memakai pakaian sopan dan kemas. b. Murid tidak dibenarkan memakai “jeans” dan “bermuda”. c. Murid-murid memakai baju T yang ditetapkan oleh pihak sekolah. d. Murid-murid tidak dibenarkan memakai selipar semasa hadir ke kawasan sekolah untuk apa-apa urusan. 2. PEREMPUAN a. Murid dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersopan, tidak ketat dan tidak terlalu jarang. b. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian “jeans” dan “bermuda”. c. Murid hendaklah memakai baju T yang ditetapkan oleh pihak sekolah. d. Murid Islam diwajibkan memakai selipar semasa hadir ke kawasan sekolah untuk apaapa urusan. BARANG-BARANG YANG DILARANG DI BAWA MASUK KE KAWASAN SEKOLAH. a. VCD b. Video Tape c. Walkman d. Barang-barang berunsur hiburan lucah, politik dan berunsur negatif. e. Barang-barang kemas/perhiasan (perempuan) GERAK KERJA KOKURIKULUM Tiap-tiap murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum, iaitu satu gerak kerja sukan, satu gerak kerja persatuan/kelab dan satu gerak kerja pakaian seragam. 1. PERMAINAN SUKAN a. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. b. Murid-murid yang menyertai pasukan sekolah mestilah menjaga tatatertib dan nama baik sekolah. c. Murid-murid mestilah mempunyai semangat cintakan sekolah.
21 d. Murid-murid yang dijadualkan mengambil bahagian dalam permainan mestilah menyertai kegiatan itu kecuali dengan kebenaran e. Murid-murid dilarang menjemput jurulatih-jurulatih luar kecuali dengan kebenaran. 2. PERSATUAN a. Semua murid-murid yang menjadi ahli persatuan mestilah menghadiri setiap perjumpaan. b. Mesyuarat boleh diadakan dengan kebenaran peasihat atau pengetua. c. Mesyuarat mestilah diminitkan dan satu salinan minit mesyuarat mestilah disampaikan kepada pengetua. d. Murid-murid dilarang menjemput pensyarah atau penceramah dan jurulatih luar kecuali dengan kebenaran pengetua. e. Murid-murid dilarang membawa masuk bahan-bahan terbitan luar tanpa kebenaran pengetua. f. Sebarang penerbitan dan kenyataan yang dibuat oleh murid kepada media massa mestilah mendapat kebenaran pengetua. g. Murid-murid dilarang mengutip wang atau menjalankan perniagaan tanpa kebenaran pengetua. h. Sebarang aktiviti/jamuan mestilah dalam pengetahuan pengetua. 3. ROMBANGAN ATAU LAWATAN SAMBIL BELAJAR a. Setiap rombongan atau lawatan mestilah mendapat kebenaran pengetua. b. Penganjur atau persatuan terlibat mematuhi peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh sekolah ini atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran Malaysia. c. Setiap lawatan mestilah disertai oleh guru penasihat persatuan/kelab/pasukan berkenaan. d. Sekiranya ada murid perempuan, mestilah disertai oleh guru perempuan. e. Semua surat menyurat rasmi mestilah melalui pengetua. f. Murid-murid mestilah berpakaian yang sesuai, menjaga tatatertib, keselamatan diri dan nama baik sekolah. 4. PERTANDINGAN MAJLIS ATAU PERTANDINGAN DAN PERTUBUHAN LUAR a. Murid dilarang menyertai atau mewakili mana-mana majlis atau pertandingan yang bukan dianjurkan oleh pihak sekolah kecuali mendapat kebenaran pengetua. b. Murid-murid juga tidak dibenarkan menganjurkan sebarang kegiatan dengan menggunakan sekolah kecuali mendapat kebenaran pengetua.
22 DEWAN a. Dewan sekolah tidak boleh digunakan oleh murid kecuali mendapat kebenaran dahulu daripada pengetua. b. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan bilik air yang terdapat di dewan kecuali semasa perhimpuan. c. Murid-murid yang menggunakan dewan dikehendaki bertanggungjawab kepada keselamatan harta benda yang ada dalam dewan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. SURAU a. Murid-murid hanya dibenarkan berada di surau hanya untuk sembahyang dan pdpc serta bersama dengan guru. PERATURAN-PERATURAN DI BANGUNAN SEKOLAH a. Murid-murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah yang lengkap pada setiap hari persekolahan dan apabila berada di Kawasan dan bangunan sekolah pada waktu yang ditetapkan. b. Semua murid dikehendaki beratur dan senyap apabila masuk ke kelas masing-masing. c. Murid-murid dilarang berjalan-jalan tanpa tujuan di beranda, tangga dan lain-lain Kawasan sekolah sewakti pembelajaran. d. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau pun minum di dalam bilik khas atau di dalam kelas. e. Murid-murid kehendaki senyap ketika berada diperhimpuan, perpustakaan, makmal, dewan, kelas dan tandas. f. Murid-murid tidak dibenarkan memasuki makmal, perpustakaan, bilik guru, pejabat dan bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru berkenaan. g. Murid-murid yang pergi ke makmal, bengkel, perpustakaan dan lain-lain tempat urusan dikehendaki berjalan dengan teratur dan senyap. h. Kelas, makmal, perpustakaan, bengkel, bilik-bilik khas dan lain-lain tempat hendaklah dijaga kebersihan oleh murid. i. Murid-murid tidak dibenarkan berada ditempat-tempat meletak kenderaan. j. Murid-murid dilarang merosakkan harta sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, cermin tingkap, alat pemadam api dan lain-lain. k. Murid-murid di sesebuah kelas adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan semua alatan yang diberikan oleh kaki tangan dan sebarang kerosakan dan kehilangan mestilah diganti oleh kelas berkenaan. l. Alatan di makmal, bengkel dan perpustakaan yang dirosakkan atau hilang oleh murid hendaklah diganti oleh murid berkenaan.
23 BARANG HILANG ATAU DIJUMPAI a. Adalah menjadi kewajiban setiap untuk mengawasi dan memelihara barang-barang kepunyaan mereka seperti buku, beg, duit dan lain-lain barang berharga. b. Kehilangan atau kerosakan sebarang alatan mestilah dilaporkan kepada semua guru tingkatan atau guru bertugas secepat mungkin. c. Semua barang hilang yang dijumpai mestilah diserahkan kepada guru yang bertugas atau pejabat sekolah. d. Guru disiplin bolehlah dirujuk. (Jika perlu) PELAWAT a. Semua pelawat dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan memakai pas pelawat. b. Murid-murid tidak dibenarkan membawa pelawat atau berjumpa dengan mereka pada masa persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada pengetua. c. Ibubapa atau penjaga yang ingin berjumpa anak-anak mereka pada masa persekolahan hendaklah menghubungi pejabat sekolah terlebih dahulu. d. Panggilan telefon untuk murid tidak akan dilayan kecuali panggilan penting yang dibuat oleh ibubapa/penjaga murid tersebut. e. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk memasuki kawasan sekolah tanpa memberi apa-apa sebab. f. Pelawat tidak dibenarkan memasuki kelas. BARANG-BARANG SEKOLAH DAN PERALATAN a. Murid-murid hendaklah menjaga peralatan dan barang sekolah dengan baik. Peralatan sekolah yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pengetua. b. Segala peralatan sekolah tidak dibenarkan di bawa keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan keizinan pengetua. c. Segala kerosakan dan kehilangan peralatan sekolah hendaklah dilaporkan kepada pengetua dengan segara. d. Semua buku teks yang dipinjam kepada murid hendaklah dibalut dan tidak dibenarkan disimpan di dalam kelas. e. Segala peralatan yang dikeluarkan daripada setor/kelas mestilah dipulangkan semula selepas digunakan. KAWASAN SEKOLAH DAN KEBERSIHAN a. Semua murid hendaklah menjaga dan mengawasi kelas, kantin, bilik air dan segala sekolah supaya berada dalam keadaan baik, dan teratur. b. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. c. Murid hendaklah menutup paip air selepas digunakan
24 TEMPAT YANG DILARANG a. Pejabat Pengetua. b. Pejabat Penolong Kanan dan Guru-guru Kanan. c. Bilik Guru. d. Bilik Percetakan Sekolah. e. Bilik Peperiksaan. f. Stor Sukan dan Stor milik sekolah. g. Stor Makmal Sains. h. Bilik air guru dan kakitangan. i. Asrama kecuali murid asrama. j. Bilik Komputer. k. Bilik Rawatan. l. Bahagian dalam kantin sekolah. m. Bilik kerja dan bilik mesyuarat sekolah. n. Bilik persatuan dan kelab atau data. o. Mana-mana bilik yang dijadikan bilik khas. p. Mana-mana bengkel (kecuali dengan kebenaran / semasa pembelajaran)
25
26 PENGUATKUASAAN TINDAKAN KESALAHAN (UNIT HAL EHWAL MURID) KATEGORI C Terdapat beberapa kesalahan yang berulang dan sering dilakukan oleh murid. Sehubungan itu tindakan akan diambil berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1996 dan Bil.9/1975 dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998. KOD JENIS KESALAHAN PEKELILING/AKTA C01 • Menyimpan misai, janggut atau jambang. Peraturan-peraturan pembelajaran Displin Sekolah 1959 Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Bil. 6A/1975 Bil. 9/1975 Bil. 8/1983 Bil. 7/1995 Bil. 6/1995 Bil. 4/1997 Bil. 4/1996 Bil. 18/1998 Bil. 6/2000 Bil. 11/2000 CO2 • Berkuku panjang dan berambut panjang. C03 • Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. C04 • Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau sekolah tanpa kebenaran. C05 • Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran C06 • Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran. C07 • Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. C08 • Menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran. C09 • Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal komputer dan kenyataan bertulis. C10 • Memakai barang kemas atau penulisan atau alat solek. C11 • Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. C12 • Makan atau minum dibilik darjah. C13 • Melakukan pembaziran air dan elektrik. C14 • Tidak memakai pakaian seragam sekolah. C15 • Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran. C16 • Lewat ke sekolah tanpa mengambil slip lewat. C17 • Lewat bergerak ke tempat tempat yang di arahkan. C18 • Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah sehingga menganggu. C19 • Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. • C20 • Berjalan-jalan (berkeliaran) tanpa kebenaran dalam kawasan sekolah sewaktu pengajaran dan pembelajaran. C21 • Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. C22 • Memasuki kawasan larangan.
27 C23 • Menggangu guru. C24 • Lewat masuk kelas. C25 • Mengotorkan kelas. • Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut berjuntai (murid perempuan) KATEGORI B KOD JENIS KESALAHAN PEKELILING/AKTA B01 • Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. Peraturan-peraturan Pelajaran (Displin Sekolah 1959) Akta Dadah Berbahaya Akta Senjata Api Kanun Keseksaan Pekeliling Ihtisas Bil. 1/1972 Bil. 6A/1975 Bil. 9/1975 Bil. 8/1983 Bil. 7/1995 Bil. 6/1995 Bil. 4/1997 Bil. 4/1996 Bil. 18/1998 Bil. 6/2000 Bil. 11/2000 B02 • Keluar dari sekolah tanpa kebenaran. B03 • Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. B04 • Tidak menghormati lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan. B05 • Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna. B06 • Mencukur bulu kening bagi murid perempuan. B07 • Menconteng pada harta benda sekolah. B08 • Memakai barang kemas/perhiasan diri keterlaluan, menindik telinga/lidah/hidung/bawah bibir dan memakai subang lebih daripada satu pada bawah cuping telinga B09 • Melukis tatu (tattoo), memakai inai pada anggota badan. B10 • Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran. B11 • Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. B12 • Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga (3) kali. B13 • Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh pengetua.
28 KATEGORI A KOD JENIS KESALAHAN PEKELILING/AKTA A01 • Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya. Peraturan-peraturan muridan (Displin Sekolah 1959) Akta Dadah Berbahaya Akta Senjata Api Kanun Keseksaan Pekeliling Ihtisas Bil. 1/1972 Bil. 6A/1975 Bil. 9/1975 Bil. 8/1983 Bil. 7/1995 Bil. 6/1995 Bil. 4/1997 Bil. 4/1996 Bil. 18/1998 Bil. 6/2000 Bil. 11/2000 A02 • Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. A03 • Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol atau sebarang benda yang memabukkan/menghayalkan. A04 • Menyebabkan/melakukan pergaduahan atau kekerasan. A05 • Membunuh/menyebabkan kematian/cuai menyebabkan kematian. A06 • Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan. A07 • Biadap dan tingkah laki tidak sopan. A08 • Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan/harta benda. A09 • Membawa/menyimpan/menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan atau alat berbahaya. A10 • Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. A11 • Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan mencerobih kawasan larangan. A12 • Menganjur, melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan A13 • Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang. A14 • Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap/gengsterisme. A15 • Melacur/menjadi bohsia/bohjan/gigolo/lesbian/gay dan kecelaruan gender. A16 • Bersedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral/bercumbuan. A17 • Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang mencemarkan nama sekolah. A18 • Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan orang lain. A19 • Menulis perkataan atau menulis gambar lucah. A20 • Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpuan haram atau merusuh. A21 • Menyalahgunakan alat permainan atau bahn-bahan multimedia. A22 Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. A23 • Melakukan ponteng sekolah berterusan (bertuturturut) selama 31 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan.
29 A24 • Menganggu/menjejaskan kuasa-kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. A25 • Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. A26 • Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan perbuatan lucah. A27 • Melakukan hubungan yang mencurigai. A28 • Tidak amanah, menipu dan meniru ketika ujian /peperiksaan. A29 • Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa. A30 • Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga kali.