The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 972-15-syukran, 2023-02-10 10:07:57

FUNGSI BAHASA MELAYU DAN PERANANNYA

MPU3112m.

FUNGSI BAHASA MELAYU M P U 3 1 1 2 M B A H A S A M E L A Y U K O M U N I K A T I F S Y U K R A N | H A F I Z | N A Q I U D D I N


ISI KANDUNGAN P E N D A H U L U A N 01 F U N G S I B A H A S A M E L A Y U 02 P E R A N A N B A H A S A M E L A Y U 03 04 K O N K L U S I 05 R U J U K A N


01 P E N D A H U L U A N 01


PENDAHULUAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh kebanyakan rakyat di Malaysia. Ini dicapai melalui usaha mendaulatkan bahasa Melayu melalui penerapan falsafah dan dasar bahasa kebangsaan. Konsep 'Satu Bahasa, Satu Bangsa' akan membolehkan usaha berterusan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai persekutuan rakyat berbilang kaum dan bahasa yang mencerminkan masyarakat yang berdaulat dan makmur. Bahasa Melayu terus menjadi lingua franca nusantara sejak zaman Kerajaan Srivijaya hingga kini. Penjajahan oleh kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Ciri ketahanan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berpotensi untuk terus berkembang pada masa hadapan.


PENDAHULUAN Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan selaras dengan perjuangan membebaskan watan daripada belenggu penjajahan. Akhirnya, mereka berjaya menggubal Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan “bahasa rasmi negara ialah Bahasa Melayu”. Memahami fungsi bahasa Melayu membawa kepada kecintaan terhadapnya. Ini mendorong kita untuk mempelajari, memahami, menguasai dan menggunakannya dengan berkesan. Seluruh rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan bahasa ini kerana ia adalah lambang identiti dan kedaulatan negara. Malahan, memahami fungsi Melayu dapat membantu kita memahami pemikiran dan tindakan kita dalam kehidupan seharian. Persoalannya, apakah fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai medium integrasi nasional?


0 2 F U N G I B A H A S A M E L A Y U 0 2


Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan warganegara Malaysia. Bahasa perpaduan boleh ditakrifkan sebagai bahasa menjadi alat untuk menggalakkan pembinaan permuafakatan di kalangan ahli komuniti tanpa mengira kaum dan warna kulit. Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam mengintegrasikan kepelbagaian dalam kehidupan masyarakat majmuk melalui penggunaan satu bahasa yang dapat digunakan oleh masyarakat. Tambahan pula, masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk dengan kepercayaan, amalan, budaya dan agama yang pelbagai. Menurut Mubarak, Z. H., & Yessie, A. (2019), bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Kerajaan juga amatlah menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melayu dan bukannya bahasa ibunda setiap kaum dalam semua komunikasi awam supaya dapat mengelakkan salah faham dan tidak ada keraguan antara satu sama lain. BAHASA PERPADUAN


Malahan, penggunaan Bahasa Melayu juga akan meningkatkan nilai kemesraan, kepercayaan, rasa hormat, dan keselamatan yang merupakan salah satu faktor yang membina perpaduan antara kaum. Pada zaman globalisasi ini, penggunaan bahasa Melayu semakin berkurang dan terhakis dan semua pihak harus memainkan peranan masing masing untuk memastikan fungsi bahasa Melayu terjamin. Menurut Mohamed, N. A., & Hassan, N. A. (2019), usaha membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan dan sebagai bahasa pilihan utama di universiti dan sekolah adalah bertujuan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa penyatuan dan bahasa sosial. BAHASA PERPADUAN


BAHASA RASMI Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Bahasa kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan identiti bangsa dan negara tersebut. Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui penggubalan undang-undang. Antara fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Selain itu, bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Tambahan pula, bahasa kebangsaan juga adalah digunakan untuk perpaduan dalam kalangan warganegara kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.


03 P E R A N A N B A H A S A M E L A Y U 03


MEDIUM INTEGRASI NASIONAL Peranan bahasa Melayu sebagai medium integrasi nasional menjadi aspek yang penting dalam memastikan kesejahteraan Malaysia dalam abad ke-21 ini. Bahasa Melayu diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk mengekalkan suasana harmoni yang akan membentuk perpaduan. Menurut Lee Yong Hong (2018), perpaduan merupakan suatu proses yang melibatkan semua anggota masyarakat dalam sesuatu negara membentuk penyatupaduan dan berjaya merealisasikan suatu identiti serta memupuk perasaan kebangsaan di kalangan mereka. Di Malaysia, dimana terdapat kaum-kaum yang berbeza bahasa dan agama, perpaduan merupakan suatu tiang yang akan memastikan masyarakat dapat melupakan perbezaan warna kulit antara satu sama lain. Hal ini dapat memastikan kaum Melayu, Cina, India, etnik bumiputera daripada Sabah dan Sarawak serta minoriti-minoriti yang lain dapat mengelakkan ketidaksalahfahamaan dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain sebagai warga Malaysia.


MEDIUM INTEGRASI NASIONAL Di samping itu, pengunaan bahasa Melayu dan pengamalan budaya Melayu dalam kehidupan seharian merupakan antara salah satu peranan bahasa Melayu di negara kita (Aminudin, 2022). Terdapat banyak situasi yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berintegrasi dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Antara contoh di mana bahasa Melayu digunakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi adalah ketika hari-hari perayaan, sesi kunjung-mengunjung dan pelbagai lagi aktiviti sosial di kalangan masyarakat setempat. Inilah bukti yang memaparkan potensi bahasa Melayu untuk merentas bahasa, kaum dan perpaduan, dalam membentuk sebuah masyarakat yang dapat hidup bersama dalam keadaan yang aman damai.


04 K O N K L U S I 04


KONKLUSI Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang memainkan pelbagai fungsi dan peranannya amat penting bagi kita. Walaubagaimanapun, menurut Jehwae (2020), bahasa Melayu mula hilang tempatnya di persada dunia dan dilupakan demi pengunaan bahasa lingua franca yang lain. Perkara tersebut hendaklah dicegah untuk memastikan pemeliharaan bahasa Melayu, terutamanya di Malaysia. Oleh itu, kita, sebagai ahli masyarakat Malaysia mestilah bertutur dan berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa tersebut merupakan sesuatu yang melibatkan asal usul kita di dunia ini.


05 R U J U K A N 05


RUJUKAN Mohamed, N. A., & Hassan, N. A. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19 - 28. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i4.227 Mubarak, Z. H., & Yessie, A. (2019). BENTUK DAN FUNGSI KATEGORI FATIS DALAM BAHASA MELAYU. IdeBahasa, 1(1), 51-64. Retrieved from http://jurnal.idebahasa.or.id/index.php/Idebahasa/articl e/view/8 Lee, Y. H. (2018, August 1). Definisi Perpaduan. Academia.edu. Retrieved from https://www.academia.edu/7846740/Definisi_Perpadua n Aminudin, M. (2022, September 7). Bahasa Melayu Memperkukuh Perpaduan keluarga Malaysia. Dewan Bahasa. Retrieved from https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/09/07/4968/ Jehwae, P. (2020). Peranan Bahasa Melayu Dan Cabarannya Di Era Globalisasi (Malay Language Role and The Challenge in The Era of Globalization). EDULITERA, 1(1), 8-17


TERIMA KASIH B A H A S A J I W A B A N G S A " B A L A S D E N D A M T E R B A I K A D A L A H M E N J A D I K A N D I R I M U L E B I H B A I K . " ( A L I B I N A B I T H A L I B )


Click to View FlipBook Version